Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Selasa, 26 November 2013

" PREBET LAPOK "(1979)



Lutfi Ikram suka sangat lagu ni.. Automatik je.. 
Mungkin dah ada darah tentera mengalir dalam badannya dari kedua-dua belah Arwah Atok Lutfi. Juga dari Abah (TLDM) dan Umi (Lt Muda TLDM (Bersara) ha3x.. 

;)

Khamis, 21 November 2013

12 tahun lupus..

;)

Emosi ketika pertama kali ia hangat diperdebatkan..

Jangan bimbang.... Kereta lama tak akan dilupuskan, tak akan ada pengehadan usia. Kalau lupus, macam mana dengan perniagaan half cut, perniagaan kereta terpakai, industri alat ganti kenderaan, perniagaan memberi kredit oleh pihak bank, dll dan macam-macam lagilah....

Cerita nak lupus kenderaan ini dapat dilakukan kalau tahun 2020 nanti kita betul-betul menjadi negara maju, kalau betul kerajaan akan turunkan harga kenderaan. Tapi, kalau nak pakai Perodua Viva pun kena bayar 40K++, tak payah cerita fasal lupus kenderaanlah....

Buat malu saja.

Syiling vs Batu

;)

Cerita ini saya ambil daripada kiriman teman melalui kiriman Whats App. Kepada pencerita asal, terima kasih dan saya lanjutkan cerita ini di sini untuk manfaat bersama.

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang tekun membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan memasukkannya ke dalam sakunya. Dia kemudian menyambung kerjanya semula.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, ke kanan dan sekelilingnya. Tiada sesiapa yang berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam sakunya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Sekali lagi, dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku!" bisik lelaki itu di dalam hatinya.

Lelaki itu tidak sedar, syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang dibina mereka. Sebenarnya, ketuanya hendak memanggilnya. Puas ketuanya menjerit dari aras lapan, untuk memanggil lelaki yg berada di aras paling bawah itu, namun jeritannya tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian jentera pembinaan di kawasan tersebut. 

Oleh sebab itulah si ketua mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak untuk melihatnya di atas bagi menyampaikan pesanannya kepada pekerja itu. Sayangnya,sehingga habis syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu tidak juga mendongak.

Lantas, si ketua itu mengumpulkan serpihan kecil batu bata yang terdapat di lantai. Satu per satu batu kecil itu dibalingnya ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Kerana berasa sakit, lelaki itu mendongak, untuk melihat datangnya batu bata kecil yang 'menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba untuk mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanannya.

Sahabat sekalian, Allah sering menurunkan rezeki (syiling ), rahmat, atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Dia menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu seruan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur atas setiap kurniaan-Nya. Tetapi, acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia menimpakan 'batu' yang berupa musibah dalam bentuk kegagalan, keperitan, dan pengalaman yang menyakitkan pula. Dan hanya setelah kita menanggung kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur sebagai tanda mengingati Pencipta kita.

Renung-renungkan....

Rabu, 6 November 2013

NILAI TERAS TLDM

;)

4 NILAI TERAS TLDM :

KESETIAAN        - Honour
KEMULIAAN      - Loyalty
KEBERANIAN    - Courage
KEBANGGAAN  - Pride

Dalam dua ke tiga tahun ni.. tengok je.. perkataan2 ini di Navy Base.. Sekadar pandangan kosong.. Ingat slogan biasa.. yang datang dan pergi setiap tahun pada congakan saya.. Hari ni.. ntah macamana saya nak tahu kenapa ia menjadi 'header' di website TLDM.. dan jawapan kepada persoalan orang yang ketinggalan zaman macam saya ni (ye la.. tak duduk dalam base pun.. tak pulak join BAKAT.. dan tak de kawan2 rapat dari kalangan isteri2 tentera kan!!!).. perkataan2 itu ada 4 NILAI TERAS bagi organisasi TLDM.. Ingat agensi ngko aje yang ada Nilai Teras ke? (Dalam hati berkata-kata).. Tapi NILAI TERAS TLDM ini adalah yang terbaru.. sebelum ni ada 5 NILAI TERAS TLDM adalah KECEMERLANGAN, BERETIKA, PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN, MENEPATI MASA

dan ada lagu juga rupanya untuk Nilai Teras ni.. Tajuknya BANGGA BERKHIDMAT.. Dah dengar lah lagu ni..  Ni liriknya..

Berteraskan Emapat Nilai Murni
Jadi pemangkin Visi dan Misi
Menjana tekad untuk berbakti
Bangga berkhidmat sentiasa disegani

Kemuliaan berhati luhur
Kesetiaan patuh dan taat
Keberanian sedia berkorban
Kebanggaan rela berkhidmat

Ikrar kami sekata
Berkhidmat dengan bangga
Capai wawasan mulia
Tentera Laut bertaraf dunia.



Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit