Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 21 November 2013

Syiling vs Batu

;)

Cerita ini saya ambil daripada kiriman teman melalui kiriman Whats App. Kepada pencerita asal, terima kasih dan saya lanjutkan cerita ini di sini untuk manfaat bersama.

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang tekun membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan memasukkannya ke dalam sakunya. Dia kemudian menyambung kerjanya semula.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, ke kanan dan sekelilingnya. Tiada sesiapa yang berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam sakunya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Sekali lagi, dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku!" bisik lelaki itu di dalam hatinya.

Lelaki itu tidak sedar, syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang dibina mereka. Sebenarnya, ketuanya hendak memanggilnya. Puas ketuanya menjerit dari aras lapan, untuk memanggil lelaki yg berada di aras paling bawah itu, namun jeritannya tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian jentera pembinaan di kawasan tersebut. 

Oleh sebab itulah si ketua mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak untuk melihatnya di atas bagi menyampaikan pesanannya kepada pekerja itu. Sayangnya,sehingga habis syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu tidak juga mendongak.

Lantas, si ketua itu mengumpulkan serpihan kecil batu bata yang terdapat di lantai. Satu per satu batu kecil itu dibalingnya ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Kerana berasa sakit, lelaki itu mendongak, untuk melihat datangnya batu bata kecil yang 'menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba untuk mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanannya.

Sahabat sekalian, Allah sering menurunkan rezeki (syiling ), rahmat, atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Dia menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu seruan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur atas setiap kurniaan-Nya. Tetapi, acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia menimpakan 'batu' yang berupa musibah dalam bentuk kegagalan, keperitan, dan pengalaman yang menyakitkan pula. Dan hanya setelah kita menanggung kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur sebagai tanda mengingati Pencipta kita.

Renung-renungkan....

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit