Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 26 Ogos 2011

Menyepi seketika..

Yeay yeay nak raya!!! yeay yeay balik kampung!!! Okay bermula 26 Ogos sehingga 5 September ni..  WN terpaksalah menyepikan diri dan meninggalkan dunia blog ini.. .... Sebab :

WN balik kampung la..
First phase (26 - 31 Ogos) : di Kuala Pilah
Second phase (01 - 05 Sept) : di Temerloh

Tiada maknanye WN dapat bertenet.. tak de strymix dan tak de broadband..

Kepada semua WN mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

dan "SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA SUNAT DI BULAN SYAWAL"

dan "BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.. INGAT ORANG TERSAYANG YANG MENUNGGU KEPULANGAN ANDA"

Meh sama-sama kita berpantun:


Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati yo!!)
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu...... hihihi

Surat Ucap Selamat Hari Raya

Asssalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera..

Kepada Penyinggah Blog WN yang dirahmati Allah Taala..

"...Kedatangmu sangat dirindui, Pemergiaanmu sangat ditangisi..." itulah Ramadhan Al Mubaraq yang semakin hari semakin meninggalkan kita seluruh umat Islam.. Ramadhan kali ini ibarat Ramadhan terakhir buat diri kita seluruh umat Islam yang dikasihi.. Kerana itulah pesan Nabi Muhammad SAW apabila Ramadhan bakal berakhir..

Aidil Fitri merupakan kejayaan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.. Ianya bukanlah suatu perayaan semata-mata tetapi ianya merupakan kemenangan dan kejayaan kepada seluruh umat Islam yang telah mencapai kemenangan dan kejayaan di dalam beberapa siri peperangan yang banyak berlaku di dalam bulan Ramadhan Al Mubaraq yang mulia..

Marilah kita bersama-sama memperingati dan menyingkap sejarah Islam terdahulu di mana Nabi Muhammad SAW, para Sahabat dan umat Islam terdahulu bermati-matian dan berjihad dalam menyebarkan dan menegakkan agama Islam.. Janganlah kita sekali-kali leka dan lalai dalam menyambut perayaan Aidil Fitri ini... Aidil Fitri akan lebih bermakna sekiranya Rukun Islam yang wajib kita dirikan dapat dilaksanakan dengan sempurna..

Ramadhan tinggal berbaki beberapa hari sahaja..Marilah kita bersama-sama menghitung diri kita di bulan Ramadhan ini..  Insya-Allah, ruang dan peluang masih senantiasa ada di hadapan kita untuk kita bersama-sama memperbaiki diri dan meningkatkan amalan dalam melaksanakan perkara-perkara yang wajib sebagai umat Islam yang sempurna..

Di Ramadhan Al Mubaraq yang mulia ini, saya, Wife Md Navy mengambil peluang dan kesempatan yang ada ini untuk memohon kemaafan kepada seluruh Penyinggah Blog WN... Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini dapat memberi rahmat dan hidayah kepada kita semua agar perjalanan hidup kita bertambah baik dan bertambah berkat hendaknya...Insya-Allah Taala..!

Akhir kata, berhati-hati semasa kepulangan anda ke kampung halaman dan sentiasa mencari kesederhanaan dalam menyambut hari lebaran ini..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh Penyinggah Blog WN yang dikasihi Allah Taala.. Amin Ya Rabbal A'lamin...

Ikhlas Kemaafan Daripada
Wife Md Navy

Khamis, 25 Ogos 2011

Ogos ini..

Bulan 8 a.k.a Ogos ni.. 
- Jatuh pada bulan yang dinanti-nanti oleh Umat Islam di dunia.. Bulan Ramadhan

Bulan 8 a.k.a Ogos ni.. 
- Bulan kemerdekaan negara tercinta - Malaysia

Bulan 8 a.k.a Ogos ni.. 
- Bulan kelahiran tuan punya blog ini

Bulan 8 a.k.a Ogos ni.. 
- tarikh kelahirannya pula berkongsi bersama:
- Kakak Ipar nya - Along
18/08

dan paling bermakna
25/08 ini
ulangtahun kelahiran yang PERTAMA
untuk Anakku yang PERTAMA..
(ada lagi ke lepas ni?!!.. kena melabur lagi la gamak nyer)

Sabtu, 20 Ogos 2011

MELAYU...

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA : Puisi nukilan Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar

Janji simpan di perut
Selalu pecah dimulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

P/S : Terlalu banyak benarnya.. Tidak tersangkal kenyataannya..

Ce imbas :

Kurang ajarnya tetap santun (betul sangat sangat nih.. cuba tengok yang lain.. kata2nya sungguh!!! ishh.. mahu ku tikam saje perut nya!!!)

Jika menipu pun masih bersopan (iya benar.. tu yang ramai sanggup berpoligami!!!.. ishh ape pulak kait mengait nih)

Melayu itu berani jika bersalah : Berani buat apa saja untuk tutup kesalahan - makin berani buat itu ini utnuk fitnah orang lain lagi tu..

Kecut takut kerana benar : Dam.. takut anak bini dan rezeki di apa-apakan..

MELAYU... Adakah semangatnya juga seperti bunga yang sedang melayu.. Entah la..

Tapi kita ini keturunan MELAYU.. MELAYU ISLAM yer!!!

Jumaat, 19 Ogos 2011

Asal usul Hajar Aswad

Tazkirah lagi...

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. 

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. 

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. 

Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahwa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. 

Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah.

Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Rabu, 17 Ogos 2011

Singgah sekejap je!!!

Hai la.. baru je kira-kira2 perbelanjaan untuk raya nih..
takpe-takpe..bulan nih WN dapat bonus 1/2 bulan gaji plus duit kutu.. yes! yes! yes!

a) Tempah baju raya untuk Hubby, Lutfi, Mak, Adik dan WN : RM600 ++ (biasa la tempahan standard KL yer)
b) Order daging salai 4 kg dan 4 ekor ayam kg salai : RM200++ (untuk masak2 kat kg time raya)
c) Order kuih raya : RM200++ (untuk sebelah keluarga dan kg mertua - paling skit berbanding tahun2 lepas)
d) Duit Ang Pau raya : RM300
e) Nak tukar absorber depan dan belakang keta : RM????

Laaa... berapa je tinggal kat tangan nih???!!

Duit oh duit.. sekejap nye la ngko singgah kat tangan ku!!!!

Selasa, 16 Ogos 2011

Skrip Biasa Didengar

Skrip orang tua dolu-dolu kalau kawin ngan askar
1) Elok la tu.. keje tetap
2) Askar cepat naik pangkat
3) Gaji pun bole tahan.. ce tengok si... tu balik kg dah bawak kete sendirik
4) Mmm.. mak suka tengok askar kalau pakai uniform.. smart.. tak hansem pun nampak hensem
5) Bangga kami kalo ngko kawin ngan Mamat tu
6) Gaji dia ngko dapat.. (LLP la)
7) Dia tu kepunyaan negara.. biar la dia gi sana... Negara yang hantar..

Skrip orang tua sekarang kalau kawin ngan askar
1) Betul ke ngko nak kawin askar?
2) Bukan askar ni suka meng ayat orang ke?
3) Dengar citer ramai askar kawin lebih dari satu
4) Gaji askar kecik je.. boleh ke dia tanggung ngko?
5) Memang la tetap.. tapi pencen muda.. lepas tu dia keje Pak Guard la
6) Kalau cerah bintang cepat la naik pangkat.. kalu malap.. pencen Prebet je la..
7) Kawin ngan askar nanti kena pandai iron uniform dia.. kilatkan kasut dia..
8) Mana dia pegi ngko ikut.. Jauh tu.. kang melekat ngan orang sana..

Isnin, 15 Ogos 2011

TLDM : Frotila Bantuan

Flotila Bantuan mengandungi:

- Skuadron ke 26 Kapal Penyapu Ranjau Kelas Mahamiru- KD Mahamiru(11), KD Jerai(12), KD Ledang (13), KD Kinabalu(14). 
Jenis Penyapu Ranjau

Skuadron yang dikenali sebagai Mines Counter Measures Vessel (MCMV) ini adalah menggantikan MCMV lama yang diperbuat daripada kayu yang telah dilucutkan tauliah daripada perkhidmatan era 70an. Skuadron baru ini mula berada dalam perkhidmatan TLDM moden pada tahun 1986 yang ditempah dari Italy yang masih mengekalkan nama-nama asal tetapi struktur badannya diperbuat daripada bahan Glass Reinforced Plastic (GRP) dan perkakasan lain yang menggunakan bahan tembaga bertujuan untuk mengurangkan kesan medan magnetik sesuai dengan tugas dan peranannya untuk mengesan, menyapu dan memusnahkan periuk api.

- Skuadron ke 31 Command & Support - KD Sri Indera Sakti (1503) dan KD Mahawangsa (1504). 
Jenis Kapal Kawalan dan Perintah Pelbagai Guna (MPCSS) . Ditauliah 1983 : Krew 136

Skuadron Kapal Kawalan dan Perintah Pelbagai Guna (MPCSS)
Satu-satunya skuadron pengangkut malah juga sering dilibatkan dalam operasi amfibi dan operasi-operasi penting seperti OPS FAJAR, misi-misi kemanusiaan di dalam dan luar negara. Bagi menyokong kekurangan yang begitu ketara dengan keperluan penugasan yang sangat mendesak, penambahan beberapa buah lagi kapal seumpama ini tidak sepatutnya menjadi retorik dan ekonomi negara sebagai alasan. Bagi merealisasikan keperluan drastik TLDM, membeli kapal terpakai adalah lebih realistik di samping menunggu pembinaan kapal pengangkut pelbagai guna yang sedang dirancang.

- Kapal Auxillary diserap dari MISC- MV Bunga Mas Lima.
Tercetusnya idea transformasi BM 5 ialah bermula dari OPERASI FAJAR (OPS FAJAR) pada tahun 2008 memandangkan penugasan kapal-kapal
TLDM untuk pengawasan ini menelan kos yang terlalu tinggi. Satu konsep kerjasama dan perkongsian strategik di antara TLDM dan MISC telah termeterai. Sebuah kapal dagang ditransformasikan menjadi sebuah kapal Auxiliary TLDM BM 5 bagi menyelesaikan satu masalah negara khususnya ATM mengekang ancaman baru. Kejayaan terbaru kapal ini ialah menjadi platform kepada Pasukan Khusus negara dan berjaya menyelamatkan tebusan dan kapal MT BUNGA LAUREL yang di tawan oleh 7 orang lanun pada 20 Jan 2011 yang lalu.

- Skuadron ke 36 Hidrosurvey- KD Mutiara, KD Perantau dan KTD Penyu.
Platform-platform ini memain peranan dan menjadi pemula yang sangat penting kepada penyelidikan, pengukuran dan pemetaan laut yang mana sekarang ini hidrografi TLDM telah berjaya mengeluarkan carta laut sendiri yang telah di guna pakai oleh pelaut antarabangsa yang beroperasi di kawasan ini. Jika sebelum ini TLDM menggunakan British Admiralty Charts untuk panduarah tetapi ketika ini keseluruhanya menggunakan Carta Malaysia (MAL Chart) dalam ukuran metrik sepenuhnya.
Pablikasi-pablikasi lain yang berkaitan turut dikeluarkan oleh Pusat ini untuk kemudahan pelaut-pelaut sekali gus menjana pendapatan negara.

- Diving Tender- KTD Kepah
Kapal Tunda Diraja ini yang asalnya berperanan sebagai Ocean Tug dan mula mempelbagaikan peranan kepada tugas-tugas operasi Pasukan Penyelam setelah KD DUYUNG dilucutkan tauliah. Walaubagaimana pun nama KD DUYUNG telah diabadikan kepada sebuah Unit yang dulunya lebih dikenali sebagai Pusat Selam
TLDM.

- Skuadron Fast Troop Vessel (FTV) – KD Sri Gaya, dan KD Sri Tiga Adalah 2 buah kapal yang digunakan sebagai pengangkut trup dan ransum dari Sabah ke Gugusan Semarang Peninjau (GSP).

- Skuadron bayangan Multy Role Support Ship (MRSS) Masih dalam perancangan kerajaan walaupun sudah beberapa kali kenyataan tentang perolehan ini disuarakan bagi memenuhi kekurangan yang ketara dalam inventori TLDM. Platform ini menjadi sangat penting kepada Angkatan Bersama ATM bagi mengatur gerak Pasukan Amfibi ke kawasan-kawasan operasi dengan lebih pantas dan sistemetik. 

Khamis, 11 Ogos 2011

TLDM : Unit-unit Simpanan Sukarela (PSS)

Penubuhan unit-unit Simpanan Sukarela (PSS)

Terdiri daripada komponen-komponen ;
  1. Simpanan Pilihan (PALAPES/PLAS),
  2. Simpanan Pakar (Pelabuhan/Perkapalan),
  3. Simpanan Khusus(Perikanan/Perubatan/JabatanLaut),
  4. Simpanan Sukarela Biasa dan
  5. Simpanan Angkatan Tetap (Bekas Pegawai dan LLP TLDM).

Komponen-komponen ini telah diletakkan di bawah empat (4) unit PSSTLDM bertauliah iaitu
  • KD SRI MANJUNG,
  • KD SRI MEDINI,
  • KD SRI KLANG dan
  • KD SRI PINANG.

Enam (6) unit Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) iaitu
  • PSTL Chendering,
  • PSTL Kuantan,
  • PSTL Kuching,
  • PSTL Labuan,
  • PSTL Sandakan,
  • PSTL Tawau.

Lapan (8) unit Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES-Laut) iaitu
  • Universiti Sains Malaysia,
  • Universiti Teknologi Malaysia,
  • Universiti Utara Malaysia,
  • Universiti Malaya,
  • Universiti Putra Malaysia,
  • Universiti Teknologi MARA,
  • Universiti Malaysia Terengganu dan
  • Akademi Laut yang telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Ogos 2010 dan merupakan komponen pertama diwujudkan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Empat (4) unit Pasukan Latihan Anggota Simpanan (PLAS) iaitu
  • Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah,
  • Politeknik Johor Bharu,
  • Institut Kemahiran MARA Manjung,
  • Politeknik Matang, Kuching dan
  • satu (1) unit Pakar (Limbungan).
Jika dikira dengan jumlah unit yang telah tertubuh dan jumlah keanggotaan yang ada, sasaran TLDM untuk menjadikan nisbah satu anggota PSS bersamaan 3 anggota tetap (1:3) yang mana 75 peratus dari Simpanan Sukarela (SS) dan 25 peratus dari Simpanan Angkatan Tetap (SAT) (bila diimplemen) sehingga tahun 2010 boleh dikira telah mencapai sasaran untuk membantu TLDM dalam mencapai misi PSSTLDM iaitu menyedia sumber manusia simpanan yang kuat semangat juang, berkemahiran dan mempunyai kecekapan menepati kehendak TLDM.

Satu dimensi baru PS
STLDM terbentuk bagi penyelesaian jangka panjang terhadap keselamatan, iaitu konsep kerjasama dan perkongsian strategik di antara TLDM dan MISC telah termeterai. Sebuah kapal dagang ditransformasikan menjadi sebuah kapal Auxiliary TLDM (BUNGA MAS 5 (BM 5) dengan krew BM 5 yang telah diserapkan ke PSSTLD
M untuk melaksanakan operasi menjaga keselamatan kapal-kapal dagang Malaysia yang berkepentingan di zon-zon yang berisiko tinggi seperti di Perairan Teluk Aden Somalia.

Rabu, 10 Ogos 2011

List wat 2 do time Hubby bertugas di luar negara / kat Laut..

Ni list sy ketika kena tinggal lama.. Utk yg gi kat tempat2 tak de coverage HP atau Internet terutamanya.. Pastikan beliau meninggalkan perkara-perkara ini:

1) Kad ATM Hubby
2) Semestinya la no PIN Kad ATM Hubby
3) Kad Kredit Hubby
4) No fon Pejabat Hubby
5) No HP anak buah Hubby kat Opis dia
6) Kereta, kunci kereta, Kad Access Parking dan Geran Kereta
7) Dokumen2 penting Hubby terutamanya Kad Insurans Keluarga

Dan pastikan juga mampu / kena mampu jugak melakukan perkara2 ini:

1) Driving skill : bukan yang biasa2 je tapi sambil melayan anak2 yang sedang melasak di dalam keta

2) Bagi yang bekerja : Pandai2 curik masa untuk melakukan tugas Menteri Kewangan Kerumahan anda di dalam waktu keje

3) Melaksanakan tugas2 sebagai Suri Rumah Tangga (bagi yang tak de MAID macam WN nih) seperti memasak, membasuh, kemas rumah, shopping barang dapur dan mendidik anak dengan efisien selepas Opis Hour.. tapi sekarang dah pandai - Upah MAID mingguan.. sehari RM50 je.. kat KL la.. tolong kemas umah dan lipat kain

4) Tau sikit2 hal teknikal dan elektrikal di rumah contoh : tukar fius, bulp lampu (kalo terbakar), hal2 keta tak mau start..

5) Selalu2 lah call adik beradik sendirik dan ipar duai.. diorg pun nk tau juga status adik/abang diorg.. plus tahu stress kita kat level mana.. he he..

6) Kena banyak2 sabar tunggu Hubby call.. jgn pikir macam2.. ye la diorang pakai telefon satelit.. kena tunggu giliran

5) Last but not least : Kena sihat dan kuat fizikal dan mental.. ye la.. nangih sensorang kalau time down sesangat.. ini la pentingnya kita kena buat macam2 aktiviti untuk menyibukkan diri supaya jgn memikir yg bukan2 ttg hubby kita..

Selasa, 9 Ogos 2011

Ketinggalan Keretapi

Lepas bacaan doa pagi ni (sebelum mula keje la).. WN ditegur boss.. katanya "EH NGKO.. mesti alert tau  kaedah pengiraannya.. kang salah nanti!!!.. PP dah kuar ke belum?.. Dah Check website JPA.. dan pastikan.. MESTI SIAPKAN SEBELUM 16 HB TAU!!!"....

Macam angin je suara bos tu masuk tinga kiri kuar tinga kanan WN.. Dan terpikir.. wat pe nak beriya-iya benar nak check PP bagai... kan ke dah bincang GAJI bulan Ogos seperti biasa jadualnya.. 23 hb.. sebab raya ujung bulan.. 

Terus dok kat meja.. Apahal pulak pepagi buta CC datang jengok tempat WN nih??!!.. Boss.. kita ada 5 hari bekerja je lagi sebelum 16 hb.. PP tak kuar lagi kita nak 'organise' camana ye pembayaran ni!!.. WN cepat2 jawab.. cam biasa la kan.. bukan pun susah sangat sistem kan ada!!! 

Cop2!!! CC kuarkan ke5 jari2nya.. KISAH gaji memang tak de masalah la bos!!!.. Ni mesti BOS tak tengok TV semalam .. Okay2.. Ni kisah apa pulak??!! Pasal bonus 1/2 bulan gaji la BOS... Ohhhh iyeee kee??? KETINGGALAN LA PULAK ACHIK NIH!!!!

p/s : Kalau bab bonus ke apa ke.. bebudak WN yang 8 orang ni la akan paling kelam kabut.. dah biasa dah ngan keadaan2 gini (apa lagi.. kena OT la beb.. mana nak sediakan Kew 8 mana nak key-in satu2 dalam sistem untuk link ke Bahagian Kewangan.. semua staff 700 orang beb.. WN pulak sah2 kena wat Kertas Pertimbangan utk persetujuan BOD).. kalau silap kira dan terlewat bayar pastinya kami disalahkan.. tapi kalau tercapat atau terlebih bayar.. depa wat diam je...

Ahad, 7 Ogos 2011

TLDM : Sel Wanita TLDM

Memandangkan pegawai dan lasykarnita memainkan peranan yang sama penting dengan anggota lelaki di dalam TLDM dan melihat kepada perkembangan dan peningkatan, maka Sel ini telah ditubuhkan pada 1 Mei 2009 bagi menguruskan kerjaya serta kebajikan anggota wanita secara khusus.

Pada masa ini, terdapat tujuh pegawai wanita berpangkat Komander di TLDM dan kebanyakan mereka menduduki jawatan-jawatan tertinggi di pusat latihan dan pentadbiran. Jika sebelum ini hanya KLD TUNAS SAMUDERA sahaja yang memperuntukan perjawatan pegawai wanita bertugas di atas kapal tetapi era Kapal Peronda Generasi Baru telah memecahkan monopoli kaum lelaki sebagai pelaut di mana Pegawai-pegawai Wanita sudah pun diberi tugas yang sama.

Dengan peningkatan kuota 8 peratus pengambilan anggota wanita waktu ini, dijangka pegawai dan lasykarnita akan diperjawatkan ke perjawatan di kapal-kapal terutamanya dalam bidang komunikasi, bekalan dan teknikal yang memperuntukan penugasan yang sama dengan anggota lelaki. Sejajar dengan peningkatan kuantiti dan kesamarataan keistimewaan yang diperolehi, pengupayaan bidang dan tanggungjawab juga harus transisi tanpa mengira perbezaan gender, walaubagaimana pun tidak harus berkompromi dari sudut adab dan syariat.

<!--[endif]-->

Khamis, 4 Ogos 2011

Lutfi dan Umi

Bila Abah terlalu sibuk ngan tugasnya sebagai student MTAT..
Umi dan Lutfi je la yang jenjalan.. (tapi mesti ada sorang lagi.. Mak Chik Lutfi : tukang handle perangai Lutfi time Umi Lutfi drive.. dekat2 bole la gi berdua je)


Makan2 kat Subway Pandan Axis Atrium

Time Family day PPSM di PD

Uiit.. malu la ngan Lutfi ni.. nama je anak Mat Navy..
Tak mau lama2 masuk air laut
tak mau pijak pasir pantai pun ..geli!!!

Ngan sepupu2 Lutfi.. Abah nye tu Adik Umi.. Pak Ngah Lutfi

Melayan kerenah si kecik2 tu

Suka Lutfi dgn Burung Unta..


Di Masjid Besi, Putrajaya

Konon nak ke Pesta Bunga tu.. tapi sesak sangat.. pusing2 area tu je la

kat area Cruise Putrajaya.. tak dapat jugak naik sampan Dondang Sayang..
dah lewat sangat

Dan ini la dia orang yang selalu temankan Umi dan Lutfi gi jejalan - MAK CHIK (mak sedara Lutfi yang bungsu)
(plus dia la selalu ajak gi jalan2)

Gambar2 ni pun ihsan dari HP MAK CHIK

Rabu, 3 Ogos 2011

TLDM : Frotila Latihan

Flotila Latihan mengandungi:

- Skuadron 21 Frigat KD Hang Tuah (76), KLD Tunas Samudera.

Nama KD HANG TUAH sebenarnya sudah diguna pakai kepada kapal ex-HMS LOCH INSH yang dilucutkan tauliah kerana usang yang juga lebih dikenali sebagai ‘Hang Tuah lama’ dalam kalangan orang-orang lama TLDM. KD HANG TUAH hari ini merupakan sebuah kapal bersaiz Frigat yang ditauliahkan semula ke dalam perkhidmatan TLDM pada tahun 1977 yang nama asalnya ialah HMS MERMAID.

KD HANG TUAH telah banyak mengalami perubahan terutamanya kepada penderia dan Meriam dan ianya masih dikekalkan di dalam perkhidmatan adalah kerana kapal ini mempunyai open deck fitting yang memenuhi kriteria seamanship atau Ilmu Kelautan seperti mana terkandung di dalam buku rujukan Admiralty Manual of Seamanship (BR 67).

Kapal ini juga mempunyai kabin khusus untuk memuatkan pelatih-pelatih pegawai yang akan mengikuti latihan Ocean Navigation Certificate. Flotila ini juga mempunyai kekangan ketara di dalam keperluan sebagai platform latihan dan skuadron bayangan juga bakal dibina oleh syarikat pembinaan tempatan tidak lama lagi dan dijangka akan mengambil kira keperluan-keperluan asas Ilmu Kelautan dan penempatan pelatih dari kedua-dua genetik.

Isnin, 1 Ogos 2011

Sibuk-sibuk itu..

Jadi Floor Manager Majlis APC Jun lepas





Terus gi PD - Berbengkel : Punya sibuk gambar ni je sempat amik


Lutfi tinggal ngan Uwo dia kat Regency Tanjung Tuan dari pagi sampai malam

Pas tu sibuk2 pulak dengan BAKAT MTAT Final Event
 Gotong-royong siapkan Pelamin : Konsep Pelamin Tradisional Melayu.. Bahan Asas : Span
Penggunaan span mesti 70% daripada bahan lain.. Warna asas : 3 Warna sahaja

Kami yang bekerja : Kena la mohon Cuti Tanpa Rekod untuk hadir Aktiviti BAKAT

Bersiap-siap menyediakan Pelamin 
Supaya ia tidak musnah
Alhamdulillah.. Pada mata kami tak la cantik..
Tarian kami pun biasa2 je..
Tapi KUMPULAN TULIP adalah JOHAN pertandingan nih
mungkin menepati kriteria yang ditetapkan plus TEAMWORK serta KETERLIBATAN semua ahli kumpulan

 
 Bunga Manggar dari span : Kalo hujan.. kuncup la bunga kami nih.. serap air weh!!

 Bunga manggar dari Kumpulan lain : Dari Straw Minuman

 Yang ni pulak dari TALI RAFIA

Menyiapkan PELAMIN ANGAN KU JANGAN MUSNAH

 Berumahtangga dengan anak2 sampai malam tu..

Ni la tajuk acaranya

Gambar tarian tradisional dan lain2 tak dapat diambil sebab HP WN dah WENG time tu..
Lagi pun time tu dah kena control MACHO : sebab WN kena jadi PENGANTIN LELAKI.. 
Hu hu sabar je la

Tak dapat WN melaram ngan Kebaya Pendek & Kain Batik..

Last TOUCH - UP sebelum pertandingan bermula

Ni pesaing kami : PELAMIN CINA - Daripada Surat Kabar Lama
(Kumpulan ni NAIB JUARA)

Lega !!!! BAKAT nye aktivit dah habih!!

September : Mess Nite
November : Graduation Day (UM Modul) Hubby
dah kira-kira.. Baju untuk occasion2 ni cukup sampai hujung tahun.. he he
tak kan nak pakai baju sama kan!!!

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit