Seminggu nak pose ni, dah 3 hari, masuk hari ni.. ramai kengkawan datang kat meja dengan pelbagai sample kuih raya dan kerepek. Ikut plan tahun ni tak nak amik kuih raya banyak2 (nak buat sendirik la konon) tapi "tak daya nak nolak" kengkawan punye hasrat.. Bayangkan dalam masa 3 hari sy dah 'commited' hampir RM300 untuk kuih raya je.. Ye la.. kalau beli 1 untuk rumah sendiri, kena beli 1 untuk kampung dan 1 lagi untuk kampung Hubby.. (dah jadi 3.. membazir ke tu?!! Bukan.. ini tanda Prihatin).. Adoiii la haiiii... Ada dengar2 citer tak.. kot2 tahun ni dapat BONUS ke.. kalau tak de BONUS pun wang SAGUHATI untuk kakitangan kerajaan ker..??? Kengkawan doa2 la Najib bentang BAJET awal bulan 9.. mana tau, dapat la sikit sebelum raya ni..
Pengikut
SYAIR
Buang pemisah kongsi nikmat
Post by Saiful Nang.
Rabu, 19 Ogos 2009
Isnin, 17 Ogos 2009
NICKNAME
Kali ni nak kenalkan pada sume watak2/nickname yang terkenal di kalangan kengkawan & Senior2 Hubby di TLDM Lumut... Sebut je 'nick name' ni, tergambar di kepala masing2 siapa orangnya.. Mula-mula berkawan ngan Hubby dan datang ke Blok Muka Head, Wisma Samudera.. setakat sebut nama Hubby kat orang2 kat Wisma tu, memang ramai yang 'confuse dan blur je' .. kebetulan 2 - 3 orang kat sana namanya hampir sama ngan Hubby.. jadi kena guna panggilan seperti kat bawah ni;-)
Ni la gelaran untuk hubby : BERUANG (time berkawan dulu dia cukup sensitif kalau bagi kad-kad ucapan berunsur 'teddy bear')
Pandai kengkawan Hubby bagi 'nick name' ni.. rasanya memang sesuai dengan pembawakan Hubby : Muka garang je, dengan badan yang besar tinggi, perwatakan pulak.. cam jinak2 je, 'cute-cute', tapi kalau mengamuk/marah - siap la ngkorang.. Ada jugak yg panggil "BALAU" - sebab cerah sangat banding ngan kengkawan lain, dan ada yang panggil "Q BALL' - tak tau kenapa.. tapi bola tu warna putih jugak..
Dan kat bawah ni pulak nick name kengkawan dia.. rasa macam kat ZOO Mini.. jom.. mari sama-sama kita belajar "mengenal haiwan-haiwan yang ada di TLDM Lumut"
Ada yang dipanggil '...(nama).. BADAK' : Badan dia cam "BODY BUILDER"
Minta maaf, gambar di bawah tidak bermaksud untuk menghina sesiapa jauh sekali untuk tidak sensitif dengan mana-mana kaum di Malaysia ye..
"...(nama).. SAWA" : Ni best.. kenal sangat dengan orang ni.. memang patut dipanggil SAWA, kalau boleh makan pun nak makan sambil baring..
Bagi warga Navy semua ni perkara biasa dan memudah kan diorang mengenalpasti sesorang tu.. Mmm ada lagi 'nick name' kengkawan hubby yang tidak berkaitan ngan haiwan contoh : '... (nama)..BATAK', '..(nama)..KICAP' dan '..(nama)..MANJUNG'
Jumaat, 14 Ogos 2009
ZAMAN SEKOLAH ANAK ASKAR
Teringat kepada ex-roommate yang juga coursemate dan satu intake ketika study dulu.. Bukan pasal beliau tapi anaknya.. Kawan sy ni jodohnya macam sy jugak.. Kawin ngan pegawai Navy.. dan rezekinya lebih baik daripada sy sebab dah ada 2 girls yang comei sangat2… dan sy sampai hari ni (10 tahun kawin) masih sibuk ‘berhoneymoon’ je.. (tak de rezeki..).. Umur yang sulung dah 7 tahun (dah sekolah)..
Sejak masing2 dah 10 tahun berumahtangga, rasanya baru 4 kali berjumpa dengannya.. kenapa?? Sebab pasangan kami masing2 bertugas di tempat berlainan. Menurutnya selama 10 tahun kawin, beliau telah berpindah sebanyak 6 kali (purata = 1 ½ tahun di satu-satu kem).. Nasib baik full time housewife.. (patut pun sebab hubby nya ‘seaman’).. Yang dirisaukan kini adalah persekolahan anak2nya..
Bukan apa.. dalam tempoh tak sampai ½ tahun girl2 bersekolah di KL, dia terpaksa berpindah sekolah ke Lumut kerana Abah nya ditransfer ke sana… Setelah beberapa lama, beliau terperasan, cara belajar anaknya berubah.. dah tak de kerja sekolah dibawa balik ke rumah… aman dan damai.. (tidak seperti di KL.. kerja sekolah berlambak2).. bila ditanya, kata girl2 ni.. dia suka sangat sekolah kat sini (Sri Manjung), cikgu tak banyak bagi keje sekolah pun.. siapkan keje cepat2 boleh main katanya.. Kawan sy mula cuak.. Apa lagi, esok terus ke pejabat sekolah dan tanya Guru Besar.. setelah diselidik, anaknya telah diletakkan dalam kelas kategori lemah.. Beliau terus ke Pejabat Pendidikan Daerah mohon pertukaran sekolah anaknya kepada sekolah di Sri Manjung yang setaraf dengan Sekolah ketika anaknya di KL (sekolah Wawasan)
Cerita anak kawan sy tu.. sy terima sebagai perkara biasa.. apa yang boleh sy nasihatkan kepadanya supaya lepas ini kena fikir masak-masak untuk mengikut Hubbynya berpindah lagi.. Nampak cam tak de perasaan je kan?!! Demi kestabilan dan kekonsistenan tahap pembelajaran anak2.. Cerita anak kawan sy ni akan menuju nasib yang sama dengan cerita sy sebagai ANAK ASKAR masa kecik2 dulu; Kat bawah ni adalah my schools history with chronology nye sekali :
1) TADIKA 1 : Tak ingat nama tapi di Kangkar, JB
TADIKA 2 : Tak ingat nama tapi dalam Kem Tentera di PD.. sedih tak dapat Sijil sekolah
TADIKA dan buat persembahan (saya patutnya jadi BUNGA MATAHARI)
2) DARJAH 1 : Sehingga separuh penggal ke 2, bersekolah di SRK Kangkar, JB (ingat lagi makan nasi dalam dulang masa sambut Maulud Nabi) Kemudian bertukar ke SRK Pangkalan TLDM Lumut (tahun 1981) – sy kira murid terawal sekolah ni sebab Pangkalan TLDM, Lumut baru dibuka pada 1979 (Darjah 1 Merah – kelas nombor 1), Darjah 2 – (2 Biru – turun ke kelas no 2, he he he..)
3) DARJAH 3 : Bertukar ke SRK Pangkalan TUDM Kuantan, dapat kelas no 5 – 3T (dia kira S, R, K, P, T, U, D, M), jauh ke belakang kan.. apa lagi.. Darjah 3 ni, tiap kali peksa penggal conquer nombor 1 je la… Darjah 4 dan 5 dok kat kelas no 1 la (4S & 5S) tapi tak dpt la kekalkan kegemilangan.. main dapat no 20 – 25 je..
4) DARJAH 5 : Penggal ke 2 darjah 5 pulak, Abah kena tukar ke KL, saya pulak di hantar ke SRK Selayang Baru, Selangor (menyewa tak dapat dok dalam kem tentera)… Citer ni lagi best.. Cikgu hantar ke kelas 5G, kelas kedua akhir (kira S, E, L, A, Y, A1, N, G, B).. Minggu pertama sy di kelas ni, seronok sangat.. tak de kerja sekolah (kat sekolah lama.. pukul 12 tengah malam masih tengah siapkan keja sekolah maklumlah nak Penilaian Darjah 5). Masuk sebulan kat kelas 5G, sy mengadu kat mak boring dok dalam kelas ni sebab macam belajar kat Darjah 2, tak belajar yang sepatutnya, sy bagitau mak kawan kat sebelah asik meniru je.. dan akhirnya terperasan, kebanyakan kawan sekelas tak pandai membaca pun!!!..
Akhirnya mak pun pergi ke Pejabat Sekolah berjumpa Guru Besar untuk mendapatkan keterangan sebenar (orang dulu-dulu.. mana percaya cakap anak.. ) Mak kemudian mintak Guru Besar tukarkan saya ke kelas yang lebih setaraf dengan kemampuan saya… Baru la ditukarkan ke kelas 5L (kelas no 3).. Kat kelas ni dah start wat ulangkaji soalan2 tahun lepas.. nasib baik dapat catch up, memandangkan kat Kuantan dulu dah banyak juga belajar…Penilaian Darjah 5, sy dapat 4A 1B.. peperiksaan akhir tahun dapat no 7..
Darjah 6 naik ke kelas 6E.. main dapat nombor 5 - 10 je.. (terperasan.. sy ni tak termasuk dalam golongan 'Brilliant' but quite 'Intellingent'.. Ni cikgu sy yg bagitau kat mak.. Maksudnya kalau maleh belajar memang tak kan pandai la.. kena usaha jugak.. tak macam 'cousin2' yang lain.. dikatakan ada otak yg 'photographic memory'.. dengar & pandang je dah masuk dalam otak.. Cthnya cousin aku yang sorang ni.. monteng sekolah je kejenye.. ntah camana kena 'brain wash' ngan mak bapak dia, study betul2 dalam 30 hari.. hasilnya SPM 7A1 tu..
Stop kat sini dulu..Nak tengok "NUR KASIH".. nanti citer masa kat sekolah menengah lak..

Isnin, 10 Ogos 2009
ULANG TAHUN dan HARI LAHIR FAMILY
Bestnyer, kalau dapat birthday card / suprise present dari hubby...
Bulan Ogos ni umur saya akan bertambah setahun lagi, bermakna tempoh saya berada di dunia ini pula semakin berkurangan.. Hakikat yang perlu diingati supaya saya tidak leka dengan urusan dunia sahaja kan..
Alamak aii, dalam pada itu saya kena ingat bukan saya seorang je menyambut hari lahir pada 18 Ogos ni… Along Hubby pun sama.. jadi saya tak boleh la buat-buat lupa, kena cari ‘something’ gak untuk Along.. Saya pun anak sulung, juga dipanggil Along
Ok.. ni panggilan-panggilan di dalam keluarga saya untuk rujukan;
a) Along (saya la tu)
b) Angah (adik lelaki 1)
c) Abang De(adik lelaki 2)
d) Nisa (adik bungsu)
Dalam keluarga saya secara kebetulan, ramai di antara kami yang berkongsi tarikh lahir atau berkongsi bulan lahir yang sama.. senang nak ingat , tapi parah gak kalau masuk bab ‘present atau birthday card’..
1) Arwah Abah berkongsi tarikh lahir dengan Arwah Abah Mertua : 15 Oktober, bersama 2 orang anak saudara sebelah hubby , manakala Angah pulak pada 1 Oktober (kira Oktober la paling ramai sambut ulang tahun)
2) Mak pula berkongsi tarikh lahir dengan Menantu Perempuannya (Isteri Angah) : 11 April dan adik bungsu saya, si Nisa pada 9 April (2 hari sebelum tu)
3) Saya (Along) berkongsi tarikh lahir dengan Kakak Ipar saya (juga dipanggil Along) : 18 Ogos, dan seorang daripada sepupu saya lahir pada 19 Ogos.. (kena ingat dia ni, dia tinggal bersama Mak sejak 6 tahun lepas)
4) Abang De lahir pada 25 November, Hubby pula selang sehari iaitu pada 26 November..
Suprise present dari hubby?!!.. Sepanjang berkawan, bercinta dan sampai la sekarang dah 10 tahun berkahwin.. Tak pernah dapat pun... Dah paham sangat-sangat dengan Hubby ni, susah sangat nak ingat hari-hari penting kami (hari lahir sendiri pun lupa... tu nak wat camana).. jadi, janganla nak kecik-kecik hati ngan dia..
Hubby cakap kalau nak present kena bagi tau.. Pas tu gi beli sama-sama ngan dia.. Memang tak mengecewakan.. Dapat la apa yang dihajatkan... Yang tak bestnya.. tak de lah istilah 'suprise'... Ikut je la... Kalau merajuk, diri sendiri yang rugi kan...
SAMBUT PUASA & HARI LAHIR
Hari ni, kami di opis organised Kenduri kecil-kecilan sempena menyambut Bulan Ramadhan dan sambutan hari lahir untuk staf yang lahir pada bulan Ogos..
Biasanya kami buat jamuan hari jadi selang 3 bulan (untuk 3 bulan nyer sambutan la contoh Januari, Februari dan Mac), tapi kali ni bagi sesiapa yang lahir bulan Ogos tahun kira bertuah la sebab tak kongsi dengan bulan-bulan yang lain (termasuk la saya.. he he)..
Murah lak rezeki kali ni, sebab dapat 3 kek yang di sponsor oleh kengkawan dan caterer.. tengok la...

Ini lah photo2 pembuka bicara catitan kali ni...
Kek-kek hari jadi yang di sponsor..
Kek yang meriah ni di sponsor untuk yang hari lahirnya 2 Ogos (anak buah kat bilik operator)

Kek Coklat ni lak dibuat khas untuk yang hari lahirnya 13 Ogos
Kek Coklat Strawberi ni lak khas untuk penulis blog ni la... lahir pada 18 Ogos
Kengkawan & Staf yang ikut seronok dan sibuk nak potong kek orang lain nye birthday!!!! (nak bergambar jer lebih ni..)
Hidangan makan tengahari (ikan asam pedas, ayam masak kicap, kerabu taugeh+sotong, sambal udang, ulam2an, sambal belacan, buah2an tempatan dan air sirap = RM8.00 satu kepala... Murah tak???)
'Door gift' yang dah menjadi amalan bahagian PPSM untuk diberikan kepada sesapa je yang dijemput hadir ke kenduri kecil-kecilan kami .. kali ni kami bagi Wafer Munchys.. biasanya Apple Fuji.. tak sempat gi Pasar Chow Kit
Ni la Hadiah Birthday untuk tahun ni (dah up-grade sikit.. jumlah kutipan dan sumbangan dah banyak sikit, tahun lepas masing2 dapat 'mug' je).
Langgan:
Catatan (Atom)