Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 8 Januari 2010

1st N3 2010

N3 pertama tahun 2010 :
Setakat ni tak de apa yang best untuk dicatatkan.. sume nyer citer rutin..
1) Pasal Keje : biasalah di awal tahun, kejar staf untuk pulangkan borang SKT depa, kejar bos2 untuk bagi Markah prestasi untuk staf diorang..

2) Pasal Adik beradik : tumpang gembira la dengan penambahan ahli keluarga.. Angah, dapat baby Girl, Disember lepas (dah sepasang... ) : Adek (Adik ipar), pun dapat baby Girl, November lepas : Abang De, dah plan nak bertunang dan bernikah tahun ni..

3) Pasal Mak : Insya Allah kalau ada rezeki tahun ni gi Haji, terdekat ni nak gi jalan2 kat Sabah dengan Adik dia.. jelous nye.. kita sendiri tak penah gi Sabah..

4) Pasal Hubby : Ni bab yang tak best, ada ke dia bercita2 nak gi Misi lagi.. Misi kat Mindanao.. tak habih2 cari penyakit la Ayang nih.. Boleh dijawabnya, Kan ke Ayang kata best kalau dapat bermastautin kat 'Oversea'... Cepat2 jawab.. kat negeri 4 musim, bukannya negeri yang terkenal dengan taufan, gunung berapi dan perang.. Katanya lagi, kali ni boleh bawak family, tempat tinggal dan pembantu rumah disediakan, Elaun boleh tahan.. Oh tidak... nak gi sana??? sah2 la kena resign, hanya sebab nak dok kat Filipina1 tahun .. Pendapatan bertahun2 selepas itu mau cekau kat mana.. betul, rezeki ada di mana2, tapi kalau setakat nak makan gaji, dengan keadaan ekonomi yang tak menentu.. ada ke company yang offer kadar gaji yang sama dengan sekarang ni, makin kurang ada la kot.. Sekarang ni, berdoa-doa supaya tahun ni, Hubby dapat mengikuti Kursus di MTAT (Maktab Turus Angkatan Tentera kot..) .. kalau lulus, besar la harapan dan masa depan untuk dinaikkan pangkat ke Komander, pas tu Kapten, pas tu Panglima.. Aminnn...(sempat ke? sekarang pun dah 36 tahun, ada 20 tahun untuk service...)..

Tu je.. Citer2 ku seorang Wife Md Navy.. sume perkiraan.. banyaknye untuk Hubby.. diri sendiri?!!.. (Kalau masa depan Suami cerah, Insya Allah masa depan Isteri pun cerah la.., tu pun kalau tak de masalah rumahtangga.. mana tau bila pangkat dah besar nanti, taste Hubby pun berubah.. eeeiiii... Mintak simpang Malaikat 44)

7 ulasan:

Tengkolok Hitam berkata...

Salam Ziarah...Selamat Tahun Baru...Semoga Apa Yang di Hajatkan akan termakbul pada tahun ini...Amin...Jemput ke Blog sy...n jgn lupa jadik sahabat setia...

X-SRKPT83-85

Ibu n Abah berkata...

salam ziarah,
seronok sungguh akak membaca blog isterimdnavy...
jika ada kelapangan jemputlah ke blog http://akak-akak.blogspot.com
semuga persahabatan dapat di jalinkan..

Mak Su berkata...

happy new year :)

bila suami gembira, isteri ceria dan dirahmatiNya

Abg Din berkata...

harap-harap tak terlewat nak wish...

SELAMAT TAHUN BARU...

hehehehe......

Ctnurkhijah berkata...

salam perkenalan... bersama sama kita berdoa untuk suami tercinta..klu suami berjaya berkat doa n dorongan kita insyaallah dia tak lupakan kita...My hubby pun navy gak tp llp je la.. kat MAWILLA 3 btw "SEDIA BERKORBAN" untuk suami le..

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...

Salam Ziarah. Lama tak jenguk sini. Akak doakan semuga segala cita-cita dan harapan itu tercapai. Amin.

Unknown berkata...

kak, ikat jek hubby tu jgn bg dia kemana2 hehehe

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit