Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 29 Ogos 2013

Nasi Kabsah

Nasi arab kak besah...

Khamis, 22 Ogos 2013

Lutfi & goggles

Cara nak cegah ubat gigi tepercik ke mata...

Rabu, 21 Ogos 2013

;) Tertib Meminta Maaf untuk dijadikan panduan
Sumber : http://prihatin.net.my/


Tertib Beraya Terbaik Masyarakat Jawa

WALL JAWAMari kita sambung artikel tentang adab Orang Jawa semasa beraya yang kami ceritakan dalam artikel lepas bertajuk BUDAYA ISLAMIK JAWA BERAYA. Kami rasa banyak kebaikkan kita kongsikan amalan ini, khusus bagi mereka yang bakal hidup bersama dengan masyarakat dan keluarga Jawa. Samada atas alasan perkahwinan atau sosiologi  berjiran. Atau sekurang-kurangnya untuk menanam budaya terbaik ke dalam generasi Muslim keseluruhannya di masa depan.
Adab sangat dititikberatkan dalam amalan beraya secara tradisi masyarakat Jawa. Pada hariraya pertama dan minggu pertama, Biasanya yang muda akan menziarahi semua sanak saudara yang lebih tua, bermula daripada anak ziarah ibu bapa & datuk nenek, adik beradik, pakcik dan makcik dan seterusnya sepupu yang lebih tua.
Anggota keluarga mengambil giliran memohon maaf kepada yang lebih tua.
Gambar Hiasan : Anggota keluarga mengambil giliran memohon maaf kepada yang lebih tua.
Beberapa hari sebelum raya pula, sesama adik beradik, bagi keluarga yang besar atau bersama jiran penduduk kampung biasanya bergotong-royong secara bergilir untuk mengacau dodol di rumah beberapa orang tua terpilih sebagai host. Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan bekalan lebih, mereka akan turut menyumbang bahan mentah tambahan. Semua kerja termasuk mencari kayu api, memarut kelapa dan memerah santan dikerjakan bersama. Setelah dodol masak (biasanya sekitar 8 jam mengacau), setiap orang yang turutserta akan dibekalkan dengan dodol yang telah siap sebagai buah tangan, sehingga raya cukuplah bekalan dodol yang terkumpul untuk keperluan keluarga kecil itu secara kolektif dari aktiviti gotong royong tadi.
Amalan bergotong royong mengacau dodol & memantai memasak juadah hari raya seperti lemang, ketupat dan lauk pauk.
Amalan bergotong royong mengacau dodol & memantai memasak juadah hari raya seperti lemang, ketupat dan lauk pauk.
Di petang terakhir Ramadhan, mereka akan memantai, bergotong royong menyediakan juadah raya seperti ketupat, lemang dan lauk pauk sesama keluarga yang ada. Biasanya mereka tidak tidur di sepanjang malam raya. Sebelum ke masjid di awal pagi raya, wakil keluarga yang lebih muda akan menghantar juadah raya berupa lemang, ketupat, rendang, lodeh dan lain-lain kepada orang-orang tua yang dihormati di kampung itu. Tradisi ini di panggil `MEMUNJUNG’.
Hampir kesemua jenis juadah pagi raya yang dimasak oleh keluarga muda akan di agihkan kle rumah warga tua, tanpa mengira pertalian darah dan keluarga sebagai tanda hormat dan ikatan kasih sayang.
Hampir kesemua jenis juadah pagi raya yang dimasak oleh keluarga muda akan di agihkan kle rumah warga tua, tanpa mengira pertalian darah dan keluarga sebagai tanda hormat dan ikatan kasih sayang.
Usai solat sunat Aidilfitri, keluarga akan berkumpul dan mengambil giliran saling bermaaf-maafan. Ia dimulai dari isteri kepada suami, anak-anak kepada ibu bapa masing-masing. Kemudian beralih sesi bermaafan antara anak yang paling tua kepada ibu bapa, cucu-cucu yang paling tua diikuti dengan yang lebih muda kepada datuk nenek. Seterusnya di ikuti sesama adik beradik, dimulai dari yang muda kepada yang lebih tua.
Berikut adalah beberapa adab bersalam dan situasi ketika memohon maaf,
  1. Yang muda memohon maaf kepada yang tua terlebih dahulu secara bergilir. Yang terakhir bermaafan ialah yang paling tua.
    3955890310_e53d999119
    Gambar Hiasan : Maaf bermaafan di hari raya cara Orang Jawa
  2. Adab mesti berpakaian sopan, termasuk bertudung dan bersongkok.P8300324
  3. Posisi duduk bertemu lutut atau lebih rendah dari yang tua dan membongkok merendah diri. Samada muka bertemu telinga untuk memudahkan pendengaran atau tunduk hingga muka merendah di bawah paras bahu sambil KEDUA BELAH TANGAN bergenggam salam dengan erat.61256_580867311954819_2036935864_n
  4. Dimulakan dengan lafaz selawat, ucapan hari raya dan diikuti permohonan maaf untuk diri sendiri, juga mewakilkan diri untuk memohon maaf bagi pihak isteri & anak-anak, sekalipun mereka juga ada di situ ketika itu. Ini menampakkan yang mereka bertanggungjawab terhadap perbuatan anak isteri mereka.rayalepas3.jpgb
  5. Bagi yang memohon maaf (yang muda) merapatkan muka ke telinga sambil berdakapan atau merapatkan muka ke sisi pinggang yang tua sambil meluahkan kata-kata dengan sangat lembut, sayu dan syahdu, seakan akan berbisik.DSC_1848
  6. Bagi yang mendengar (yang tua) akan mendengar dengan khusyuk, sekali sekala berbalas kata, seolah-olah mereka sedang berbincang panjang.raya20097
  7. Biasanya sesi itu agak panjang, bagi peringkat veteran, ia boleh sepanjang 15 minit dan diiringi dengan esak dan tangis penuh keinsafan dalam ikatan kasih sayang.100_2406
ANTARA LAFAZ SEWAKTU MEMOHON MAAF
  • Auzubillahi minasyaitoonirrojiim
  • Bismillahirrohmaanirrohiim
  • Allahumma solli Ala Sayyidina Muhammad, waala Aali Muhammad,
  • Kama sollaita ala Ibroohiim wa’ala Ali Ibrohim
  • Astaghfirullah al-aziim 3x
  • Allazi la ilaaha illa huwalhayyulqoyyum wa’atuubu ilaik
  • Allahuakbar3x Walillahilhamdh
  • Assalamualaikum bapak
  • Saya sekeluarga ucapkan Selamat hari raya Aidilfitri
  • Taqobbal minna wa minkum
  • Wajaalna wajaalakum Minal Eidin Walfaaiziin
  • Sempena hari baik bulan baik ini, Saya bagi pihak diri selaku orang muda yang lemah dan lalai ingin memohon ampun dan maaf sebanyak banyaknya, dari hujung rambut sampai hujung kaki, awal ke akhir, dari dulu hingga kini. Mohon di ampun segala dosa, zahir dan batin, samada yang kecil atau yang besar, yang nyata atau yang tersembunyi, (ada kalanya mereka menyatakan beberapa kesilapan yang mereka sedari telah dilakukan secara spesifik satu demi satu).
  • sedikit lafaz dalam bahasa Jawa ialah “KELUPATANE KULO, PIRANG-PIRANG LUPUT, NJALOK DHI NGAPURO, LAHIR BATIN, AWAL AKHIR, YO SAK ANAK BOJO KULO SEKABEHANE, NJALOK DHI NGAPURO”
  • Saya juga Mohon di halalkan dunia akhirat akan segala harta anak adam yang terambil, termakan dan terminum, samada secara sedar maupun tidak.
  • Saya mewakili isteri dan anak anak saya, juga mohon di ampun segala kesalahan mereka, juga minta dihalalkan dunia akhirat segala yang terambil termakan dan terminum.
USAI SESI LAFAZ MAAF DARI YANG MUDA, YANG TUA PULA AMBIL GILIRAN.
  • Mengulangi pembuka kata seperti di atas, iaitu berupa selawat, istighfar dan lain-lain.
  • menyatakan rasa kesyukuran kerana diingati, diziarahi dan merasa dihormati.
  • Menyelitkan beberapa nasihat berguna kepada yang muda
  • Menutup sesi itu dengan doa selamat dan doa hari raya
  • Sebelum berhenti mereka akan berpelukan, berkucupan penuh kesyahduan dan biasanya diiringi dengan isak dan tangis.
Sebagai perbandingan kami nyatakan juga pantang larang dalam tradisi budaya beraya masyarakat Jawa yang kini sedang berleluasa. Antara contohnya,
  1. Permohonan maaf adalah satu luahan berbentuk sesalan dan kesyahduan, tidak wajar kita luahkan sambil tersenyum atau ketawa tersengeh-sengeh. Orang Jawa tidak suka gelagat yang tidak serius ketika bersalaman memohon maaf, mudahnya sambil tersengih gedik dan mengada-ngada.
    photo-134
    Gambar Hiasan : Contoh yang kurang disukai oleh orang-orang tua Jawa apabila pernyataan maaf itu tidak dilakukan secara serius
  2. Tidak merendahkan diri. Contohnya muka kita lebih tinggi dari orang tua yang sedang kita pohonkan maaf darinya. Apatahlagi budaya berdiri, keberatan untuk tunduk, bersalaman dengan cara menarik tangan orang tua ke muka kita  – lihat gambar hiasan.
    maaf-maafan
    Gambar Hiasan : Bersalaman sambil berdiri dan menarik tangan orang tua ke atas dan bukan kita membongkok untuk tunduk itu bukan sahaja buruk pada masyarakat Jawa tetapi juga buruk untuk masyarakat Melayu.
  3. Pantang bagi Mana-mana ahli keluarga yang bersembunyi, tidak keluar bersalaman dan bertegur mesra mengalukan saudara mara yang hadir dan tidak keluar memohon maaf dan meraikan kepulangan sanak saudara yang datang beraya. – Inilah budaya yang sangat serius kami perhatikan saat ini.
    Salaman
    Gambar hiasan
  4. Pantang bagi tetamu meminta juadah yang bukan-bukan atau duit raya (kini sebahgian besar Masyarakat Jawa pun sudah terikut-ikut). Ada klip video lagu nasyid tradisi Baraan yang sering dinyanyikan oleh Warga Prihatin ketika bertandang. Akan kami uploadkan Insyaallah. Antara liriknya ialah “..Kepada Tuan rumah Jangan bersusah payah, bukannya kami mengharap juadah, tali silatulrahim kita sambungkan, sunnah-sunnah nabi kita laksanakan…”
    5004025701_26ee2b0de5_b
    Gambar Hiasan : Pantang bagi tetamu (dayoh) minta duit raya ataupun makanan. Tetapi, pantang juga untuk tuan rumah membenarkan tetamu pulang tanpa menjamah.
Kami berjaya mengumpul beberapa klip rakaman video lama VHS yang sudah kami digitalkan dari beberapa co-founder dari suku Jawa. Insyaallah akan kami edit dan paparkan agar kita dapat meneliti dan mengambil sedikit pelajaran untuk memperbaiki atau membentuk peradaban terbaik generasi kita di masa depan.
Hasil Iqra’ dan Perkongsian
WARGA PRIHATIN


5 THOUGHTS ON “TERTIB BERAYA TERBAIK MASYARAKAT JAWA

Duit Raya Untuk Ibu


Sayunya hati

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya".

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya.... Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab... dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yang sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor

Tarikh : Wednesday, August 21 @ 00:00:00 MYT
Topik : Umum

Selasa, 20 Ogos 2013

18 dan 20 Ogos 2013

;)
 18 hb Ogos hari tu - tarikh lahir aku yang sebenar.. berkongsi tarikh lahir dengan Kakak Ipar yang sulong (Along) .. seawal 17 Ogos Along wish birthday.. ye la kan tentula dia ingat.. Along tanya.. Izam x de bagi / buat apa2 ke.. Aku jawab.. As u know la Along.. Along? Aku tanya dia pula.. Hrmmm.. ooo OK angguk.. tanda paham.. Hubby dan Biras itu.. sama bulan kelahiran.. hampir sama perangai.. sama Zodiak.. cuma Hubby banyak celoteh..

18 hb Ogos ari tu.. aku teringin sangat nak cuba buat Kek Coklat Moist.. penyudahnya.. kek ku itu tak menjadi.. sebab.. gas habis.. tapi still boleh makan.. tiada kait mengait dengan sambutan hari jadi sendiri.. memang tak pikir langsung.. tetiba Lutfi tanya.. Umi buat kek birthday ke?.. Bila kek dah sejuk lutfi pegang Kek tak jadi tu sambil nyanyi lagu Birthday untuk Aku.. Perasaan?.. Sungguh!!.. aku tak tahu.. suka ke terharu.. atau lebihnya terkedu kot.. first time dinyanyikan oleh ANAKANDA tercinta.. yang ajar.. hrmm

Hari ni 20 Ogos.. Hari lahir aku yang dicatit di atas Surat Beranak (Kes daftar lewat kat Balai Polis sebab di bersalin kan kat rumah.. lain yg diberitahu lain yang ditulisnya..)
Ramai rakan wish birthday kat FB.. Terima kasih kepada semua kengkawan atas. paling tak disangka.. Hubby call untuk wish birthday.. setelah beberapa tahun lupa tarikh birthday.. kalau wiah pun sebab aku yang ingatkan atau kakak2 iparku yang tolong ingatkan.. Perasaan?.. Blushing.. Tak tau nak cakap apa.. tenkiu je.. dan tanya dengan tak de perasaan.. nak belanja apa..

Anyway..  sangat terharu k.. untuk sekian kalinya.. Hubby wish birthday.. TERIMA KASIH HUBBY.. Ingat jugak.. and Hubby wish juga di FB.. wuiyyoo.. terhalu giler nih!!!



Isnin, 19 Ogos 2013

RUMAH BARU KAMI

Janji masuk blog.. pandai2la teleng kepala memasing ye..

Mini playgraund

Belakang 

Tepi

Depan


Sent from Samsung Mobile

Rabu, 14 Ogos 2013

Baju raya color GREEN

Anakanda ku kini terlalu obses dgn green color.. Nak muffin color green.. Air color green (epal la tu) Tahun ni baju rayanya juga nk color green.. Kasut green.. Duit raya pun nk color green jugak..
Harap tahun depan Lutfi obses color orange-yellow lak.. Manatau.. Isi angpau raya tahun depan dpt yg color orange-yellow lak kan!!!

Raya di Kuala Pilah

Seronok sgt dpt tengok Lutfi berlari2an di atas tanah tanpa halangan.. Jauh dr jalan raya.. Jauh dari perasaan takut di 'kidnap'  kerana rumah jauh dari kawasan org lain... Main bunga api.. Kejar2.. Memasak.. Serta bermandi2an di luar rumah.. Seronok sangat tengok anak BEBAS

Anak tudung NINJA

Anak tudung ninja.. Dh lama beli.. Tapi sy x leh gi.. Last2.. Bg anak bujang yg satu tu buat brg mainan nye.. Katanya.. Ninja Mask.. Lantak kau.. Dan dh jumpa satu yg best pakai.. Yg kat kepala saya tu.. Selesa sangat

Meeting di Miri

Sorang2 dlm bilik malam ni.. Tak pe.. Solat Terawih selepas buka puasa bersama staf cawangan Miri... Sunyi.. Menjelang bersahur pukul 3.30 pg.. Imsak di Miri kul 4.45 pg

Isnin, 5 Ogos 2013

RAMADHAN 1434H

;)
Alhamdulillah.. In Sha Allah selepas maghrib hari ini kita akan menghabiskan puasa yang ke 27.. berbaki 2 hari

Alhamdulillah.. pada tahun ke 3 aku bergelar ibu, aku berjaya juga melaksanakan Solat Terawih walaupun tak sampai 5 hari.. walaupun hanya dilakukan di rumah.. banyak cabarannya.. paling utama.. cabaran mengatasi masalah kemalasan apabila ianya melepasi waktu tengah malam.. kedua.. apabila anakanda tidak boleh berkompromi.. dan ketiga.. apabila sang suami sendiri seperti tidak merelakan Lutfi dibiarkan terutama apabila beliau tiada di rumah.. takut Lutfi melakukan perkara-perkara yang tidak diingini ketika aku bersolat.

Alhamdulillah.. aku berjaya mengekang kebiasaan membeli kuih/biskut raya yang cantik2 dan sedap.. mengambilkira.. akhirnya aku jugak yang menghabiskan.. menternak lelemak dari biskut selepas raya.. ohh tidak!!!.. ambil masa utk mengeluarkannya semula..

Alhamdulillah.. dengan Bantuan Hari Raya yang diumumkan oleh Kerajaan.. aku dapat mengurangkan jumlah wang yang sepatutnya ku korek dari duit tabungan..

Alhamdulillah.. pada Ramadan tahun 2013.. sehingga hari ke 27.. kami tidak pernah lagi berbuka puasa di luar.. hanya membeli sekadarnya dari PARAM jika tidak berkesempatan untuk memasak lauk berbuka..

Alhamdulillah.. pada hari ke 14 Ramadhan lalu.. umur Lutfi telah genap 3 tahun Islam..

Ya Allah.. aku bersyukur ke hadrat Mu.. kerana memberi kesempatan kepadaku untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini.. dan aku bermohon kepada Mu agar Engkau pertemukan aku dengan Ramadan pada tahun 1435H.. Aku berazam untuk memperbaiki lagi nilai ibadahku kepada Mu pada bulan RAHMAH Mu.. Aku berazam untuk melakukan Solat Sunat Terawih pada setiap malam (kecuali hari2 yang tidak dibolehkan) dan aku berhasrat untuk melakukan ibadah pada tengah malam.

Walaubagaimanapun Ya Allah.. Aku bermohon pada Mu.. Engkau berikanlah kekuatan kepada ku untuk tidak menangguh-nangguhkan ibadah ku kepada Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengasihi dan Menyayangi.. Ya Allah, Engkau sucikan lah hati ku ini untuk melakukan ibadah kepada Mu hanya kerana Mu dan Rasul kesayangan Mu Nabi Muhammad s.a.w.. jauhkan lah aku dari sikap RIAK Ya Allah..

Amin.. Ya Rabbal 'Alamin..

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit