Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 24 Februari 2011

Sape Cakap Gaji Tentera Besar?

Ayat2 klise dari rakan2 yang kurang memahami:

  • "Untung la akak.. Kawin ngan Navy Opiser.."
(Dalam hati : Aku pun Opiser gak! Cuma korang tak 'salute' kat aku.. dan aku tak soh korang panggil Puan).. Bezanya... Pegawai Askar ni di Tauliah kan.. Agung sign.. Pegawai Awam pulak Pihak Berkuasa Melantik nya la.. sama ada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, S/jaya Perkhidmatan Perguruan, S/Jaya Perkhidmatan Polis, Pihak Berkuasa Tempatan atau pun Badan Berkanun..

  • "Gaji Askar kan besar!!" Acik jawab.. Saaapeee kata.. Acik tahu la.. tiap2 tahun Acik dapat agak increment Hubby ku itu
(Senyum sendiri : Aduuu yaii... sedih.. yang wat statement ni anak buah aku, orang 'service'... dah berapa kali terangkan tapi masih tak paham konsep.. lotih Acik kena explain)

Tak de maknanye.. lebih kurang sama je ngan Kakitangan Awam yang lain.. kalau korang dalam Kumpulan Sokongan diorang kat Group Lain2 Pangkat.. Kalau korang kat Kumpulan Pengurusan & Profesional diorang kat Kumpulan Pegawai.. Kalo dah Peringkat Laksamana tu maknanya dalam Kumpulan JUSA la tu.. yang membezakan cuma diorang tak guna pakai Sistem Saraan Malaysia (SSM)..

Oleh itu.. bila bab2 kenaikan Gaji diorang selalu terkebelakang daripada Polis.. sekarang Gaji Konstabel dah hampir sama ngan gaji Senior LLP.. (ooppsss.. statement tu...nanti Acik kaji ye..)


Gaji Permulaan Skim Kadet
RM 976.96 (SPM.. English & Math mesti kredit.. C6 ke atas ye.. biasanya budak2 boarding school + nakal tapi cerdik yang dah tak mau sekolah lagi la yang apply jd Pegawai ni.. termasuk Hubby ku.. hu hu)

Gaji Permulaan Graduan
a. Diploma - RM 1769.75 (Pakai pangkat Lt Dya)
b. Ijazah - RM 2134.38 (Ada pakai Pangkat Lt Dya ada Lt.. ikut Degree)
c. Ijazah Kepujian - RM 2134.38 (Terus Lt)
d. Tugas Ikhtisas - Ikut Kelayakan (terus Lt)
Skim UPNM = tak tahu


LLP - Kalau skim Perantis ada yang terus pakai Bintara Muda.. Diorang ni ada Diploma lagi

Cuba pikir.. kat mana lebih nya Askar nih.. sama je gaji & elaun nye ngan Perkhidmatan Awam lain
Kot lebih pun kat Elaun Rumah jer..
Campur tolak Elaun2 yang kepakarannya tak de dalam Perkhidmatan Awam.. Contoh : Elaun Paskal, Divers, Pilot etc.
Engineer kat dalam Askar tak de Elaun Khidmat Kritikal ye..

Rabu, 23 Februari 2011

Bahasa Korporat

Separuh drp fail2 dah siap untuk bawak ke Mesyuarat Panel Sumber Manusia, yang lain staf tengah carik..

Esok kena masuk meeting ngan geng2 Pengurusan Tertinggi (JUSA la tu).. Spt biasa.. acik jadi Urusetia yang tak berapa nak Setia tapi tetap kena Urus sama la maksudnya ngan Pencacai.. Maka kat dalam meeting tu nanti biasanya akan keluar la ayat2 yang lebih kurang sama maksud ngan Corporate Language nih..

Tetiba je nak share The Corporate Language kat N3 nih.. Selama ni simpan je kat PC.. time fed-up ngan bos-bos tu.. ingat balik ayat2 yang diorang gunakan tu.. mungkin ada benarnya.. Kalau guna bahasa Melayu.. translate je la statement kat bawah tu.. Mmmm.. banyak jugak betulnye

"We will do it"  means "You will do it"

"You have done a great job"  means  "More work to be given to you"

"We are working on it"  means  "We have not yet started working on the same"

"Tomorrow first thing in the morning" means "Its not getting done... At least not tomorrow!".

"After discussion we will decide - I am very open to views" means "I have already decided, I will tell you what to do"


"There was a slight miscommunication" means "We had actually lied"

"Lets call a meeting and discuss" means "I have no time now, will talk later"

"We can always do it" means "We actually cannot do the same on time"

"We are on the right track but there needs to be a slight extension of the deadline" means "The project is screwed up, we cannot deliver on time."

"We had slight differences of opinion" means "We had actually fought"

"Make a list of the work that you do and let's see how I can help you" means "Anyway you have to find a way out no help from me"

"You should have told me earlier" means "Well even if you told me earlier that would have made hardly any difference!"

"We need to find out the real reason" means "Well I will tell you where your fault is"

"Well... family is important, your leave is always granted. Just ensure that the work is not affected" means
"Well you know..."

"We are a team" means "I am not the only one to be blamed"

"That's actually a good question" means "I do not know anything about it"

"All the Best" means " You are in trouble"

Rabu, 16 Februari 2011

Citer Kami dalam Pa & Ma Mac 2011

Satu hari di pertengahan Januari, tetiba je x-coursemate teman yang selalunya bertanya kabar melalui fb men sms, bertanya kabar dan keje kat area mana.. di hujung2nya sms tu bertanyakan kabar si Kecik yang besar tu.. Pelik.. rupa2nye kawan ku si Journalist tu nak dapatkan input untuk 'content' majalah kat bawah ni..


Date linenya 26 Januari.. Air dah paras hidung baru ingat kat kawan ye... Masa terlalu singkat,.. Terpaksa bawa Ita ke rumah pengasuh Lutfi di MINDEF je (tu pun escape.. 1/2 jam sebelum time rehat dan masuk lewat 1/2 jam).. Sempat jumpa sekejap sangat.. tukar baju anak.. sembang sikit2 dan balik.. Semua input dah e-mel (point by point ) kepada Ita dua tiga hari sebelum tu.. pepandai la Ita edit... Journalist kan pandai mengolah ayat bagi sedap kan.. Maka jadi la artikel seperti tajuk di bawah..

Sila abaikan tudung dan muka yang tak ber touch up tu ye.. 

Kalau nak tau isi kandungan nya sila la beli Pa & Ma bulan Mac ye

Jumaat, 11 Februari 2011

PERANG DINGIN a.k.a MERAJUK le tu..

(UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI JE NI)

Kenapa Merajuk ?

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.



Siapa yang kena penyakit Merajuk ?
Penyakit Merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.



Punca Merajuk
Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai tuan, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.


Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan.


Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.


Apakah Merajuk lebih baik dari marah?
Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah.


Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

 
Bagaimana mengubati sikap Merajuk ?
Untuk mengubati sikap Merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak.


Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita.


Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.


Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.


Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula.


P/S : Kalau dah Merajuk, Kenalah Pujuk ... AMMPUNNNNN KAN AKU...

BUAT KU TERSENYUM ;b

Datanglah sayang dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu walaupun tuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan kukatakan semua

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu walaupun tuk sekejap
Karna hanya engkaulah yang sanggup meredakan aku

Karna engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Karna dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau selalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Pelik? Tertanya nape pulak la tetiba je ada ayat2 romantis dari lagu Sheila on 7 ni tercatit kat N3 kali ni kan? Ini bukan DIRI KU.. he he..

Tersenyum??? Kenapa???  Hari ni diisytiharkan PERANG DINGIN berhari2 lepas di TAMATKAN (padahal baru je nasihatkan orang lain  jangan SENTAP2)..

Dia tengah sibuk buat Assignment & Prepare presentation "Coz of War" (lebih kurang cenggitu le tajuk nyer).. tetiba lak tercetus "COLD WAR".. Ni le akibatnye kalau menyembang tu tak 'berfilter' patah kata nye..

Mahap kan aje la dia.. Sekurang2nye dia dah tau kenapa kita tak puas hati ngan dia.. Buat sakit hati je lelama.. Buat tambah kredit  kat SANA je (Neraka) Dah paham sesangat dengan Housemate / Roommate 'kita' tu.. Tak de maknanya nak tunggu dia PUJUK ke MINTAK MAHAP ke.. tapi paham2 je la ngan caranya..  Lirik ni memang la sangat SINONIM dengan cerita RUMAH TAK BERTANGGA kami..

Rabu, 9 Februari 2011

BERAPA JUMLAH KAMBING?

ha ha ha.. nak gelak pun ada.. gila join 'contest' lak awal2 tahun nih!!!  Jadik sesapa nak join contest ni silakan klik kat gambar tu atau kat banner di side bar. Korang rasa berapa ekor kambing kat dalam gambar nih.. Harap2 tekaan ni betul.. Aaaaminn...

Tekaan pertama : 15 ekor
Tekaan kedua    : 17 ekor

Jom join 'contest nih : 1) Kak Lina 2) Yott 3) Me

Selasa, 8 Februari 2011

Peringatan : Jangan Tiru Aksi Ini

Perangai ni bermula bila Lutfi memasuki usia 4 bulan

Paling tak seronok.. tak mau Ummi & Abahnya tolong...

Nak meniarap sendiri.. kalau tidak.. dengar la dia mengamuk

Usaha carik pososi paling sesuai

Sebelum tido.. Main Chak Buchak

Ni la cara dia tido dalam buaian

Dah lena

Pandangan dari bawah

Rabu, 2 Februari 2011

1st GA Pearl By mOoN


Aiyakkkk... Kena tag lagik.. tapi tak pe la, dapat gak kenal-kenal blogger dari Sabah.. manatau untung2 dapat Aksesori Pearl dari Sabah kan!!!!.. Syarat2nye cam kat bawah;

A. Buat satu entry ringkas mengenai GA ni... (Ni la entry nyer) dan entry tu mestilah mengandungi...
  • sebab kenapa anda join GA ni..
  1. Sebab Akak nak GA PEARL dari Moon... Nakkkk sangattttt dek!!!! 
  2. Sebab ditag oleh Kak Lina .. katanya rajin2 kan diri.. practise make perfect... iyo la tu!!!!
  3. Ni sebab nak praktis wat 'link' sana sini.. Ni second time join contest.. tu pun sebab kena tag 
  4. Mana tau kot boleh menambah kenalan2 bloger dari network2 akibat di tag sana-sini
  5. Boleh jugak mengasah minda yang berkarat nih..
  • antara warna putih, peach dan hitam,, which color describe u the most..dan nyatakan kenapa...HANYA 3 WARNA DI ATAS tau...

saya pilih PUTIH sebab
  1. Suka warna ni.. pengertian Putih ni selalu nya menunjukkan sesuatu yang POSITIF dalam kehidupan semua manusia terutama dalam ISLAM itu sendiri.. contoh :
  • Dari permulaan kehidupan : Bayi baru lahir - diibaratkan Kain Putih.. terpulanglah kepada Keluarganya untuk mencorakkan kehidupannya
  • Untuk memulakan kehidupan berumahtangga : Kebanyakan pasangan akan memilih warna PUTIH (atau seumpamanya) pada hari PERNIKAHAN mereka termasuklah Akak.. kerana ia melambangkan kesucian ikatan cinta.. eh cehhh...
  • Dipengakhiran kehidupan : Akhirnya mayat kita sebagai seorang ISLAM yang meninggal dunia bukan mati Syahid dan akibat DARURAT  akan dikapankan dengan Kain Putih...
  • Bagaimana kita mengendalikan pakaian / barang2 berwarna putih melambangkan keprihatinan /sensitiviti kita terhadap kebersihan dalam kehidupan seharian
  • Dalam kehidupan sendirik pulak :
  1. Suka pakai tudung Putih berbanding Hitam (kalau tak de yang 'matching' la, kalau pakai Hitam muka Akak nampak lebam- maklumla.. orangnye tak berapa nak cerah)
  2. Hubby ku itu Mat Navy - Uniformnye warna Putih, makanya tiap2 hari kena Akak berhadapan dengan pengendalian Pakaian Putih termasuk la Bush Jacket nye, No 1 dress nye, Night Rig nye, Mess dressnya dan PT nyer..

B. Letak banner kat atas  dan tajuk 1st GA Pearl by mOoN dan linkkan ke 1st GA Pearl By mOoN... (dah link kan.. cuba klik kat banner tu.. kat tajuk ni pun bole)


C. Terbuka kepada bloggers boys and gurl... (Akak ni.. Old gurl)


D. Tag 3 rakan anda dan pastikan mereka tau...HARUS!!
     Addussss... maka sape la yang patut di tag nih... sori kengkawan blogger... Akak ikut giliran... Jadi  untuk GA ni nak tag... 1) tireless mom  2) mak izz 3) puan tria yuzi

E. hadiah misteri menanti peserta yang berjaya dan 1 hadiah khas untuk peserta bertuah...


Tarikh akhir menghantar penyertaan : 

14 February 2011 (Isnin)

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit