;)
Di awal perkahwinan WN, memang susah nak membahasakan Hubby dengan panggilan yang sepatutnya.. Walaupun semasa bertunang dia cuba membiasakan diri memanggil WN 'AYANG' .. dan selalunya tergelincir dengan panggilan AWAK..
Apa yer perasaan bebudak sekarang? Baru declare BF dan GF terus panggil Baby / Hubby / Honey dan bagai2 tu.. pas tu kalo ter'clash' di tengah jalan.. tak ke parah mengubat hati..
Eh!.. kenapa saya wat n3 cam ni pulak?..
Kay la.. untuk Catitan saya sendirik.. jalan2 kat blog budak2 remaja nih.. terasa nak catitkan panggilan2 saya pada hubby sepanjang perkenalan dan perkahwinan kami.
Kata ganti nama untuk WN dan Hubby sepanjang perkenalan hingga diikat dengan ikatan pernikahan :
Time declare 'BERKAWAN' : setahun lebih gak tu
Hubby - Awak dan Saya (dengan WN je.. kalo ngan kawan2 dia Kau dan Aku jugak!!)
WN - Ngko dan Aku
Alasan WN panggil macam tu : Baru rasa berkawan.. tak segan2 nak mintak tolong itu dan tolong ini.. time ni WN tak de langsung 'control' cun .. WN rasa time ni la rasanya WN paling ikhlas nak berkawan dengan Hubby.. Hubby tau perangai buruk baik sifat / karenah / perangai WN.. memang tak de cover2.. Tak segan2 bonceng motor mamat tu mamat ni (kawan la.. tumpang je.. gi kuliah jauh dari desasiswa), Terloncat sana.. terloncat sini.. gedik2 sana sini ngan kawan2.. (tak terlampau ye.. biasa la perangai 'teenagers'.. sok kalo anak wat cam tu jangan la marah ye WN tapi kena peringatkan selalu)
Time dah 'BERHUBUNGAN MESRA"
Hubby - Saya, Awak and sometimes "DEAR"
WN - Saya dan Awak
Tapi rasanya time ni adalah fasa paling 'SERBA SALAH dan SERBA TAK KENA' dalam hidup WN.. Memang la macam orang kata, time nak jumpa BF seperti "ADA RAMA-RAMA DALAM PERUT" dan juga "DALAM HATI ADA TAMAN DENGAN BUNGA-BUNGA YANG MEKAR".. tapi dalam banyak perkara yang kita buat, kita pikirkan BF.. suka ke dia, boleh ke? nanti BF marah.. kena inform tapi sebenarnya tak perlu pun.. pada hal bukan ada apa2 ikatan pun.. Tapi saya suka BF sy (Hubby saya).. dia akan inform apa saje aktiviti yang dia buat plus kalo ada awek ngorat pun nak inform.. WN?! Sikit tak de rasa jeles.. Biar la orang kata kena hati2.. BF ko hensem (hensem ke laki aku tuh?)
Time dah "BERTUNANGAN"
Hubby - Saya dan Awak tapi selalunya Ayang
WN - Saya dan Awak (Walaupun Mr F dah mohon belajar2 panggil dia dgn panggilan yang lebih manja)
WN try macam2 nak panggil Hubby.. Abang.. puih puih puih.. tak boleyyyy.. Ling.. cam tak best.. DEAR.. mmm tak sesuai.. HONEY.. pas tu cakap melayu.. tak kena.. last2 WN tanya : "AWAK.. saya nak panggil AWAK aper nih?!!".. Conclusion.. Hubby cakap AWAK panggil jugak la saya AYANG.. (Dalam hati awak pun panggil saya awak chit!!)
dan selepas pernikahan..
Panggil Hubby bila nak cakap depan Abah dan Mak : DIA eh DEAR sebenarnya (sampai satu tahap ABAH cakap jgn panggil suami cam tu.. sebab abah paham WN panggil Hubby - DIA)
Hubby : Saya dan sAyang
WN : Saya dan sAyang... sampai la hari ni..
kecuali depan Lutfi : Umi dan Abah
Mula2 kawin.. Sedara mara gelak kan WN sampai pecah perut sebab panggil Hubby : AYANG.. (time tu mana popular lagik panggilan AYANG / SAYANG / ANJA / HONEY / DEAR bagai.. pakar motivasi tak popular kan lagik perkataan2 cam tuh.. panggilan biasa ABANG)
Sampai ada yang wat statement.. SAYANG.. AYANG.. tak sampai setahun MELAYANG!!!
Member2 opis .. time terdengar WN bercakap ngan Hubby (HP la kan).. Atau terdengar WN tak puas hati ke.. ada yang buat statement.. Heii.. geli dengar om pompuan panggil laki dia SAYANG!!!.. Cam lembik je laki ko.. lagi satu.. Bole akak panggil laki akak SAYANG.. eii kalo saya tak leh..
Kurang asam depa nih!!.. La takkan nak twist balik panggil ABANG.. tak biasa!!!.. Biarkan apa diorang kata.. Sehingga 10 tahun kawin, sedara mara tanya.. Along panggil I**M Ayang lagi ke?.. Ha ah la.. nak panggil apa lagik?.. See!!!.. mana ada MELAYANG..
malah ada di kalangan adik2 opis dan Ipar Duai ikut jejak kami siap tukar dari panggil nama dan Abang kepada Sayang dan Sayang,,
Bagus apa panggil AYANG / SAYANG nih!!.. Macammana marah dan geram pun en Hubby / saya pada pasangan.. masih panggil SAYANG.. Kesimpulan : Kalau marah.. sebab SAYANG.. geram sebab SAYANG...
Ce renung ayat marah ni.. : SSSSAAAAYANGGG.. saya tak suka kalau AYANG wat cam.. Kalau AYANG buat lagi... Kena / Siap SAYANG nanti..
tengok.. KENA SAYANG jugak kan!!! kalo MELAYANG jugak pinggan mangkuk.. tu atas risiko dan tanggungjawab sendirik la.. ;p
Pengikut
SYAIR
Buang pemisah kongsi nikmat
Post by Saiful Nang.
Khamis, 17 November 2011
Selasa, 15 November 2011
Bertukar Portfolio
1 Disember 2011 nanti WN akan bertukar portfolio dari menjaga staf kepada memantau Pejabat2 Negeri..
10 tahun di Agensi ni..
2 tahun sebagai Pembantu Tadbir menjalankan kerja-kerja Perkeranian pas tu dilantik ke jawatan lebih tinggi terus di 2 tahun di Pejabat Korporat, menjalankan kerja-kerja berkaitan Perhubungan Awam..
Bergelumang dengan orang luar selama 2 tahun rasanya WN dikenali oleh penggiat industri dan Kementerian.. rupa-rupanya sangkaan WN meleset..
Walaupun terasa berada di PSM (Pentadbiran & Sumber Manusia) pada mulanya tidak 'GLAMOUR' akhirnya perasaan itu terkikis kerana WN sudah rasa sangat beruntung menguruskan PSM kerana hanya dok di Bahagian ini je kita mengetahui segala macam mak nenek perilaku staf agensi ni di seluruh Malaysia
Di Bahagian ini juga WN bertanggungjawab menguruskan staf bak kata omputih "FROM THE CRADLE TO THE CEMETERY" la.. Citer staf dari yang datang temuduga sampai staf dah pencen ada dalam poket WN.. (Citer Kes Tatatertib / Disiplin / SPRM, Citer naik pangkat / naik gaji, citer Management tak suka orang ini, suka orang itu .. Insya Allah WN bertanggungjawab menyimpannya dalam hati ni je)..
Berat tanggungjawab bertugas menjaga staf ni.. semuanya P & C.. yang buat WN setiap tahun stress.. bila RUMOURS sape penerima APC dari staf satu Malaysia mendahului maklumat dari Bahagian kami..(yang tak tahan tu.. banyak lak betul nya.. ni yang wat Management tanya WN camana maklumat boleh sampai pada staf.. la.. apa nak dijawab.. )
Satu lagi tugas terakhir WN sebelum meninggalkan Bahagian ni ialah penstrukturan Agensi secara pentadbiran.. di mana akan berlakulah perpindahan dan penempatan staf termasuk la WN..
Di akhir episod ni.. WN kena berpindah keluar sebab dah lama di sini (6 tahun).. ialah kan.. kalau ikut pusingan kerja pun dah lama patut tukar (bertugas jaga staf ni kat adalah berstatus 'sensetif'.. terdedah dengan unsur-unsur negatif.. lebih baik WN tidak lelama kat sini..)..
Dan ditukarkan ke Bahagian baru yang kami dan bos baru sendiri 'HAVE NO IDEA' tentang fungsinya tapi kena 'CREATE' job scope yang kami amik dari Unit2 kecil yang dimansuhkan daripada Bahagian-bahagian Utama iaitu 'BAHAGIAN PEMANTAUAN NEGERI'..
Lepas ni kena siapkan 'NOTA SERAH TUGAS' pas tu kena create tugas baru WN..
WN rasa lepas ni WN kena lebih TEBAL TELINGA (mendengar ketidakpuasan hati Pengarah2 Negeri tentang report Prestasi Pejabat Negeri )& BANYAK MEMBEBEL (untuk dapatkan input dari staf2 di Pejabat Negeri)
Memang tugasan WN ini berputar 360 darjah.. tiada lagi bergelumang dengan Pekeliling2 Perkhidmatan & Perbendaharaan.. kena study semula AKTA 520 untuk lihat fungsi, program dan aktiviti serta dengan ARAHAN PENTADBIRAN peringkat KEMENTERIAN dan AGENSI..

Rabu, 9 November 2011
Mmmm..Alaaasssan..
Huh!! lama tak wat N3.. sebab?.. Mmm... banyak jugak la alasannya
1) Idea ada tapi tak leh nak mulakan dan-dan tu jugak.. cth kalo kat umah.. terganggu ngan kerenah Lutfi dan hubby, kalo kat opis.. asik2 ada je keje2 ad-hoc
2) Idea ada tapi biasanya bila jari2 start nak tekan keyboard .. semua jadi blank..
3) Idea ada tapi tak best la kalo asik2 N3 tak bergambar.. boring asik tengok huruf2 je
4) Idea ada tapi terbantut sebab tak pandai nak upload gambar dari hp.. (ecehh!!.. nak bagitau sebenarnya WN dah guna HP baru - dah 3 minggu sebenarnya)
Hu hu waaa.. tolong la.. WN tak abis explore lagi hp ni.. tak sempat2 lagi.. explore kat umah jangan harap.. kang sibuk la si kecik tu menyuakan jari2 nye kat HP nih!!
Kat tempat keje lak.. time rehat hari Jumaat la baru lega skit.. tapi.. biasa la kat opis.. banyak sangat limitation nya.. ada WIFI pun disekat2.. certain2 website je bole gi..
Sape leh tolong ajar camana nk upload photo dari HP Samsung Galaxy ke PC nih? Asik failed je nih!!!..
Ni jugak la antara alasan untuk ber malasan tidak mempunyai N3 2x baru..
Khamis, 3 November 2011
Langgan:
Catatan (Atom)