Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 13 Mei 2011

KENAPA? KENAPA? KENAPA?

Ala.. sori la kepada sesapa yang bosan baca entry cam ni.. Catitan ini untuk flashback balik kehidupan WN ngan Hubby dolu-dolu.. Ye la mana yang teringat kan.. Maklumla bulan Mei kan bulan Anniversary kami.. Nak harap en Hubby.. sumenye dia "LET IT GO" je.. dia kata yang lama2 tak yah ingat.. Pikir apa nak buat pada masa akan datang.. Tetiba teringat soklan2 yang saya penah tanya pada Hubby.. ala ingat nak romantik-romantik cam orang lain..

Masa mula-mula berkawan :
Soklan WN : KENAPA AWAK NAK BERKAWAN NGAN SAYA?
Jawapan Hubby : KENAPA AWAK TANYA MACAM TU? AWAK TAK SUKA SAYA KAWAN NGAN AWAK KE?

Masa nak declare BF dan GF :
Soklan WN : KENAPA AWAK PILIH SAYA?
Jawapan Hubby : KENAPA? SAYA TAK BOLEH PILIH AWAK KE?

Masa dah lama jadi Husband and Wife tapi masih berdua :
Soklan WN : KENAPA PERLU PERLU SAYA TEMANKAN AYANG.. (boring sebab asik kena temankan Hubby gi aktiviti2 yang kita tak minat)
Jawapan Hubby : KENAPA TAK NAK IKUT SY KE? SY BAWAK GF LAIN KANG..

Masa dah tension ngan soklan-soklan orang tanya pasal tak de anak:
Soklan WN : KENAPA AYANG TAK NAK TRY CARIK LAIN?  KALAU DAH ADA BAGITAU JE LA SAYA.. (uiihhhh... dalam hati mintak simpang Malaikat 44..)
Jawapan Hubby : KENAPA? SUKA KE? DAH SAMA-SAMA PENAT.. MULA DARI KOSONG, BILA DAH STABIL NAK KONGSI NGAN ORANG LAIN KE?..

Perasan tak.. KITA tanya dan mengharapkan jawapan 'statement' bukan nak dapatkan SOALAN jugak..
Kelmarin WN wat soklan lagi.. tapi dah siap bagitau dia jangan bagi saya jawapan yang berupa SOALAN jugak.. OKAY katanye..

Soklan WN : KITA KAN DAH LEBIH 10 TAHUN KAWIN..  KENAPA AYANG MASIH DENGAN SAYA? NAK KATA SAYA ISTERI YANG BAIK TAK JUGAK.. MAKAN PAKAI AYANG KALAU SEMPAT SAYA BUAT LA, SELALUNYA BUAT2 TAK SEMPAT.. BIASANYA .. AYANG YANG BUAT SENDIRI..


Jawapan Hubby : (Termenung jap).. Pas tu Hubby tanya.. BOLEH TAK SAYA JAWAB MACAM NI?.. (dalam hati.. tu soalan lagi tu..).. SUSAH LA NAK JAWAB.. KALAU JAWAB KANG.. KECIK ATI.. 


Katanya : SAYA DAH TAK KISAH, SEBAB SAYA DAH ADA BUAH HATI BARU..  (Cis!!! tak bagi tau aku pun.. patut la dah tak kisah sangat kalau kita terlupa rutin harian kita..) Control2.. Jantung dah rasa nak pecah ni.. SAPE YANG? KENAPA TAK BAGITAU?


TU LA.. BELUM BAGITAU DAH ANGIN katanya..


TAPI WALAU MACAMMANAPUN SAYA MASIH KENA BERSAMA AYANG..


KENAPA MACAM TU?.. SEBAB SAYA MEMANG KENA KONGSI DIA NGAN AYANG.. (Dalam hati REDHA je la, kalau ini takdirnya)
SAPE? WN tanya?


NI.. TERPAKSA LA SAYA DECLARE BUAH HATI SAYA YANG BARU...


..LUTFI LA..
WN : Ye la.. apa2 aje la.. malas nak tanya lagik...

Rabu, 11 Mei 2011

Sudah 12 tahun laa..

Bukan usia anak sulung ye.. tapi usia perkahwinan kami..
Kalau bunting pelamin ni.. tentu dah ada Anak DARA Sunti ; tak pun Anak TERUNA
bak kata si kartun NARUTO anak SIPUDIN
"Dah Baligh la!!!!"
Catitan ni sempena WN nak meraikan ANNIVERSARY.. tak tau la Hubby ingat atau tidak.. selama ni pun WN yang selalu letakkan 'note' dalam HP Hubby..

1996..  (Hubby baru pakai Subby)
Masa berhubungan.. (Hubby tak pernah cakap dia bercinta ngan saya pun..)
Dia cakap berhubungan akrab.. Sampai sekarang pun dia tak pernah cakap Saya Cinta Awak,
paling2 best pernah dengar Sayang kat Awak, tak pun
I Love U..
Cinta katanya khas untuk Yang Satu.. iyo laa...
21 Mei 1999 (Lepas Akad Nikah)

Anak sulung kami baru 8 bulan..
Lama giler kami berdua Honey Moon..
Cuma tak macam orang lain la.. sampai ke Kota Paris, Gold Coast, Beijing laa.. tak de makna nya ..
Paling jauh pun Pulau Langkawi..

30 Mei 1999 (Majlis di Philahdelsia)

tahun 2000 hubby bertugas di MAWILLA 1, Kuantan
Married Bachelor dari tahun 2000 hingga 2004

tahun 2003 di PD
(2003 : 1/2 tahun kat MAWILLA 1, 1/2 tahun dah kena setting Kem PLKN di Langkawi)
(bertugas di Kem PLKN Pelangi Beach Resort, Langkawi - Siri 1 dan 2/2004 : Kem PLKN Muadzam Shah Pekan Pahang Siri 3/2004)

2005 kat Cameron Highland (Bercuti sebaik balik dari Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Thunami Acheh)

2006 kat Bukit Tinggi

2007 di Sky Garden, Hilton, KL

2008 kat Genting Highland (Cuti panjang semasa bertugas sebagai Pegawai Pemerhati Bangsa-bangsa Bersatu di Sudan - UNMIS)

2009 kat Langkawi (selepas bertugas di Sudan.. Sebulan sebelum Prosedur ICSI)

Raya 2009

Januari 2011 (Kami dah bertiga)

Doa kan hubungan Suami Isteri ini berkekalan sehingga ke akhir hayat ye..
... Amin....

Ahad, 8 Mei 2011

Sedarkah anda akan Kehadirannya?

Jalan2 blogwalking.. jumpa gambar2 yang menarik ni dan WN pun baca.. best untuk jadikan N3 nih.. sebab gambar2 cantik.. cam gambar Alien..

Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.

Selama ni kita takut dengan kewujudan pelbagai jenis makhluk halus seperti Penanggal, Pontianak, Jerangkung.. Yang memang sedia wujud nih tak pulak kita ambik tahu rupa mereka. Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk lihat apatah lagi tertelan mereka. Jangan tak caya, rupa mereka lebih menggerunkan daripada makhluk di alam misteri tuh!

Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal :p


Ini pulak imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Gambar ni adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.


Ini adalah imej bakteria yang biasa hidup pada roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang ita makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Jadi, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.


Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali (100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?

Sumber : http://ruanghati.com/

Khamis, 5 Mei 2011

KAJIMATAN ???!!!

Dah lepas peristiwa ni.. terjadi minggu pertama April ari tu.. Citernya hubby terpaksa outstation ke Melaka dan Johor dari 4 - 8 April 2011. Masalah problemnya.. Anak kami si Lutfi tak de penjaga sejak awal Mac.. Dah 2 kali kena reject ngan pengasuh lama sebab Pengasuh sakit (ke... si Lutfi ni notti sgt sampai tak sanggup nak mengasuh lagi.. mmm tak tau la.. kena pikir positif2)...

Minggu pertama WN amik cuti dan  MC tipu (syyy) untuk jaga Lutfi : Done..
sambil tu carik Pengasuh yang baru : Done
tapi Pengasuh baru mintak hantar selepas dia balik Umrah (6 April sampai Malaysia.. pikir2 mesti dia nak rehat2 dulu maknanya selepas 8 April baru leh antar Lutfi ke umah dia)

'Ndak tak ndak kita kena mintak tolong Mak la Yang bole tak?' WN bg suggestion kat Hubby.. (Hubby ni.. kalau bole tak mau susahkan mertua dia la konon2 nye).. ala 2 minggu jer.. Dalam berat Hubby jawab mmm.. okay la.. Ayang call la mak..

Petang tu Hubby call Mertua dia (Mak WN la)... dan bermula la perbualan antara Mertua dan Menantu nya.. dan akhirnya Mertua pun setuju.. Keesokkannya kami pun jemput Mak kat Stesen bas Pekeliling

Sembang-sembang kat dalam keta sambil tunggu Hubby gi beli makanan kat gerai. Mak tanya : Along, Izam ni kursus macam time sekolah2 ye?!!..

WN jawab : lebih kurang cam tu la, sebab tu la sekarang ni susah skit nak balik Temerloh.. ujung minggu ada je aktivitinya.. Student full time la kata kan.. tapi gi UM tetap kena pakai Uniform..

Itu la Wan tanya (jiran sebelah) Izam out station ni untuk apa? Mak jawabla Izam bagitau nak buat Kajian Tempatan.. WN pun jawab iye la tu.. ehh.. bukan Kajian Tempatan la mak.. KAJIMATAN..

KAJIMATAN tu singkatan apa pulak? Mak tanya..alaaaa haiiii.. tak penah pulak WN tanya kat hubby KAJIMATAN tu apa???.. Bole la mak lebih kurang la tu menda2 KAJI2 la jugak..

Sebaik Hubby masuk keta, Mak terus tanya outstation ni untuk apa? Katanya Exercise KAJIMATAN..
Mak tanya KAJIMATAN tu singkatan kepada apa?

Hubby termenung jap.. Dia jawab.. untuk penuhkan kredit hour paper UM (dalam hati.. tak jawab soklan la mamat nih!!! kalau aku jawab cam nih kat mak mesti kena sound sampai panas tinga.. contoh : patut la failed, tak jawab soklan)

Mak cepat2 sampuk.. Ye la untuk penuhkan Credit Hour tapi apa maksud KAJIMATAN tu... Kajian apa??? Mak jelaskan..

Ting!!!!! Dah dapat.. penah baca dalam Prospektus MTAT ari tuh.. Ceyyyy dengan konpidennya WN bagi jawapan : Apa la Ayang nih sendirik belajar pun boleh tak tau.. KAJIAN KESELAMATAN kan??? ..Haaaa betul! betul! Betul la tu mak,  hubby jawab..

p/s : APAAA RAAA laki aku ni.. aku pulak yang lagi tau daripada dia.. kek nye kata Scorer CPs.. ceik, poodaa cit!!!!

Isnin, 2 Mei 2011

Citer Hubby : MTAT (SUSPENSION AND DISMISSAL OF STUDENTS)

The performance of all CP is monitored throughout the course. Monthly performance reviews are to be conducted by their respective Syndicates DS. A CP may, depending on circumstance, be temporarily suspended or dismissed from the course if he/she is unable to meet the aim and objectives of the course. All CP must be aware of the College’s suspension and dismissal criteria to avoid any legal implication later on.

• Suspension Criteria.
A CP will be temporarily suspended from the course if absent from class/lectures for more than 10 working days. This can be due to reasons such on compassionate leave, medical leave or pending legal proceeding. In such a situation, the CP will be returned to respective service organisation or country. CP may be relegated to the subsequant course once the problem is settled.

• Dismissal Criteria.
A CP may be dismissed from the course based on any one of the following criteria:
  1. Found guilty of any act or behaviour that is contrary to good military conduct or discipline in accordance with Armed Forces Act 1972 during the course.
  2. Failed any course module. The UM Diploma Programme is considered as one Course Module.
  3. Failure to submit the Research Paper (Commandant’s Paper).
  4. Repeated absence from classes/lectures without any valid reason.
  5. Absence from classes/ lectures with reasons for more them 10 working days.

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit