Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Memaparkan catatan dengan label Patut tahu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Patut tahu. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Februari 2014

Remember Mummy - I won't always..

Khamis, 6 Februari 2014

Keperluan kalori harian saya

;)

Perlu share nih.. saya dapat dari http://mynutri.moh.gov.my/

Umur : 40
Tinggi : 1.63
Berat : 63
Tahap aktiviti fizikal : Tidak aktif



Keputusan


Indeks Jisim Tubuh (BMI) : 23.71
Status Berat Badan : Berat Badan Normal
Berat Badan Ideal : 49.15 kg hingga 66.16 kg
Saranan Keperluan Kalori : 1673.85 kcal











Rabu, 8 Januari 2014

10 TIPS DARI Dr. SHERINE, CHILD PSYCHAITRIST HOSPITAL GLENEAGLES

;)

1. BIASAKAN dan KERAPKAN BAWA ANAK MAIN PASIR, BUIH, RUMPUT dan PLASTESIN
- Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed and touched dengan texture pasir, rumput, buih n etc. Benda2 tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak2.

2. DON'T EXPOSE TOO MUCH 'THINGS IN BOX'
- 'Things in a box' tu macam TV, iPad, tablet, handphone, games n etc... too much exposed to computer light and touch screen boleh menyebabkan saraf2 rosak sebab tiada rangsangan dan kurang latihan pergerakan semasa kecil.

"Takde masalah kalau nak tengok benda 'in a box' ni... but make sure not more than 10 minutes at a time!"
"Never leave the child and iPad alone. Watch with him!" Sentiasa interact dengan dia while watching."

It's a good sign when he wants to watch iPad, he asks you to join him... but bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always be with him and interact with him while watching."

Kenapa TV, iPad, tablet, handphone, games n etc tak elok untuk perkembangan kanak2:

Bila kita tengok iPad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja. Tiada pergerakan 'rolling' oleh mata. So bila too much iPad, that means no eyes nerves stimulation... lama2 pandangan anak tak luas and brain pn tak boleh fikir dengan luas dan kreatif. So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?!

Bawak keluar rumah. Look around.
Atas... tunjuk sky, tunjuk airplanes...
Bawah... tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers...
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas... supaya anak dongak ke atas... flash huruf B kat bawah pulak... flash huruf C sebelah kiri... huruf D sebelah kanan dan sebagainya.

Dengan cara macam tu, automatik ada 'rolling' eyes movement. So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah macam tu, saraf mata dirangsang dengan baik n brain development pon berlaku dengan baik.

3. STIMULATE THEIR IMITATION SKILLS
- Imitation skills ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yg dilihat di sekeliling.

Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pnn ikut clap hands juga. Because language and speech is also an imitation skill, attitude pon imitation skill, cara berfikir pon imitation skill dan semua2 tu pn related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah2 seperti:
Say a word dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam menangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik dan suruh anak tiru step yg kita buat.Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek dan suruh anak buat sama.

One more thing, pergerakan merangkak adalah sangat2 bagus... sebab ia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki... dan menurut kajian, baby yg mengalami fasa merangkak yg lama dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yg merangkak sekejap atau tak merangkak langsung [terus boleh berjalan].


4. BANYAKKAN CONCEPT TOYS BERBANDING MAINAN SUPERHEROES, MONSTERS...
- Concept toys seperti ABC 123 blocks, Lego, animals [yang realistic dan senang nak recognize], shapes blocks, vehicles, colour blocks n etc. 

Sebab benda2 ni boleh tambahkan vocab anak2... plus boleh belajar sambil bermain. Avoid belikan mainan2 yg tak realistik seperti barbie doll, superheroes dalam TV, monsters n etc. Sebab masa bermain dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.

5. BILA AJAR ANAK BERCAKAP, AJAR WORD DULU AVOID SENTENCE
- Kalau kita pergi Zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak better cakap 'Elephant!' bukan 'That is elephant!' atau'Wow! U see that big elephant?'

Ajar word by word. Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively. Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh:

'Eat.' bukan 'Come and eat!' atau 'U must eat!'

'Sit.' bukan 'Come and sit beside Mama' atau 'Sit and keep quiet.'

Lama2 anak akan cepat recognize which one is noun, adjective, verb n etc. Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.


6. KALAU ANAK TAKUT STRANGERS, ASK THEM TO HIGH-5. AVOID SALAM, HUGS OR KISS
- Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.

Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor atau nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat n etc. So bila jumpa strangers mana2 pn dia expect orang tu akan buat apa2 kat dia. Untuk overcome benda ni bila jumpa sesiapa yang anak tu takut suruh orang tu high-5 dengan anak kita. Biasanya kalau kita jumpa kawan atau saudara mara, mesti diorang nak peluk cium salam anak kita kan?! So kalau anak yg jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam peluk terus, suruh high-5 dulu.
High-5 is very powerful! Ia boleh ubah mentaliti anak within seconds. Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat dan anak akan realize yang orang tu tak merbahaya. So lepas tu, dia akan OK dengan orang tu.

7. BILA ANAK BUAT SALAH, EXPLAIN INSTEAD OF MARAH
- Kalau anak main marker pen, conteng satu rumah... instead of marah2 atau membebel tak tentu pasal. Better explain clearly kat anak tu kenapa benda yg dia buat tu salah. Ingat! Anak tu tengah exploring his world bukan saja nak cari pasal dengan kita!
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak make sure mata kita dengan dia satu level. Melutut depan anak. Jangan cakap atau marah sambil berdiri sebab anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pun apa yg kita nak sampaikan.

8. OVERLY-ATTACHED TO ONE PERSON IS NOT A GOOD SIGN
- Kalau anak rapat dengan Mak dan tak berapa rapat dengan Ayah.. itu petanda tak bagus. Something wrong with his self-esteem. So kena biasakan dia rapat dengan semua orang... especially family members.

9. BILA BERMAIN, FOLLOW HIS INTEREST
- Kalau anak nak main bola, jangan tiba2 nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan nak ajak dia main bola plk. Ikut kehendak anak pada ketika itu... sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul2 interested dan happy buat sesuatu perkara.

10. BAGI PILIHAN JAWAPAN UNTUK ENHANCE COMMUNICATION SKILL ANAK
- Bila kita bertanya sesuatu kat anak, kalau anak diam sebab tak tahu nak jawab mcm mna, jangan biarkan soalan tu tak berjawab. Kita yg kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh kalau kita tanya, 'Kenapa Lutfi menangis?' tapi Lutfi diam, mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana. So kita bagi la beberapa pilihan jawapan. Contoh:
' jatuh?'
'Lutfi sakit perut?'
'Lutfi nak ikut Mommy pergi kerja?'
'Lutfi bosan?'

Even if dia respon dengan sekadar angguk je pun dah memadai. At least soalan dah terjawab. Lama2 nnti dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yg sama diajukan di masa akan datang...

Sumber dari: http://saatakukaupilih.blogspot.com

Rabu, 4 Disember 2013

Gaji Pegawai Tentera SPBA 2013

;)

Cerita basi.. tapi saya masih tercari-cari dan cuma memahami apakah ciri-ciri pensetaraan Gred Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera yang disetarakan dengan Skim Perkhidmatan Kakitangan Awam. Terimakasih En Google.. akhirnya saya paham..






TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP 2013

Sumber : www.navy.mil.my

;)

PERATURAN-PERATURAN ATM 
(TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013

"Kerajaan telah meluluskan peraturan baru "Peraturan-peraturan Angkatan Tetap (Terma-terma Perkhidmatan) 2013" bagi menggantikan penggunaan QRRN 1967 dan Syarat-syarat Perkhidmatan Tentera Darat dan Tentera Udara 1961. Usaha mengadakan peraturan baru bagi menggantikan undang-undang lama telah dimulakan semenjak 1994 lagi namun menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Usaha ini terancat setiap kali ahli dari Jabatan Peguam Negara bertukar keluar dan ahli-ahli baru tidak memahami konsep dan keperluan undang-undang serta pengoperasian peraturan tersebut. 

Campurtangan Yang Berbahagia Panglima Tentera Laut pada tahun 2011 telah berjaya merancakkan semula usaha bagi mewujudkan peraturan ini. Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Bin Hj Jaafar amat perihatin terhadap keperluan peraturan ini dan telah sendiri berutus surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patael untuk penggubalan peraturan ini diberi keutamaan. Atas keperihatinan kedua-dua tokoh ini, draf akhir dapat disiapkan dan mendapat perkenan kebawah Duli Yang Di Pertuan Agong pada penghujung 2012.

Peraturan ini telah diwartakan melalui warta kerajaan PU (A) 183 dan berkuatkuasa pada 12 Jun 2013. Mulai dari tarikh ini perkhidmatan warga ATM diseliakan di bawah peraturan yang baru - Peraturan-peraturan Angkatan Tetap (Terma-terma Perkhidmatan) 2013. Lihat DISINI untuk peraturan tersebut.

Rabu, 6 November 2013

NILAI TERAS TLDM

;)

4 NILAI TERAS TLDM :

KESETIAAN        - Honour
KEMULIAAN      - Loyalty
KEBERANIAN    - Courage
KEBANGGAAN  - Pride

Dalam dua ke tiga tahun ni.. tengok je.. perkataan2 ini di Navy Base.. Sekadar pandangan kosong.. Ingat slogan biasa.. yang datang dan pergi setiap tahun pada congakan saya.. Hari ni.. ntah macamana saya nak tahu kenapa ia menjadi 'header' di website TLDM.. dan jawapan kepada persoalan orang yang ketinggalan zaman macam saya ni (ye la.. tak duduk dalam base pun.. tak pulak join BAKAT.. dan tak de kawan2 rapat dari kalangan isteri2 tentera kan!!!).. perkataan2 itu ada 4 NILAI TERAS bagi organisasi TLDM.. Ingat agensi ngko aje yang ada Nilai Teras ke? (Dalam hati berkata-kata).. Tapi NILAI TERAS TLDM ini adalah yang terbaru.. sebelum ni ada 5 NILAI TERAS TLDM adalah KECEMERLANGAN, BERETIKA, PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN, MENEPATI MASA

dan ada lagu juga rupanya untuk Nilai Teras ni.. Tajuknya BANGGA BERKHIDMAT.. Dah dengar lah lagu ni..  Ni liriknya..

Berteraskan Emapat Nilai Murni
Jadi pemangkin Visi dan Misi
Menjana tekad untuk berbakti
Bangga berkhidmat sentiasa disegani

Kemuliaan berhati luhur
Kesetiaan patuh dan taat
Keberanian sedia berkorban
Kebanggaan rela berkhidmat

Ikrar kami sekata
Berkhidmat dengan bangga
Capai wawasan mulia
Tentera Laut bertaraf dunia.



Rabu, 21 Ogos 2013

;) Tertib Meminta Maaf untuk dijadikan panduan
Sumber : http://prihatin.net.my/


Tertib Beraya Terbaik Masyarakat Jawa

WALL JAWAMari kita sambung artikel tentang adab Orang Jawa semasa beraya yang kami ceritakan dalam artikel lepas bertajuk BUDAYA ISLAMIK JAWA BERAYA. Kami rasa banyak kebaikkan kita kongsikan amalan ini, khusus bagi mereka yang bakal hidup bersama dengan masyarakat dan keluarga Jawa. Samada atas alasan perkahwinan atau sosiologi  berjiran. Atau sekurang-kurangnya untuk menanam budaya terbaik ke dalam generasi Muslim keseluruhannya di masa depan.
Adab sangat dititikberatkan dalam amalan beraya secara tradisi masyarakat Jawa. Pada hariraya pertama dan minggu pertama, Biasanya yang muda akan menziarahi semua sanak saudara yang lebih tua, bermula daripada anak ziarah ibu bapa & datuk nenek, adik beradik, pakcik dan makcik dan seterusnya sepupu yang lebih tua.
Anggota keluarga mengambil giliran memohon maaf kepada yang lebih tua.
Gambar Hiasan : Anggota keluarga mengambil giliran memohon maaf kepada yang lebih tua.
Beberapa hari sebelum raya pula, sesama adik beradik, bagi keluarga yang besar atau bersama jiran penduduk kampung biasanya bergotong-royong secara bergilir untuk mengacau dodol di rumah beberapa orang tua terpilih sebagai host. Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan bekalan lebih, mereka akan turut menyumbang bahan mentah tambahan. Semua kerja termasuk mencari kayu api, memarut kelapa dan memerah santan dikerjakan bersama. Setelah dodol masak (biasanya sekitar 8 jam mengacau), setiap orang yang turutserta akan dibekalkan dengan dodol yang telah siap sebagai buah tangan, sehingga raya cukuplah bekalan dodol yang terkumpul untuk keperluan keluarga kecil itu secara kolektif dari aktiviti gotong royong tadi.
Amalan bergotong royong mengacau dodol & memantai memasak juadah hari raya seperti lemang, ketupat dan lauk pauk.
Amalan bergotong royong mengacau dodol & memantai memasak juadah hari raya seperti lemang, ketupat dan lauk pauk.
Di petang terakhir Ramadhan, mereka akan memantai, bergotong royong menyediakan juadah raya seperti ketupat, lemang dan lauk pauk sesama keluarga yang ada. Biasanya mereka tidak tidur di sepanjang malam raya. Sebelum ke masjid di awal pagi raya, wakil keluarga yang lebih muda akan menghantar juadah raya berupa lemang, ketupat, rendang, lodeh dan lain-lain kepada orang-orang tua yang dihormati di kampung itu. Tradisi ini di panggil `MEMUNJUNG’.
Hampir kesemua jenis juadah pagi raya yang dimasak oleh keluarga muda akan di agihkan kle rumah warga tua, tanpa mengira pertalian darah dan keluarga sebagai tanda hormat dan ikatan kasih sayang.
Hampir kesemua jenis juadah pagi raya yang dimasak oleh keluarga muda akan di agihkan kle rumah warga tua, tanpa mengira pertalian darah dan keluarga sebagai tanda hormat dan ikatan kasih sayang.
Usai solat sunat Aidilfitri, keluarga akan berkumpul dan mengambil giliran saling bermaaf-maafan. Ia dimulai dari isteri kepada suami, anak-anak kepada ibu bapa masing-masing. Kemudian beralih sesi bermaafan antara anak yang paling tua kepada ibu bapa, cucu-cucu yang paling tua diikuti dengan yang lebih muda kepada datuk nenek. Seterusnya di ikuti sesama adik beradik, dimulai dari yang muda kepada yang lebih tua.
Berikut adalah beberapa adab bersalam dan situasi ketika memohon maaf,
  1. Yang muda memohon maaf kepada yang tua terlebih dahulu secara bergilir. Yang terakhir bermaafan ialah yang paling tua.
    3955890310_e53d999119
    Gambar Hiasan : Maaf bermaafan di hari raya cara Orang Jawa
  2. Adab mesti berpakaian sopan, termasuk bertudung dan bersongkok.P8300324
  3. Posisi duduk bertemu lutut atau lebih rendah dari yang tua dan membongkok merendah diri. Samada muka bertemu telinga untuk memudahkan pendengaran atau tunduk hingga muka merendah di bawah paras bahu sambil KEDUA BELAH TANGAN bergenggam salam dengan erat.61256_580867311954819_2036935864_n
  4. Dimulakan dengan lafaz selawat, ucapan hari raya dan diikuti permohonan maaf untuk diri sendiri, juga mewakilkan diri untuk memohon maaf bagi pihak isteri & anak-anak, sekalipun mereka juga ada di situ ketika itu. Ini menampakkan yang mereka bertanggungjawab terhadap perbuatan anak isteri mereka.rayalepas3.jpgb
  5. Bagi yang memohon maaf (yang muda) merapatkan muka ke telinga sambil berdakapan atau merapatkan muka ke sisi pinggang yang tua sambil meluahkan kata-kata dengan sangat lembut, sayu dan syahdu, seakan akan berbisik.DSC_1848
  6. Bagi yang mendengar (yang tua) akan mendengar dengan khusyuk, sekali sekala berbalas kata, seolah-olah mereka sedang berbincang panjang.raya20097
  7. Biasanya sesi itu agak panjang, bagi peringkat veteran, ia boleh sepanjang 15 minit dan diiringi dengan esak dan tangis penuh keinsafan dalam ikatan kasih sayang.100_2406
ANTARA LAFAZ SEWAKTU MEMOHON MAAF
  • Auzubillahi minasyaitoonirrojiim
  • Bismillahirrohmaanirrohiim
  • Allahumma solli Ala Sayyidina Muhammad, waala Aali Muhammad,
  • Kama sollaita ala Ibroohiim wa’ala Ali Ibrohim
  • Astaghfirullah al-aziim 3x
  • Allazi la ilaaha illa huwalhayyulqoyyum wa’atuubu ilaik
  • Allahuakbar3x Walillahilhamdh
  • Assalamualaikum bapak
  • Saya sekeluarga ucapkan Selamat hari raya Aidilfitri
  • Taqobbal minna wa minkum
  • Wajaalna wajaalakum Minal Eidin Walfaaiziin
  • Sempena hari baik bulan baik ini, Saya bagi pihak diri selaku orang muda yang lemah dan lalai ingin memohon ampun dan maaf sebanyak banyaknya, dari hujung rambut sampai hujung kaki, awal ke akhir, dari dulu hingga kini. Mohon di ampun segala dosa, zahir dan batin, samada yang kecil atau yang besar, yang nyata atau yang tersembunyi, (ada kalanya mereka menyatakan beberapa kesilapan yang mereka sedari telah dilakukan secara spesifik satu demi satu).
  • sedikit lafaz dalam bahasa Jawa ialah “KELUPATANE KULO, PIRANG-PIRANG LUPUT, NJALOK DHI NGAPURO, LAHIR BATIN, AWAL AKHIR, YO SAK ANAK BOJO KULO SEKABEHANE, NJALOK DHI NGAPURO”
  • Saya juga Mohon di halalkan dunia akhirat akan segala harta anak adam yang terambil, termakan dan terminum, samada secara sedar maupun tidak.
  • Saya mewakili isteri dan anak anak saya, juga mohon di ampun segala kesalahan mereka, juga minta dihalalkan dunia akhirat segala yang terambil termakan dan terminum.
USAI SESI LAFAZ MAAF DARI YANG MUDA, YANG TUA PULA AMBIL GILIRAN.
  • Mengulangi pembuka kata seperti di atas, iaitu berupa selawat, istighfar dan lain-lain.
  • menyatakan rasa kesyukuran kerana diingati, diziarahi dan merasa dihormati.
  • Menyelitkan beberapa nasihat berguna kepada yang muda
  • Menutup sesi itu dengan doa selamat dan doa hari raya
  • Sebelum berhenti mereka akan berpelukan, berkucupan penuh kesyahduan dan biasanya diiringi dengan isak dan tangis.
Sebagai perbandingan kami nyatakan juga pantang larang dalam tradisi budaya beraya masyarakat Jawa yang kini sedang berleluasa. Antara contohnya,
  1. Permohonan maaf adalah satu luahan berbentuk sesalan dan kesyahduan, tidak wajar kita luahkan sambil tersenyum atau ketawa tersengeh-sengeh. Orang Jawa tidak suka gelagat yang tidak serius ketika bersalaman memohon maaf, mudahnya sambil tersengih gedik dan mengada-ngada.
    photo-134
    Gambar Hiasan : Contoh yang kurang disukai oleh orang-orang tua Jawa apabila pernyataan maaf itu tidak dilakukan secara serius
  2. Tidak merendahkan diri. Contohnya muka kita lebih tinggi dari orang tua yang sedang kita pohonkan maaf darinya. Apatahlagi budaya berdiri, keberatan untuk tunduk, bersalaman dengan cara menarik tangan orang tua ke muka kita  – lihat gambar hiasan.
    maaf-maafan
    Gambar Hiasan : Bersalaman sambil berdiri dan menarik tangan orang tua ke atas dan bukan kita membongkok untuk tunduk itu bukan sahaja buruk pada masyarakat Jawa tetapi juga buruk untuk masyarakat Melayu.
  3. Pantang bagi Mana-mana ahli keluarga yang bersembunyi, tidak keluar bersalaman dan bertegur mesra mengalukan saudara mara yang hadir dan tidak keluar memohon maaf dan meraikan kepulangan sanak saudara yang datang beraya. – Inilah budaya yang sangat serius kami perhatikan saat ini.
    Salaman
    Gambar hiasan
  4. Pantang bagi tetamu meminta juadah yang bukan-bukan atau duit raya (kini sebahgian besar Masyarakat Jawa pun sudah terikut-ikut). Ada klip video lagu nasyid tradisi Baraan yang sering dinyanyikan oleh Warga Prihatin ketika bertandang. Akan kami uploadkan Insyaallah. Antara liriknya ialah “..Kepada Tuan rumah Jangan bersusah payah, bukannya kami mengharap juadah, tali silatulrahim kita sambungkan, sunnah-sunnah nabi kita laksanakan…”
    5004025701_26ee2b0de5_b
    Gambar Hiasan : Pantang bagi tetamu (dayoh) minta duit raya ataupun makanan. Tetapi, pantang juga untuk tuan rumah membenarkan tetamu pulang tanpa menjamah.
Kami berjaya mengumpul beberapa klip rakaman video lama VHS yang sudah kami digitalkan dari beberapa co-founder dari suku Jawa. Insyaallah akan kami edit dan paparkan agar kita dapat meneliti dan mengambil sedikit pelajaran untuk memperbaiki atau membentuk peradaban terbaik generasi kita di masa depan.
Hasil Iqra’ dan Perkongsian
WARGA PRIHATIN


5 THOUGHTS ON “TERTIB BERAYA TERBAIK MASYARAKAT JAWA

Isnin, 1 Julai 2013

Saya - yang mana eh?

;)

Saya nampak perangai orang..
tapi tak tahu mana satu menggambarkan diri ini..
nombor 4 kot..


Jumaat, 18 Januari 2013

Masa kita dan Masa Ibubapa kita

;)
Petikan dari Blog Biras WN

WN meminati penulisan beliau.. mungkin kerana beliau seorang Editor Bahasa Melayu.. nukilannya sangat cantik.. barisan ayatnya tersusun... tidak seperti blogger seperti WN... tatabahasa macam hampeh...

Berkongsi rasa hati beliau tentang kita dengan ibubapa..


MASA ISTIMEWA KITA MASA ISTIMEWA IBU BAPA KITA

APABILA kita diberi masa, jagailah masa itu dengan selayaknya dan dengan sebaik-baiknya kerana akan tiba suatu masa nanti kita tidak mempunyai masa dan kesempatan tersebut lagi. Pada masa itu kelak, kita langsung tidak berpeluang untuk berpatah balik kerana masa itu telah menjadi sejarah; masa itu telah menjadi kenang-kenangan.
                                                               
Ibu bapa sebenarnya sebahagian daripada masa kita. Mereka telah lama mendepani sepak terajang kehidupan sebelum kita ada. Dengan sifat Rahman dan Rahim Allah, Dia mengurniai kita kepada ibu dan bapa kita – sebagai zat yang menyukakan dan yang lebih besar daripada itu adalah sebagai amanah untuk dilaksanakan dengan sepatutnya.

Masa itu, kita tidak tahu apa-apa – kita akan menangis kehausan atau kelaparan jika ibu kita tidak menyuapkan susu atau makanan kepada kita. Kita akan terbiar kedinginan jika ibu atau sekali-sekala bapa kita tidak membedung kita. Kita akan terus bergelumang kencing dan tahi jika ibu atau bapa kita tidak menyucikan najis-najis itu daripada menggelumangi kita.

Masa itu, walaupun kita ini zat yang menyukakan mereka, sebenarnya kita sebahagian daripada beban yang ditanggung oleh ibu bapa kita. Mental mereka perlu diangkat ke tahap maksimum demi kita. Mereka tidak berupaya untuk bangun solat tahajud, tetapi berupaya untuk melawan kantuk bagi menyusukan kita pada waktu-waktu dinihari.

Masa itu masa istimewa kita. Kitalah raja yang tidak boleh dihadap. Kehendak semula jadi dan kehendak hakiki kita sebagai bayi terpenuhi semuanya. Ibu bapa kita berasa sangat bersalah dan sangat berdosa apabila mereka tidak memenuhi kehendak semula jadi dan kehendak hakiki kita itu. Mereka bersedia untuk berkorban jiwa demi membesarkan dan “menghidupkan” kita.

Kita kemudiannya membesar dengan segala keistimewaan – berakal dan bijaksana, berkat makan minum yang diatur oleh ibu bapa kita semasa kita bayi dahulu. Kalau kita tidak cerdik dan menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran, setidak-tidaknya kita masih dikurniai akal untuk membedakan yang baik dengan yang buruk, yang kotor dengan yang murni.

Bagaimanakah dengan masa istimewa ibu bapa kita? Bagaimanakah kita memanfaatkan masa yang ada sekarang, mengorbankan masa yang ada sekarang untuk melayan insan-insan istimewa itu? Masihkah kita berhelah dan beralasan untuk pulang menziarahi mereka? Masihkah kita menanti dan mencari-cari waktu lapang untuk menjengah mereka yang menanti kita penuh rindu?

Untuk kita, masa itu emas, tetapi kita lupa bahawa ibu bapa kita “lebih emas” daripada masa. Seperti yang dikatakan pada awal tadi, mereka itu sebahagian daripada masa kita. Kita harus memperuntukkan masa dalam kehidupan harian kita untuk ibu bapa kita – berkirim surat, berhubung melalui telefon, menziarahinya setiap minggu atau setiap bulan, dll.

Bapa kita harus kita sayangi dengan sepenuh hati, sepenuh jiwa, sepenuh raga kita kerana tiada mereka tiadalah kita. Tiada mereka, siapalah kita. Tanpa pengorbanan mereka, kita tidak akan menjadi siapa-siapa. Kita mungkin diserahkan kepada orang lain untuk menjadi anak angkat orang lain, tetapi itulah ketentuan Allah Yang Maha Mengetahui apa-apa yang lebih baik untuk kita.

Masa untuk kita hidup sangat singkat. Masa untuk kita membalas jasa ibu bapa kita lebih singkat lagi sedangkan ibu bapa kita melalui masa yang panjang untuk membesarkan kita. Masa istimewa untuk ibu bapa kita sepanjang masa. Baik kita terhadap mereka, baiklah balasan yang diterima mereka di alam abadi kelak. Apabila tiba giliran kita ke sana, kebaikan itu bermanfaat kepada kita.

PERINGATAN KEPADA ANAK-ANAK
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir penyusuannya), dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” [14]
[Surah Luqman]

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan (engkau) supaya engkau tidak menyembah melainkan Dia semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (dengan sebarang perkataan kasar) meskipun (dengan) perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi berkatalah kepada mereka (dengan) perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [23] Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): ‘Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil’. [24] Tuhan kamu lebih tahu akan apa-apa yang ada di dalam hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintah-Nya, maka sesungguhnya dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.” [25]
[al-Isra’, ayat 23-25]

“Pembalasan bagi setiap dosa akan ditangguhkan sampai hari kiamat kelak, kecuali (dosa) menderhakai ibu atau bapa. Maka sesungguhnya Allah akan menyegerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia.”
[Riwayat Hakim]

“Seorang lelaki datang mengadu kepada Nabi Muhammad SAW katanya, ‘Sesungguhnya ayahku telah merampas hartaku’. Nabi berkata, ‘Dirimu dan hartamu adalah milik ayahmu, anak-anak kamu adalah hasil usaha kamu yang terbaik. Oleh itu, kamu berhak memakan harta mereka.”
[Riwayat Ibnu Majah]

 “Aku bertanya Nabi Muhammad SAW, ‘Apakah amal yang paling disukai oleh Allah?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Solat dalam waktunya’. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa lagi?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Kemudian berlaku ihsan kepada kedua-dua ibu bapa’. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa lagi?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Berjihad fi sabilillah’.
[Riwayat al-Bukhari]

“Keredhoan Allah terletak pada keredhoan ibu bapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”
[Riwayat al-Tirmidzi]

Rabu, 16 Januari 2013

Personaliti mengikut jenis darah

;)
B vs O


WN : Sempoi, fleksibel, sederhana, jujur, berterus terang, kreatif, sosial , berdikari, suka buat kerja dengan cara sendiri (7/8 betul kot..)

Hubby : Sabar, kuat cemburu, setia, ego, ingin jadi ketua dalam kumpulan, yakin, kuat berusaha, serius, tekanan (7/8 betul daripada mata hati WN lah!!)

Jumaat, 14 Disember 2012

1.2.34H

;)

1 Safar 1434H.. Ada korang sedar?!!.. Tu pun WN tau dari kengkawan yang update status kat FB.. Hrmm..  rasa2nya ramai tak yang melangsungkan pernikahan ramai2 pada hari ni ye..

Sabtu, 17 November 2012

In Syaa ALLAH..

Isnin, 22 Oktober 2012

IBADAH - KORBAN


;)

Dari google


N3 sempena menyambut Hari Raya Haji / Korban.. Untuk makluman WN sendiri dan sesiapa yg ingin baca..

Mengerjakan korban mengikut sunah

Oleh : Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus

ULAMA ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima Allah.

Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba’) sunah Nabi s.a.w.

Firman Allah s.w.t: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang- orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2)

Menurut Fudhail bin ‘Iyaadh r.a, “Maksud ‘amalan yang lebih baik’ ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar, nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunah.”

Tambahan pula Rasulullah s.a.w. ialah contoh teladan terbaik kepada seluruh umat Islam. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab: 21)
Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunah Baginda seperti berikut:

* Waktu perlaksanaan ibadah korban.

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat Hari Raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat Hari Raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Sabda Rasulullah: Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1961)

Sabda Rasulullah lagi, “Seluruh hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan”. (riwayat Ahmad di dalam Musnadnya no: 16151).
* Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Hendaklah dipastikan haiwan yang hendak dikorbankan itu adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.
Sabda Rasulullah: Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus). (riwayat Abu Daud dalam Sunannya no: 2420).

* Tidak menggunting rambut dan memotong kuku. (WN baru tahu tentang ini)

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak dari 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah tersebut.

Sabda Rasulullah: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1977).

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

* Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1318).
Adapun bagi kambing hanya diperbolehkan untuk satu penama sahaja.

* Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.
Seseorang dibenarkan berkorban dan berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian daripada tujuh bahagian itu.
Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah. Lalu Abu Ayyub menjawab: “Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain.” (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya no: 1425).

* Ibadah korban dilaksanakan di musolla.
Disunatkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidiladha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

Menurut Ibnu Umar r.a, Rasulullah bersabda: Sudah menjadi kebiasaan Baginda menyembelih dan berkorban di musolla. (riwayat Bukhari di dalam Sahihnya no: 5552).

* Sunat menyembelih sendiri haiwan korban.(ramai tak gamak melakukannya sendiri.. kalo 'pompuan' yg laksanakan korban apa pula hukum nye yer?)
Sunah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata: Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan Baginda sendiri. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya no: 5565).

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

* Menyembelih haiwan korban mengikut sunah.

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta.

Sabda Rasulullah: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan untuk berbuat baik dalam segala hal. Ketika kalian membunuh, maka berbuat baiklah dalam membunuh tersebut, dan ketika kamu menyembelih berbuat baiklah dalam penyembelihan, dan hendaknya salah seorang di antara kalian menajamkan pisaunya dan memudahkan untuk haiwan sembelihannya. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1955)

Sebelum menyembelih, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca bismillahi wallahu akbar.


* Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.

Sunat bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan menyedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Nabi s.a.w: Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu). (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1971).


* Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.
Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberi menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata, Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1317).


* Tidak boleh berkongsi haiwan korban bagi ibadah korban dan akikah. (perkara ni pun ada yg buat.. Al-hamdulillah selama ni kami tak buat macam nih)

Ada segelintir umat Islam yang menggabungkan ibadah korban dan akikah dengan menggunakan formula dua dalam satu.

Hal ini sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sabit daripada Rasulullah.

Syaikh Abu Muhammad ‘Ishom bin Mar’i dalam kitabnya Ahkamul Aqiqah berkata:
“Dalam masalah ini pendapat yang benar adalah tidak sah menggabungkan niat akikah dengan korban. Sebab akikah dan korban adalah ibadah yang berbeza jika ditinjau dari segi bentuknya dan tidak ada dalil yang menjelaskan sahnya mengerjakan salah satunya dengan niat dua amalan sekali gus. Sedangkan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah dan Allah tidak pernah lupa.”




Sumber:
Utusan Malaysia
7 Zulhijjah 1428H

Isnin, 13 Ogos 2012

Beli Tayar Jangan Tertipu

Dah seminggu... Kecewa dengan dasar organisasi.. tak pasti sama ada telah keluar dalam pekeliling atau dasar baru organisasi nih.. Waa!!!! Gerrraaaammmmmnya... Kami dah tak boleh akses blog.. Sakitnye jiwa.. sekadar nak akses blog.. ada masa kami baru kami baca.. lain lah FB.. kena selalu update status kan!!!.. Jadi alternative way ialah updated N3 by email.. jahat laaaa diorang nih!!!..  Nak update melalui HP seperti tak puas dengan skrin yang kecil.. Nak reply comment pun tak bape nak pandai sangat.. satu lagi.. katanya Wifi untuk staf.. tapi sama juga.. masih ditahan2 akses nya.. baik tak payah!!!.. Kena upgrade broadband / talian sendirik la nampaknya.. ..

Nampak gayanya BW pun seminggu sekali lah.. kat umah tentu2 dah tak sempat.. 

Okay la ini adalah N3 for sharing pagi ini.. dari inbox saya.. Semoga mendapat manfaat yer




Salam,

Moga dapat dijadikan panduan bagi yang tidak mengetahui dan peringatan buat yang terlupa.Sekian, terima kasih


Moral of the story : Sebelum balik kg untuk menyambut lebaran, pastikan kenderaan tuan/puan dlm keadaan yang baik. Pastikan juga tayar gantian telah diisi angin secukupnya. Servis kenderaan anda, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
-- 


From : XXXXXXX
Sent: Thursday, August 10, 2012 2:05:58 AM
Subject: Fw: Beli Tayar Jangan Tertipu
Beli Tayar Jangan Tertipu
 

Beli Tayar Jangan Tertipu
 


Ini juga satu peringatan penting! Bila beli/tukar tayar kereta, jangan sampai tertipu. Jangka hayat tayar kereta itu cuma 5 tahun. Kalau dah lebih pada itu, sifat tayar itu sudah tidak sesuai untuk kegunaan di jalan raya. Ia akan membuat kereta kita terasa bergegar dan kurang cengkaman. Ini menyebabkan kereta mudah terbabas di selekoh yang licin. Ini pernah terjadi pada seorang kawan saya yang membeli sebuah kereta terpakai. Kereta itu dah 2 tahun duduk dalam showroom used car dealer kerana tak ada pembeli. Kawan saya ini minat sangat pada kereta keluaran Italy, dia terus beli. Saya nasihatkan dia tukar tayar kereta. Tapi dia degil. Katanya tayar masih cantik lagi dan bunga masih tebal.

Dia pandu kereta itu ke Kuala Terengganu. Dari sana dia call saya bagitahu dia cukup puas hati pada kereta itu. Tayar juga tidak ada apa-apa masalah. Katanya, dia mengambil selekoh dalam kelajuan yang tinggi cengkaman tayar itu cukup mantap. Tetapi keesokkan hari dalam perjalanan balik ke KL, dia call saya dalam nada suara yang tersedu-sedu. Saya tanya kenapa? Katanya keretanya baru saja terbalik keempat-empat tayar ke atas dekat selekoh Marang.Tayar masih elok dan bunga masih tebal, tapi kalau kereta itu dah lama tak bergerak, tayarnya dah keras. Bila dipandu, kereta mula melantun-lantun, dah jadi macam kereta Charlie Chaplin. Kepada kawan-kawan yang suka beli tayar terpakai terutama tayar import, nasihat saya, hentikan! Akibat nak jimat duit, kereta boleh terlibat dalam kemalangan dan kemungkinan nyawa melayang.

Beli tayar baru pun harus hati-hati juga, jangan tertipu! Pernah juga terjadi pada seorang lagi kawan. Dia dah tukar empat-empat tayar baru, datang jumpa saya minta nasihat kerana dia terasa keretanya melantun. Terkejut juga saya kereta buatan Jerman boleh melantun. Cuma kurang sikit pada kereta Charlie Chaplin. Tapi adalah lebih kurang macam kereta Mr. Bean. Apabila saya teliti pada tayar yang dia baru pasang itu, rupa-rupanya tayar itu dah berusia lebih pada 6 tahun. Sedangkan jangka hayat sesebuah tayar hanya 5 tahun daripada tarikh dikeluarkan oleh kilang. Apabila menggunakan tayar yang sudah berusia lebih pada 5 tahun, ini akan membuatkan kita berkawan rapat dengan Charlie Chaplin dan Mr. Bean. Tetapi Michael Schumacher & Alonso akan menjauhkan diri dari kita.

Okey, macam mana kita nak tahu usia tayar itu! Kalau dilihat pada bahagian tepi tayar itu, ada tercatat minggu dan tahun tayar itu dikeluarkan. Jika tercatat di tepi tayar 5111 – bermakna tayar itu dikeluarkan pada minggu ke-51 tahun 2011. Satu lagi tercatat 0210 – dikeluarkan pada minggu ke-2 tahun 2010. Ini bermakna tayar-tayar ini belum menjangkau usia 3 tahun lagi. Masih elok dan memang masih boleh digunakan. Tetapi harus diingat, meskipun tayar yang berusia kurang dari 3 tahun, seandainya sudah dipasang pada kereta dan kereta itu sudah 2 tahun tak bergerak, keadaan tayar itu sudah jadi keras. Daripada membahayakan nyawa kita, lebih didermakan untuk dijadikan tukun tiruan.

Moral of the story : Sebelum balik kg untuk menyambut lebaran, pastikan kenderaan tuan/puan dlm keadaan yang baik. Pastikan juga tayar gantian telah diisi angin secukupnya. Servis kenderaan anda, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
-- 
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.'
1.Sebaik2 msia adalah yang memberi manfaat pd org lain.
2.Org yg kuat adalah org yg dpt menahan marahnya.
3.Allah SWT suka hambaNya yg sentiasa memohon ampun pdNya.



Selasa, 31 Julai 2012

Bunga Raya = Hari Pahlawan.. Hubby?

;)
Kenapa bunga raya pulak?

Sebab..

Bunga raya = bunga kebangsaan kita

dan

Bunga raya = Simbolik Hari Pahlawan..

yang disambut pada hari ini = 31 Julai setiap tahun


Kenapa pilih bunga raya warna merah?

Kerana merah = simbolik ciri-ciri kepahlawanan sejati, sifat berani, keikhlasan, rela berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara

Tapi..

ramai tak tahu tujuan sebenar ia disambut.. (malah ada yang tak tahu pun.. )

bila ditanya.. kenapa ada Hari Pahlawan?
ramai yang beri jawapan2 seperti berikut (termasuk la WN sendirik);

a) Kutip derma untuk anggota tentera
b) Hari letak kalungan bunga di Makam Pahlawan atau Tugu Negara

tujuan adanya Hari ini adalah supaya Rakyat Malaysia menghargai jasa dan pengorbanan Anggota Tentera yang bukan saja mempertahankan tanah air tetapi juga membangunkan negara dalam pelbagai bidang. 

Hari Pahlawan seharusnya disambut dengan semangat patriotisme dan nasionalisme yang tinggi, semangat pengabdian kepada kepentingan rakyat, mencerminkan kerelaaan anggota tersebut berkorban demi kepentingan negara, agama dan bangsa

eee cehh!!! cam bagus jer!!!

Oh En SUAMI..

walaupun kamu itu seorang Anggota Tentera..

adakah En SUAMI ku ini layak digelar PAHLAWAN?!!!

Ha ha ha..

Rasa2nya ke SUKARELA an berkorban itu lebih banyak kepada

PAKSA dan akhirnya terpaksa la meRELAkan (PAKSARELA)

Oh en SUAMI..

sedang hari ini terpaksa terbang ke TAWAU untuk tugasan pun penuh dengan keluhan.. 
keikhlasan hati itu pasti lah TIADA kan?!!!

itu belum lagi ISTERI mu ini.. 

(ye la.. kan bulan poser.. kalo boley tak mau la berbuka pose berdua ngan Lutfi je kan!!!)

Layak kah kita meminta mereka di luar sana menghargai dan memperingati kita 

pada masa akan datang..

..hrmm..

Isnin, 28 Mei 2012

Bos Besar Hubby

;) Weiii laaa weii.. lama sungguh tak up date blog.. entry2 bulan Mei ni semuanya dijadualkan.. Oleh sebab hari ni berkelapangan skit.. tetiba teringat nak tau sape la bos terkini Hubby ku di Markas AB tu.. Katanya orang NAVY.. tapi sekadar dengar nama.. kalau berselisih bahu di JJ AU atau Wangsa Walk haram aku kenal (macam la mereka itu berjalan2 di tempat2 seperti itu kan?!!)


..Ni la dia..

PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA

LAKSAMANA MADYA DATUK AHMAD KAMARULZAMAN BIN AHMAD BADARUDDIN
PJN PSAT DPMS PGDK PAT JMN KAT KMN PJM PPS PPA MA MBA mpat psc
(gambar didapati dari sini)

Motif N3 ni - Nak bagitau utk pertama kalinya Ketua Markas Angkatan Bersama adalah dari perkhidmatan TLDM.. kerana kebiasaannya adalah dari TDM.. Dan keduanya : Ni la BOS BESAR Hubby buat masa sekarang..

Ketiganya.. Saje nak share some info aksesori Uniform TLDM

Cara2 nak kenali mereka kalau maleh nak tanya orang :

Mula2.. kenalah tengok Name Tag nye.. dah tentu itu lah nick name nye..

1) Pada Topi nya (Peak Cap) - Bunga Padi di keliling Simbol TLDM.. (untuk Pegawai)
2) Line Emas (kalau masih Kadet atau Lain2 Pangkat - line Hitam je)
3) Bunga padi pada Cap - Untuk Pegawai berpangkat Komander aka Bridg General
"tertunggu2 juga hubby dapat upgrade aksesori yang benarnyer he heh"

4) Meh kita tengok Pangkat kat bahu lak..
Semua warna emas tu dah sampai pangkat Laksamana .. Gelaran : Panglima
Jumlah Bintang : Level Laksamana la
1 bintang : Laksamana Pertama
2 bintang : Laksamana Muda
3 bintang : Laksamana Madya kalau pangkat dalam Tentera Darat = Leftenan Jeneral
4 bintang : Laksamana 


Hubby nyer kenyataan :.. "Kalu Supply Officer dapat pakai satu Bintang sebelum PENCEN tu kira KERAMAT sangat la weiii !!!".. tu dia.... susah nya nak pakai pangkat golongan seperti ini.... apa2 pun REZEKI itu ALLAH yang tentukan kata ku pada Hubby..

5) Kat atas poket kanan : Lencana Pegawai Memeritah (Ketua satu2 jabatan lah kalau bahasa Awam nya)

6) Kat atas poket kiri : Lencana Pingat Kebesaran yang diterima.. biasanya kalo nak tahu depa ni dah ada gelaran atau tidak.. 

7) Di atas Lencana Pingat Kebesaran pulak : Lencana Kepakaran beliau.. kalau tak silap mata ku memandang.. beliau ini mempunyai kepakaran pegawai peperangan TLDM. 

Dan keempatnya.. nak inform.. N3 seterusnya pada bulan Jun akan datang.. INSYA ALLAH..


Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit