Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 16 Disember 2011

Cuti Hujung Tahun

;)
Hrmm.. dah pertengahan bulan Disember.. 2 minggu lagi dah masuk tahun baru 2012.. Sejak 1 Disember 2012, WN secara rasminya bertukar ke Bahagian baru.. Sibuk?!! Sangat sibuk!!!.. Terpakai sangatlah peribahasa melayu ni:

KELUAR MULUT BUAYA, MASUK MULUT SINGA

Dah serah tugas berkaitan Perkhidmatan, HRMIS dan Skim Baru Perkhidmatan Awam (mesti diorang dah muntah2 nengok segala macam formula camana nak letak tangga gaji di Lampiran C tu kot!!!)

Sonok jugak bila naik tempat baru ni.. diorang kata.. wah!!! kat bawah standard umah flat je.. naik atas dapat ruang keje standard 'penthouse'.. hi hi..

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI


lagi haru biru hidup rupanya di Bahagian baru.. sebab:

1) Bahagian yang sangat2 baru wujud.. kena set-up fungsi dan carta organisasi sendiri
2) Bahagian dengan jumlah staf yang sangat kecil layak dan dipanggil Unit ini dipertanggungjawabkan untuk mengkordinasi semua aktiviti Pejabat2 Negeri agensi..
3) Dgn tak tau ntah apa-apa halatuju.. kena kordinat Pejabat negeri untuk merancang Action Plan & KPI 2012.. hai yak!!.. tido malam lengan atas dahi ooo!!!

Dan sekarang masih tak sempat nak kemas cecantik kawasan keje.. baru habis Bengkel Perancangan Strategik Klaster hari ni.. dah penat 2 minggu ni memerah kepala untuk menyediakan pengisian bengkel supaya bertepatan dengan kehendak BOSS yang tersangat besar jawatannya (JUSA C) walaupun belum layak pegang jawatan CEO (sekarang DSJ.. Turus 2 tu!!)

Dah lari tajuk nih!! Berbalik kepada tajuk..

Hubby dah start Cuti minggu ni sempena tamat Kursus MTAT.. sehingga 27 Disember nanti (melapor ke MAB)

Cuti di Hujung Minggu lepas - Zoo Negara : Lutfi dan Ponny

WN nampak gayanye bercuti hujung tahun dengan Cuti2 hujung minggu je.. sebab Cuti Rehat dah habis guna sepanjang tahun ni dengan macam-macam perkara berkaitan dengan kesihatan anak.. hu hu nak wat camana?

Sejak Mac - Jun 2010 disambung pulak dari September 2010  sehingga 13 Disember 2011, terpaksa pasrah dengan tuntutan waktu belajar hubby dan terpaksa menahan diri dari memohon untuk pergi berpoya-poya dengan Hubby dan family.. Time Hubby bercuti pulak WN terpaksa  menyibukkan diri dengan tuntutan kerja.. bila time WN bole bercuti-cuti panjang ni weh???

Sayang betul.. gambar hubby terima skrol gelap sangat.. x dpt diselamatkan..
maklumla.. bukan DSLR
Di Hari Penyampaian Diploma untuk Peserta Kursus MTAT

Penat dah ni!!! Plan untuk guna Cuti Krimas ni ke Cameron Highland.. tapi tu hanya perancangan lah.. tak de lagi try booking mana2 bilik hotel pun.. ada jugak yang kena tido kat dlm keta atau berkhemah je di Tanah Tinggi tu nanti!!

2 ulasan:

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...

salam....
kita belum pergi cameron lagi...nak juga ke sana..

lina berkata...

salam zira - Tugas hubby sama dgn tugas zira...menjaga kebajikan hampir 600 staff termasuk state....Bukan kerja mudah :) ......Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya...Mohon pertolongan ALLAH tanpa bantuan serta pertolongan tak mampu di akal utk melakukannya. Nak puaskan hati semua pihak...kerja yg BERAT....

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit