Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 30 Mei 2011

Jalan-jalan kat Pesta Buku

Tak de citer pun.. cuma nak masukkan dalam blog nih.. membuktikan WN gi Pesta Buku tahun ni!!!..

 Tak tau la rancangan apa nih.. Tapi ada Fitri TV3 kat booth Institut Terjemahan Negara

Rombongan bebudak sekolah.. tengah tunggu Cikgu / Bas Sekolah diorang sampai kot

Ni pulak.. penulis novel yang terkenal sekarang (tak tau nama pun).. kat booth Kedai Pink

gambo kabur.. yela pakai hp lama kan!!!

Jumpa la booth nih.. Booth yang sangat dikenali oleh kanak2.. Ana Muslim..
Bagus.. banyak bahan ilmiah untuk kanak2.. CD untuk baby (2 tahun ke atas) baru belajar pun ada

Ni la buktinya yer.. tercarik2 papan tanda kat PWTC yang menunjukkan WN antara pengunjung Pesta Buku setiap tahun

Ahad, 29 Mei 2011

Mess Nite MTAT

Mess Nite di Istana Hotel
13 Mei 2011 (Jumaat)
Cuba pikir : perlu berada kat Foyer Ball Room kul 7.30 mlm..
Kalau Guys tu : Okay la jugak lari kejap gi SURAU
Kalau Ladies : mana amik WUDUK, mana nak MAKE-UP.. kul berapa nak siap???
Soklan lain : Kul berapa nak keluar dari OPIS??? Kul berapa nak amik ANAK..
Solution ?? : Membazirkan RM250/nite untuk pastikan berada di Hotel tepat pada masanya..
di samping
Hubby telah dengan pasti di mana gajinya dipotong untuk bayaran Mess Bill sebanyak RM300 bagi bulan Mei kerana Majlis ni la..

Untuk makan BERADAT.. Full Serve
Cutlery kat atas meja untuk Santapan nanti

Lapar giler tunggu waktu berSANTAP ni..
Masuk dewan kul 9.15 malam..
Bayangkan.. sampai habih topik MENYEMBANG ngan kengkawan yang baru jumpa dua tiga kali
(dua tiga kali jumpa .. apa la yang patut disembangkan kan??.. 
Citer Artis dah.. Citer Anak dah.. Citer Study Hubby dah.. Isu semasa dah.. Apa lagi!!!..
 Tak kan nak Citer Politik ngan Agama kot..
No no no.. salah tu!!!
Etika sosial  beb!!!)
Giler.. penat berdiri kat luar tu.. Sementara tunggu VIP sampai
Ce tengok jam kat tepi gambar tu..

Appertizer : Salad Udang.. leh cakap cam tu??
Tak penah la WN suka makan SALAD cenggini tapi sebab dah lapar sangat... LICIN!!!

Sori la.. gambar tak cantik guna HP zaman TOKWI kan!!!

Sup Cendawan la.. 
(Punya lama kan.. Sup pun sampai bercendawan.. ngee..)
LICIN jugak.. sebab lapar lagik.. makan ngan roti kat side tadi.. nampak kan??

Daging Kayu
(Liat.. gravy.. tak best.. ke... dah perut dah kenyang kena ngan SUP tadi)

Pai Buah2an + Es krem.. Es krem je sedap

Cuci mulut terakhir : Coklat (untuk tambah karat di GIGI)

Yeay!!!! Dah habih majelih.. Perut dah kenyang
Tudung pun dah tak SEMENGGAH
Amik gambar berdua dulu sebelum naik ke BILIK
Nak jumpa LUTFI 

pada MAMA dan PAPA nyer
TERIMA KASIH DAUN KELADI 
lain kali 
KENA TOLONG LAGI yer..

Aikk tak abih lagik ..
Ni gambar kat meja sebelah..

Esoknye Sabtu kul 11.00 pagi : Meeting BAKAT lak
Untuk Majelih BAKAT Bulan JULAI ni
Group kami : Kena wat tugasan Launching Malaysian Traditional Cooking Book  
dan Pertunjukan Pengantin Melayu Tradisional 

..Haiii laaa.. 6 bulan je lagi..

Khamis, 26 Mei 2011

BEKU JAWATAN la pulak..

Isnin 23 Mei 2011 : Kul 2.30 Kami di Unit Perkhidmatan, dipanggil ke Mesyuarat
ada tugasan ad-hoc. Untuk apa?
Ni la.. Nak review balik mana2 jawatan yang belum diisi secara hakiki..
(takut JPA amik balik jawatan tuh!!!.. bukan apa
Calonnya dah ada tapi kena ikut prosedur pengambilan la kan..)




Hari ni.. tak sempat kami menyelamatkan dua tiga jawatan yang belum diisi tu.. BPO dah call untuk bagi jawatan kat staf agensi lain yang diserap ke Agensi kami..
Mintak mahap banyak la kepada staf2 yang sepatutnya dapat jawatan tu..
(dok la kat status kontrak sehingga diberitahu kelak)
Tak dapek dah Achik n Bos nak nolong nyer..
Abih ikhtiar dah nih!!!
Doa la banyak2 supaya lepas Pengumuman Bajet oleh PM nanti ada rezeki untuk kita semua ye..

Rabu, 25 Mei 2011

APC Peringkat Kementerian

Tarikh : 19 Mei 2011 (Khamis)\
Tugas : Urusetia Peringkat Agensi  

Majlis start 8.30 pagi
tapi Urusetia kena terpacak kat Dewan kul 6.45 pagi
ye la... nak kumpulkan 900 penerima APC tu..

Bersama-sama anak-anak buah (diorang ni usherer)
kepenatan.. dok rilek kejap kat belakang dewan sementara tunggu tugasan lain

Salah seorang penerima APC agensi kami.. lepas amik Sijil kat pentas
terus ke belakang untuk amik check
Aduuu yaiii... Urusetia jugak la yang HAUS!!!!
Bila nak belanja nih?!!!

Isnin, 23 Mei 2011

Entry ke 100

Yes!!! Setelah tahun ketiga berblog
Hari ini ku umumkan bahawa Entry untuk hari ini adalah entry yang ke :
(citt.. orang len wat satu hari seratus entry.. ngko.. bertahun2 baru nak capai seratus)

Satu Ratus

sekali lagi....

ke 

SERATUS 



sekali lagi....

ke 

100

ye!!!

Yeay!!!!

Nak bagi 'Gift' skit kat Pembaca Blog ni la..
Tapi macammana ye!!!
mmmm
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Okay
"
'
"
"
'
kepada
Sape-sape (follower la)
yang dapat snap / capture blog nih dengan
 Jumlah Paparan Halaman :
6534
6666 
dan
6789
sila buat Entry berkenaan bertajuk :
Entry Ke 100 Blog Wife Md Navy dan link kan ke Blog WN
pas tu maklumkan kat Komen Entry ni yer!!!
serta
link Entry anda..

..Sekian..
(betul ke kaedah WN nih.. kalo salah tolong maklumkan ye.. untuk penambahbaikan!!!)

Sabtu, 21 Mei 2011

Anniversary ke 12

Ini la yang dapat dihidangkan untuk Follower2 di Alam Cyber ye.. 
Sila la JAMU Mata

Kek yang telah WN tempah dan dibuat oleh :
(gambar pun amik dari blog dia)

..Tapi kengkawan opis je la dapat JAMU Selera..

Red Velvet (Ni utk sambut kat Umah)

RV Cuppies (Utk kengkawan kat Opis)


Cheese Brownies

Diorang dah rasa..  Sedap sangat.. TQ Mak Lang

Jumaat, 20 Mei 2011

Dah nak lemas nih!!!

Ha... .. Hubby cakap.. ni la saat-saat kritikal dalam kerja dia.. tak penah rasa macam nak lemas.. Sejak dari awal masuk MTAT tak penah boleh ambil nafas lega.. ada je yang perlu disiapkan.. Dah nak lemas dah nih katanya.. Air kat paras hidung je!!!

Ni citer Hubby bersama kebizian yang melanda hidup sehari2nya sejak terpaksa belajar balik semata2 untuk kemajuan kerjayanya pada masa akan datang ... Ni la jadiknya..
Awal2 guna ni :
Semua Gambar google nih
Tujuan : senang nak bawak gi mana-mana
dan amikla

Brand Celcom Broadband : Orang cakap brand ni paling stabil 
Okay la di Ampang.. tapi.. time tak okay.. hangin la jugak.. 

Kemudian, Bermula dari tahun lepas lagik (April - Jun 2010 : Kursus Pra MTAT kat Lumut)
Guna ni pulak :

sebab kat Navy Base Lumut.. brand sebelum coverage tak bagus.. susah hubby nak search bahan rujukan.. Sehabis kursus dan balik ke Ampang.. sebab ada brand ni ada kontrak setahun terpaksa la teruskan walaupun coverage memang cam hampeh kat Ampang ni..

Tapi pada Februari 2011.. ke talian konvensional


Hmm.. puas hati sangat... bil bulanan lebih sikit je 
Talian stabil.. Wi fi untuk 5 komputer
talian fon pun murah sangat..
Jadi sape2 datang rumah kalau bawak lappy sendirik boleh je bertenet.. tak yah bawak broadband sendirik


Sian kat Hubby :
Rutin Hubby setiap minggu mesti akan ada:
1 kali prestation tutorial
1 kali assignment perlu disiapkan
1 kali quiz
plus
Aktiviti ko-k yang tak tentu masa..tapi selalu
dan
kena siapkan Tesis akhir Mei ni
sebab Jun dah Final Exam untuk paper2 UM
akhirnya
Akhir Mac lepas Hubby beli :

lappy baru.. basic application.. supaya senang dia meng google book..
carik bahan rujukan .. tak yah buang masa kat Library

dan jadik seperti ni la..

mak nenek kat belakang tuh jgn tanya.. biasa la kan kalau wat keje kat atas meja makan.. 
(macam la umah ada bilik study.. hu hu)

Rabu, 18 Mei 2011

..samb..: Zaman Sekolah Anak Askar

..samb dari N3 terdahulu..nak tahu klik ni Giler lama baru bersambung citer nih.. hi hi.. Cam citer NUR KASIH lak..


Kat bawah ni adalah my schools history with chronology nye sekali :


Tingkatan 1 : Nak masuk tingkatan 1 pada zaman 80-an (1987) di Sek Men Selayang Baru dulu ada peperiksaan (tak ingat berapa hari).. Sebab terlalu ramai murid-murid dan pastikan pembahagian aliran tu sama rata.. tak de aliran yang popular atau tidak.. yang menentukan ialah kelasnya:


Masa tu ada :
a) Aliran Perdagangan : ada 4 kelas (P1, P2, P3 dan P4)
b) Aliran SRT / Perusahaan : 4 kelas (A1, A2, A3 dan A4)
c) Aliran Pertanian : 4 kelas (SP1, SP2, SP3 dan SP4)


Dan saya telah dimasukkan ke Aliran SRT kelas A1.. Kecewa jugakla.. WN nak masuk aliran Perdagangan..
Tapi bila dah masuk aliran SRT dan belajar dua tiga bulan.. dah rasa seronok sebab boleh masak macam-macam dan ada hasil la yang boleh tunjuk kat kengkawan lain.. (masakan dan jahitan).. betul2 seronok time masuk bilik masakan.. maklumla.. dapur serba serbi lengkap.. Umah pun tak macam tu..


Tingkatan 2 :
Sekali lagi berlaku perubahan dalam alam persekolahan WN.. sebab.. Arwah Abah dah nak bersara, dia pilih untuk buat Latihan Peralihan di Temerloh dan seterusnya menetap kat Temerloh la (kampung halaman kedua2 nya kat situ kan)..


Hari pertama mendaftar diri di Sek Men Abu Bakar Temerloh.. WN dimasukkan ke kelas Tingkatan 2 Teknik1.. (okay la kelas no 1 kan!!!)..


Tapi angan ku berubah sekali lagi.. eee cehhh!!!.. WN perasan.. apsal kelas Teknik orang-orangnya semacam jek.. Dan terperasan.. kejadian ni sama macam WN time Darjah 5 dulu.. Dari segi silibus memang jauh tertinggal banding dengan apa yang kami belajar kat Selayang Baru.. 


Cuma ada seorang yang WN nampak agak cerdas kat dalam kelas tu (Ella namanya : Gila2 budaknya.. tapi BI dia memang power.. mak ayah keje biasa-biasa, tapi katanya dia suka lagu-lagu Inggeris.. kat situ la dia belajar BI.. bab BI memang WN refer Ella nih) .. itu la pesaing WN dari tingkatan 2 sehinggalah SRP.. Penilaian Darjah 5 dia dapat 3A 2B.. Keadaannya pun sama.. Cikgu rajin tak rajin je masuk kelas.. 


Kali ni.. tak bagi tau Mak.. gi Pejabat Guru sendirik tanya.. kedudukan kelas ni macam mana.. Sah!!! memang Sistem Kasta:
a) Kelas Rancangan Khas (Untuk bebudak pandai : Penilaian Darjah 5 : 4A dan Keatas) : ada 4 kelas RK1, 2, 3 dan 4.. popular sih diorang nih!!!
b) Kelas Perdagangan (Untuk bebudak 3A ke bawah).. ada 6 kelas : P1, 2, 3, 4, 5 dan 6
c) Kelas Teknik (SRT/Perusahaan) : Untuk budak 1A dan tak de A.. Ciss!!! Sungguh rendah taraf ku rasakan ketika itu.. ada 3 kelas je T1, T2, T3


Apa perasaannya.. Ouiiih!!! Gila rendahnya taraf aku... Inform Cikgu.. Tapi saya dapat 4A.. tak adil lah macam ni.. saya layak ke Kelas RK apa? (Budak RK diorang dapat Biasiswa Negeri)


Nak wat cammana.. awak tak boleh tukar Aliran sebab dah setahun belajar kat Selayang dulu kan.. betul! tapi Kaedah kat sana tak macam kat sini!!!.. Kat sana Pesaing kelas ialah P1 dan SP1.. Tapi kat sini cam lain pulak!!!!.. dan akhirnya aku terperangkap kat kelas ni sehingga tingkatan 3.. 


Tapi Ella tu pilih kelas Teknik pulak?.. Dia kata sebenarnya dia nak buktikan Budak Kelas Teknik pun boleh gi ALiran Sains lepas SRP.. mmm... apa2 je la..


2 tahun ni.. Aku memang malas giler.. tak belajar pun.. tumpu kat kelas je.. mak tanya kenapa? Belajar tak belajar pun sama je.. Ye la.. dapat No 1 sepanjang 2 tahun.. adalah sekali terjatuh no 2 sebab kawan aku tu amik no 1 WN ha ha ha..


Keputusan SRP keluar.. dan kami 2 orang buktikan.. kami layak masuk aliran Sains.. (Kelas 4Sains ada 2 je.. WN kelas Sains 1.. dan Ella kelas Sains 2..


Dan seperti biasa kalau dah masuk kelas No 1 ni.. tempat No 1 tu tak merasala kan.. main no Belas-belas je la... Biarla.. janji kualiti.... 


Pengajarannya : Kepada sesape yang berkahwin ngan Askar dan selalu kena tukar.. pastikan Anak-anak kita dimasukkan ke Kelas yang sepatutnya.. bukan apa.. Sian kat anak nanti.. cam WN nih!!!!

Isnin, 16 Mei 2011

CIKGU oh CIKGU

Lagu Guru Malaysia : Sempena Hari Guru (16 Mei)


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu dan Lirik : Hashim Ahmad


Best lagu ni, kalau dengar meremang bulu roma... Bila dinyanyikan  memang rasa semangat giler..


Tapi lagu ni WN nyanyikan masa jadi Cikgu Sandaran berbelas2 tahun dulu (GSTT).. Jangan tak caya.. umur 19 tahun, jadi CIKGI budak Tingkatan 2.. Ngajar Geografi, Pendidikan Seni dan Moral..


Sempatla sambut Hari Guru.. Bestnyer bila dapat macam2 hadiah dari murid2.. penuh la bunga & gift atas meja kat bilik Guru.. suprise dari anak2 murid..(sampai sekarang simpan kat umah Mak)


Tapi WN tak pilih GURU sebagai profesion walaupun kita akan dipanggil CIKGU biar ke mana saja kita pergi dan bawak gelaran tu sampai mati.. Ini sebab2nya:


a) WN rasa WN tak dilahirkan untuk menjadi GURU sebab SIFAT WN sendirik
b) WN bukan seorang yang berbakat untuk bercakap (menyampaikan maklumat dengan berkesan)
c) WN seorang yang tak suka buat kerja yang berulang-ulang (rutin).. ye la jadi GURU kena wat Rancangan Mengajar setiap hari.. Mengajar ikut silibus .. bayangkan kalau satu hari ada 6 waktu mengajar Geografi.. 6 kali cakap benda yang sama kat Kelas2 yang berlainan.. Kena wat KERTAS SOALAN
d) WN bukan seorang yang kreatif untuk menarik minat murid2 untuk berinteraksi dgn WN.. diorang cakap WN GARANG.. ha ha tak tau garang kat mana.. (muka kot.. tak pun sebab tak banyak cakap.. tau-tau tunjuk rotan)
e) Suara WN tak kuat.. mencerek ke dalam.., kena paksa untuk lontarkan suara.. anak murid tak dengar
d) Nak jadi GURU ni kena IKHLAS.. nak ngajar anak WATAN yang menentukan hitam atau putihnya masa depan NEGARA.. Baru la anak murid menjadik!!!.. Kalau malas + tak ikhlas.. kena MAKI ngan mak bapak / murid.. sampai bila2 rezeki tak berkat + tak ke mana2


Kepada semua GURU di Malaysia


SELAMAT HARI GURU


Jasa Cikgu kami kenang sepanjang masa..

Jumaat, 13 Mei 2011

KENAPA? KENAPA? KENAPA?

Ala.. sori la kepada sesapa yang bosan baca entry cam ni.. Catitan ini untuk flashback balik kehidupan WN ngan Hubby dolu-dolu.. Ye la mana yang teringat kan.. Maklumla bulan Mei kan bulan Anniversary kami.. Nak harap en Hubby.. sumenye dia "LET IT GO" je.. dia kata yang lama2 tak yah ingat.. Pikir apa nak buat pada masa akan datang.. Tetiba teringat soklan2 yang saya penah tanya pada Hubby.. ala ingat nak romantik-romantik cam orang lain..

Masa mula-mula berkawan :
Soklan WN : KENAPA AWAK NAK BERKAWAN NGAN SAYA?
Jawapan Hubby : KENAPA AWAK TANYA MACAM TU? AWAK TAK SUKA SAYA KAWAN NGAN AWAK KE?

Masa nak declare BF dan GF :
Soklan WN : KENAPA AWAK PILIH SAYA?
Jawapan Hubby : KENAPA? SAYA TAK BOLEH PILIH AWAK KE?

Masa dah lama jadi Husband and Wife tapi masih berdua :
Soklan WN : KENAPA PERLU PERLU SAYA TEMANKAN AYANG.. (boring sebab asik kena temankan Hubby gi aktiviti2 yang kita tak minat)
Jawapan Hubby : KENAPA TAK NAK IKUT SY KE? SY BAWAK GF LAIN KANG..

Masa dah tension ngan soklan-soklan orang tanya pasal tak de anak:
Soklan WN : KENAPA AYANG TAK NAK TRY CARIK LAIN?  KALAU DAH ADA BAGITAU JE LA SAYA.. (uiihhhh... dalam hati mintak simpang Malaikat 44..)
Jawapan Hubby : KENAPA? SUKA KE? DAH SAMA-SAMA PENAT.. MULA DARI KOSONG, BILA DAH STABIL NAK KONGSI NGAN ORANG LAIN KE?..

Perasan tak.. KITA tanya dan mengharapkan jawapan 'statement' bukan nak dapatkan SOALAN jugak..
Kelmarin WN wat soklan lagi.. tapi dah siap bagitau dia jangan bagi saya jawapan yang berupa SOALAN jugak.. OKAY katanye..

Soklan WN : KITA KAN DAH LEBIH 10 TAHUN KAWIN..  KENAPA AYANG MASIH DENGAN SAYA? NAK KATA SAYA ISTERI YANG BAIK TAK JUGAK.. MAKAN PAKAI AYANG KALAU SEMPAT SAYA BUAT LA, SELALUNYA BUAT2 TAK SEMPAT.. BIASANYA .. AYANG YANG BUAT SENDIRI..


Jawapan Hubby : (Termenung jap).. Pas tu Hubby tanya.. BOLEH TAK SAYA JAWAB MACAM NI?.. (dalam hati.. tu soalan lagi tu..).. SUSAH LA NAK JAWAB.. KALAU JAWAB KANG.. KECIK ATI.. 


Katanya : SAYA DAH TAK KISAH, SEBAB SAYA DAH ADA BUAH HATI BARU..  (Cis!!! tak bagi tau aku pun.. patut la dah tak kisah sangat kalau kita terlupa rutin harian kita..) Control2.. Jantung dah rasa nak pecah ni.. SAPE YANG? KENAPA TAK BAGITAU?


TU LA.. BELUM BAGITAU DAH ANGIN katanya..


TAPI WALAU MACAMMANAPUN SAYA MASIH KENA BERSAMA AYANG..


KENAPA MACAM TU?.. SEBAB SAYA MEMANG KENA KONGSI DIA NGAN AYANG.. (Dalam hati REDHA je la, kalau ini takdirnya)
SAPE? WN tanya?


NI.. TERPAKSA LA SAYA DECLARE BUAH HATI SAYA YANG BARU...


..LUTFI LA..
WN : Ye la.. apa2 aje la.. malas nak tanya lagik...

Rabu, 11 Mei 2011

Sudah 12 tahun laa..

Bukan usia anak sulung ye.. tapi usia perkahwinan kami..
Kalau bunting pelamin ni.. tentu dah ada Anak DARA Sunti ; tak pun Anak TERUNA
bak kata si kartun NARUTO anak SIPUDIN
"Dah Baligh la!!!!"
Catitan ni sempena WN nak meraikan ANNIVERSARY.. tak tau la Hubby ingat atau tidak.. selama ni pun WN yang selalu letakkan 'note' dalam HP Hubby..

1996..  (Hubby baru pakai Subby)
Masa berhubungan.. (Hubby tak pernah cakap dia bercinta ngan saya pun..)
Dia cakap berhubungan akrab.. Sampai sekarang pun dia tak pernah cakap Saya Cinta Awak,
paling2 best pernah dengar Sayang kat Awak, tak pun
I Love U..
Cinta katanya khas untuk Yang Satu.. iyo laa...
21 Mei 1999 (Lepas Akad Nikah)

Anak sulung kami baru 8 bulan..
Lama giler kami berdua Honey Moon..
Cuma tak macam orang lain la.. sampai ke Kota Paris, Gold Coast, Beijing laa.. tak de makna nya ..
Paling jauh pun Pulau Langkawi..

30 Mei 1999 (Majlis di Philahdelsia)

tahun 2000 hubby bertugas di MAWILLA 1, Kuantan
Married Bachelor dari tahun 2000 hingga 2004

tahun 2003 di PD
(2003 : 1/2 tahun kat MAWILLA 1, 1/2 tahun dah kena setting Kem PLKN di Langkawi)
(bertugas di Kem PLKN Pelangi Beach Resort, Langkawi - Siri 1 dan 2/2004 : Kem PLKN Muadzam Shah Pekan Pahang Siri 3/2004)

2005 kat Cameron Highland (Bercuti sebaik balik dari Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Thunami Acheh)

2006 kat Bukit Tinggi

2007 di Sky Garden, Hilton, KL

2008 kat Genting Highland (Cuti panjang semasa bertugas sebagai Pegawai Pemerhati Bangsa-bangsa Bersatu di Sudan - UNMIS)

2009 kat Langkawi (selepas bertugas di Sudan.. Sebulan sebelum Prosedur ICSI)

Raya 2009

Januari 2011 (Kami dah bertiga)

Doa kan hubungan Suami Isteri ini berkekalan sehingga ke akhir hayat ye..
... Amin....

Ahad, 8 Mei 2011

Sedarkah anda akan Kehadirannya?

Jalan2 blogwalking.. jumpa gambar2 yang menarik ni dan WN pun baca.. best untuk jadikan N3 nih.. sebab gambar2 cantik.. cam gambar Alien..

Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.

Selama ni kita takut dengan kewujudan pelbagai jenis makhluk halus seperti Penanggal, Pontianak, Jerangkung.. Yang memang sedia wujud nih tak pulak kita ambik tahu rupa mereka. Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk lihat apatah lagi tertelan mereka. Jangan tak caya, rupa mereka lebih menggerunkan daripada makhluk di alam misteri tuh!

Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal :p


Ini pulak imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Gambar ni adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.


Ini adalah imej bakteria yang biasa hidup pada roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang ita makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Jadi, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.


Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali (100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?

Sumber : http://ruanghati.com/

Khamis, 5 Mei 2011

KAJIMATAN ???!!!

Dah lepas peristiwa ni.. terjadi minggu pertama April ari tu.. Citernya hubby terpaksa outstation ke Melaka dan Johor dari 4 - 8 April 2011. Masalah problemnya.. Anak kami si Lutfi tak de penjaga sejak awal Mac.. Dah 2 kali kena reject ngan pengasuh lama sebab Pengasuh sakit (ke... si Lutfi ni notti sgt sampai tak sanggup nak mengasuh lagi.. mmm tak tau la.. kena pikir positif2)...

Minggu pertama WN amik cuti dan  MC tipu (syyy) untuk jaga Lutfi : Done..
sambil tu carik Pengasuh yang baru : Done
tapi Pengasuh baru mintak hantar selepas dia balik Umrah (6 April sampai Malaysia.. pikir2 mesti dia nak rehat2 dulu maknanya selepas 8 April baru leh antar Lutfi ke umah dia)

'Ndak tak ndak kita kena mintak tolong Mak la Yang bole tak?' WN bg suggestion kat Hubby.. (Hubby ni.. kalau bole tak mau susahkan mertua dia la konon2 nye).. ala 2 minggu jer.. Dalam berat Hubby jawab mmm.. okay la.. Ayang call la mak..

Petang tu Hubby call Mertua dia (Mak WN la)... dan bermula la perbualan antara Mertua dan Menantu nya.. dan akhirnya Mertua pun setuju.. Keesokkannya kami pun jemput Mak kat Stesen bas Pekeliling

Sembang-sembang kat dalam keta sambil tunggu Hubby gi beli makanan kat gerai. Mak tanya : Along, Izam ni kursus macam time sekolah2 ye?!!..

WN jawab : lebih kurang cam tu la, sebab tu la sekarang ni susah skit nak balik Temerloh.. ujung minggu ada je aktivitinya.. Student full time la kata kan.. tapi gi UM tetap kena pakai Uniform..

Itu la Wan tanya (jiran sebelah) Izam out station ni untuk apa? Mak jawabla Izam bagitau nak buat Kajian Tempatan.. WN pun jawab iye la tu.. ehh.. bukan Kajian Tempatan la mak.. KAJIMATAN..

KAJIMATAN tu singkatan apa pulak? Mak tanya..alaaaa haiiii.. tak penah pulak WN tanya kat hubby KAJIMATAN tu apa???.. Bole la mak lebih kurang la tu menda2 KAJI2 la jugak..

Sebaik Hubby masuk keta, Mak terus tanya outstation ni untuk apa? Katanya Exercise KAJIMATAN..
Mak tanya KAJIMATAN tu singkatan kepada apa?

Hubby termenung jap.. Dia jawab.. untuk penuhkan kredit hour paper UM (dalam hati.. tak jawab soklan la mamat nih!!! kalau aku jawab cam nih kat mak mesti kena sound sampai panas tinga.. contoh : patut la failed, tak jawab soklan)

Mak cepat2 sampuk.. Ye la untuk penuhkan Credit Hour tapi apa maksud KAJIMATAN tu... Kajian apa??? Mak jelaskan..

Ting!!!!! Dah dapat.. penah baca dalam Prospektus MTAT ari tuh.. Ceyyyy dengan konpidennya WN bagi jawapan : Apa la Ayang nih sendirik belajar pun boleh tak tau.. KAJIAN KESELAMATAN kan??? ..Haaaa betul! betul! Betul la tu mak,  hubby jawab..

p/s : APAAA RAAA laki aku ni.. aku pulak yang lagi tau daripada dia.. kek nye kata Scorer CPs.. ceik, poodaa cit!!!!

Isnin, 2 Mei 2011

Citer Hubby : MTAT (SUSPENSION AND DISMISSAL OF STUDENTS)

The performance of all CP is monitored throughout the course. Monthly performance reviews are to be conducted by their respective Syndicates DS. A CP may, depending on circumstance, be temporarily suspended or dismissed from the course if he/she is unable to meet the aim and objectives of the course. All CP must be aware of the College’s suspension and dismissal criteria to avoid any legal implication later on.

• Suspension Criteria.
A CP will be temporarily suspended from the course if absent from class/lectures for more than 10 working days. This can be due to reasons such on compassionate leave, medical leave or pending legal proceeding. In such a situation, the CP will be returned to respective service organisation or country. CP may be relegated to the subsequant course once the problem is settled.

• Dismissal Criteria.
A CP may be dismissed from the course based on any one of the following criteria:
  1. Found guilty of any act or behaviour that is contrary to good military conduct or discipline in accordance with Armed Forces Act 1972 during the course.
  2. Failed any course module. The UM Diploma Programme is considered as one Course Module.
  3. Failure to submit the Research Paper (Commandant’s Paper).
  4. Repeated absence from classes/lectures without any valid reason.
  5. Absence from classes/ lectures with reasons for more them 10 working days.

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit