Tidak seperti orang lain.. alam berbulan madu orang lain cukup sekadar sebulan dua paling lama pun 3 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata.. Kami berdua pulak, hanya setelah 10 tahun dan Mei ini, genap 11 tahun kami berumahtangga dan Insya Allah bulan September 2010 baru lah lengkap mencapai 'stage' mempunyai anak.. 11 tahun ni jugak la hanya mendengar, melihat dan bersama-sama cuba menyelami perasaan dan pengalaman kawan-kawan yang mengandung.. Ada best, ada yang macam tak best jer.. ada rasa cam 'seriau' je.. Ni pulak pengalaman aku melalui 16 minggu mengandung..
Minggu 1 - 2 : Melalui proses IVF, hubby start hantar dan ambik balik keje
Minggu 3 - 4 : Diberi MC leave.. tak boleh berlasak2.. dok umah seminggu, rasa boring giler.. tak leh buat keje umah.. Ujung minggu ke 4, baru rasa lain macam je badan ni
Minggu 5 - 6 : Sah 'pragnent'.. tak terasa sangat kesan mengandung, cuma rasa lemah longlai lepas abis keje
Minggu 7 - 8 : Dah start pahit & loya tekak, tapi tak lah sampai termuntah, pagi2 kena makan coklat dan epal je. Second check-up.. tetiba ada fibroid, tengok bulan ke 3 camana..
Minggu 9 - 11 : Waa... makin teruk penangan alah ni.. tak leh bau langsung makanan yang baru lepas masak.. tak le makan kat restoran, naik angin bila terbau jiran2 menumis.. kesimpulannya : kalau dok kat umah, time diorang masak, kena tutup tingkap, dok dalam bilik pasang air-cond.. kalu nak makan kirim ngan hubby, pastikan dah sejuk baru leh makan, minuman panas pun tak jalan..
Minggu 12 - 15 : Dah start drive sendiri, tukar kereta dengan adik (bawak Viva auto, nak elak stress pd abdomen.. WMA aku tu gear manual).. Start sunyi, hubby berkursus di Lumut selama 3 bulan, jd weekend husband.. Lembik waktu petang makin kurang (cam tau je, hubby tak de.. tapi masih tak leh bau masakan.. beli makanan pun kena tengok tempat).. Check up kali ketiga, fibroid dah sama besar ngan saiz baby.. risau semacam.. nasib baik ia kat luar kelongsong baby.. doa banyak2 supaya fibroid tak makin membesar.
Minggu 16 -18: Minggu2 yang sangat sibuk bagi urusan kerja, siapkan paper, mesyuarat MBJ, siapkan 7 paper lagi, meeting panel pembangunan sumber manusia pulak (psl APC, pasal anjakan gaji, pasal kenaikan pangkat, pasal pinjaman pelajaran, pasal pertukaran staf), siapkan paper lagi, meeting Jawatankuasa tatatertib pulak... dan akhirnya sekarang ni sibuk kena siapkan minit-minit mesyuarat tu.. (tak siap pun lagi)..
2-5 April ni kena amik cuti, kena gi Lumut.. untuk apa?..Ha ha, kena hadir kursus induksi yang disediakan oleh konduktor kursus Hubby untuk Isteri-isteri mereka.. Tajuk kursus hubby yang 3 bulan ni : Junior Officer Commanding Courses (Kursus Pegawai Memerintah Muda).. dan antara modulnya adalah Kursus Induksi bagi Isteri-isteri Bakal Pegawai Memerintah.. DIWAJIBKAN.. Sume kaum Suami diberi cuti 3 hari untuk jaga anak2 sementara isteri berkursus.. Penat tu beb..
6 ulasan:
Setaip yg hidup pasti di duga.Semoga tabah menghadapi nyer. Semoga kita sentiasa menjadi insan yg redha kpd NYa.
1st time sy dgr psl Kursus Induksi Isteri-Isteri tue.
kebahagiaan akan muncul di masa depan setelah kesusahan yang kita lalui hari ini
=D
Lina : TQ K.Lina atas ingatan
Nozie Yusof : Sama la tu, Akak pun ada tanya kengkawan yg hubby nye penah gi JOCC, tapi x de pun modul utk isteri2.. mungkin baru 2 @ 3 kali ni kot..
Salam akak,
1st, congrates selepas 11 tahun menunggu dan berdoa serta berusaha, akak dikurniakan rezeki oleh -Nya. saya pun sama senasib dengan akak. takpe, kita sama2 doakan semoga kita lebih tabah menghadapi segala ujian dan cabaran dari-Nya. jaga kesihatan yer akak =)
Salam akak,
Lama tak hapdet...how's ur pregnancy?
zira akak ada bg award dtg ambil la ya bila free.
Catat Ulasan