Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 28 Mei 2012

Bos Besar Hubby

;) Weiii laaa weii.. lama sungguh tak up date blog.. entry2 bulan Mei ni semuanya dijadualkan.. Oleh sebab hari ni berkelapangan skit.. tetiba teringat nak tau sape la bos terkini Hubby ku di Markas AB tu.. Katanya orang NAVY.. tapi sekadar dengar nama.. kalau berselisih bahu di JJ AU atau Wangsa Walk haram aku kenal (macam la mereka itu berjalan2 di tempat2 seperti itu kan?!!)


..Ni la dia..

PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA

LAKSAMANA MADYA DATUK AHMAD KAMARULZAMAN BIN AHMAD BADARUDDIN
PJN PSAT DPMS PGDK PAT JMN KAT KMN PJM PPS PPA MA MBA mpat psc
(gambar didapati dari sini)

Motif N3 ni - Nak bagitau utk pertama kalinya Ketua Markas Angkatan Bersama adalah dari perkhidmatan TLDM.. kerana kebiasaannya adalah dari TDM.. Dan keduanya : Ni la BOS BESAR Hubby buat masa sekarang..

Ketiganya.. Saje nak share some info aksesori Uniform TLDM

Cara2 nak kenali mereka kalau maleh nak tanya orang :

Mula2.. kenalah tengok Name Tag nye.. dah tentu itu lah nick name nye..

1) Pada Topi nya (Peak Cap) - Bunga Padi di keliling Simbol TLDM.. (untuk Pegawai)
2) Line Emas (kalau masih Kadet atau Lain2 Pangkat - line Hitam je)
3) Bunga padi pada Cap - Untuk Pegawai berpangkat Komander aka Bridg General
"tertunggu2 juga hubby dapat upgrade aksesori yang benarnyer he heh"

4) Meh kita tengok Pangkat kat bahu lak..
Semua warna emas tu dah sampai pangkat Laksamana .. Gelaran : Panglima
Jumlah Bintang : Level Laksamana la
1 bintang : Laksamana Pertama
2 bintang : Laksamana Muda
3 bintang : Laksamana Madya kalau pangkat dalam Tentera Darat = Leftenan Jeneral
4 bintang : Laksamana 


Hubby nyer kenyataan :.. "Kalu Supply Officer dapat pakai satu Bintang sebelum PENCEN tu kira KERAMAT sangat la weiii !!!".. tu dia.... susah nya nak pakai pangkat golongan seperti ini.... apa2 pun REZEKI itu ALLAH yang tentukan kata ku pada Hubby..

5) Kat atas poket kanan : Lencana Pegawai Memeritah (Ketua satu2 jabatan lah kalau bahasa Awam nya)

6) Kat atas poket kiri : Lencana Pingat Kebesaran yang diterima.. biasanya kalo nak tahu depa ni dah ada gelaran atau tidak.. 

7) Di atas Lencana Pingat Kebesaran pulak : Lencana Kepakaran beliau.. kalau tak silap mata ku memandang.. beliau ini mempunyai kepakaran pegawai peperangan TLDM. 

Dan keempatnya.. nak inform.. N3 seterusnya pada bulan Jun akan datang.. INSYA ALLAH..


Rabu, 23 Mei 2012

ENGLISH SANG EDITOR

;)
Acapkali Sang Editor Bahasa Melayu ini 

mengajar Anak Saudaranya dengan perkataan2 dan ayat2 yang baru 

dan beliau membahasakan makanan ini sebagai :

(dari image google jer..)
'WELCOMING BANANA'

dan aktiviti riadah ini dinamakan ;-
'WALK-WALK EAT AIR'
dan reaksi kebiasaan kami yang mendengarnya akan 
1) terkasima, 
2) berpandangan, 
3) bercucuran air mata  dan 
4) pecah perut 
kerana KESEDIHAN akibat GELIHATI yang MELAMPAU

Rabu, 16 Mei 2012

Mei ada banyak hari peristiwa..

;)
OH Ya.. sebelum tu.. SELAMAT HARI GURU kepada semua CIKGU2 tak kira la cikgu sekolah ke, cikgu tuisyen ke, cikgu menjahit ke, cikgu driving school dan semua yang sepatutnya di panggil CIKGU lah.. (dan termasuk OSTAD)..

Bulan ni banyak sangat hari peristiwa kan?!! Dan dua daripadanya adalah CUTI UMUM di Malaysia iaitu 1 Mei dan 28 Mei nanti.. Meh tengok..

1 Mei - Hari Pekerja : 
Kita sambut - Tahun ni kat Bukit Jalil. Announcement Gaji Minimum kepada Pekerja Swasta oleh PM disambut baik (walaupun ramai juga tak berpuas hati)


9 Mei - Hari Ibu :
Tahun ni ramai dah tak sambut sejak keluar pernyataan dari seorang Ustadz popular mengatakan ianya HARAM disambut kerana penghargaan kepada Ibu adalah masa bukan pada hari tertentu sahaja.. Hu hu.. baru je nak merasa.. Namun, betul jugak.. WN tak pulak pernah memberi apa2 yang special kepada MAK selain ucapan pada HARI IBU.. hari raya selalu.. dapat bonus belikan jugak sesuatu.


12 Mei - Hari Jururawat Sedunia :
Tak tau sangat kerjaya Nurse ni.. tapi sgt kagum dengan mereka yang bertugas dengan penuh minat dan komitmen.. Lagipun Nurse ni kerjaya mulia.. tak semua orang sanggup berdepan dengan tugas2 menjaga hal2 orang sakit nih terutama bab menjaga kebersihan dan karenah pesakit.. Syabas kepada Nurse yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang baik.. yang mana asik muncung dan marah2 tu tolong la bertukar ke jabatan kesihatan yang tiada SHIFT.

13 Mei - Sejarah Hitam Negara Malaysia
Ooooiiii.. tak mau la terjadi perkara ini.... Mungkin manusia2 yang join CLEAN sgt itu, tak ingat latar belakang Sejarah Hitam ni.. atau tak rasa hidup pada keadaan darurat tu.. meh nak share skit..
Berlaku pada 1969 kerana rusuhan kaum kerana masalah perpaduan di Malaysia yang mengakibatkan kehilangan nyawa, harta benda dan berkait rapat dengan PRU 1969. Citer asal tatkala ada di kalangan ahli politik telah ;

a) Membangkitkan soal2 Bangsa Malaysia seperti Bahasa Kebangsaan (B.Melayu)
b) Kedudukan istimewa Melayu sbg Bumiputera dan
c) Hak kerakyatan orang bukan Melayu

Kisah terjadi time Parti Perikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 dan ia disifatkan sebagai pencapaian gemilang oleh Parti Pembangkang  di mana mereka telah meraikan kemenangan pada 11 Mei 1969. Meh sini ini yang WN nak tekankan..

Mereka meraikan kemenangan dengan perarakan yang sebenarnya TIADA MOTIF pun!!! untuk menimbulkan isu perkauman TETAPI segelintir PENGIKUT PERARAKAN (yang TIDAK DIKETAHUI IDENTITINYA) mengeluarkan slogan SENSITIF berbaum perkauman semasa perarakan diadakan di jalan2raya di KL.

Pada 12 Mei pula mereka melalui kawasan melayu dan melontar penghinaan sehingga pada 13 Mei 1969 berlaku pula perarakan balas pada paginya oleh pihak yang satu lagi kerana emosi sesangat dan macam2 kes pembunuhan berlaku dalam tempoh 2 hari berikutnya sehingga pada 16 Mei, negara diistiharkan DARURAT.. Perlembagaan digantung, DYMM Agong memerintah bawah Undang2 Tentera, Parlimen digantung..

Lihat la sendiri.. ketika ini golongan PROFESSIONAL dan ahli POLITIK dah tak boleh bersuara sangat..
(Kalau okay.. kepala TENTERA nya okay la.. kalo tetiba OTAK nya kena twist oleh yang bertandok tu.. jadi la kita seperti MYANMAR dan KEMBOJA dolu2)..

Konon ceredik sgt la ye join perhimpunan tu.. sampai sgt la ye mesej nye itu.. ngkorang luahkan saje la pada PRU13 nanti .. make sure sume gi ngundi..

Uittt.. panjang la pulak..

16 Mei - Hari Guru
Merasa jadik guru untuk 6 bulan.. bukan minatku.. Tugas mereka sangat berat.. Mendidik jiwa anak bangsa ke arah masa depan negara yang terbilang.. TERIMA KASIH CIKGU2 KU.. Tapi terkilan mereka kini yang berada di dalam profesion ini juga ada yang menyemai dan mendorong jiwa anak-anak ke arah ketidakpuasan hati terhadap kerajaan.. CIKGU tugas mu seharusnya mendidik mereka mencintai negara, mencintai BANGSA Malaysia.. kelak bila mereka dewasa.. biar mereka sendiri menilai KERAJAAN Malaysia itu bagaimana..

20 Mei - Anniversari Ku.. 
Ulangtahun ke 13 ye.. macam baru je setahun dua usia perkahwinan ini.. Masih juga malu2 kucing terhadap Hubby, masih juga tak kenal 100% karenah hubby.. dan hati ini masih juga lebat dengan dihiasi BUNGA2 CINTA.. a ha ha ha..

28 Mei - Hari Wesak
Peristiwa penutup pada bulan Mei 2012 ni.. Ia merupakan hari terpenting kepada penganut Buddha keran melambangkan hari kelahiran, pencerahan agung dan kewafatan GAUTAMA BUDDHA.

Ada lagi tak hari peristiwa pada bulan Mei yang WN tak catatkan ke?!!


Jumaat, 11 Mei 2012

Jalan2 di Sabak Bernam

Kejadian : 7 - 8 April 2012

Kali pertama berjalan2 sekitar Sabak Bernam..
Selama ini.. cuma lalu je..
untuk ke Lumut selalunya..
Anakanda suka sangat tengok sekitarnya seperti
Air River, Air Longkang (Parit = Tali Air sebenarnya..)
Pokok Nasi (Sawah padi) 

SEJARAH SABAK BERNAM
bacalah kat bawah ni: 

PEMERINTAH SABAK BERNAM
Hangin tau.. dengan hubby nyer statement..
Dah dah jgn dok perasan body dah kecik !!!
(tak de niat pun tau.. 
niat asal cuma nak baca Citer Sabak Bernam ni time free)

SUNGAI SELANGOR ke.. SUNGAI SABAK BERNAM

Makan tengahari di Medan apa ntah tak ingat
Puas sangat dapat makan Masak Lemak Cili Padi Udang 
(besar2 udangnya.. dan sangatlah manis)

dan kami minum petang dengan 
Tauhu Goreng cicah kuah kacang serta Char Kuay Teow kat sini..
Memang best la..

perut kenyang tapi masih juga nak try pau dan cendol kat gerai depan restoran Kuala Kurau tu
tapi TAPAU je
bawak balik ke HOMESTAY.. (memang sedap lah..)
(alamak tak amik gambar kat home stay la.. memang gile murah.. 
Rumah 2 bilik boleh kata hampir lengkap baru RM140/malam)

Tu la.. WN memang selalu lupa nak amik gambar kalo gi jalan2..
Sebab Hubby ku tak suka sangat agenda bergambar nih..

Rabu, 9 Mei 2012

Sasterawan Negara atau Professor to be

Sedang membebel..
atau memberi ceramah..
atau..
mendemaklasikan sajak

Rabu, 2 Mei 2012

Berpayung2an..

Berpayung2an dengan 2 lelaki yg penting dalam hidup ni (buat masa ni la..)
Tapi sekarang nih si encem yang tengah je ada disisi
3 hari lagi baru lah sorang lagi kembali ke sisi...
Setelah 2 minggu ber EKSESAIS di Penang..
Ohhh.. keterlupaan..
SELAMAT HARI TLDM (belated... 27 April)
SELAMAT HARI PEKERJA (belated gak)

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit