Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Selasa, 24 November 2009

Beskal Baru Hubby dan Aku...

Bermula dari berjalan2 kat Carefour Ampang.. Hubby ternampak satu gerai jual Mountain Bike.. (salesmannya Mat Bangla.. tp hensem giler beb.. he he). Harga gila murah.. actual prize dekat RM1000 jual RM399.. Tengok je.. Cakap kat hubby.. tak perlu.. tak de masa nak berbasikal pun.. lagi pun hubby pergi gym hampir setiap malam..

Seminggu kemudian, hubby bagitau dah boring lari atas treadmill tu.. lagi pun kena ikut giliran.. tak leh lama2, sebab ramai yang nak guna.. Citer lagi nak beli beskal.. Cakap kat hubby.. kalau ada beskal nak simpan kat mana? (Adu hai.. dapat rasa agenda si Mamat nih)..

Teringat peristiwa lama2 dulu..
  • Musim giler swimming : asalnya ajak teman je.. pas tu ajak swimming terus.. buat alasan dah segan pakai swimming suit.. dibelinya swimming suit muslimah.. dekat setahun berulang alik Stadium Akuatik Shah Alam.. dah tak larat ikut buat alasan tak tahan pool kat dalam sejuk sangat2.. boleh kena paru2 berair.. he he.. hubby tak suka pool luar.. ramai sangat orang..


  • Musim giler jogging : selang semalam gi Tasik Titiwangsa.. asal nye teman kan je.. tunggu kat dalam kereta.. Akhirnya hubby kata bahaya.. kena ikut dia jogging.. mana larat nak ikut pusing tasik tu samapai 5 round.. 2 round pun dah jauh kena tinggal ngan hubby.. Wat alasan lagi bahaya.. gelap2 tu.. nanti kena kidnap.. (hubby tak suka jogging siang katanya panas) dan akhirnya;


  • Musim giler gym : bermula tahun 2007, hubby minat sangat nak wat badan dia nampak sasa.. akhirnya jadi member Fitness First setahun.. katanya seronok sangat.. dapat 3 voucher percuma ke gym tu.. aku jugak jd mangsa.. setiap sabtu, teman kan hubby ke gym tu.. akhirnya dipujuknya kita jd member Fitness First tu.. selama setahun.. tak leh byk alasan.. sebab agreement setahun.. sebulan RM175.. redah je la..

Semua musim tu dah habis.. Sekarang Hubby kata nak berbeskal la pulak... dan akhirnya.. Beskal kat Carefour tu dibelinya.. excited giler si Hubby... Dia terus balik nek beskal tu, malam lak tu.. Aku lak sambung shopping kat Carefour.. tak sampai 20 minit, hubby call.. suh amik dia kat Stesen Petronas (dekat umah aku).. sesampai kat sana.. tengok muka hubby yg sgt lah merah dan marah2.. kenapa?.. dimakinya Bangla jual beskal ni.. jual beskal tak berkualiti... dengan tayar pancit, gear dan brek langsung disfunction.. Dalam keta kebal aku beskal tu diletakkan dengan penuh susah payah nya.. nak di masuk kan jugak2 bagi muat.. Terus ke Carefour.. sesampai kat sana, hubby suh tunggu dalam keta.. dikeluarkan beskal tu dan tuju terus ke tempat beskal tu.. terkejut sekejap bila dengar dari keta bunyi benda jatuh kat dalam Carefour tu.. jenguk dari keta... Alahai.. sah dia mengamuk ni..

Hubby senyap je masuk keta, dah cool baru tanya Hubby.. apa jadi?.. Hubby bagitau dia campak beskal depan2 salesman tu, sebab salesman tu cakap tak leh buat apa2 sebab dah guna beskal tu.. walaupun baru 20 minit beli.. Abis tu tak mintak duit balik ke? Hubby tak nak.. sebab salesman tu nak pulangkan RM150 je.. Alahai, ni lah masalah Hubby ku.. kalau dia marah sangat2 mesti merugi kan diri dia sendiri.. Rugi RM399 dalam satu malam je.. Tak de rezeki..

Dua minggu lepas tu, Hubby inform tokey gerai beskal tu call dia nak ganti balik beskal ari tu, rezeki Hubby terjumpa budak Bangla yang jaga gerai T-Shirt sebelah gerai Beskal ari tu.. maklumkan Tokey dia rasa tak senang hati pasal Hubby campak Beskal tu dan langsung tak amik ganti rugi.. Akhirnya Tokey (Pak Arab) tu gantikan Beskal Baru pada Hubby.. Maka hari tu Hubby balik ke rumah tunggang beskal baru ni la...


Dan nak citer bab tak best lak... Ingat kan dengan adanye Beskal baru tu maka Hubby yang akan seronok sakan berbasikal, maka... tak perlu la aku bersama2 Hubby lagi untuk aktiviti mengeluarkan peluh tu lagi... Sangkaan ku meleset sama sekali... Kali ni aku diheret ke aktiviti baru Hubby lagi..

Kali ni.. terpaksa teman kan Hubby berjogging keliling Bandar Baru Ampang setiap awal pagi hari Cuti dengan Beskal Baru Hubby tu la pulakkkk!!!!... Huwaaa... Sakit punggung ku wooooiiiii la.... Bayangkan seksanya diriku ikut Hubby lari nek bukit tun bukit.. kalau Hubby berjogging mesti tak kurang 7 km punye.... penat laaaa woi kalu ikut dia walau kita berbeskal... Dia mesti la tak de masalah nye.. Mat Navy.. dah biasa sangat lari jarak jauh ni...

Sabtu, 14 November 2009

AIR MATA SEORANG RASUL KERANA UMATNYA

eeeeiiiii yah!!!! camana nak upload lagu ni, camane yer?

eeeeiiiiii yes!!!!! akhirnya berjaya!!!!!!

KHATIMAH CINTA (maksud nya lebih kurang - Penamat / Penghujung / Penutup dan yang sewaktu dengan nya oleh 6ixth Sense)

Jom kita hayati artikel ni...

sambil2 layan lagu Khatimah Cinta, pilu sangat...


Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah."Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.”


Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku. Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.


Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.


Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.



  • "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
  • "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
  • Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
  • "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
  • "Jangan risau, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.



  • Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"


Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya lainnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Jumaat, 6 November 2009

Berbelas tahun dahulu :1994 - 1998 (Zaman Student)

Belek punya belek album lama, tetiba gatal je tangan ni 'snap' picture ngan hp.. dan antara kaedah2 memenuhi waktu rehat yang panjang di hari Jumaat ni.. Jemput la jamu mata gambar zaman2 hingusan ku.. ha ha ha..


1997 - Dining Out Rotu Navy USM - Intake 8 (Daripada 22 orang hanya 10 orang bertahan)

1994 - Zaman Kadot.. Intake 8 yang 'BLUR' memanjang.. First time..Sebelum belayar ke Langkawi.. masih ok (tak mabuk laut lagi)

1996 - Latihan Pelayaran KLD Tunas Samudera dengan Intake 3 UTM : Dah ada 'junior' dan ha, ha,ha dah berlagak masa tuh..


1996 - tengok la Uniform "No 1" ku di zaman itu.. kalau buang 'cap' dah jadi macam pengawas sekolah kan!!! (KD Sri Pinang - Gelugor, Pulau Pinang)

1998 - Kenangan hari-hari terakhir di USM sebelum masing2 bertebaran mencari kerjaya (final sems).. Antara pelajar2 Komunikasi 1994-1998

Selasa, 3 November 2009

Akhirnya Hubby lepaskan 'BERLIAN' hatinya

Segalanya bermula pada akhir tahun 2003.. ketika Arwah Abah (mertua) mula di dianogsis 'lung cancer' peringkat ke 3.. Hubby mula berulang alik dari Lumut ke Shah Alam menjenguk Abah seminggu sekali.. Hati jahat ni berkata.. kalau tak sebab Abah.. sebulan sekali pun payah nak turun KL.. Cemburunya hati ni jangan cakap la.. Sebab.. Abah pancing Hubby.. Abah tawarkan 'Si Berlian' tu temankan Hubby berulang alik KL-Lumut, Lumut-KL.. Kita pulak.. tak ada apa.. nak hulur duit pun tak cukup.. Kata Hubby, sejak ada 'Si Berlian' tu tak de lah rasa susah hati berulang alik.. tengah2 malam bertolak balik pun tak susah hati.. Ye la kan.. Mantap..
Selepas Abah meninggal, 'Si Berlian' dengan sahnya menjadi milik Hubby.. Salin je barang Abah... Tak best jugak, sebab dah third hand.. Hati ni memang tak seronok langsung.. Ye la, duit gaji tak berapa nak cukup tapi taste cukup la tinggi.. Kalau kita standard teguk Air Mineral je.. dia sekali jalan teguk 'Fresh Orange'.. Maintenance.. punya la tinggi.. Tanya kat Hubby.. termampu ke nak tanggung dia.. Hubby dengan selamba jawab, kalau dah suka, apa2 pun dia sanggup tanggung.. Memang la aku yang terpaksa menanggung derita.. Sakit telinga bila Hubby cakap bulan ni kena bajet sikit sebab si dia itu la.. si dia ini la.. bajet kita pulak yang kena 'cut'. Semuanya sebab 'Si Berlian'.. Satu perangai Hubby.. cukup la bangganya kalau orang bertanya pasal 'Si Berlian' tu..
2007, Hubby seronok sangat sebab dah selesai tanggungan bulanan untuk 'Si Berlian' tu.. Tapi dia dah mula buat masalah.. Sekali masuk klinik.. berkali ganda dari tanggungan bulanan.. selang 3 bulan ada je masalah nye..
2008, Hubby kata kalau ada duit lebih nak beri perhatian lebih sikit kat Si Berlian tu.. Hampir RM15K untuk make-up, maintainance, aksesori dan up-grade dia saje, .. Kita pulak.. bagi bunga-bunga nak mintak beli rantai leher emas yang harganya tak sampai RM2K.. kata Hubby..Membazir.. Sakit hati kan.. Apa lah salah nya.. Bila adik beradik ipar tanya.. Si Hubby tak de ke beli kan apa2 ke? Terus je jawab tak de, sume nye untuk 'Si Berlian'.. dengan harapan ipar2 kesian.. Ipar2 ku kata.. ye la tu kan peninggalan Abah.. Mesti la Hubby sayang lebih.. Kecik nye hati ku... Akhirnya.. Aku beli jugak rantai tu dengan duit sendiri.. biar la..
2009, Si Berlian mintak lebih perhatian.. Hubby mengadu.. tak leh jadi.. duit yang tersimpan tak pernah lekat sebab ada-ada saja sebab yang membuatkan duit saving di korek sebab Si Dia ni.. tak sampai 3 bulan guna duit lagi.. Maintenance 3 bulan sekali memang tak pernah failed.. Menjaga Si Berlian ni, macam menatang minyak penuh kata Hubby.. Guna sesekali je.. tapi masih buat hal.. Kita diam je.. dah malas nak bagi komen.. Sejak mula bermasalah, kita soh Hubby lepas kan je Si Berlian tu.. Adik Beradik Hubby pun start pujuk Hubby.. Buat apa simpan lagi kalau dah banyak sangat masalah.. 'Let go' je la.. Hubby diam..
Hari Raya ke 5 tahun 2009.. kemuncak segala keputusan Hubby.. Di Temerloh, dia dah buat masalah.. Perlahan-lahan bawak balik ke rumah.. Esoknya terus hantar ke Specialist Centre dia.. Kena tahan seminggu.. Tiap-tiap hari Hubby berulang tengok dia.. Dikatakan.. kalau dah elok masalah ni.. penyakit lain lak yang menunggu.. Aiyoo.. Sekali ni je dah dekat RM2k.. yang lain tak tau la berapa lagi..
28 September 2009.. Hubby buat keputusan.. Nak "Let go" Si Berlian ni.. Ala hai.. sedih la pulak hati ni dengar.. Betul2 nekad ke?!! Tak kan tak nak bagi masa kot.. Kan dah elok.. Ambik la masa dulu.. tenang kan fikiran dulu.. Banyak rugi nanti.. Kira ni bagi advise kat Hubby la ni.. Hubby cakap kalau bawak balik rumah nanti hatinya berubah pulak.. jadi.. biar la Si Berlian tu diambik di Specialist Centre tu jugak.. Kata Hubby, tak mau pikir2 lagi pasal dia.. Tapi nampak jugak Hubby murung je.. tidur pun lengan kat atas kepala..
2 Oktober 2009.. BDG 2634, Honda 2000 (Berlian) secara sahnya telah dilepaskan kepada Syarikat Used Car dengan nilai hanya RM9K tanpa banyak tawar menawar, sebab Hubby betul2 dah tawar hati dengan nya.. Saya pulak.. sedih jugak.. langsung tak sempat tengok dan ucap selamat jalan pada BDG 2634 sejak hari dia kat Specialist Centre tu.. 3 - 4 minggu ni kena la lanyak kereta kebal ku untuk ke mana-mana..


Sedih.. tak sampai pun setahun tukar baju, make-up cantik2 dah jadi Used Car punya

..Bye..BDG 2634 dalam kenangan..

Isnin, 2 November 2009

...Kopitiam...

Wei laa wei.... catitan kali ni bukan untuk meniupkan semangat anti 1 Malaysia yer.. tapi.. nak maklumkan betapa kami husband & wife terpaksa juga 'mengorbankan' kopitiam kegemaran kami setelah tima emel yang di forward kan dari kawan ke kengkawan yang lain sehingga la sampai ke dalam mailbox kami... (dah lepaking kat Old Town sejak 2006 , awal 2009 terus tak lepak kat premis tu lagi dan baru terpikir nak wat n3 ni). Tapi premis ni makin maju la pulak...

Asas pertimbangan kami adalah merujuk kepada beberapa perkara seperti berikut; (e cehh.. wat ayat cam sedia paper untuk mesyuarat la pulak ;-b
  1. Sikap perkauman yang disemai oleh pemilik frachise itu sendiri dan;
  2. Tiada pekerja Islam di dalam premis perniagaan tersebut
  3. Kerana perkara 2 di atas, timbul kekeliruan dengan status 'halal' ke atas penyediaan hidangan.
Adalah dicadangkan kepada semua penggemar kopi di Kopitiam tersebut supaya beralih ke Kopitiam milik Bumiputera (Melayu Islam). Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang keraguan dalam status halal hidangan yang disediakan di Kopitiam-kopitiam.
Kat bawah ni adalah tulisan emel yang di forward kan kepada mailbox kami :
Assalamualaikum,
Saya dan rakan2 sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan bincang hal business. Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee. Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di lokasi strategik. Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise tersebut adalah ;

"KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM UNTUK BERNIAGA"


Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita. Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak kerajaan dan sering dituntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia. Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu.

Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White Coffee. Nasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetapi mereka Anti Islam..
Fikir-fikir lah.. Salam
" Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana "
* petikan diterima dari seorang teman.
Sekarang ni kami dah jumpa kopitiam dekat ngan umah kami, pemiliknya bumiputera.. ok sangat2 premis ni, ID deko cantik.. kopi2 nye rasa macam tok-tok dan wan-wan kat kampung yang bancuh (bole cakap kopi Melayu la), ada roti kukus (ni best - tingat mak nye roti kukus, dulu mana ada roti Gardenia seminggu pun boleh makan lagi, jadi untuk tak membazir kena kukus roti 'babu' tu bagi lembut).. Nama tempat tu : "BUGIS STREET KOPITIAM"... Lokasi : Pandan Indah... semalam baru je buka pose kat sini.. Buffet Ramadhan RM35/pax...yang best :- ada BBQ Kambing, Ayam & Seafood, makanan tak la sebanyak pilihan di hotel.. yang tak best:-.. buka pose, banyak mana sangat boleh makan???... kalau jenis makan sikit tak yah la amik buffet, order ala cart je...

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit