;)
Kenapa bunga raya pulak?
Sebab..
Bunga raya = bunga kebangsaan kita
dan
Bunga raya = Simbolik Hari Pahlawan..
yang disambut pada hari ini = 31 Julai setiap tahun
Kenapa pilih bunga raya warna merah?
Kerana merah = simbolik ciri-ciri kepahlawanan sejati, sifat berani, keikhlasan, rela berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara
Tapi..
ramai tak tahu tujuan sebenar ia disambut.. (malah ada yang tak tahu pun.. )
bila ditanya.. kenapa ada Hari Pahlawan?
ramai yang beri jawapan2 seperti berikut (termasuk la WN sendirik);
a) Kutip derma untuk anggota tentera
b) Hari letak kalungan bunga di Makam Pahlawan atau Tugu Negara
tujuan adanya Hari ini adalah supaya Rakyat Malaysia menghargai jasa dan pengorbanan Anggota Tentera yang bukan saja mempertahankan tanah air tetapi juga membangunkan negara dalam pelbagai bidang.
Hari Pahlawan seharusnya disambut dengan semangat patriotisme dan nasionalisme yang tinggi, semangat pengabdian kepada kepentingan rakyat, mencerminkan kerelaaan anggota tersebut berkorban demi kepentingan negara, agama dan bangsa
eee cehh!!! cam bagus jer!!!
Oh En SUAMI..
walaupun kamu itu seorang Anggota Tentera..
adakah En SUAMI ku ini layak digelar PAHLAWAN?!!!
Ha ha ha..
Rasa2nya ke SUKARELA an berkorban itu lebih banyak kepada
PAKSA dan akhirnya terpaksa la meRELAkan (PAKSARELA)
Oh en SUAMI..
sedang hari ini terpaksa terbang ke TAWAU untuk tugasan pun penuh dengan keluhan..
keikhlasan hati itu pasti lah TIADA kan?!!!
itu belum lagi ISTERI mu ini..
(ye la.. kan bulan poser.. kalo boley tak mau la berbuka pose berdua ngan Lutfi je kan!!!)
Layak kah kita meminta mereka di luar sana menghargai dan memperingati kita
pada masa akan datang..
..hrmm..
3 ulasan:
Kak, to be honest saya jumpa ramai askar zaman sekarang yg mmg cuma pentingkan gaji & naik pangkat je. Masuk tentera bukan lagi sbb minat atau patriotisme tapi sbb jaminan hidup (walaupun x semua, % tu kecil). Generasi zaman dulu maybe deserve more the appreciation heheh, tapi ikhlas atau tak, we can only try our very best...the rest let Allah decides :-)
hihi, semua pekerjaan adalah 'pahlawan' dalam dunia yang tersendiri dan masing-masing. Doktor adalah pahlawan utk pesakit, dan seterusnya...
adik saya sampai hari ni nak jadi askar tapi takde rezeki lagi...
macamana nak buat kak kalo malware detect nih?
Catat Ulasan