Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Selasa, 19 Mei 2009

Catatan 10 tahun di Alam Rumahtangga

Perkara penting di alam perkahwinan



1999 :

  • 21 Mei - Tarikh dinikahkan
  • Ogos - Aku berpindah ke Lumut
  • Sept - Mula bekerja di Biru Klasik Sdn Bhd di Sri Manjung Perak

2000:

  • April - Suami ditukarkan ke MAWILLA 1, Tanjung Gelang Kuantan, tinggal di rumah ibubapa di Temerloh (mula hidup berasingan daripada suami)
  • Mei - Mula bekerja sebagai Kerani Akaun di Savepoint Supermarket (Temerloh)

2001 :

  • Februari : Mengambil keputusan untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur, mula bekerja di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai Pembantu Tadbir (Sambilan - gaji hari), menumpang di rumah sewaan ibu saudara.

2002 :

  • Februari : Dilantik sebagai Pembantu Tadbir iaitu Staf Kontrak di CIDB selama 2 tahun
  • April : Lulus Ujian Memandu
  • Oktober : Abah masuk hospital
  • 18 Oktober : Abah pulang ke Rahmatullah

2003 :

  • Januari : Suami ditukarkan ke Markas Material di Pangkalan TLDM, Lumut
  • 31 Mac : Mak Mertua pulang ke Rahmatullah
  • Julai : Abah Mertua di dianogsis 'Lung Cancer'
  • November : Beraya sorang2 di KL dan Kelantan sebab krisis rumahtangga

2004 :

  • Februari : Abah Mertua pulang ke Rahmatullah
  • 1 Mac : Dilantik sebagai Pegawai Tadbir (Kontrak) di CIDB, ditugaskan di Bahagian Pembangunan Korporat
  • April : Adik Ipar bernikah
  • Mei : Suami ditugaskan ke PLKN Pulau Langkawi
  • Ogos : Beli kereta pertama dalam hidup (Proton Saga WMA 5546)
  • Oktober : Berpindah keluar dari Pelangi Jaya, Sentul dan menyewa bersama Angah di Kelompok Camar, Keramat AU3, 54200, Kuala Lumpur

2005 :

  • Februari : Suami ditugaskan di Acheh, Sumatera untuk Bantuan Kemanusiaan
  • Mei : ditugaskan ke PLKN Muadzam Shah
  • September : Suami bertugas di MTL (SM Pembangunan), Kementah, Kuala Lumpur - hanya selepas 6 tahun baru dapat tinggal sebumbung dengan suami.

2006 :

  • April : Angah bernikah dengan Enny
  • Mei : Ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran & Pembangunan Sumber Manusia
  • Oktober: Angah pindah keluar dari Rumah sewa, beli rumah di Subang
  • November : Buat keputusan Beli rumah di Pandan Mesra

2007 :

  • Januari : Suami bertukar ke J3, Markas Angkatan Bersama (MAB), Dapat anak sedara (Hadif)
  • Mei : Pindah ke rumah sendiri
  • Julai : Suami berkursus untuk Observer PBB
  • November: Stand by di panggil ke MISI PBB

2008 :

  • 5 hb Januari : 1st Birthday Muhammad Hadif (Anak sedara) - beli basikal
  • Februari : Suami ditugaskan sebagai Pemerhati (Observer) PBB di Sudan (UNMIS) selama setahun
  • Mei : Hantar Nisa ke UKM

2009 :

  • Januari : 2nd Birthday Muhammad Hadif
  • Februari : Suami kembali dari PBB
  • Mac : Menjalani Prosedur IVF - gagal
  • April : Suami ditugaskan di KSSKA
  • Mei : Tidak disangka telah 10 tahun di alam perkahwinan

Jumaat, 15 Mei 2009

PERKASA CIDB

Pertama kali untuk catatan berkaitan dengan dunia pekerjaan aku kini.. Aku baru sahaja menghadiri kursus yang mengingatkan semula kisah aku ketika menjalani latihan PALAPES 12 tahun yang lalu..
07 Mei 2009 (Khamis) :

8.00 pagi : Bertolak ke Akademi Binaan Malaysia Terengganu (ABMT)
5.00 petang : Diturunkan 2 km dari ABMT, diambil oleh Jurulatih2 dari Inst. Latihan Kejuruteraan Tentera Darat (IJet).. waa berjalan kaki ke ABM melalui jalan kampung.. hati dah start berdebar2.. kawan2 dah start tunjuk muka cuak bila terima arahan yang tegas dari JL IJet, terima 'Amanat' (telur ayam) setiap seorang, jaga sehingga akhir kursus
6.00 petang : Cari "CLUB HOUSE ABM".. dah start acara lari-larian mencari lokasi sebenar.. briefing ringkas dari JL, balik ke Hostel letak barang2..

7.00 petang : Solat dan tazkirah (ladies dah wat projek lain kat belakang tabir musolla.. projek buat bekas telur ayam)

8.00 malam : Makan malam

8.30 malam : Start aktiviti - awal2 dah kena denda sebab makan bersepah2.. teringat zaman dulu2.. kena push-up.. kengkawan sume dah start tension.. aku.. ikut je ler.. sebab aku dah set dalam kepala ni akan diberi latihan ala2 palapes.. tak de lar teruk sangat pun.. Mungkin kengkawan lain terasa tension dan hina dina disebabkan tidak pernah menghadapi situasi seperti ni.. tak sampai 1/10 daripada training dulu.. Masa ni ramainya mengaku menghidap macam2 penyakit.. tekejut juga.. umur di awal 20an dah ngaku ada darah tinggi, diabetis, asma dan macam2 lagi.. Boleh cayer ke..(belit kot)

8.45 malam : berlari ke dewan ABMT untuk penyerahan tugas & tanggungjawab urusetia CIDB kepada Jurulatih IJet.. dibahagi2 ke dalam kumpulan masing2.. kemudian diarahkan berlari balik ke 'Club House' tadi jauh jugak, turun bukit naik bukit jugak.. masa berlari2 tu terimbau kenangan lalu..(ke mana2 mesti dalam kumpulan)..


9.30 malam : Mula aktiviti "in house", ice breaking dan diperkenalkan dengan macam2 jenis permainan yang menguji tahap kepekaan dan fokus kami dalam menerima arahan.. Antara yang best : Jual beli saham.. ada ke jual diri sendiri dengan harga 1 sen.. masa ni staf pompuan memang susah nak laku


11.30 malam : minum malam


2. 8 Mei 2009 (Jumaat) :


12.00 tengah malam : dibahagi kepada 2 kumpulan - kumpulan sihat (26 orang) & kumpulan kurang sihat OKS (22 orang).. maka bermulalah aktiviti berjalan2 di tengah malam disertai dengan hujan gerimis.. belum pun sampai ke destinasi, seorang dah diserang asma dan kejang.. adu hai.. malu kat Jurulatih2 IJet tu.. dan aktiviti "solo walk" berakhir sekitar 4.00 pagi.. selepas itu kami didenda dengan sebab beberapa staf telah melanggar peraturan sepanjang xtvt tadi..


4.00 pagi : didenda dengan crawling (meniarap sambil menjalar) melalui becak.. habis satu badan berlumpur.. kedua2 siku aku luka (sebab pakai lengan pendek.. pas tu time turn aku, JL betul2 kat belakang aku.. tak boleh la belit).. geng OKS memang untung.. merangkak je.. baju tak kotor pun


4.30 pagi : Direndam dalam anak sungai, sejuk pun sejuk la janji boleh bersih kan lumpur2 kat baju..


5.00 pagi : Berjalan balik ke ABMT, balik ke penginapan untuk bersihkan diri


6.00 pagi : Solat subuh dan tazkirah.. (waktu tazkirah ni la geng2 ladies ambik masa untuk menumbangkan diri)


7.00 pagi : Aktiviti senaman pagi (jogging keliling ABMT).. kumpulan OKS jalan kaki jer (belit jer depa ni) pas tu diperkenalkan sedikit dengan 'arahan kawad'


8.15 pagi : minum pagi dan balik untuk bersiap2 ke Dewan ABMT untuk acara Perasmian Kursus Perkasa


9.00 pagi : Perasmian Kursus Perkasa

10.00 pagi : Latihan Kawad.. mak.. ai.. seksa sungguh, tak ingat step.. maklum la 12 tahun dulu aku kawad dengan Navy (seret kaki je) sekarang ni kena angkat kaki lak (memang melantung hangit).. pas tu pakai lak kasut sempit, sepasang lagi dah basah.. (melecet kaki dibuatnya).. Kengkawan lain pulak punya la semangat belajar benda baru.. macam2 soalan ditanya, patut habis kul 12 tengahari dah meleret ke 12.45 tghari.. perit kulit aku berjemur bawah panas tuh..

12.45 - 1.30 tengahari : Ladies di kuarantin, tidak dibenarkan balik ke penginapan sehingga semua Guys gi solat Jumaat, 1/2 jam diberi masa balik ke penginapan untuk bersiap2 untuk aktiviti petang pulak.. kul 2.00 makan tengahari..

2.30 petang : Aktiviti mencari harta karun (mini xplorasi) - berkaitan mencari bahan2 untuk dimasak ketika jungle tracking esok pagi.. perkara paling best dalam xtvt ni bila semua ahli team perlu merendamkan diri dalam kolam renang di club house yang dah bertahun tak pernah dicuci.. yak... pas tu, semua perlu membuktikan bahawa kami membawa "amanat" kami ke mana sahaja dan tidak pecah.. Ada di antara kami dappat telur gajah.. selepas tu kami diberi 1/2 jam untuk balik membersihkan diri.
Spot check 'Amanat' selepas direndam di pool yang bertahun tak dicuci
5.00 petang : Minum petang dan bermula aktiviti "Stimulus Menyelamat" : - diajar mengenai balutan, ikatan dan cara2 menggunakan bandage dan pelbagai lagi, re-fresh semula subjek "rescue" ketika dalam PALAPES dulu.. tak sangka ketika 'volunteer' untuk jadi ahli yang tak ikut 'hiking' esok harinya, rupa2 nya dijadikan "mangsa" untuk diselamatkan oleh team masing2.. sakit satu badan.. maklumla diangkat, letak macam tu je, berat aku ni beb... (bertanding dengan team lain).. satu insiden tak dapat dilupakan : seorang daripada ahli team lain dimasukkan ke ICU sebab tekanan darah turun mendadak akibat xtvt diangkat diletak macam tu je..
6.45 petang : Balik dan siap2 untuk solat Maghrib dan tazkirah

7.15 malam : Solat maghrib, isyak & tazkirah.. Masa untuk menumbangkan diri.. patutnya kul 8.30 malam start makan malam, tapi hujan lebat menyebabkan terkandas di surau..menyebabkan aktiviti malam tu 'drag'.. ingatkan dah lepas dari buat aktiviti ..

10.00 malam : Aktiviti dalam kumpulan.. ni dah biasa sangat dibuat..

11.00 malam : Diarahkan balik ke penginapan untuk ambik barang2 untuk tidur dalam khemah malam ni

11.30 malam : Bermula aktiviti candle walk (hanya untuk kumpulan yang sihat sahaja), OKS diarahkan untuk menyediakan khemah untuk staf2 lain.. Memang tension berjalan dalam hujan bawak lilin keliling ABMT, nasib baik sempat sampai ke destinasi (lilin tak habis dan tak padam), tak tau la kami sampai kul berapa masa tu, yang pasti kami kena tunggu team yang masih tak sampai lagi.. kemudian diteruskan dengan xtvt 'blind walk'.. jalan tutup mata dalam kumpulan dengan hanya berpandukan tali.. memang tension gila.. keluar masuk selut la jawab nyer.. yang pasti xtvt ni habis dah menjelang pagi..

3. 09 Mei 2009 (Sabtu)

3.30 pagi : Baru berjalan keluar dari kawasan "blind walk".. tension giler.. kasut & baju habis berlumpur, kasut pulak tak sempat nak kering.. esok pagi2 nak jungle tracking lak.. diberi balik ke penginapan untuk membersihkan diri..

4.30 pagi : balik ke khemah masing-masing untuk melunjurkan badan.. yang pasti pagi tu tak de solat jemaah.. 6.00 pagi bangun terus ke surau tapi tak de orang, terus balik ke bilik, solat dan sambung tidur sampai terbit matahari.

8.00 pagi : Sarapan dan senaman pagi sebelum bersiap2 untuk jungle tracking..

9.00 pagi : Bergerak .. jungle tracking.. naik bukit dalam 300 meter tinggi, check point 1 = air terjun 1, check point 2 = air terjun 2 untuk memulakan xtvt 'survival cooking' dalam masa 1 1/2 jam.. 1/2 jam untuk rehat dan makan.. yang pasti bergerak turun pukul 2.00 petang... ingatkan dah sampai kat bawah terus jalan balik ke ABMT, tapi kena menyelusur sungai pulak.. memang tak sempat baju kering.. sampai ABMT kul 3.30 petang.

Senaman Pagi & Jungle Tracking


Mempersembahkan hasil "survival cooking'

3.30 petang : balik ke penginapan bersihkan diri, solat asar jemaah, minum petang

5.00 petang : Kerja kumpulan (diberi 8 soalan untuk selesaikan masalah yang diberi di sekitar Club House).. ingatkan settlekan masalah2 tak de la basah2 lagi... akhirnya basah jugak.. sebelum maghrib diberi tugas untuk membuat persembahan kumpulan untuk aktiviti malam ni.. last minutes nyer keje, kami wat lagu AF tukar jadi Kursus Perkasa.. janji settle..


7.15 malam : Solat maghrib & tazkirah (team kami tuang xtvt ni sebab tak perasan masa abis utk wat persembahan).. siap-siap, 8.00 malam acara bbq - paling best dan mewah dalam sejarah CIDB... 1 ekor kambing dan 1 ekor rusa dipanggang malam tu.. untuk santapan tak sampai 80 orang makan.. Ini lah harga titik peluh yang yang telah curahkan selama 3 hari tiada malam (sebab tak sempat nak tido malam pun)



BBQ Rusa & Kambing .................................................. Persembahan Kumpulan


9.30 malam : Persembahan dalam kumpulan.. menyingkap pengalaman pahit, manis, suka dan duka dengan jurulatih2 IJet.. memang tak leh lupa selepas 12 tahun meninggalkan dunia PALAPES.. Pengalaman latihan / kursus di dunia pekerjaan selama ini terlalu mewah & korporat untuk diriku.. tinggal di resort (walaupun kursus2 motivasi).. bagi rakan2 sekerja pula merasakannya sebagai 'mental toucher" yang tak terjangkau oleh akal mereka.. bagi diriku.. tak pe la.. selama ni terlalu banyak mengumpul toksik dalam badan.. 3 hari ini betul2 memerah keringat (toksik).. badan pun sihat.. cuma.. tak leh tido tu yang menyebabkan terjejas pertimbangan yang wajar.. sakitnya badan esok pagi tuhan saja yang tahu...




Kenangan bersama JL IJEt P&P yang ingin di PERKASA kan oleh Management

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit