Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 20 Januari 2012

Seminar Pegawai Kanan

;)
Call mak mintak tolong mak jaga anak sepanjang seminar

WN : Mak, 12, 13 14 ni Mak free kan.. tak de gi mana2 kenduri kan?

Mak : Mmm.. ngapa?.. Ni mesti nak soh tolong jaga Lutfi kan?.. Pengasuh sakit ke?

WN : Tak.. nak bawak mak gi jalan2..

Mak : kan hari keje tu.. lama cuti.. i*** cuti ke?

WN : Dia tak cuti.. tu nak bawak mak ni..

Mak : Jalan2 mana?

WN : Seremban.. kita tido kat Royale Bintang

Mak : Seremban.. hah ni mesti nak soh mak jaga anak ngko la ni.. tak de maknanye jalan2.. Seremban mana ada tempat best nak jalan2 pun.. Kursus apa pulak ni.. dah tau dah.. kalu ngko yg kursus.. pagi sampai malam la kat dalam kelas..

WN : ha ha ha.. tau jugak mak kan.. ala mak bawak la Nisa (Mak Chik Lutfi.. si pemetik anggur lagi sejak grad ari tu.. katanya nk rehat dulu) .. teman mak jalan2

Mak : apa tajuk nye.. kang jiran2 tanya nanti kena bagi tau jugak sebab dia kena tau jugak jiran diorang gi mana..

WN : Seminar Pegawai Kanan ....

Mak : Ha ha ha.. Bukan selama ni ngko Pegawai Kiri je ke? Kuli batak..

WN : Mak!!! Sampai hati tau..

Rabu, 18 Januari 2012

Lutfi = Abah ke Umi?

;)


Selasa, 3 Januari 2012

Hari Pertama

;)
03 Januari 2012
- Hari pertama bekerja di tahun 2012
- Hari pertama bertugas di Bahagian baru secara rasmi
- Hari pertama Bahagian WN wujud secara rasmi
- Hari pertama buka 'Organizer' 2012 agensi punya.. ha ha
- Hari pertama buka WEB Kalendar Agensi.. nak rebut tarikh 'meeting' ngan BOS paling besar (tapi kecik je orangnye..)
- Hari pertama Hubby bertugas secara rasmi di MARKAS ANGKATAN BERSAMA (MAB), Kementah (Alhamdulillah.. masih di KL)
- Hari pertama Hubby bekerja di Bahagian Operasi Logistik (J4).. dah dapat task ke Korat, Thailand.. 6 hb dah 'fly'.. hai ya!!!
- Hari pertama kerja dah hilang kosentrasi.. dok mikir nak menggaye kan kehidupan tanpa Hubby selama seminggu

Kerana pada 12 hb pula..

iaitu HARI PERTAMA Hubby bertugas di DALAM KAWASAN..

WN pula akan berada di LUAR KAWASAN sehingga 14 hb..

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit