Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Memaparkan catatan dengan label Tazkirah la pulak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah la pulak. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2014

Gambaran Titian Sirat-ul-Mustaqim.

;)

Dapat dari Fan Page di FB


Perjalanan semua manusia di atas Sirat-ul Mustaqim adalah berbagai di antaranya ialah;

i) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.

ii) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.

iii) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.

iv) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.

v) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.

vi) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.

vii) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.

viii) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.

9) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.

10) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.

Semua kiraan masa itu adalah mengikut kiraan masa dunia.

Di antara tips untuk melepasi titian sirat-ul mustaqiim.

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu: ‘Ya Allah, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?”

Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan: “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya Allah yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara seperti teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap sedia menelan mereka yang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya Allah, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya: “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di atas dunia. Oleh sebab itu, sesiapa yang memilih jalan Allah sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat itu akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan Allah ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka pada hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Khamis, 9 Januari 2014

Little imperfection that make us perfect.



Sy dapat ni dari blog : http://zouldahanblog.blogspot.com

Sangat terkesan dengan video ini.. buat sy sebak dan menghargai pasangan sy yg byk sgt tidak menepati ciri2 yg sy kehendaki sbg seorang suami.. Tp betul la.. ketidaksempurnaan itu la yg dpt membuatkan kita nampak sempurna.. Ketidaksempurnaan itu la yang melengkapkan kehidupan kita..

Karya hebat dari Allahyarham Yasmin Ahmad.. Al Fatihah utk beliau.


Rabu, 11 Disember 2013

RM100 vs RM1

;)


Terima kasih En Google..


Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)....

Ketika dicetak,, mereka bersama tetapi berpisah di bank dan beredar di kelompok masyarakat utk di gunakn...

Bagaimanapun,, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda...Maka mereka pun berbual...
Wang RM100 bertanya kepada RM1 :-

"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab :-

"Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."
Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100 :-

"Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab :-

"Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."
Lalu RM1 bertanya lagi;

"Pernahkah engkau berada di tempat2 ibadah?"

RM100 menjawab :-

"Belum pernah"
RM1 pun berkata lagi;
"Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan...Aku tidak dipandang sebagai sebuah NILAI,,,krana t'lalu tggi nilai aku stlh di manfaat oleh golongn bwahan....

"Lantas menangislah RM100 kerana berasa mbesar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini...

Oh..!! Duit singgit..!!

Rabu, 21 Ogos 2013

Duit Raya Untuk Ibu


Sayunya hati

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya".

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya.... Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab... dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yang sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor

Tarikh : Wednesday, August 21 @ 00:00:00 MYT
Topik : Umum

Jumaat, 18 Januari 2013

Masa kita dan Masa Ibubapa kita

;)
Petikan dari Blog Biras WN

WN meminati penulisan beliau.. mungkin kerana beliau seorang Editor Bahasa Melayu.. nukilannya sangat cantik.. barisan ayatnya tersusun... tidak seperti blogger seperti WN... tatabahasa macam hampeh...

Berkongsi rasa hati beliau tentang kita dengan ibubapa..


MASA ISTIMEWA KITA MASA ISTIMEWA IBU BAPA KITA

APABILA kita diberi masa, jagailah masa itu dengan selayaknya dan dengan sebaik-baiknya kerana akan tiba suatu masa nanti kita tidak mempunyai masa dan kesempatan tersebut lagi. Pada masa itu kelak, kita langsung tidak berpeluang untuk berpatah balik kerana masa itu telah menjadi sejarah; masa itu telah menjadi kenang-kenangan.
                                                               
Ibu bapa sebenarnya sebahagian daripada masa kita. Mereka telah lama mendepani sepak terajang kehidupan sebelum kita ada. Dengan sifat Rahman dan Rahim Allah, Dia mengurniai kita kepada ibu dan bapa kita – sebagai zat yang menyukakan dan yang lebih besar daripada itu adalah sebagai amanah untuk dilaksanakan dengan sepatutnya.

Masa itu, kita tidak tahu apa-apa – kita akan menangis kehausan atau kelaparan jika ibu kita tidak menyuapkan susu atau makanan kepada kita. Kita akan terbiar kedinginan jika ibu atau sekali-sekala bapa kita tidak membedung kita. Kita akan terus bergelumang kencing dan tahi jika ibu atau bapa kita tidak menyucikan najis-najis itu daripada menggelumangi kita.

Masa itu, walaupun kita ini zat yang menyukakan mereka, sebenarnya kita sebahagian daripada beban yang ditanggung oleh ibu bapa kita. Mental mereka perlu diangkat ke tahap maksimum demi kita. Mereka tidak berupaya untuk bangun solat tahajud, tetapi berupaya untuk melawan kantuk bagi menyusukan kita pada waktu-waktu dinihari.

Masa itu masa istimewa kita. Kitalah raja yang tidak boleh dihadap. Kehendak semula jadi dan kehendak hakiki kita sebagai bayi terpenuhi semuanya. Ibu bapa kita berasa sangat bersalah dan sangat berdosa apabila mereka tidak memenuhi kehendak semula jadi dan kehendak hakiki kita itu. Mereka bersedia untuk berkorban jiwa demi membesarkan dan “menghidupkan” kita.

Kita kemudiannya membesar dengan segala keistimewaan – berakal dan bijaksana, berkat makan minum yang diatur oleh ibu bapa kita semasa kita bayi dahulu. Kalau kita tidak cerdik dan menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran, setidak-tidaknya kita masih dikurniai akal untuk membedakan yang baik dengan yang buruk, yang kotor dengan yang murni.

Bagaimanakah dengan masa istimewa ibu bapa kita? Bagaimanakah kita memanfaatkan masa yang ada sekarang, mengorbankan masa yang ada sekarang untuk melayan insan-insan istimewa itu? Masihkah kita berhelah dan beralasan untuk pulang menziarahi mereka? Masihkah kita menanti dan mencari-cari waktu lapang untuk menjengah mereka yang menanti kita penuh rindu?

Untuk kita, masa itu emas, tetapi kita lupa bahawa ibu bapa kita “lebih emas” daripada masa. Seperti yang dikatakan pada awal tadi, mereka itu sebahagian daripada masa kita. Kita harus memperuntukkan masa dalam kehidupan harian kita untuk ibu bapa kita – berkirim surat, berhubung melalui telefon, menziarahinya setiap minggu atau setiap bulan, dll.

Bapa kita harus kita sayangi dengan sepenuh hati, sepenuh jiwa, sepenuh raga kita kerana tiada mereka tiadalah kita. Tiada mereka, siapalah kita. Tanpa pengorbanan mereka, kita tidak akan menjadi siapa-siapa. Kita mungkin diserahkan kepada orang lain untuk menjadi anak angkat orang lain, tetapi itulah ketentuan Allah Yang Maha Mengetahui apa-apa yang lebih baik untuk kita.

Masa untuk kita hidup sangat singkat. Masa untuk kita membalas jasa ibu bapa kita lebih singkat lagi sedangkan ibu bapa kita melalui masa yang panjang untuk membesarkan kita. Masa istimewa untuk ibu bapa kita sepanjang masa. Baik kita terhadap mereka, baiklah balasan yang diterima mereka di alam abadi kelak. Apabila tiba giliran kita ke sana, kebaikan itu bermanfaat kepada kita.

PERINGATAN KEPADA ANAK-ANAK
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir penyusuannya), dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” [14]
[Surah Luqman]

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan (engkau) supaya engkau tidak menyembah melainkan Dia semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (dengan sebarang perkataan kasar) meskipun (dengan) perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi berkatalah kepada mereka (dengan) perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [23] Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): ‘Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil’. [24] Tuhan kamu lebih tahu akan apa-apa yang ada di dalam hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintah-Nya, maka sesungguhnya dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.” [25]
[al-Isra’, ayat 23-25]

“Pembalasan bagi setiap dosa akan ditangguhkan sampai hari kiamat kelak, kecuali (dosa) menderhakai ibu atau bapa. Maka sesungguhnya Allah akan menyegerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia.”
[Riwayat Hakim]

“Seorang lelaki datang mengadu kepada Nabi Muhammad SAW katanya, ‘Sesungguhnya ayahku telah merampas hartaku’. Nabi berkata, ‘Dirimu dan hartamu adalah milik ayahmu, anak-anak kamu adalah hasil usaha kamu yang terbaik. Oleh itu, kamu berhak memakan harta mereka.”
[Riwayat Ibnu Majah]

 “Aku bertanya Nabi Muhammad SAW, ‘Apakah amal yang paling disukai oleh Allah?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Solat dalam waktunya’. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa lagi?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Kemudian berlaku ihsan kepada kedua-dua ibu bapa’. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa lagi?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Berjihad fi sabilillah’.
[Riwayat al-Bukhari]

“Keredhoan Allah terletak pada keredhoan ibu bapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”
[Riwayat al-Tirmidzi]

Selasa, 11 Disember 2012

IKHLAS KE AKU??

;)
Dapat kata2 ni dr FB
hati memang mengiyakan kebenaran kata2 di bawah;

Lalu WN update status di FB dengan 'wording' seperti di bawah;

Tapi dalam hati ni kekadang berharap ikhlas aku bersedekah itu memperolehi GANJARAN dariNya.. Terpakaikah ikhlas itu?

Menanti2 juga ada yang berpengetahuan atau mungkin sedikit ilmu meninggalkan ulasan di akaun FB WN..
tapi ramai 'like' tanpa ulasan

Dua tiga hari lepas tu.. tanpa dicarik.. WN terbaca status rakan FB yang 'share' perkara seperti ini;

 Sejauh mana tahap keikhlasan kita?
Tahap keikhlasan seseorang hamba itu berkait dengan darjatnya disisi ALLAH


Rumusan : Ikhlas WN kat tahap PEDAGANG.. ye ke?!!! (sendiri bagi.. bole la.. hu3x)
jawapan 'klise' WN.. perlahan-lahan kayuh la.. 
banyak lagi usaha kena untuk perbaiki dan bersihkan hati
Ya Allah.. terlalu jauh rupanye nak mendapatkan tempat disisiMu..

Isnin, 22 Oktober 2012

IBADAH - KORBAN


;)

Dari google


N3 sempena menyambut Hari Raya Haji / Korban.. Untuk makluman WN sendiri dan sesiapa yg ingin baca..

Mengerjakan korban mengikut sunah

Oleh : Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus

ULAMA ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima Allah.

Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba’) sunah Nabi s.a.w.

Firman Allah s.w.t: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang- orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2)

Menurut Fudhail bin ‘Iyaadh r.a, “Maksud ‘amalan yang lebih baik’ ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar, nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunah.”

Tambahan pula Rasulullah s.a.w. ialah contoh teladan terbaik kepada seluruh umat Islam. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab: 21)
Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunah Baginda seperti berikut:

* Waktu perlaksanaan ibadah korban.

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat Hari Raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat Hari Raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Sabda Rasulullah: Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1961)

Sabda Rasulullah lagi, “Seluruh hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan”. (riwayat Ahmad di dalam Musnadnya no: 16151).
* Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Hendaklah dipastikan haiwan yang hendak dikorbankan itu adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.
Sabda Rasulullah: Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus). (riwayat Abu Daud dalam Sunannya no: 2420).

* Tidak menggunting rambut dan memotong kuku. (WN baru tahu tentang ini)

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak dari 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah tersebut.

Sabda Rasulullah: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1977).

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

* Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1318).
Adapun bagi kambing hanya diperbolehkan untuk satu penama sahaja.

* Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.
Seseorang dibenarkan berkorban dan berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian daripada tujuh bahagian itu.
Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah. Lalu Abu Ayyub menjawab: “Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain.” (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya no: 1425).

* Ibadah korban dilaksanakan di musolla.
Disunatkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidiladha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

Menurut Ibnu Umar r.a, Rasulullah bersabda: Sudah menjadi kebiasaan Baginda menyembelih dan berkorban di musolla. (riwayat Bukhari di dalam Sahihnya no: 5552).

* Sunat menyembelih sendiri haiwan korban.(ramai tak gamak melakukannya sendiri.. kalo 'pompuan' yg laksanakan korban apa pula hukum nye yer?)
Sunah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata: Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan Baginda sendiri. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya no: 5565).

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

* Menyembelih haiwan korban mengikut sunah.

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan untuk berbuat baik dalam segala hal. Ketika kalian membunuh, maka berbuat baiklah dalam membunuh tersebut, dan ketika kamu menyembelih berbuat baiklah dalam penyembelihan, dan hendaknya salah seorang di antara kalian menajamkan pisaunya dan memudahkan untuk haiwan sembelihannya. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1955)

Sebelum menyembelih, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca bismillahi wallahu akbar.


* Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.

Sunat bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan menyedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Nabi s.a.w: Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu). (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1971).


* Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.
Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberi menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata, Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1317).


* Tidak boleh berkongsi haiwan korban bagi ibadah korban dan akikah. (perkara ni pun ada yg buat.. Al-hamdulillah selama ni kami tak buat macam nih)

Ada segelintir umat Islam yang menggabungkan ibadah korban dan akikah dengan menggunakan formula dua dalam satu.

Hal ini sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sabit daripada Rasulullah.

Syaikh Abu Muhammad ‘Ishom bin Mar’i dalam kitabnya Ahkamul Aqiqah berkata:
“Dalam masalah ini pendapat yang benar adalah tidak sah menggabungkan niat akikah dengan korban. Sebab akikah dan korban adalah ibadah yang berbeza jika ditinjau dari segi bentuknya dan tidak ada dalil yang menjelaskan sahnya mengerjakan salah satunya dengan niat dua amalan sekali gus. Sedangkan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah dan Allah tidak pernah lupa.”




Sumber:
Utusan Malaysia
7 Zulhijjah 1428H

Rabu, 25 Julai 2012

Cara Tasbih Guna Jari dan Doa Mudah Bangun Tahajjud

;)
ASSALAMMUALAIKUM

Curik masa laju2.. Untuk share e-mel yang saya dapat awal pagi ni..

Cara guna jari untuk kiraan tasbih



Doa mudah untuk mudah bangun tengah malam (tahajjud)


Baru-bari ni melalui satu ceramah di Radio IKIM oleh penceramah dari Negara Arab seorang Sheikh.. maaf tak ingat namanya, Sheikh Arab tu berkongsi amalam yang jika diamalkan akan dimudahkan kita untuk bangun tengah malam untuk bertahajjud

Caranya ialah :

Baca surah al-Qadr sehingga ayat terakhir dan pada ayat terakhir ini diulang 7 kali. Semasa mengulang bacaan ayat terakhir itu berniatlah dalam hati, pukul bera[a anda semua nak bangun tu..

Moga2 mendapat manfaat dari apa yang saya kongsi..
WASSALAM..

Selasa, 6 Mac 2012

Masalah di rumah tak bertangga

:'( Bila hati kadang kala terguris (selalu yang benarnya.. ) .. ini lah yang menjadi bahan rujukan supaya hati (perasaan) tidak mendahului akal (pemikiran)..


Rujukan ku apabila bermasalah rumahtangga dgn suami.. (ala.. biasa la..  perasaan ku ini kadang2 simpan je, pendam je... tak terkata.. supaya tak menjadi ungkitan.. tunggu la.. ada time nanti Achik hambur kan jugak.. sekarang biar stres kerja habih.. amik cuti2 malaysia baru kuar kan apa yang patut..)


Ini laluan Cinta Abadi saya....




.. Inilah laluan CINTA (cinta ke?..sayang sangat la..), Memang indah menjadi isteri yang dicintai suami. Inilah yang menjadi impian para isteri. Tetapi indah bukan menjanjikan tenang, bahagia apatah lagi keselamatan yang kekal.

Jika cinta suami gagal diperolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di dunia ini.

Apatah lagi, kebahagiaan yang diburui adalah kebahagiaan yang kekal di Akhirat nanti.

Memanglah hebat, jika suami isteri saling cinta menyintai. Tetapi apabila berlaku tidak saperti apa yang kita mahu, pasti ada sesuatu yang ingin diberikan oleh Allah kepada mu.

Bila kita memandang segalanya dari Allah; yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hati mu, yang membuatkan keinginan kita terhalang, serta menyusah-nyusahkan hidup kita...pasti akan damailah hati kita. Kerana, masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup kita, pecahnya hati kita...tapi mungkin itulah yang Dia mahu. Kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya.

Mungkin benar, perkahwinan ini memang BUKAN atas pilihan sendiri (pilihan ku la..), tapi bila ia telah berlaku, hakikatnya itulah pilihan yang Allah mahu untuk kita.

Terlalu banyak perkara berlaku diluar jangkaan kita sendiri... sebagai peringatan.. perkahwinan atau suami bukanlah matlamat akhir hidup kita. Ia hanyalah alat untuk kita merebut keampunan dan keredhaan Illahi.

Sesuatu yang kita tidak mahu cintai kadang-kadang begitu dicintai oleh hati.

Sebaliknya kadang-kadang kita terlalu ingin dan mahu cintakan sesuatu, tapi hati menolak.

Hal ini adalah takdir yang kita sendiri pun tidak boleh mengawal dan menentukannya, walau siapa pun kita.

Tapi ia bukan sesuatu yang perlu  dikesalkan... 

Sedangkan sikap kita yang tidak mencintai Allah pun sering kita berikan maaf, walau ia satu kesalahan yang lebih besar..

Mengapa pula sikap suami ini begitu payah untuk kita terima? 

Inilah kita... 



Terlalu mudah sakit bila hak kita terabai, sedangkan bila hak Allah terbiar, hati tidak tersentuh langsung.

Allah sayang pada kita. Dia mahu kita juga sayang dan cinta padaNya.

Kerana itulah diberiNya kesusahan pada perasaan kita. 

Dia mahu kita berpaling dari cinta sementara yang amat kita burui itu...
kepada cinta mutlak yang Maha Agung lagi indah.

Tidakkah dirasa hati ini sekarang lebih lunak untuk mengingati Allah, jika dibandingkan dulu? 
Bukankah ini satu nikmat? 
Maka, janganlah disia-siakan peluang ini dengan sungutan dan rasa tidak redha...

Jika, dalam mengetahui suami  tidak mencintai kita 
tetapi kita masih mampu memberikan khidmat terbaik padanya, mendoakannya, 
maka itulah bererti bahawa kita memang bersungguh-sungguh untuk memburu cinta Illahi.

Jika tidak, derita itu hanyalah derita yang lahir dari nafsu tercabar. 
Ia tidak ada erti apa-apa.. dan tidak layak untuk mendapat simpati...

Suami itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak akan kekal, hidupnya ada batas dan akhirnya dia akan pergi...

Suatu masa nanti kita akan tetap kehilangannya. Kerana itu, selagi terbuka peluang untuk kita merebut pahala sabar, redha dan syukur ini, rebutlah...

Dan jika sakitnya terlalu menusuk, bagaikan menghiris hati, datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu... 
(hu hu bergenang air mata Achik baca perenggan nih!!)

Katakan, Aku tidak redha, tapi Aku adalah hambaNya yang terlalu lemah.

Mohonlah pimpinan dan kekuatan dariNya...jika belum Dia mahu mengangkat derita itu, maka mintalah derita itu menjadi sebab untuk kita terus berada dalam perhatian dan kasih sayangNya.

Ingatlah juga , bahawa mungkin ini juga satu hukuman untuk kita. Hukuman pada dosa-dosa yang tidak bersungguh-sungguh kita memohon keampunan daripadaNya.

Dengan datangnya ujian ini, moga kita akan sedar dan insaf sendiri. Sedar yang kita hanyalah hamba yang layak dihukum apa saja olehNya. Supaya kita datang kepadaNya, merayu-rayu meminta ampun pada kesalahan kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang hanya Allah sahaja boleh memberikannya.

Doakanlah terus untuk suami kita. 
Dan doakan juga untuk diri kita sendiri. 

Engkau sedang melintasi satu jambatan yang pendek tapi sulit, untuk pergi ke satu mahligai yang kekal abadi dan bahagia yang hakiki.

Berbaktilah sesungguh hati padanya, yang telah Allah tentukan sebagai suami kita. 

Dan hasilnya jangan kau tuntut darinya , tapi nantikanlah ia di Akhirat yang kekal abadi.

*******************************************************************************

p/s : Aku beriman dan sesabar itu kah?!!!

:'(

Ahad, 5 Februari 2012

MAULIDUR RASUL…. APA KITA NAK BUAT?

;) Untuk bacaan sendiri..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah azzawajalla kerana kita dilahirkan di kalangan umat Nabi s.a.w. yang mana para ambia alaihimus solatuwas salam termasuk rasul ulul azmi mencemburui kita. Semua nabi ulul azmi berdoa meminta kpd Allah s.w.t. untuk agar dilantik menjadi Nabi penutup ( khataman nabiyin ) @ sekurang-kurangnya menjadi umat kepada Nabi penutup iaitu umat Nabi s.a.w. kerana keistimewaan yg dikurniakan kepada umat ini.

Betapa besarnya pengorbanan Nabi penutup yg juga penghulu kpd semua para nabi & rasul. Mengenang kembali susah payah Baginda s.a.w. menyeru manusia dari mengabdikan diri kpd sesama makluk kepada mengabdikan diri kpd Allah s.w.t. yang esa, mengeluarkan manusia dari zulumat kepada cahaya iman, membawa manusia dari kehidupan dunia yg sempit kpd kehidupan akhirat yg luas, dari kecintaan dunia yg sementara kpd kecintaan akhirat yang kekal abadi.

Nabi s.a.w. dicaci, digelar al majnun ( orang gila ), dipulau, diletakkan najis unta semasa sujud solat di hadapan Baitullahil Haram, dijerut, dibaling dgn batu sejauh 7km ketika pulang dari berdakwah kpd pembesar dan Bani Thaqif di Taif hingga kasut baginda digenangi darah Baginda yang mulia, malah cuba dibunuh, namun begitu Nabi s.a.w. tetap mendoakan kebaikan dan hidayah untuk umatnya.

Sayangnya Nabi s.a.w. kpd kita tidak dapat digambarkan dgn kata-kata. Bagaimana Baginda s.a.w. menangis dikala tidur yg tidak nyenyak mengenangkan umat yang disayangi hingga tapak tangan kanan Baginda s.a.w. bertakung air mata Baginda. Di akhir hayat Baginda s.a.w. ucapan yang diucapkan ....umatku, umatku, wanita, wanita, solah, solah! Bagindalah manusia pertama yg akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan ucapan yg sama keluar dari lidah Baginda yang mulia... umatku, umatku!

Kita tibalah masa hari kelahiran Baginda s.a.w. Walaupun Baginda s.a.w., para sahabat radhiallahuanhum ajmain dan para tabiin tidak menyambut hari kelahiran Baginda s.a.w. tetapi kita pada hari ini menyambutnya dgn berselawat dan sebagainya.


ADAB ADAP MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Semasa menyambut maulidur rasul s.a.w. ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian :

1.         NIAT – betulkan niat kita.
Marilah kita betulkan niat, tujuan dan maksud kita hadir dalam perarakan atau sambutan Maulidur Rasul s.a.w. Niat kita ialah untuk memuliakan Baginda s.a.w. dan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. bukan kerana maksud untuk mendapatkan manfaat kebendaan dan tujuan yang lain.


2.            JAGA SOLAT FARDHU
Semasa kita menyertai sambutan Maulidur Rasul s.a.w. pastikan kita tidak meninggalkan solat-solat fardhu pada waktu tersebut seperti Solat Subuh & Zuhur. Tunaikan secara berjemaah di tempat azan dikumandangkan kerana inilah cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w kepada kita ( sunanul huda ). Baginda s.a.w. pasti dan pasti akan bersedih dan berdukacita yang teramat sangat bila mengetahui umatnya mencuaikan solat fardhu walaupun pada ketika itu umatnya sedang menyambut hari kelahirannya Baginda s.a.w.

3.       BERSELAWAT DENGAN PENUH TAWAJUH
Berselawat dengan penuh tawajuh merendahkan diri kpd Allah s.w.t pencipta kita. Orang yang banyak berselawat ke atas Baginda s.a.w. dengan ikhlas, insyaAllah Taala akan bersama Baginda s.a.w. di akhirat kelak.

4.         KENANGKAN JASA, PENGORBANAN DAN FIKIR RISAU BAGINDA TERHADAP UMAT.
Baginda s.a.w. telah habiskan seluruh kehidupan Baginda untuk selamatkan seluruh umat ini dari kebinasaan sehingga Baginda fikir bagaimana bayi terakhir yg lahir sebelum Hari Qiamat dapat beriman dgn Allah s.w.t.

Mudah-mudahkan Allah s.w.t memberi kita hidayah dan taufik untuk menjadi umat yang berusaha menghidupkan sunnah Baginda ( sirah, surah & sarirah ). Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah Baginda s.a.w. di zaman kerosakan umat maka Allah s.w.t akan mengurniakan kepadanya 100 pahala mati shahid.

Wallahu Taala A’lam.

12 Rabiul Awal 1433H
( 05 Februari 2012 )

Rabu, 7 Disember 2011

10 Muharram

;)
Baru nak publish N3 hari ni.. sebab semalam tak sempat.. sibuk naik tangga turun tangga settle kan hal keje.. (Bos tingkat lain.. anak buah tingkat lain.. Bahagian baru ni tak settle sepenuhnya lagi!!!) Walaupun dah terlepas 10 Muharram (semalam),Tapi tak pe la.. untuk peringatan diri sendiri..


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Muharam;

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Kawan2 berpuasa semalam.. WN tak bole..hi hi

Isnin, 12 September 2011

Doa Ibu

Assalamualaikum Semua, lama sungguh tak mencatatkan apa2 dalam blog nih.. tak berkesempatan lagi.. gambar2 raya pun tak sempat upload lagi.. Keje2 opis dah berlambak2... Nak siapkan bajet Emolumen minggu ni jugak.. Minggu lepas tangguh2 je..

Ye la  ..
"BERSENANG-SENANG DULU.. BERSENGKANG-MATA LA KEMUDIAN" PADAN MUKA AKU!!!
Entree ni .. dah lama simpan .. edit sikit2.. baru la publish
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua, luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Ditakdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** .. 



Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang  baik. 
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.                     
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.                           
*  Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.

     *Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
     *Membaca quran sehingga menitis air mata.
     *Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
 


* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
       

       *Anak.                          
       *Ibu.                          
       *Suami.    

                      
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit 
perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. 



* Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.                           


* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.


* Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.


* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.


**** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.                           


* Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah amal". 

       “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia      penyebab makbulnya doaku ini”.  

*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal  yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita. 
                             
* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.


* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah.. 
     
      “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
     
       “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang  memerlukan.  


*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! 


* Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.  Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.


*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
     

Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket...sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak  kawinkan”  atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana . 


* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam pd mereka. 

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.                          


* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..


* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan        pahala!.                           


*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana . 


* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.                          


 *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or  nyanyok.. ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga mereka disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya. 


* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.                          

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
* Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
   

Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi / selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar. Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan. 
     
 Symptom terkena saka: 
  1.  Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.                           
  2.  Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar. 
  3. Susah nak dapat anak, senang gugur. (Aishh!!! Saya ke ni?!!!)
  4. Ada rasa kelibat orang lalu. 
  5. Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak  beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
  6. Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.                           
* Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.


* 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.                          

* Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.


* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.

Anak Lari Dari Rumah 

* Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.                          


* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.                          


Anak Degil


*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK
     
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. 

Kata Ustaz..Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Wallahhu 'Alam

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu ..

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit