Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 15 Jun 2011

10 amalan popular tapi sonsang!!!

Pernahkan kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan kitaseharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

*Jangan lupa derma ketika ziarah mayat*

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan la nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? (Ini mesti ada tujuan lain!!!).

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, kain hamis berbau. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

p/s : Ustaz kita cakap kan... (kita tak penah terpikir pun) : Orang kita (Melayu Islam) biasanya melakukan perkara2 ni sebenar berniat baik tetapi "Jahil a.k.a Kurang Pengetahuan - Ilmu" dalam melaksanakannya.. termasuk la WN hu hu

9 ulasan:

Teratak Hami berkata...

Thanks berkongsi ilmu.

Tapi saya suka #4 itu ... hehehe

Dr K berkata...

Itulah penting ILMU. Dengan ilmu, amalan akan tepat, mengikut syarak/suruhan agama. Tanpa ilmu/jahil, beginilah jadinya. Adat menguasai amalan agama.

ujang kutik berkata...

Sepuluh amalan tersebut seperti irama dan lagu yang tidak dapat diabaikan lagi

Zaira berkata...

Cari ilmu agama supaya hidup tak sesat selama2. Salah silap lalu mohon ampun dari Allah.

Tanpa Nama berkata...

Antara orang yang beramal dengan ilmu dan orang yang beramal tanpa ilmu adalah seperti langit dan bumi kejauhannya dipandang oleh Allah s.w.t.

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...

Salam...
Alhamdulillah dengan maklumat ini. Harap dapatlah ramai yang membacanya...
Teringat akak masa Arwah mak meninggal dulu... kami langsung tak membuat kenduri arwah .... yang kami buat hanya baca yassin adik beradik je.. maka hebohlah org2 kg ...
6 tahun dulu kami menunaikan fardu haji... langsung tak buat kenduri sebelum dan selepas haji, maka kedengaran juga cakap2...
Itulah orang2 kita yang tak tahu tentang apa yang disuruh agama kita...
Wallahualam....

KakD berkata...

sebab yang no. 4 tuh saye saaaaangat soka hihihi

wifemdnavy berkata...

T.Hani & mappiau : mmm.. rasanye no 4 ni ramai kena batang hidung..

Daddy Ziyyad : Kadang2 ilmu dituntut salah pula penafsirannya kerana tidak berguru

Zaira : Harap Allah ampunkan kerana kejahilan kita

Pak Mail dan Ujang Kutik : Amalan keagamaan bersandarkan adat.. ini la yang ramai ikut.. ye la.. ikut cakap orang tua.. Sudah ada ilmu di dada.. tapi tak tersangkal dengan kata2 demi menjaga air muka orang tua.. mmm..

Hajah Nafisah : Al-hamdulillah.. Hajah memang tegas orang nya

lina berkata...

Tepat sekali semua mengikut tanpa adanya ILMU. :) maka marilah kita mencari murabi...fikirkan2

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit