Terms yang WN dapat time join ROTU dolu2.. banyak!!! tapi dah tak ingat..
NAVY
N - Never
A - Always
V - Volunteer
Y - Yourself
TLDM (Tentera Laut Di Raja Malaysia)
T - Tengok
L - Lawa
D - Dalam
M - Melantung
atau
T - Tempat
L - Lawatan
D - Daerah
M - Manjung
PSS (Pasukan Simpanan Sukarela)
P - Pasukan
S - Suka
S - Suka
ada sape2 lagi boleh tambah??..
Pengikut
SYAIR
Buang pemisah kongsi nikmat
Post by Saiful Nang.
Jumaat, 29 Julai 2011
Selasa, 26 Julai 2011
Orang Yang Paling Berani
Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?"
Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, wahai Amirul Mukminin."
Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar As-Siddiq. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa saja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."
"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah ?"
Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah diam saja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya."
Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, wahai Amirul Mukminin."
Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar As-Siddiq. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa saja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."
"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah ?"
Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah diam saja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya."
Isnin, 25 Julai 2011
TUJUH JENIS PUASA SUNAT JADI AMALAN RASULULLAH s.a.w
Sempena menjelang RAMADHAN
BERTANYA seorang sahabat kepada Anas r.a mengenai puasa Nabi SAW. Jawab Anas: “Aku suka melihat Rasulullah SAW khususnya ketika beliau berbuka atau berpuasa. Hatta pada malam yang beliau habiskan sehingga fajar. Keadaan tidur Rasulullah SAW dan aku tidak pernah merasai kelembutan sutera yang hebat lebih daripada kelembutan tapak tangan Rasulullah SAW. Aku mencium bau hebat dari wangian kasturi, tetapi bau badan Rasulullah SAW lebih wangi dari itu. (Hadis Bukhari).
Berkata Syeikh Ibnu Hajar: “Bahawa keadaan Rasul SAW dalam menunaikan perkara sunat seperti puasa dan Qiamullail adalah berbeza. Kadang-kadang beliau berpuasa pada awal, pertengahan atau akhir bulan. Puasa sunat tidak tertakluk kepada waktu kecuali waktu yang ditegah. Baginda tidak berpuasa sepanjang tahun. Tidak pula berqiamullail sepanjang malam kerana bimbang akan menjadi kesulitan kepada umat akan datang. Jadi beliau berpuasa dan berbuka, tidur dan berqiamullail. (Fath 4/217).
Firman Allah: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang baik bagi mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan Rasulnya (al-Mumtahanah: 6).
Berkata Syeikh Ibnu Hajar: “Bahawa keadaan Rasul SAW dalam menunaikan perkara sunat seperti puasa dan Qiamullail adalah berbeza. Kadang-kadang beliau berpuasa pada awal, pertengahan atau akhir bulan. Puasa sunat tidak tertakluk kepada waktu kecuali waktu yang ditegah. Baginda tidak berpuasa sepanjang tahun. Tidak pula berqiamullail sepanjang malam kerana bimbang akan menjadi kesulitan kepada umat akan datang. Jadi beliau berpuasa dan berbuka, tidur dan berqiamullail. (Fath 4/217).
Firman Allah: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang baik bagi mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan Rasulnya (al-Mumtahanah: 6).
Marilah kita melihat sepintas lalu mengenai hari dan munasabah tertentu ibadat puasa Nabi SAW.
Amalan Puasa Sunat | Hadis / Pendapat |
(1) Puasa 6 hari pada bulan Syawal | (i) Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun.” (Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah). (ii) Ibnu Qudamah menyebut dalam kitabnya, Mughni riwayat Said dari Sauban r.a, berkata sabda Rasul SAW: “Sesiapa berpuasa Ramadan sebulan bersamaan sepuluh bulan dan puasa enam hari pada Syawal, maka sempurnalah setahun”. Ini bermakna satu kebajikan digandakan sepuluh dan enam hari dengan ganjaran enam puluh hari, Demikianlah dua belas bulan iaitu setahun.” (Mughni 3/173). (iii) Imam Nawawi ketika mengulas hadis di atas berkata, “Ini adalah bukti jelas bagi Imam Syafie, Imam Ahmad dan Daud menjadi alasan menggalakkan kita berpuasa enam hari dalam bulan Syawal”. (Syarah Muslim 8/56). (iv) Ulama berbeza pendapat mengenai puasa berturut-turut atau sebaliknya. Pengarang kitab Al Hidayah dan lain-lain menyarankan supaya dilakukan berturut-turut. Namun, Imam Abu Hanifah dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafie antaranya Abu Yusuf dan lain-lain mengatakan bahawa dipisahkan adalah lebih baik dan disunatkan kerana dapat membezakan dengan puasa penganut Kristian dan juga dapat meraikan kaum keluarga. (Maarif Sunan Syarah Tarmizi 6/121). |
(2) Puasa Muharam | (i) Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat Waktu yang terbaik ialah pada 9 dan 10 hari bulan. Ia berlaku sepanjang Muharam dan 10 Muharam mempunyai hak khusus tersendiri. |
(3) Puasa Hari-Hari Putih (pada 13,14 & 15 setiap bulan Islam) | (i) Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan dengan tiga perkara: Puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat Duha dan solat witir sebelum tidur (Hadis Bukhari). (ii) Syekh Ruyani berpendapat bahawa berpuasa tiga hari setiap bulan adalah sunat dan lebih afdal jika bertepatan dengan hari-hari putih. Ia dinamakan hari-hari putih kerana keceriaan malamnya dengan pancaran bulan penuh. (AlMughni 3/177) (iii) Dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah pada setiap bulan, tiga hari kerana satu kebajikan digandakan sepuluh kali ganda. Yang demikian itu seumpama kita berpuasa setahun. (Hadis Bukhari, Muslim) (iv) Dalam riwayat lain sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesiapa berpuasa Ramadan bersama tiga hari setiap bulan akan mendapat pertolongan pada hari yang sangat dahaga ia hari Mahsyar. |
(4) Puasa Hari Arafah (pada 9 Zulhijjah) | (i) Dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Jawab Baginda: “Pengampunan dosa bagi tahun lalu dan tahun akan datang”. (Hadis Muslim 1/473). Bagi berwukuf di Arafah pula kebanyakan ulama sepakat mengatakan bahawa mereka sunat berbuka puasa. (ii) Imam Hanafi dan Maliki berpendapat adalah makruh bagi jemaah haji yang berpuasa pada hari wukuf dan hari Tarwiyah (8 Zulhijjah). (iii) Bagi Mazhab Syafie pula bagi penduduk Mekah yang berwukuf pada siang hari, berpuasa adalah tidak digalakkan dan harus bagi yang berwukuf di sebelah malam. (Fiqh 4 Mazhab 1/505). Adapun puasa Arafah sudah diketahui umum bagi semua yang mengerjakan haji atau sebaliknya. (Fath 4/237). |
(5) Puasa Hari Asyura (10 Muharam) | (i) Dari Abdullah bin Abbas r.a bahawa ketika Rasulullah SAW sampai ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi bertanya, “Apakah gerangan hari ini sehingga kamu berpuasa?”. Maka mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang besar di mana Musa diselamatkan dari kaumnya, tenggelamnya Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa kerana mensyukuri dan kami berpuasa”. Selepas mendengar itu Nabi SAW pun bersabda, “Kami lebih utama berpuasa dari kamu dan Nabi SAW berpuasa dan menganjurkan kita berpuasa”. (ii) Dalam riwayat Abu Qatadah r.a bahawa apabila Nabi SAW ditanya mengenai puasa Asyura beliau menjawab, “Mendapat keampunan setahun yang lampau”. (Hadis Muslim 1/459). (iii) Dalam riwayat lain sabda Nabi SAW, “Puasalah hari kesembilan dan kesepuluh, janganlah kamu samakan dengan kaum Yahudi”. (iv) Sheikh Abd Hamid berpendapat bahawa dosa adalah seperti ’air sungai yang mengalir’. Oleh itu, puasa dan taubat adalah ubat mujarab untuk dosa berkenaan. |
(6) Puasa Isnin dan Khamis | (i) Dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa Isnin dan Khamis. Baginda menjawab: “Padanya aku dilahirkan dan padanya mula-mula diturunkan wahyu padaku. (HR Muslim 1/474). (ii) Dalam riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”. (Hadis Tarmizi). (iii) Dalam riwayat lain daripada sebahagian isteri baginda ada mengatakan bahawa Rasulullah SAW berpuasa 9 dan 10 Zulhijjah, tiga hari setiap bulan Islam serta Isnin dan Khamis pada setiap minggu. (Hadis Abu Daud). |
(7) Puasa Nabi Daud AS | (i) Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada puasa yang lebih baik selain puasa Nabi (ii) Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. Dia juga tidur dan menggunakan satu pertiga malamnya saja untuk berqiamullail. (Hadis Nasai, Abu Daud). |
Untuk makluman, semua puasa sunat berkenaan dilarang bagi yang bergelar isteri kecuali mendapat keizinan suami masing-masing kerana menunaikan hajat suami adalah wajib. Maka hukum syarak mengatakan hendaklah didahului yang wajib.
Sumber: Berita Harian
Sabtu, 23 Julai 2011
TLDM : Frotila Rondaan
Flotila Rondaan mengandungi:
- Skuadron Kapal serang laju (FAC G) Kelas Jerong- KD Jerong (3505), KD Todak (3506), KD Paus (3507), KD Yu (3508), KD Baung(3509), KD Pari (3510). Jenis Kapal Ronda Laju (Meriam)
- Skuadron Kapal serang laju (FAC G) Kelas Jerong- KD Jerong (3505), KD Todak (3506), KD Paus (3507), KD Yu (3508), KD Baung(3509), KD Pari (3510). Jenis Kapal Ronda Laju (Meriam)
- Skuadron NGPV (MEKO A-100) Kelas Kedah - KD Kedah (171), KD Pahang (172) KD Perak (173), KD Terengganu (174), KD Kelantan (175), KD Selangor (176 ).
Jenis Kapal Ronda . Ditauliah Pertama 5 Jun 2006 (Kedah) dan terakhir / 28 Dis 2010 (Selangor) : Krew 70+
Skuadron PV Generasi Baru Kelas Meko 100 yang sistemnya berkonsepkan fitted for but not with ini membolehkan beroperasi berterusan di laut dengan mengambil kira keselesaan anak-anak kapal menjadikan perolehan ini memberi impak positif dan menjadi pendorong kepada
Pembinaan keseluruhan sebanyak enam buah platform yang dilengkapi dengan kelengkapan canggih dan termoden bukan sahaja memenuhi hasrat TLD M setakat ini malah menjanjikan kelancaran operasi maritim dan meletakkan kesiapsiagaan angkatan armada pada tahap kategori satu dan memberi impak semangat juang kepada perajurit dan usaha cegah rintang kepada pihak musuh yang sering mengintai dan mentafsir kelemahan pertahanan negara.
Inovasi tempatan yang mempunyai ciri-ciri serba boleh telah menekankan aspek ketahanan pengoperasian dan keselesaan menghuni warganya yang merupakan inovasi persediaan penempatan krew lelaki dan wanita (mixed gender crewing) secara langsung memberi gambaran bahawa perancangan masa depanTLD M akan memberi peluang kepada pegawai dan lasykar wanita untuk bertugas di kapal dengan lebih serius.
Inovasi tempatan yang mempunyai ciri-ciri serba boleh telah menekankan aspek ketahanan pengoperasian dan keselesaan menghuni warganya yang merupakan inovasi persediaan penempatan krew lelaki dan wanita (mixed gender crewing) secara langsung memberi gambaran bahawa perancangan masa depan
Penempatan percubaan pegawai wanita di dalam skuadron ini telah membuktikan bahawa diskriminasi gender tidak berlaku dan wanita juga mampu digerakkan dan diberi peranan seiring dengan lelaki tanpa berkompromi dalam perkara agama dan tatasusila dan langkah ini amat bersesuaian dengan peranan masa kini TLDM.
Rabu, 20 Julai 2011
Penattttnyeerrr...
Orang lain pun penat jugak.. ingat ngko jer penat.. memuhasabahkan diri sendirik.. tapi nak tulih jugak kat entry ni untuk bacaan ketika tenang nanti..
Dah berminggu-minggu hujung minggu WN diganggu dengan tuntutan tugas dan persatuan yang dikatakan demi kebajikan tapi tak pasti la kebajikan sape yang perlu dijaga sekarang nih!
Lalui weekday yg sangat busy sebab handle pengurusan Majlis APC Agensi
25 - 26 Jun : Family day PPSM.. yeay Siput Sarawak dapat tempat ke 3 dari 4 kumpulan.. ha ha.. kat PD
30 Jun - 2 Julai : Penat tak habih lagi.. baru abis Majlis.. terus berangkut bawak anak ke PD lagik.. untuk berbengkel untuk meng update dan meng edit Manual Staf Agensi
4 Julai : 1/2 keje, 1/2 hari lagik bawak anak ke UKM Specialist Centre.. biasalah pemeriksaan rutin.. berdua ngan Lutfi je.. menggendong dia yang dah tak mau dok dlm stroller.. time paling down.. Lutfi dah tak mau di dukong.. (dah la berdua ngan dia je)..settle a/ment dan nak balik- bateri hp pun time tu kong.. sampai kat kaunter JOCKEY service.. ada note tulih sila call hp no XXXXXXXXX... hai la hai.. nak nangih!!!.. muka tak malu.. nampak Pak Guard mintak tolong call kan JOCKEY.. dia kata tak de kredit.. nasib baik ada Chinese Girl yang kebetulan nak call JOCKEY tu.. dengan muka tak malu tumpang kat dia mintak bawak kan keta kita sekalik..
10 -12 Julai : Main tipu.. patutnya kena berangkat ke Kota Bharu la pulak... Meeting lagik!!.. tak leh nak tinggal Lutfi sebab dia nyusu badan time malam.. tapi mintak tolong kawan pegi.. apa2 hal WN tolong dari HQ.. penatnyerrr!!!.. Hubby pulak ada lawatan dari Isnin sampai Jumaat.. Sian kat Lutfi kena asik kena tinggal ngan abah dia je sejak dari lahir..
15 - 16 Julai : Hari cuti ku diganggu lagik oleh aktiviti BAKAT la pulak.. Sian kat Lutfi lagik... tinggal la pulak ngan Abah.. 2 hari tu
19 - 22 Julai : Sekali lagik Abah Lutfi kena wat lawatan luar..
22 Julai : WN kena mintak Cuti tanpa rekod.. untuk preparation FINAL Event Bakat lagik.. sebab esoknya Majlis BAKAT yang last!!! ha ha.. ce timbang ce pikir.. kat mana kebajikan yang dijaga.. anakku dah start terabai.. lantak la.. lalu je la.. sikit lagi... bulan Disember akan menjengah.. semua ni kena lalui.. Moga-moga Hubby dapat menghabiskan KURSUS ni dengan jayanya!!!..
Dengar citer lepas ni kena tinggal seminggu lagi.. Hubby kena gi sekitar SPRATLY..
Lepas raya... sebulan lagi ditinggal Hubby lagi.. hadiri Latihan di PUSTAKMAR Lumut..
Penattttt nyeerrrrr... lalui menda2 cenggini sensorang.. Tapi ALLAH tu ADIL kan...
Ada ganjarannye kalau kita BERSABAR dan tak MENGELUH kan..
Huh huh.. tapi dah mengeluh dah ni!!!
Langgan:
Catatan (Atom)