Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Sabtu, 20 Februari 2010

Berkat Disiplin.. Alhamdulillah

  1. 14 Disember 2009 : Prosedur kali kedua IVF , kali ni transfer baki embrio yang tak digunakan dalam IVF pertama.. Berdoa sangat2 supaya 2 'freezed embrio' tu tak 'crystalised' (bahasa mudahnya - tak pecah) dalam proses 'thowing' tu (pemanasan).. Hari tu ada 3 pasangan senasib dengan aku menunggu giliran untuk proses ni (mudah cakap - tranfer telur2 yang disimpan la, sebab prosedur sebelum ni tak berjaya) dan nampaknya.. walaupun aku & hubby sampai paling lewat (dalam kul 9.00 pagi) tapi aku pulak orang pertama kena jalani prosedur tu.. Di dalam bilik prosedur, Embrilogist maklumkan, walaupun kami hanya ada 2 embrio saja tapi Alhamdulillah kedua2nya sempurna selepas 'dipanaskan', kerana itu saya jadi orang pertama yang menjalani proses transfer tu.. Kali ni hubby dapat tengok rupa2 embrio tu sebelum ditransfer ke dalam rahim aku sebab kali pertama dulu, hubby sibuk ke hulu ke hilir kena uruskan macam-macam kat luar.. dan kali ini jugak aku dapat lihat dengan jelas kedua2 embrio tu bergerak masuk dan melekat ke dinding rahim aku melalui monitor ultrasound.. tak seperti yang pertama.. (mungkin masa tu tak pandai tengok monitor kot).. Lepas prosedur.. seperti biasa sebelum balik dibekalkan Duphaston & Urogestorone yang perlu dimakan sepanjang 4 minggu pertama 3 kali sekali without failed.. kali ni aku tekad.. walau macammana pun aku tak leh CULAS bab2 makan ubat2 ni.. mungkin faktor CULAS ini lah yang membuatkan prosedur pertama dulu tak berjaya.. sebab apa??? Sebab tak DISIPLIN..
  2. 26 Disember 2009 : Yeay.. Aku berjaya melepasi 6 kali suntikan HcG dengan jayanya pada waktu yang sama je 2 kali seminggu.. jam 8.30 pagi dah terpacak klinik.. Doktor kat klinik panel pun dah kenal aku.. DISIPLIN nya aku.. Salah satu penambahbaikan yang aku dah buat antaranya adalah.. aku langsung tak drive kereta sekarang ni (ke mana-mana pun En Hubby antar dan ambik, kat opis lak kalau meeting kat luar, by hook or by crook nak jugak driver antar kan.. dah tak de krompomi..).. Aku lepaskan tugas2 kemas rumah kat En Hubby, walaupun tak berapa puas hati dengan hasil kerjanya.. Memang semua urusan keluar rumah aku kurangkan.. termasuk berjalan-jalan dan makan di tempat2 yang tak de larangan merokok.. Percaya tak sehingga tarikh aku disahkan mengandung, aku hanya keluar nek keta kul 7 pagi gi keje, nek keta sekali lagi waktu balik keje kul 5 petang.. pas tu dok kat umah sampai esok harinya.. Sabtu & Ahad dok kat umah je.. (Oooii mak.. ini bukan diri sebenar ku...).. Cara aku pun orang dah perasan berubah .. jalan lemah lembut semacam, tak macam selalu.. macam lipas kudung.. Dah tak heran join aktiviti-aktiviti kelab cam sukan dan aktiviti lasak.. Sakit ke tanya diorang.. aku jawab tak berapa sihat je.. bole ke cam tu?!!
  3. 7 Januari 2010 : Dah hampir 3 minggu selepas transfer... bermakna dah seminggu period aku lewat.. cuak jugak, kekadang terasa-rasa sengal2 macam nak period.. bila rasa sengal2 tu, terus cari tempat untuk melurus badan.. takut beb.. semua jenis stress kena elakkan.. Tapi terperasan, dua tiga hari ni.. lepas Asar menjelang Maghrib, mesti badan lemah giler.. terlepek je kat mana2 asal dapat baring sekejap..
  4. 10 Januari 2010 : Hubby dah terperasan perangai buruk aku.. tidur je lepas Solat Asar, pas tu liat sangat nak bangun Solat Maghrib, ditanyanya aku rasa macam mana.. tak tau nak cakap, bagitau Hubby rasa badan tak best sangat.. lemah semacam.., Balik dari Gym, Hubby terus singgah farmasi dibelinya 'pregnancy test'... pagi esoknya aku pun buat la test ni dan hasilnya seperti kat bawah;


  1. Seronok tengok hasilnya.. tapi tak leh seronok sangat, sebab tak pasti lagi.. ye la.. takut 'error result', maklumlah bukan dari kaedah yang original.. sekarang ni baru stage "Chemically Pregnancy"..
  2. 14 Januari 2010 : Cuak hati ni, Allah je yang tahu.. Sebaik jumpa Prof Zainul, terus ditanya sama ada dah buat Urine test kat umah ke belum.. kami pun tunjukkan hasilnya.. Ok, katanya, relax, jom kita wat Ultrasound.. Sebelum tu, Prof Zainul rasa perut, panas katanya.. doa banyak2 ye.. dan secara spontan Prof Zainul pegang & usap tangan aku.. bukan macam orang tua gatal ye.. tapi aku rasa macam sifat kebapa2an .. senyum.. tengok ni.. kat monitor ni.. Apa Prof tak nampak apa pun.. gelap je.. Ni.. jantung dia berdenyut.. Izam, mari sini.. cuba tengok ni.. nampak tak.. Hubby kata nampak.. dia senyum (la aku ke yang rabun).. Kita masukkan dua hari tu kan.. Ya..aku jawab.. Tapi ni satu je la.. Alhadulillah kata Prof.. tahniah Izam.. (ngan Izam je ke?!).. Hati aku berbunga2.. Syukur sangat.. Prof maklumkan.. kalau ikut perkiraan normal, usia kandungan ku dah 6 minggu, macam mana lak tu? rupa2nya kira dari hari pertama kita period..
  3. Sehingga hari ni, kandungan aku dah nak 12 minggu.. 4 minggu lagi untuk melepasi "Critical Stage" bagi orang yang mengandung macam aku nih.. dah lepas 16 minggu baru lah boleh lega sikit.. 22 Februari ni, check up kali ketiga.. tapi dah kena drive sendiri ke PPUKM dan seterusnya drive sendiri la ke opis.. tapi kena pandai adjust masa supaya tak stuck dalam jem.. elakkan stress.. Kenapa drive sendiri lak.. Hu hu hu.. Hubby kena gi kursus kat Lumut selama 3 bulan ... tak pe lah.. untuk pembangunan kerjaya Hubby.. SEDIA BERKORBAN lagiii..

Selasa, 16 Februari 2010

N3 Ke2 2010

Salam... Sori pd sume yg tinggalkan ulasan tapi tak dapat maklum balas.. Terima kasih, sume yang masih jenguk blog ni... banyak sangat citer nak kongsi, tapi tak tercatit lagi.. Naper yer?.. Sonok nak kongsi tapi tak leh hepi sgt sebab tak lepas critical stage lagi.. apa2 pun nak wat summary sikit.. untuk ingatan catitan akan datang..

  1. Berkat Disiplin.. Alhamdulillah.. Betul la.. kata orang, kalau nak berjaya tak kira lah apa pun sama ada dalam kerjaya atau apa pun.. mesti berusaha disusuli dengan disiplin
  2. Berdebar-debar dengan keputusan sebenar..
  3. Ooo.. ini rasanya.. tak bestnyer.. Apa2 pun ini lah nikmat Allah.
  4. Dah boleh ber tenet.. tapi tak leh lama-lama..
  5. Hubby 3 kursus di Lumut.. Alahai.. sapa nak gi kedai ni..

Kay.. tu jer dulu.. Salam..

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit