WN terbaca puisi ini di blog Pena Celoreng.. Reaksi pertama WN apabila membaca tajuk puisi itu adalah tersenyum sinis.. Heh.. perasan la sangat penulis puisi ni.. tetapi bila WN membaca puisi tu dari baris ke sebaris... baru la WN sedar yang penulis ini meluahkan perasaannya sebagai suami kepada isterinya.. penyataan bahawa beliau tidak sesekali mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri tetapi menuntut pengertian isteri kepada tanggungjawabnya sebagai tentera..
Terkesima seketika.. banyak jawaban2 kepada ketidakpuasan hati si isteri kepada si suami yang berkerjaya sebagai tentera bila mana menuntut pasangannya menimbang-nimbang semula punca2 berlakunya ribut rumahtangga..
Haa.. hambek.. ini dia gaya penulisan yang perlu WN garap sebenarnya.. Matang.. melambangkan usia dan profession.. tapi itu bukan diriku.. penulisan dalam profesion adalah berlainan sama sekali dengan penulisan N3 di blog berkisar peribadi WN.. dah.. jom hayati puisi ini..
SUAMIMU SEORANG
PERWIRA
(Khas buat isteriku
yang tidak pernah memahami)
Ketika bening zuhur tunduk
istana yang dibina dengan cinta
sumpah semati dan hidup - musnah
Ketika bening zuhur tunduk
istana yang dibina dengan cinta
sumpah semati dan hidup - musnah
retaknya tak pernah dipinta
kehancuran tak pernah didoakan
hawaku yang tak pernah ingin untuk memahami
kehendak perkhidmatan yang memerlukan
tenaga, taat setia suami seorang perwira
masa, tenaganya dan tugasnya
adalah isteri pertama :
Lafaz nikahku
sebenarnya satu perikatan dengan amanah bangsa
jika kesabaran tidak bertapa di hati
syaitan berleluasa dengan busar iri
Ketahuilah isteri ku
tugas suami perwira tidak seperti seorang guru
pulangnya sudah tentu waktu
pulangnya sudah tentu waktu
langkah pulang ke rumah suami perwira
tidak siapa tahu waktunya
adakala subuh telah jantan
adakala malam telah menyembunyikan kelamnya
ada kala senja tidak beremang
jika kau tidak sabar keseorangan
maka bahtera kita
mahligai kita akan goncang..
Fahamilah suasana suami perwira
masanya bukanlah untuk mu sentiasa
maka bahtera kita
mahligai kita akan goncang..
Fahamilah suasana suami perwira
masanya bukanlah untuk mu sentiasa
mungkin dirimu hanya tempat persinggahan sementara
dan mungkin juga sebagai memenuhi tuntutan agama
jika kau tidak sanggup ditinggalkan bila malam
mungkin lama mungkin lama
jika kau tidak sanggup ditinggalkan bila malam
mungkin lama mungkin lama
justeru janganlah belayar sekapal dengan suami perwira ;
kerana perjalananmu hanyalah satu perjudian
yang akan menewaskan kesabaran
dan kitalah mangsanya.
Nukilan:
Lt Kol Mohd Radzi Abd Hamid
MK Taktikal 15 RAMD
Airstrip, Terendak
30 Nov 03
Rumusan dari pemahaman WN : sebelum tu mari sama kita nyanyi lagu.. Darah Satria..
pertama : (Khas buat isteriku yang tidak pernah memahami)
- Sentap WN baca ayat nih!
kedua : hawaku yang tak pernah ingin untuk memahami :
- pap!!!.. tersentak..rasa2 cam pelempang sampai ke pipi ku
ketiga : masa, tenaganya dan tugasnya, adalah isteri pertama
(haduh.. time nak kawin dulu tak de pun cakap dah ada isteri pertama.. hi hi.. ayat sengal)
keempat :
langkah pulang ke rumah suami perwira
tidak siapa tahu waktunya
adakala subuh telah jantan
adakala malam telah menyembunyikan kelamnya
ada kala senja tidak beremang :
adakala subuh telah jantan
adakala malam telah menyembunyikan kelamnya
ada kala senja tidak beremang :
(dan selalunya.. banyak ad-hoc task, notis pendek tanpa sempat si isteri bersedia mental dan fizikal.. )
kelima :masanya bukanlah untuk mu sentiasa
-(ini memang tak best.. tak pernah dapat bercuti2 dan dating2 dgn proper)
keenam :
mungkin dirimu hanya tempat persinggahan sementara :
(.. huih!!! takut dengan pernyataan ini.. lagi2 Mat Navy.. yang Seaman tuh.. diumpamakan.. isteri mereka adalah di setiap pelabuhan.. hish!! sape la jahat sgt bg perumpamaan cam nih! )
ketujuh :
dan mungkin juga sebagai memenuhi tuntutan agama
(ni banyak penafsirannya.. ngeee.. haip3x)
kelapan :
jika kau tidak sabar keseorangan
maka bahtera kita
mahligai kita akan goncang..
maka bahtera kita
mahligai kita akan goncang..
(tu yg ramai pompuan yang surrender time bercinta lagik!!.. Dan sbb ni jugak la kebanyakan askar tak mau 'couple' lama2.. biasanya.. I fall in love with U.. lets get married.. ha!! kau.. takut kena kebas!!!..)
kesembilan :
justeru janganlah belayar sekapal dengan suami perwira ;
kerana perjalananmu hanyalah satu perjudian
yang akan menewaskan kesabaran
dan kitalah mangsanya.
kerana perjalananmu hanyalah satu perjudian
yang akan menewaskan kesabaran
dan kitalah mangsanya.
(hu hu.. sadey tul dia punya conclusion.. tapi.. WN telah hadapinya selama 4 tahun 'bercouple' dan memasuki 13 tahun berkahwin.. dengan harapan agar hati ini tidak goyah dan sentiasa redha dgn rutin tugas hubby WN sehingga pencen nanti.. Amin..)
p/s : simpan puisi ni sampai bila2.. penangkal time bercakaran dengan hubby.. utk memujuk hati.. bila mana sgt sedar hubby ku itu tersangat la lokek utk menunjukkan kasih sayangnya...
Ego seorang lelaki melayu dengan lagak gagah seorang tentera.. tidak mahu nampak lemah lembik memujuk rayu isterinya..
tapi hati ini tahu dia sebenarnya "CARE" ttg kita dari cara dia menyejukkan keadaan.. ha ha.. lawak la hubby ku itu..;p
4 ulasan:
Salam.. nak share boleh?
Boleh je..
salam WN...sometimes saya pun tak faham apa yg bz sgt dgn kerja2 diaorang ni (in my case la...)...balik lmbt, tapi rupanya byk nak memuaskan hati 'manusia2 di atas'...kdg2 kita yg sakit hati bila si dia bercerita haha...
navy skrg still belayar ke? (sorry stupid question hahah...) mcm army skrg still operasi ke?
morning WN!!
huhu.. even saye blm jadi wife a navy lagi, tapi dah merase la sume tu.. macam arini, suppostly dapat jumpe die, tapi, last minute cancel.. ade kursus lak.. nak nanges rase..
nak wat camne kak.. redho jelaa.. hehe
Catat Ulasan