Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 30 November 2011

Perkembangan Anak : A.L.I

Nama : Ahmad Lutfi Ikram a.k.a ALI 
(bagus jugak Papa Lutfi panggil Lutfi : ALI .. sebab Ali tu Khulafa Ar-Rasyidin)
Umur : 1 tahun 3 bulan
Berat : 11.5 kg
Tinggi : 72 cm

Gigi : Waa.. dah banyak!!! pada umur 1 tahun dah ada 8 batang gigi kacip atas dan bawah
pada umur 1 tahun 3 bulan : 4 batang geraham telah memecahkan gusi atas bawah kiri dan kanan.. dan kesannya.. Ibu air liur asik meleleh di kiri kanan bibir Lutfi.. tak tau perasaan nye macammana menghadapi pecah gusi.. mungkin sakit, mungkin gatal, tak selesa... 
dan
1 batang gigi taring atas sebelah kiri

baju comot.. baru lepas minum Milo kotak

Perkembangan Kognitif : Dah berlari mantap.. tak gelong, dah pandai menyeimbangkan pergerakan tangan dan kaki, menumpang kaki dan tangan kalau hampir tersungkur..  Naik tangga, turun tangga.. tapi dengan pengawasan.. kalo tak dia buat aksi hebat.. Dah pandai nak guna sudu, garfu, cawan sendiri.. Okay la!!! walaupun banyak lantai yang rasa.. bukan mulut Lutfi yang rasa

Perkembangan Sosial : Friendly.. tapi Jinak2 Merpati.. Org tegur dan cuit Lutfi senyum.. tapi tak sewenang2nya membiarkan dirinya didukung oleh orang tak dikenali.. Akan menangis sekuatnya kalo Lutfi tak mo ngan orang tu.. Bagus.. Ummi sangat suka! Sekurang2nya dia tak mudah mengikut orang asing
Hanya boleh didukung dengan mudah oleh:

a) Ummi
b) Abah
c) Wan Pengasuh
d) Papa (Biras)
e) Mama (Kakak Ipar)
f) Uwo (Nenek Lutfi)
g) Mak Chik (Nisa - Adik Bungsu WN)

Tido : Dgn Ummi je.. sebab?!! Orang lain tak de Susu Cap Gantung
Dengan budak2 kecik sangatttt SUKA..

Percakapan : Paling jelas perkataan - ABAH, Nak, Bak, Air, Car, Kakak... Ummi??? Hu hu tak lagi.. kadang2 je Lutfi sebut AMI..
Lain2 words.. Aaa.. uuu.. eiii.. taa (one two three jump)
Te Cu (Thank You)
Auuuw (Hello)
Tcom 3x (jom, jom, jom)
Ei ei ei..Gol !!!! (gol.. gara2 Sukan Sea ari tu.. tengok abah dia tengok Rimau Muda vs Garuda)

Hrmm.. cepat sangat masa berlalu.. tak puas uli2 badan Lutfi yang montel dulu..



Selasa, 29 November 2011

BETUL KE KAUM ADAM ;D

Dari FB :


Dengan perubahan zaman, keinginan lelaki terhadap perempuan turut mengalami perubahan yang cukup drastik. Lelaki moden mengiginkan kategori perempuan yang berbeza berbanding dengan watak-watak lelaki di novel-novel roman klasik.


Perempuan bagaimanakah yang lelaki inginkan kini? Berikut adalah kategori perempuan yang boleh membuatkan lelaki moden jatuh cinta lebih mendalam....

Tidak manja
Lelaki zaman sekarang lebih suka kepada perempuan yang berdikari dan mempunyai kehidupan sosial sendiri. Perempuan yang manja dan pemalu tidak lagi dipertimbangkan oleh lelaki-lelaki di luar sana.

Tegas
Sifat perempuan yang pada asalnya adalh pemali dan malu untuk meluahkan apa yang mereka inginkan. Padahal lelaki moden menyukai perempuan yang lebih tegas dan tidak malu untuk menyatakan keinginannya secara terbuka. perempuan yang hanya pandai merajuk tanpa memberi penjelasan sedikit pun, lama-kelamaan akan ditinggalkan kekasihnya.

Tidak mengeluh
Sedar atau tidak, sebenarnya lelaki tidak suka dengan keluhan perempuan yang kadang-kadang tidak penting pun. Seperti mengeluh tentang saiz tubuh, make-up yang tidak sempurna atau segala hal yang seharusnya tidak perlu untuk dikeluhkan. Lelaki memerlukan perempuan yang kuat tanpa perlu mengeluh tentang kehidupnya setiap saat.

Wanita bekerjaya
Lelaki kini lebih senang jika kekasihnya memiliki pekerjaan, apatah lagi jika si kekasihnya boleh berjaya dalam kerjayanya. Lelaki akan merasa kekasihnya mampu untuk mengimbanginya.

Memiliki rasa humor
Sebagai perempuan, sudah tentu anda inginkan kekasih yang mampu membuat anda tersenyum selalu, tertawa dan tidak membuat anda bosan. Sama seperti anda, lelaki pun ingin dihiburkan. Lelaki sebenarnya menyukai perempuan yang mempunyai rasa humor dan mampu memulakan perbualan yang tidak membosankan.

Rabu, 23 November 2011

WW : Hubby in Service Dress

;)
Selepas 12 tahun, baru dpt bergambar ngan Hubby dengan Uniform
tu pun sebab terpaksa hantar gambar family kepada MTAT

Isnin, 21 November 2011

Try test 2



Sent from Samsung Mobile

Hiburan Petang Hari

;)
Staf WN stress sekarang.. keje Perkhidmatan masih perlu diteruskan sehingga akhir November ini.. Bayaran Imbuhan tahunan dah start work force.. 24 hb Nov akan start pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam.. Petang2 ni nak balik keje.. mintak la satu2nye kumbang dalam Unit Perkhidmatan menghiburkan kami.. (dia jer pun pandai men gitar).. Biarla depa bising sikit.. 15 minit je lagi nak balik.. Dah dah dah.. ramai lak yang berkumpul kat Unit ni.. depa tak sangka Mamat ni berseni.. Ahh!! lantak.. kalo bos besar datang lotih Achik..
Ni kalo dapat kat orang yang saje nak carik salah orang Gomen nih.. sah kena kutuk RAPAT nih.. kata tak wat keje time keje..
Gambar? Sori tak de.. tak pandai lagi nak transfer gambar dr hp Samsung nih!!!.. Kalo rajin gi tengok kat FB kawan2 Achik (Ahh.. tak de masa!!!)

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit