Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 26 Ogos 2011

Menyepi seketika..

Yeay yeay nak raya!!! yeay yeay balik kampung!!! Okay bermula 26 Ogos sehingga 5 September ni..  WN terpaksalah menyepikan diri dan meninggalkan dunia blog ini.. .... Sebab :

WN balik kampung la..
First phase (26 - 31 Ogos) : di Kuala Pilah
Second phase (01 - 05 Sept) : di Temerloh

Tiada maknanye WN dapat bertenet.. tak de strymix dan tak de broadband..

Kepada semua WN mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

dan "SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA SUNAT DI BULAN SYAWAL"

dan "BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.. INGAT ORANG TERSAYANG YANG MENUNGGU KEPULANGAN ANDA"

Meh sama-sama kita berpantun:


Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati yo!!)
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu...... hihihi

Surat Ucap Selamat Hari Raya

Asssalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera..

Kepada Penyinggah Blog WN yang dirahmati Allah Taala..

"...Kedatangmu sangat dirindui, Pemergiaanmu sangat ditangisi..." itulah Ramadhan Al Mubaraq yang semakin hari semakin meninggalkan kita seluruh umat Islam.. Ramadhan kali ini ibarat Ramadhan terakhir buat diri kita seluruh umat Islam yang dikasihi.. Kerana itulah pesan Nabi Muhammad SAW apabila Ramadhan bakal berakhir..

Aidil Fitri merupakan kejayaan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.. Ianya bukanlah suatu perayaan semata-mata tetapi ianya merupakan kemenangan dan kejayaan kepada seluruh umat Islam yang telah mencapai kemenangan dan kejayaan di dalam beberapa siri peperangan yang banyak berlaku di dalam bulan Ramadhan Al Mubaraq yang mulia..

Marilah kita bersama-sama memperingati dan menyingkap sejarah Islam terdahulu di mana Nabi Muhammad SAW, para Sahabat dan umat Islam terdahulu bermati-matian dan berjihad dalam menyebarkan dan menegakkan agama Islam.. Janganlah kita sekali-kali leka dan lalai dalam menyambut perayaan Aidil Fitri ini... Aidil Fitri akan lebih bermakna sekiranya Rukun Islam yang wajib kita dirikan dapat dilaksanakan dengan sempurna..

Ramadhan tinggal berbaki beberapa hari sahaja..Marilah kita bersama-sama menghitung diri kita di bulan Ramadhan ini..  Insya-Allah, ruang dan peluang masih senantiasa ada di hadapan kita untuk kita bersama-sama memperbaiki diri dan meningkatkan amalan dalam melaksanakan perkara-perkara yang wajib sebagai umat Islam yang sempurna..

Di Ramadhan Al Mubaraq yang mulia ini, saya, Wife Md Navy mengambil peluang dan kesempatan yang ada ini untuk memohon kemaafan kepada seluruh Penyinggah Blog WN... Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini dapat memberi rahmat dan hidayah kepada kita semua agar perjalanan hidup kita bertambah baik dan bertambah berkat hendaknya...Insya-Allah Taala..!

Akhir kata, berhati-hati semasa kepulangan anda ke kampung halaman dan sentiasa mencari kesederhanaan dalam menyambut hari lebaran ini..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh Penyinggah Blog WN yang dikasihi Allah Taala.. Amin Ya Rabbal A'lamin...

Ikhlas Kemaafan Daripada
Wife Md Navy

Khamis, 25 Ogos 2011

Ogos ini..

Bulan 8 a.k.a Ogos ni.. 
- Jatuh pada bulan yang dinanti-nanti oleh Umat Islam di dunia.. Bulan Ramadhan

Bulan 8 a.k.a Ogos ni.. 
- Bulan kemerdekaan negara tercinta - Malaysia

Bulan 8 a.k.a Ogos ni.. 
- Bulan kelahiran tuan punya blog ini

Bulan 8 a.k.a Ogos ni.. 
- tarikh kelahirannya pula berkongsi bersama:
- Kakak Ipar nya - Along
18/08

dan paling bermakna
25/08 ini
ulangtahun kelahiran yang PERTAMA
untuk Anakku yang PERTAMA..
(ada lagi ke lepas ni?!!.. kena melabur lagi la gamak nyer)

Sabtu, 20 Ogos 2011

MELAYU...

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA : Puisi nukilan Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar

Janji simpan di perut
Selalu pecah dimulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

P/S : Terlalu banyak benarnya.. Tidak tersangkal kenyataannya..

Ce imbas :

Kurang ajarnya tetap santun (betul sangat sangat nih.. cuba tengok yang lain.. kata2nya sungguh!!! ishh.. mahu ku tikam saje perut nya!!!)

Jika menipu pun masih bersopan (iya benar.. tu yang ramai sanggup berpoligami!!!.. ishh ape pulak kait mengait nih)

Melayu itu berani jika bersalah : Berani buat apa saja untuk tutup kesalahan - makin berani buat itu ini utnuk fitnah orang lain lagi tu..

Kecut takut kerana benar : Dam.. takut anak bini dan rezeki di apa-apakan..

MELAYU... Adakah semangatnya juga seperti bunga yang sedang melayu.. Entah la..

Tapi kita ini keturunan MELAYU.. MELAYU ISLAM yer!!!

Jumaat, 19 Ogos 2011

Asal usul Hajar Aswad

Tazkirah lagi...

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. 

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. 

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. 

Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahwa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. 

Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah.

Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit