Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Ahad, 3 Julai 2011

TLDM : Pasukan Khusus

Pasukan Khas Laut (PASKAL)
Adalah di antara aset elit TLDM yang sudah mencipta nama sebaris dengan pasukan khusus negara-negara maju berdasarkan penglibatan dan keberjayaan mereka di dalam operasi-operasi domestik dan juga di peringkat antarabangsa sejak penubuhannya lagi.

Kejayaan terbaru adalah kejayaan tim ini menumpas dan menawan sekumpulan lanun yang telah menawan sebuah kapal dagang Malaysia MT Bunga Laurel kira-kira 300 batu nautika Timur negara Oman dalam Operasi Fajar yang dilaksanakan sejak 21 Jun 2009 bagi memberi perlindungan kepada kapal-kapal dagang milik MISC dan yang berkepentingan kepada negara semasa melalui perairan Teluk Aden dari dirampas lanun.

KD PANGLIMA HITAM adalah sebuah pusat pentadbiran dan operasi pasukan ini di mana pentadbiran dan operasi rutin adalah diletakkan di bawah naungan Markas Armada manakala operasi khas akan dilaksanakan dengan perintah Panglima Tentera Laut.

Sebuah pangkalan hadapan iaitu KD SEMPORNA adalah penempatan khusus pasukan ini terletak di Sabah Timur bagi memantau aktiviti-aktiviti yang memerlukan tindakan pantas untuk menanganinya.

Simulator
Sejajar dengan perkembangan, penambahan dan pemodenan aset tempur dan aset sokongan, TLDM turut merencanakan sesuatu untuk pemantapan wacana ilmu modal insan yang mengoperasikan aset dan peralatan supaya menghasilkan satu input yang membanggakan negara dalam permainan olah perang di samudera.

Justeru penyediaan simulator-simulator yang yang menjurus kepada sesuatu tugas yang berasaskan cogan Float, Fight and Move (Terapong, Berperang dan Bergerak).

Cogan ini jika ditafsirkan akan mencakupi semua aspek kemahiran teknikal, taktikal dan semangat juang warganya. Penyediaan penyelaku-penyelaku seumpama ini memberi impak yang sama seperti berlatih di platform sebenar malah menjimatkan masa dan wang ringgit.

TANGKAS adalah Penyelaku Kawalan Kerosakan (DCFF) adalah satu konsep latihan amali dalam konteks kawalan kerosakan dan mencegah kebakaran di dalam kapal. Pendedahan di dalam modiul yang direka khas yang menyerupai keadaan sebenar di dalam sesebuah kapal dan pelaku bertindak mengikut prosedur yang digariskan untuk menentukan kapal tidak mengalami kebocoran dan memadam kebakaran dan terus terapung untuk berperang walaupun mengalami kerosakan-kerosakan fizikal.

Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ;

  • Damage Control Training Unit (DCTU) yang direkabentuk menyerupai satu keratan badan kapal dengan tujuan untuk memberi latihan dan pendedahan mengenai kebocoran kapal. Dipertingkat dari sistem konvensional yang membolehkan struktur DCTU ini dibuaikan ke kiri dan ke kanan menyamai roll di laut sebenar.
  • Fire Fighting Control Unit (FFTU) pula direkabentuk menyerupai satu kompartmen kapal yang akan mengalami kebakaran minyak. Pelatih akan mendapat pendedahan menggunakan alat pemadam api yang betul dalam usaha memadam kebakaran di dalam kapal.

PUSTAKMAR (Pusat Taktikal Marin) dibangunkan dengan sokongan sistem simulasi yang sistemetik dan mesra pengguna bagi mengasah minda, kemahiran dan membentuk kerjasama taktikal dalam konteks Aksi Informasi dan Organisasi (AIO) kepada tim AIO.

Biasanya pemain-pemain akan menghabiskan beberapa hari di Pusat ini untuk latihan olah perang secara simulasi sebelum keluar ke laut melakukan aksi-aksi di medan dalam waktu sebenar.

Ship Handling adalah satu gerak kerja yang sangat penting untuk menentukan pergerakan kapal (manouever) lancar, selamat dan menepati keperluan taktikal jika berada dalam suasana pelayaran biasa, latihan atau perang.

WASPADA ialah Penyelaku Anjungan (Bridge Handling) bagi menyedia dan melatih Tim Panduarah di anjungan yang disimulasikan sebagai sebuah kapal telah dibangunkan pada tahun 2003 dengan pembangunan perisian software dan hardware oleh ECS Simulator STN ATLAS Electronic adalah kesinambungan kepada skim latihan asas dan lanjutan (teori dan amali) kepada pelaut dari kalangan pegawai eksekutif, anggota Navigasi (JTP), Komunikasi, Kelasi dan Kejuruteraan dalam konteks pemanduarahan (manouevering) yang sebelum ini telah disempurnakan di fakulti masing-masing dan nilai tambah dalam kerjasama berpasukan tim panduarah.

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit