Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 11 Disember 2009

Tak Fokus

Dua tiga minggu nih, byk citer nak dikongsikan, tapi tak sempat nak up date blog, sebab tak leh fokus.. tak tau nak mula dari mana.. masa banyak habis berjalan2 kat blog kengkawan.. tengok layout blogger cecantik, dan-dan rasa nak tuko layout.. belajar cecara tukar layout amik masa jugak.. tengok blog2 lain ada 'gadget2' yang menarik.. dan-dan nak tambah gadget juga kat blog ku.. Jadi satu catatan pun tak siap..

Status keje kat pejabat pun sama.. tak leh nak fokus satu-satu.. semua nak usik.. end of day.. satu benda pun tak siap.. Biasalah dah ujung tahun.. semua benda nak kena settlekan.. Dengan tugas2 uruskan Konvensyen KMK la (dah settle), Urus kan Hari Inovasi KKR (dah settle),tugas2 uruskan Mesyuarat MBJ (mesyuarat dah settle, minit mesyuarat dan tindakan kena buat), pencalonan staf untuk Anugerah Darjah Kebesaran - Dua negeri sedang menunggu, uruskan kemasukan Rekod Peribadi & Profil Perkhidmatan Staf dalam HRMIS - tak leh wat main ni, KPI Datuk KSU, Penilaian Prestasi pun kena start uruskan, Cuti dan GCR staf kena re-check dan settle sebelum tahun baru... waaaaa... mana satu nak cekup nih????

Tak termasuk personal life lagi.. Lepas raya, bajet lari sebab keta rosak, amik keta baru.. Hubby masuk sepital Pantai.. sebab "Slip disc - betul ke ejaan nye nih".. duit lagi.. Diri sendiri pulak.. bulan lepas dah selesai satu prosedur - cuti seminggu (byk la keje menimbun).. minggu depan prosedur kali kedua untuk transfer embrio (moga ada lah rezeki).... cuma kali ni tak mau mengharap.. kalau tak menjadi tak de la trauma sangat macam yang first time dulu (enam bulan lepas).. Tapi hati dalam sape la yang tahu kan.. tapi tak leh fokus jugak.. dalam kepala ni menimbun planning camana nak settle kan keje kat opis..

Fokus.. yang penting.. plan camana nak fokus..

4 ulasan:

hans berkata...

hahaha
tukar layout pun best juga
tapi malas tukar
kang takut gadjet2 widget apa tu hilang

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...

mmg lama betul tak update semenjak cerita basikal baru hubby. salam ziarah.

Abg Din berkata...

lama tak ke sini...nak blogging pun kena fokus.

tak gitu?

layout skrg dah cukup sempurna dah....sweet je.

:)

Maiyah berkata...

kene bwk bertenang baru bleh fokus.. skrg sy tgh fokus nk makan heeeeee

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit