Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 29 Jun 2011

tiresless mom, otai manjung dan ryehannazz.. Meh amik Gift27

23 Jun : Eh!! Free ni..(jeling2 kiri kanan.. takut jugak beb.. tetiba cuihh bos besar ada kat sebelah.. melompat achik nanti).. bukak blog WN.. ehh!! dah capai 100 follower la..

Terpikir.. sape la yang rajin baca blog ni kan? Ye la.. nak kata rajin up-date blog tak jugak.. nak kata blog ni ikut perkembangan semasa tak jugak.. semua catitan dalam blog ni berkisar perjalanan hidup WN dan Hubby campur sikit2 Pengetahuan Am.. Kalau jenjalan kat blog orang lain.. memang best.. sehari sampai empat lima entree.. pas tu gambar cantik2 lak tu..

Dan disebabkan tak de sapa yang dapat catch paparan halaman seperti diminta melalui Entry ke 100 ari tu saya nak sedekah la gift tu kepada Blog Follower yang menjadi tapak rujukan tertinggi di blog WN ni.. (Gift tu WN tak nak publish kan.. nanti jadi tak ikhlas lak.. kepada sesapa yang dapat tu.. nak wat entry pasai giift tu tak pe la..)

TOLONG!!!! Camana nak copy gambar statistik ni yer tak pandai la!!!!.. Macamana nak buktikan nih.. sesapa... tolong ajari WN

Terpaksa la taip aje nama2 blog tu kat sini:

1) notimeoff.blogspot.com - tireless mom
2) otai-manjung.blogspot.com - otai-manjung
3) ryehannazz.blogspot.com - ryehannazz


Kepada mereka bertiga sudi-sudikan la tinggalkan jejak kat entry ni supaya senang dihubungi (kalau nak gift saya la..)

Isnin, 27 Jun 2011

TLDM : Markas Sistem Armada

Mengendalikan Setor dan Depot Senggaraan yang mana;
  • Depot Bantuan Armada menyediakan peralatan dan logistik
  • Depot Peluru dan Bahan Letupan menyediakan persenjataan dan bahan letupan.
Depot Senggaraan
Memberi bantuan pembaikan di Pangkalan dan pembaikan berjadual atau kecemasan (refit) di mana-mana pusat pembaikan kapal yang banyak terdapat di dalam negara. Senggaraan dipraktikkan melalui beberapa kaedah iaitu ;

  • pembaikan oleh anak-anak kapal sendiri
  • pembaikan oleh staf pangkalan samada di Depot Senggaraan Armada / Depot Senggaraan Kawasan atau
  • Melalui pembuat peralatan yang biasanya dibuat oleh di Shipyard awam.
Cawangan Udara ketika ini sedang giat membangunkan prasana dan struktur dengan penambahan satu lagi struktur baru iaitu Markas Udara yang memayungi
  • KD RAJAWALI,
  • Skuadron 501- 6 x Agusta Westland Super Lynx 300 dan
  • Skuadron 502- 6 x Eurocopter AS 555 Fennec.
Skuadron 501 dan 502 sejak perolehannya mempunyai rekod cemerlang di dalam perkhidmatan bukan sahaja ianya bersih dari rekod kemalangan yang meragut nyawa atau aset malah telah berjaya sebagai organik dalam beberapa misi Operasi Fajar dan Medivac.

Antara lain-lain Pangkalan atau unit-unit TLDM yang telah beroperasi sepenuhnya yang memainkan peranan yang tersendiri ialah ;

  • Pusat Hidrografi Negara, di Pulau Indah Selangor,
  • KD SRI GOMBAK,
  • KD SRI TAWAU,
  • KD SRI SANDAKAN,
  • KD SRI LABUAN,
KD SRI SEMPORNA yang menjadi Pangkalan hadapan yang menempatkan Pasukan Khas Laut (PASKAL), Stesen-stesen Komunikasi, penempatan-penempatan strategik yang menduduki secara tetap di Gugusan Semarang Peninjau (GSP) yang masih menjadi tuntutan bertindih beberapa buah negara.
<!--[endif]-->

Jumaat, 24 Jun 2011

SIPUT SARAWAK yeeeer...

Ni la nama-nama Kumpulan dalam Kelab Bahagian PPSM kami sempena Mini Sukan yang sedang berjalan. Makanya.. depa ni mendajalkan kami yang Pengurus yang tak terurus ni sebagai Ketua-ketua Kumpulan.. Depa sepakat bagi Nama kumpulan tahun ni seperti di bawah :

P.Ramlee : Untuk satu-satu nya rakan sejawatan WN yang Lelaki di PPSM

dan lain-lainnya adalah geng2 pompuan
di mana nama2 kumpulannya adalah Pompuan2 popular sezaman ngan P.Ramlee iaitu :


Kumpulan Saloma : Sesuaiii sangat2 untuk empunya diri.. Tinggi.. body cantik.. soft spoken

Kumpulan Saadiah : .. okay la.. kawan ni pun body dia tembun2 cam Saadiah


Kumpulan Siput Sarawak : AAAAAlaaaaaa.... 
nape SIPUT SARAWAK...
NORMADIAH okay la lagi....
Korang ni MEMANG tau....
nape la asal yang watak2 antigionis je..  WN yang terpilih..
Tapi Siput Sarawak banyak jugak bawak watak baik kan!!! 
Tak pe, tak pe.. Siput Sarawak akan pastikan Kumpulan dia MENANG Sukan Mini ni
BY HOOK or BY CROOK

Korang bagi aku watak yang cam ni kan!!! Jadi aku bawak watak yang cam tu jugak dalam Kumpulan aku..
TAK KIRA!!!
kita jadi ... cam BAWANG PUTIH yang busuk hati tu
kita jadi... cam AMINAH (pompuan kaberet) dan goda diorang sampai kalah dalam HUJAN PANAS

..SIPUT SIPUT kami.. tapi ngancam wooo..

Khamis, 23 Jun 2011

TLDM : Markas-markasnya

Di dalam rantaian pemerintahan TLDM, pemerintah tertingi melaksanakan penugasan melalui formasi-formasi utama dan unit-unit. Secara asasnya segala operasi dan fungsi material telah diwakilkan kepada ;

  • Markas Armada untuk menangani masalah dasar yang berkaitan dengan pembangunan armada
  • Markas TLDM (Di KEMENTAH) adalah berkenaan  segala pembentukan TLDM 
Markas Pendidikan dan Latihan (Di Jalan Semarak, KL) yang diketuai oleh Laksamana Muda (Laksda) bertanggungjawab sepenuhnya di dalam sistem pembelajaran dan pembentukan modal insan. Unit- unit di bawah pemerintahan beliau ialah ;

  • KD PELANDOK yang mengendalikan kursus-kursus kepakaran peringkat asas sehingga lanjutan bagi Lain-lain Pangkat (LLP)
  • KD SULTAN IDRIS 1 (KDSI) untuk latihan Pegawai-pegawai Kadet.
  • KD SULTAN ISMAIL merupakan pangkalan khusus untuk melatih perajurit-perajurit muda telah dibina di Tanjong Pengelih, Johor lengkap dengan dermaga yang mampu menempatkan beberapa buah kapal yang bersaiz Frigat. 
 Markas Bantuan TLDM diketuai Laksamana Pertama (Laksma) bertanggungjawab untuk menyediakan fasiliti sokongan seperti;

  • Depot Bantuan TLDM, termasuk pentadbiran Pangkalan TLDM Lumut (KD MALAYA),
  • Pusat Penyeyapan Kapal (SSC),
  • Provost TLDM,
  • Penginapan Pegawai,
  • Hospital ATM,
  • Depot Senggaraan Kenderaan,
  • Bomba dan
  • Komplek Sukan.

Selasa, 21 Jun 2011

Mini Sukan PPSM

Sempena Family Day Bahagian Kami (yang ada 38 staf ni)
pada 26 Jun tak lama lagi
makanya AJKnya telah MEWAJIBKAN semua staf untuk terlibat dalam SUKAN2 KAMPUNG ni
kalau tak.. bagi MARKAH free kat KUMPULAN LAWAN..
Tak jadik cam ni..
maka terheret la kami
selama 2 minggu ni untuk menghabiskan LIGA :
BATU SEREMBAN
KAROM
dan
CONGKAK

tengok la gambar kat bawah ni :

Congkak


Batu Seremban


Err.. gambar WN lawan KAROM tak leh upload la pulak..
2 hari lawan wooo.. maklumla AMATUR.. ngee

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit