Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 23 Mei 2011

Entry ke 100

Yes!!! Setelah tahun ketiga berblog
Hari ini ku umumkan bahawa Entry untuk hari ini adalah entry yang ke :
(citt.. orang len wat satu hari seratus entry.. ngko.. bertahun2 baru nak capai seratus)

Satu Ratus

sekali lagi....

ke 

SERATUS 



sekali lagi....

ke 

100

ye!!!

Yeay!!!!

Nak bagi 'Gift' skit kat Pembaca Blog ni la..
Tapi macammana ye!!!
mmmm
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Okay
"
'
"
"
'
kepada
Sape-sape (follower la)
yang dapat snap / capture blog nih dengan
 Jumlah Paparan Halaman :
6534
6666 
dan
6789
sila buat Entry berkenaan bertajuk :
Entry Ke 100 Blog Wife Md Navy dan link kan ke Blog WN
pas tu maklumkan kat Komen Entry ni yer!!!
serta
link Entry anda..

..Sekian..
(betul ke kaedah WN nih.. kalo salah tolong maklumkan ye.. untuk penambahbaikan!!!)

Sabtu, 21 Mei 2011

Anniversary ke 12

Ini la yang dapat dihidangkan untuk Follower2 di Alam Cyber ye.. 
Sila la JAMU Mata

Kek yang telah WN tempah dan dibuat oleh :
(gambar pun amik dari blog dia)

..Tapi kengkawan opis je la dapat JAMU Selera..

Red Velvet (Ni utk sambut kat Umah)

RV Cuppies (Utk kengkawan kat Opis)


Cheese Brownies

Diorang dah rasa..  Sedap sangat.. TQ Mak Lang

Jumaat, 20 Mei 2011

Dah nak lemas nih!!!

Ha... .. Hubby cakap.. ni la saat-saat kritikal dalam kerja dia.. tak penah rasa macam nak lemas.. Sejak dari awal masuk MTAT tak penah boleh ambil nafas lega.. ada je yang perlu disiapkan.. Dah nak lemas dah nih katanya.. Air kat paras hidung je!!!

Ni citer Hubby bersama kebizian yang melanda hidup sehari2nya sejak terpaksa belajar balik semata2 untuk kemajuan kerjayanya pada masa akan datang ... Ni la jadiknya..
Awal2 guna ni :
Semua Gambar google nih
Tujuan : senang nak bawak gi mana-mana
dan amikla

Brand Celcom Broadband : Orang cakap brand ni paling stabil 
Okay la di Ampang.. tapi.. time tak okay.. hangin la jugak.. 

Kemudian, Bermula dari tahun lepas lagik (April - Jun 2010 : Kursus Pra MTAT kat Lumut)
Guna ni pulak :

sebab kat Navy Base Lumut.. brand sebelum coverage tak bagus.. susah hubby nak search bahan rujukan.. Sehabis kursus dan balik ke Ampang.. sebab ada brand ni ada kontrak setahun terpaksa la teruskan walaupun coverage memang cam hampeh kat Ampang ni..

Tapi pada Februari 2011.. ke talian konvensional


Hmm.. puas hati sangat... bil bulanan lebih sikit je 
Talian stabil.. Wi fi untuk 5 komputer
talian fon pun murah sangat..
Jadi sape2 datang rumah kalau bawak lappy sendirik boleh je bertenet.. tak yah bawak broadband sendirik


Sian kat Hubby :
Rutin Hubby setiap minggu mesti akan ada:
1 kali prestation tutorial
1 kali assignment perlu disiapkan
1 kali quiz
plus
Aktiviti ko-k yang tak tentu masa..tapi selalu
dan
kena siapkan Tesis akhir Mei ni
sebab Jun dah Final Exam untuk paper2 UM
akhirnya
Akhir Mac lepas Hubby beli :

lappy baru.. basic application.. supaya senang dia meng google book..
carik bahan rujukan .. tak yah buang masa kat Library

dan jadik seperti ni la..

mak nenek kat belakang tuh jgn tanya.. biasa la kan kalau wat keje kat atas meja makan.. 
(macam la umah ada bilik study.. hu hu)

Rabu, 18 Mei 2011

..samb..: Zaman Sekolah Anak Askar

..samb dari N3 terdahulu..nak tahu klik ni Giler lama baru bersambung citer nih.. hi hi.. Cam citer NUR KASIH lak..


Kat bawah ni adalah my schools history with chronology nye sekali :


Tingkatan 1 : Nak masuk tingkatan 1 pada zaman 80-an (1987) di Sek Men Selayang Baru dulu ada peperiksaan (tak ingat berapa hari).. Sebab terlalu ramai murid-murid dan pastikan pembahagian aliran tu sama rata.. tak de aliran yang popular atau tidak.. yang menentukan ialah kelasnya:


Masa tu ada :
a) Aliran Perdagangan : ada 4 kelas (P1, P2, P3 dan P4)
b) Aliran SRT / Perusahaan : 4 kelas (A1, A2, A3 dan A4)
c) Aliran Pertanian : 4 kelas (SP1, SP2, SP3 dan SP4)


Dan saya telah dimasukkan ke Aliran SRT kelas A1.. Kecewa jugakla.. WN nak masuk aliran Perdagangan..
Tapi bila dah masuk aliran SRT dan belajar dua tiga bulan.. dah rasa seronok sebab boleh masak macam-macam dan ada hasil la yang boleh tunjuk kat kengkawan lain.. (masakan dan jahitan).. betul2 seronok time masuk bilik masakan.. maklumla.. dapur serba serbi lengkap.. Umah pun tak macam tu..


Tingkatan 2 :
Sekali lagi berlaku perubahan dalam alam persekolahan WN.. sebab.. Arwah Abah dah nak bersara, dia pilih untuk buat Latihan Peralihan di Temerloh dan seterusnya menetap kat Temerloh la (kampung halaman kedua2 nya kat situ kan)..


Hari pertama mendaftar diri di Sek Men Abu Bakar Temerloh.. WN dimasukkan ke kelas Tingkatan 2 Teknik1.. (okay la kelas no 1 kan!!!)..


Tapi angan ku berubah sekali lagi.. eee cehhh!!!.. WN perasan.. apsal kelas Teknik orang-orangnya semacam jek.. Dan terperasan.. kejadian ni sama macam WN time Darjah 5 dulu.. Dari segi silibus memang jauh tertinggal banding dengan apa yang kami belajar kat Selayang Baru.. 


Cuma ada seorang yang WN nampak agak cerdas kat dalam kelas tu (Ella namanya : Gila2 budaknya.. tapi BI dia memang power.. mak ayah keje biasa-biasa, tapi katanya dia suka lagu-lagu Inggeris.. kat situ la dia belajar BI.. bab BI memang WN refer Ella nih) .. itu la pesaing WN dari tingkatan 2 sehinggalah SRP.. Penilaian Darjah 5 dia dapat 3A 2B.. Keadaannya pun sama.. Cikgu rajin tak rajin je masuk kelas.. 


Kali ni.. tak bagi tau Mak.. gi Pejabat Guru sendirik tanya.. kedudukan kelas ni macam mana.. Sah!!! memang Sistem Kasta:
a) Kelas Rancangan Khas (Untuk bebudak pandai : Penilaian Darjah 5 : 4A dan Keatas) : ada 4 kelas RK1, 2, 3 dan 4.. popular sih diorang nih!!!
b) Kelas Perdagangan (Untuk bebudak 3A ke bawah).. ada 6 kelas : P1, 2, 3, 4, 5 dan 6
c) Kelas Teknik (SRT/Perusahaan) : Untuk budak 1A dan tak de A.. Ciss!!! Sungguh rendah taraf ku rasakan ketika itu.. ada 3 kelas je T1, T2, T3


Apa perasaannya.. Ouiiih!!! Gila rendahnya taraf aku... Inform Cikgu.. Tapi saya dapat 4A.. tak adil lah macam ni.. saya layak ke Kelas RK apa? (Budak RK diorang dapat Biasiswa Negeri)


Nak wat cammana.. awak tak boleh tukar Aliran sebab dah setahun belajar kat Selayang dulu kan.. betul! tapi Kaedah kat sana tak macam kat sini!!!.. Kat sana Pesaing kelas ialah P1 dan SP1.. Tapi kat sini cam lain pulak!!!!.. dan akhirnya aku terperangkap kat kelas ni sehingga tingkatan 3.. 


Tapi Ella tu pilih kelas Teknik pulak?.. Dia kata sebenarnya dia nak buktikan Budak Kelas Teknik pun boleh gi ALiran Sains lepas SRP.. mmm... apa2 je la..


2 tahun ni.. Aku memang malas giler.. tak belajar pun.. tumpu kat kelas je.. mak tanya kenapa? Belajar tak belajar pun sama je.. Ye la.. dapat No 1 sepanjang 2 tahun.. adalah sekali terjatuh no 2 sebab kawan aku tu amik no 1 WN ha ha ha..


Keputusan SRP keluar.. dan kami 2 orang buktikan.. kami layak masuk aliran Sains.. (Kelas 4Sains ada 2 je.. WN kelas Sains 1.. dan Ella kelas Sains 2..


Dan seperti biasa kalau dah masuk kelas No 1 ni.. tempat No 1 tu tak merasala kan.. main no Belas-belas je la... Biarla.. janji kualiti.... 


Pengajarannya : Kepada sesape yang berkahwin ngan Askar dan selalu kena tukar.. pastikan Anak-anak kita dimasukkan ke Kelas yang sepatutnya.. bukan apa.. Sian kat anak nanti.. cam WN nih!!!!

Isnin, 16 Mei 2011

CIKGU oh CIKGU

Lagu Guru Malaysia : Sempena Hari Guru (16 Mei)


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu dan Lirik : Hashim Ahmad


Best lagu ni, kalau dengar meremang bulu roma... Bila dinyanyikan  memang rasa semangat giler..


Tapi lagu ni WN nyanyikan masa jadi Cikgu Sandaran berbelas2 tahun dulu (GSTT).. Jangan tak caya.. umur 19 tahun, jadi CIKGI budak Tingkatan 2.. Ngajar Geografi, Pendidikan Seni dan Moral..


Sempatla sambut Hari Guru.. Bestnyer bila dapat macam2 hadiah dari murid2.. penuh la bunga & gift atas meja kat bilik Guru.. suprise dari anak2 murid..(sampai sekarang simpan kat umah Mak)


Tapi WN tak pilih GURU sebagai profesion walaupun kita akan dipanggil CIKGU biar ke mana saja kita pergi dan bawak gelaran tu sampai mati.. Ini sebab2nya:


a) WN rasa WN tak dilahirkan untuk menjadi GURU sebab SIFAT WN sendirik
b) WN bukan seorang yang berbakat untuk bercakap (menyampaikan maklumat dengan berkesan)
c) WN seorang yang tak suka buat kerja yang berulang-ulang (rutin).. ye la jadi GURU kena wat Rancangan Mengajar setiap hari.. Mengajar ikut silibus .. bayangkan kalau satu hari ada 6 waktu mengajar Geografi.. 6 kali cakap benda yang sama kat Kelas2 yang berlainan.. Kena wat KERTAS SOALAN
d) WN bukan seorang yang kreatif untuk menarik minat murid2 untuk berinteraksi dgn WN.. diorang cakap WN GARANG.. ha ha tak tau garang kat mana.. (muka kot.. tak pun sebab tak banyak cakap.. tau-tau tunjuk rotan)
e) Suara WN tak kuat.. mencerek ke dalam.., kena paksa untuk lontarkan suara.. anak murid tak dengar
d) Nak jadi GURU ni kena IKHLAS.. nak ngajar anak WATAN yang menentukan hitam atau putihnya masa depan NEGARA.. Baru la anak murid menjadik!!!.. Kalau malas + tak ikhlas.. kena MAKI ngan mak bapak / murid.. sampai bila2 rezeki tak berkat + tak ke mana2


Kepada semua GURU di Malaysia


SELAMAT HARI GURU


Jasa Cikgu kami kenang sepanjang masa..

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit