Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 16 Disember 2009

CITER CITA-CITA

Dah 3 ari dok relaks kat umah.., 4 more days to go.. cuti!!!! (mc).. asik orang je cuti bersalin, tahun ni turn kita pulak yer..yeay.. sampai habis mc aku amik untuk merealisasikan impian kami berdua mempunyai zuriat..(Apa da.. hal2 rezeki Allah nak bagi pun ber dengki aku nih.. Astaghfirullah... busuk betul hati ku..).. Hari Isnin prosedur.. pas tu Prof Zainul bagi MC seminggu...yeay...

Nak catitkan sikit citer cita-cita kami adik beradik untuk memuhasabahkan diri sendiri.. Abah penah sebut.. dalam hidup ni tak pe berdengki untuk benda-benda yang baik.. dapatkan segala yang kita nak dengan apa cara pun tapi cara yang baik.. kalau dah usaha, tak dapat jugak.. Kita mesti berlapang dada..

Seumur hidup ni kebanyakan cita-cita Insya-Allah berjaya dicapai.. tapi banyak jugak tak tercapai.. Seumur hidup ini tak pernah bercita-cita besar.. Cita-cita saya ketika di usia remaja (sekolah menengah la).. Dapat kerja lebih baik daripada Arwah Abah, dapat beli kereta lebih baik daripada kereta Abah, dapat beli rumah lebih besar daripada rumah Abah.. tu jer.. (sampai Abah cakap, kami semua nampak gaya nya tak de la jadi Orang2 Besar..) Memang betul.. kelakar bila ingat zaman tu.. bila Abah tanya setiap anaknya dah besar nak jadi apa? Jawapan Anak-anak Abah tak de satu pun boleh dibanggakan..:


  • Along (saya lah tu..) : Tak tau la Abah.. yang penting nak masuk U.. tak nak orang cakap Mak Abah tak sekolah tinggi, tu la sebabnya anak2 semua tak pandai.... dapat keje jadi pegawai, dapat suami macam Abah, keje makan gaji, pangkat tinggi sikit dari Abah, dapat anak2 macam anak2 Abah.. Okay kan bah.... (Abah cakap.. belajar betul2.. kalau tak lulus peksa.. abah kawin kan Along).. Oh tidak... tak nak jadi macam Mak.. umur 18 tahun dah anak satu..(masa tu la.. he he.. sebab tak de boipren lagik)'... akhirnya belum grad lagi.. dah ada orang hantar tanda.. sapa lagi Hubby kita la.. Mak Abah cakap tunggu grad dulu baru leh nikah.. he he..
  • Angah : Saya nak jadi Orang Senang (ye la orang senang macam mana.. Abah tanya..).. Semuanya senang.. senang dapat keje, senang sekolah, senang hidup, senang cari bini, senang buat loan, senang bayar utang...
(Abah senyum dan geleng kepala.. kalau berdebat dgn Angah memang Abah surrender.. kalau dilayan.. jiran kiri kanan mesti dengar punye.. tapi ini lah kelebihan keluarga kami.. Abah dan Mak ajar kami berkongsi pandangan dalam topik2 yang diutarakan tak kira waktu .. contoh masa tengok tv.. boleh bertelagah pasal teknik orang buat filem.. macam terrer dan selalunya mengaku terrer,.. dan hasilnya.. kami semua.. he he.. kami tak pandai merajuk.. tak puas hati? cakap je la.. dan dalam keje saya.. saya aplikasikan kepandaian saya ni kepada anak2 buah saya.. cakap omputih.. 'brainstorming')
  • Abg De (masa ni dia kecik lagik.. dalam 8 ke 9 tahun la) : Adik nak jadik macam Abah.. semua orang datang carik.. best kan!!! (mungkin maksud dia.. jd Penyelia la.. jd orang rujukan.. Abah dulu Penyelia Lori-lori Minyak Sawit Felda ...) Laaaa.. Kalau nak jadi macam Abah tak payah sekolah tinggi2.. Ada ke patut Adik jawab.. Adik sekolah tinggi la Abah.. Kelas Adik kat tingkat 3.. tinggi tu.. (berguling2 kami gelak bila dengar jawapan dia)
  • Nisa (yang bungsu.. masa tu dia baru 5 -6 tahun) : Yang sorang ni lagi best.. ada ke dia jawab.. Nisa nak sekolah macam Along, kat Oversea.. (Penang.. Along dia la ajar nih).. duduk jauh2 .. boleh tiap2 bulan Abah masuk kan duit (ini kes ikut dan tengok Abah dia gi transfer duit la tu).. Arwah Abah cakap kat Nisa.. Nisa tak payah sekolah lama-lama.. jgn duduk jauh2,.... (masa ni punye la jeles kat dia.. ada ke Abah soh jgn sekolah lama2, masa tu ingatkan Abah cakap Nisa sekolah sampai SPM jer.... tapi sekarang dah paham, maksud di sebaliknya.. sebab Mak sekarang tinggal sorang...) Insya Allah, sebelum umur 22 tahun Nisa akan dapat Sarjana Muda.. tak seperti kami bertiga.. merangkak2 ke menara gading.. umur 24 tahun baru 'grad'..
TERHARU GILER.. bila Mak cakap.. dia bangga ada anak-anak macam kami.. sebab kami semua 'dapat pakai topi empat segi'.. kami dah buktikan.. kami tak bengap macam yang dikatakan oleh ipar2 nya dulu... [Mak dan Abah kawin saudara dekat (dua pupu), jodoh keluarga.. Mak orang rumah je (tak macam biras2 dia yang lain.. semuanya keje)]..
Sekarang ni masa kami pulak nak balas JASA mereka berdua...

Jumaat, 11 Disember 2009

Tak Fokus

Dua tiga minggu nih, byk citer nak dikongsikan, tapi tak sempat nak up date blog, sebab tak leh fokus.. tak tau nak mula dari mana.. masa banyak habis berjalan2 kat blog kengkawan.. tengok layout blogger cecantik, dan-dan rasa nak tuko layout.. belajar cecara tukar layout amik masa jugak.. tengok blog2 lain ada 'gadget2' yang menarik.. dan-dan nak tambah gadget juga kat blog ku.. Jadi satu catatan pun tak siap..

Status keje kat pejabat pun sama.. tak leh nak fokus satu-satu.. semua nak usik.. end of day.. satu benda pun tak siap.. Biasalah dah ujung tahun.. semua benda nak kena settlekan.. Dengan tugas2 uruskan Konvensyen KMK la (dah settle), Urus kan Hari Inovasi KKR (dah settle),tugas2 uruskan Mesyuarat MBJ (mesyuarat dah settle, minit mesyuarat dan tindakan kena buat), pencalonan staf untuk Anugerah Darjah Kebesaran - Dua negeri sedang menunggu, uruskan kemasukan Rekod Peribadi & Profil Perkhidmatan Staf dalam HRMIS - tak leh wat main ni, KPI Datuk KSU, Penilaian Prestasi pun kena start uruskan, Cuti dan GCR staf kena re-check dan settle sebelum tahun baru... waaaaa... mana satu nak cekup nih????

Tak termasuk personal life lagi.. Lepas raya, bajet lari sebab keta rosak, amik keta baru.. Hubby masuk sepital Pantai.. sebab "Slip disc - betul ke ejaan nye nih".. duit lagi.. Diri sendiri pulak.. bulan lepas dah selesai satu prosedur - cuti seminggu (byk la keje menimbun).. minggu depan prosedur kali kedua untuk transfer embrio (moga ada lah rezeki).... cuma kali ni tak mau mengharap.. kalau tak menjadi tak de la trauma sangat macam yang first time dulu (enam bulan lepas).. Tapi hati dalam sape la yang tahu kan.. tapi tak leh fokus jugak.. dalam kepala ni menimbun planning camana nak settle kan keje kat opis..

Fokus.. yang penting.. plan camana nak fokus..

Selasa, 24 November 2009

Beskal Baru Hubby dan Aku...

Bermula dari berjalan2 kat Carefour Ampang.. Hubby ternampak satu gerai jual Mountain Bike.. (salesmannya Mat Bangla.. tp hensem giler beb.. he he). Harga gila murah.. actual prize dekat RM1000 jual RM399.. Tengok je.. Cakap kat hubby.. tak perlu.. tak de masa nak berbasikal pun.. lagi pun hubby pergi gym hampir setiap malam..

Seminggu kemudian, hubby bagitau dah boring lari atas treadmill tu.. lagi pun kena ikut giliran.. tak leh lama2, sebab ramai yang nak guna.. Citer lagi nak beli beskal.. Cakap kat hubby.. kalau ada beskal nak simpan kat mana? (Adu hai.. dapat rasa agenda si Mamat nih)..

Teringat peristiwa lama2 dulu..
  • Musim giler swimming : asalnya ajak teman je.. pas tu ajak swimming terus.. buat alasan dah segan pakai swimming suit.. dibelinya swimming suit muslimah.. dekat setahun berulang alik Stadium Akuatik Shah Alam.. dah tak larat ikut buat alasan tak tahan pool kat dalam sejuk sangat2.. boleh kena paru2 berair.. he he.. hubby tak suka pool luar.. ramai sangat orang..


  • Musim giler jogging : selang semalam gi Tasik Titiwangsa.. asal nye teman kan je.. tunggu kat dalam kereta.. Akhirnya hubby kata bahaya.. kena ikut dia jogging.. mana larat nak ikut pusing tasik tu samapai 5 round.. 2 round pun dah jauh kena tinggal ngan hubby.. Wat alasan lagi bahaya.. gelap2 tu.. nanti kena kidnap.. (hubby tak suka jogging siang katanya panas) dan akhirnya;


  • Musim giler gym : bermula tahun 2007, hubby minat sangat nak wat badan dia nampak sasa.. akhirnya jadi member Fitness First setahun.. katanya seronok sangat.. dapat 3 voucher percuma ke gym tu.. aku jugak jd mangsa.. setiap sabtu, teman kan hubby ke gym tu.. akhirnya dipujuknya kita jd member Fitness First tu.. selama setahun.. tak leh byk alasan.. sebab agreement setahun.. sebulan RM175.. redah je la..

Semua musim tu dah habis.. Sekarang Hubby kata nak berbeskal la pulak... dan akhirnya.. Beskal kat Carefour tu dibelinya.. excited giler si Hubby... Dia terus balik nek beskal tu, malam lak tu.. Aku lak sambung shopping kat Carefour.. tak sampai 20 minit, hubby call.. suh amik dia kat Stesen Petronas (dekat umah aku).. sesampai kat sana.. tengok muka hubby yg sgt lah merah dan marah2.. kenapa?.. dimakinya Bangla jual beskal ni.. jual beskal tak berkualiti... dengan tayar pancit, gear dan brek langsung disfunction.. Dalam keta kebal aku beskal tu diletakkan dengan penuh susah payah nya.. nak di masuk kan jugak2 bagi muat.. Terus ke Carefour.. sesampai kat sana, hubby suh tunggu dalam keta.. dikeluarkan beskal tu dan tuju terus ke tempat beskal tu.. terkejut sekejap bila dengar dari keta bunyi benda jatuh kat dalam Carefour tu.. jenguk dari keta... Alahai.. sah dia mengamuk ni..

Hubby senyap je masuk keta, dah cool baru tanya Hubby.. apa jadi?.. Hubby bagitau dia campak beskal depan2 salesman tu, sebab salesman tu cakap tak leh buat apa2 sebab dah guna beskal tu.. walaupun baru 20 minit beli.. Abis tu tak mintak duit balik ke? Hubby tak nak.. sebab salesman tu nak pulangkan RM150 je.. Alahai, ni lah masalah Hubby ku.. kalau dia marah sangat2 mesti merugi kan diri dia sendiri.. Rugi RM399 dalam satu malam je.. Tak de rezeki..

Dua minggu lepas tu, Hubby inform tokey gerai beskal tu call dia nak ganti balik beskal ari tu, rezeki Hubby terjumpa budak Bangla yang jaga gerai T-Shirt sebelah gerai Beskal ari tu.. maklumkan Tokey dia rasa tak senang hati pasal Hubby campak Beskal tu dan langsung tak amik ganti rugi.. Akhirnya Tokey (Pak Arab) tu gantikan Beskal Baru pada Hubby.. Maka hari tu Hubby balik ke rumah tunggang beskal baru ni la...


Dan nak citer bab tak best lak... Ingat kan dengan adanye Beskal baru tu maka Hubby yang akan seronok sakan berbasikal, maka... tak perlu la aku bersama2 Hubby lagi untuk aktiviti mengeluarkan peluh tu lagi... Sangkaan ku meleset sama sekali... Kali ni aku diheret ke aktiviti baru Hubby lagi..

Kali ni.. terpaksa teman kan Hubby berjogging keliling Bandar Baru Ampang setiap awal pagi hari Cuti dengan Beskal Baru Hubby tu la pulakkkk!!!!... Huwaaa... Sakit punggung ku wooooiiiii la.... Bayangkan seksanya diriku ikut Hubby lari nek bukit tun bukit.. kalau Hubby berjogging mesti tak kurang 7 km punye.... penat laaaa woi kalu ikut dia walau kita berbeskal... Dia mesti la tak de masalah nye.. Mat Navy.. dah biasa sangat lari jarak jauh ni...

Sabtu, 14 November 2009

AIR MATA SEORANG RASUL KERANA UMATNYA

eeeeiiiii yah!!!! camana nak upload lagu ni, camane yer?

eeeeiiiiii yes!!!!! akhirnya berjaya!!!!!!

KHATIMAH CINTA (maksud nya lebih kurang - Penamat / Penghujung / Penutup dan yang sewaktu dengan nya oleh 6ixth Sense)

Jom kita hayati artikel ni...

sambil2 layan lagu Khatimah Cinta, pilu sangat...


Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah."Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.”


Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku. Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.


Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.


Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.



  • "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
  • "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
  • Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
  • "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
  • "Jangan risau, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.



  • Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"


Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya lainnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Jumaat, 6 November 2009

Berbelas tahun dahulu :1994 - 1998 (Zaman Student)

Belek punya belek album lama, tetiba gatal je tangan ni 'snap' picture ngan hp.. dan antara kaedah2 memenuhi waktu rehat yang panjang di hari Jumaat ni.. Jemput la jamu mata gambar zaman2 hingusan ku.. ha ha ha..


1997 - Dining Out Rotu Navy USM - Intake 8 (Daripada 22 orang hanya 10 orang bertahan)

1994 - Zaman Kadot.. Intake 8 yang 'BLUR' memanjang.. First time..Sebelum belayar ke Langkawi.. masih ok (tak mabuk laut lagi)

1996 - Latihan Pelayaran KLD Tunas Samudera dengan Intake 3 UTM : Dah ada 'junior' dan ha, ha,ha dah berlagak masa tuh..


1996 - tengok la Uniform "No 1" ku di zaman itu.. kalau buang 'cap' dah jadi macam pengawas sekolah kan!!! (KD Sri Pinang - Gelugor, Pulau Pinang)

1998 - Kenangan hari-hari terakhir di USM sebelum masing2 bertebaran mencari kerjaya (final sems).. Antara pelajar2 Komunikasi 1994-1998

Selasa, 3 November 2009

Akhirnya Hubby lepaskan 'BERLIAN' hatinya

Segalanya bermula pada akhir tahun 2003.. ketika Arwah Abah (mertua) mula di dianogsis 'lung cancer' peringkat ke 3.. Hubby mula berulang alik dari Lumut ke Shah Alam menjenguk Abah seminggu sekali.. Hati jahat ni berkata.. kalau tak sebab Abah.. sebulan sekali pun payah nak turun KL.. Cemburunya hati ni jangan cakap la.. Sebab.. Abah pancing Hubby.. Abah tawarkan 'Si Berlian' tu temankan Hubby berulang alik KL-Lumut, Lumut-KL.. Kita pulak.. tak ada apa.. nak hulur duit pun tak cukup.. Kata Hubby, sejak ada 'Si Berlian' tu tak de lah rasa susah hati berulang alik.. tengah2 malam bertolak balik pun tak susah hati.. Ye la kan.. Mantap..
Selepas Abah meninggal, 'Si Berlian' dengan sahnya menjadi milik Hubby.. Salin je barang Abah... Tak best jugak, sebab dah third hand.. Hati ni memang tak seronok langsung.. Ye la, duit gaji tak berapa nak cukup tapi taste cukup la tinggi.. Kalau kita standard teguk Air Mineral je.. dia sekali jalan teguk 'Fresh Orange'.. Maintenance.. punya la tinggi.. Tanya kat Hubby.. termampu ke nak tanggung dia.. Hubby dengan selamba jawab, kalau dah suka, apa2 pun dia sanggup tanggung.. Memang la aku yang terpaksa menanggung derita.. Sakit telinga bila Hubby cakap bulan ni kena bajet sikit sebab si dia itu la.. si dia ini la.. bajet kita pulak yang kena 'cut'. Semuanya sebab 'Si Berlian'.. Satu perangai Hubby.. cukup la bangganya kalau orang bertanya pasal 'Si Berlian' tu..
2007, Hubby seronok sangat sebab dah selesai tanggungan bulanan untuk 'Si Berlian' tu.. Tapi dia dah mula buat masalah.. Sekali masuk klinik.. berkali ganda dari tanggungan bulanan.. selang 3 bulan ada je masalah nye..
2008, Hubby kata kalau ada duit lebih nak beri perhatian lebih sikit kat Si Berlian tu.. Hampir RM15K untuk make-up, maintainance, aksesori dan up-grade dia saje, .. Kita pulak.. bagi bunga-bunga nak mintak beli rantai leher emas yang harganya tak sampai RM2K.. kata Hubby..Membazir.. Sakit hati kan.. Apa lah salah nya.. Bila adik beradik ipar tanya.. Si Hubby tak de ke beli kan apa2 ke? Terus je jawab tak de, sume nye untuk 'Si Berlian'.. dengan harapan ipar2 kesian.. Ipar2 ku kata.. ye la tu kan peninggalan Abah.. Mesti la Hubby sayang lebih.. Kecik nye hati ku... Akhirnya.. Aku beli jugak rantai tu dengan duit sendiri.. biar la..
2009, Si Berlian mintak lebih perhatian.. Hubby mengadu.. tak leh jadi.. duit yang tersimpan tak pernah lekat sebab ada-ada saja sebab yang membuatkan duit saving di korek sebab Si Dia ni.. tak sampai 3 bulan guna duit lagi.. Maintenance 3 bulan sekali memang tak pernah failed.. Menjaga Si Berlian ni, macam menatang minyak penuh kata Hubby.. Guna sesekali je.. tapi masih buat hal.. Kita diam je.. dah malas nak bagi komen.. Sejak mula bermasalah, kita soh Hubby lepas kan je Si Berlian tu.. Adik Beradik Hubby pun start pujuk Hubby.. Buat apa simpan lagi kalau dah banyak sangat masalah.. 'Let go' je la.. Hubby diam..
Hari Raya ke 5 tahun 2009.. kemuncak segala keputusan Hubby.. Di Temerloh, dia dah buat masalah.. Perlahan-lahan bawak balik ke rumah.. Esoknya terus hantar ke Specialist Centre dia.. Kena tahan seminggu.. Tiap-tiap hari Hubby berulang tengok dia.. Dikatakan.. kalau dah elok masalah ni.. penyakit lain lak yang menunggu.. Aiyoo.. Sekali ni je dah dekat RM2k.. yang lain tak tau la berapa lagi..
28 September 2009.. Hubby buat keputusan.. Nak "Let go" Si Berlian ni.. Ala hai.. sedih la pulak hati ni dengar.. Betul2 nekad ke?!! Tak kan tak nak bagi masa kot.. Kan dah elok.. Ambik la masa dulu.. tenang kan fikiran dulu.. Banyak rugi nanti.. Kira ni bagi advise kat Hubby la ni.. Hubby cakap kalau bawak balik rumah nanti hatinya berubah pulak.. jadi.. biar la Si Berlian tu diambik di Specialist Centre tu jugak.. Kata Hubby, tak mau pikir2 lagi pasal dia.. Tapi nampak jugak Hubby murung je.. tidur pun lengan kat atas kepala..
2 Oktober 2009.. BDG 2634, Honda 2000 (Berlian) secara sahnya telah dilepaskan kepada Syarikat Used Car dengan nilai hanya RM9K tanpa banyak tawar menawar, sebab Hubby betul2 dah tawar hati dengan nya.. Saya pulak.. sedih jugak.. langsung tak sempat tengok dan ucap selamat jalan pada BDG 2634 sejak hari dia kat Specialist Centre tu.. 3 - 4 minggu ni kena la lanyak kereta kebal ku untuk ke mana-mana..


Sedih.. tak sampai pun setahun tukar baju, make-up cantik2 dah jadi Used Car punya

..Bye..BDG 2634 dalam kenangan..

Isnin, 2 November 2009

...Kopitiam...

Wei laa wei.... catitan kali ni bukan untuk meniupkan semangat anti 1 Malaysia yer.. tapi.. nak maklumkan betapa kami husband & wife terpaksa juga 'mengorbankan' kopitiam kegemaran kami setelah tima emel yang di forward kan dari kawan ke kengkawan yang lain sehingga la sampai ke dalam mailbox kami... (dah lepaking kat Old Town sejak 2006 , awal 2009 terus tak lepak kat premis tu lagi dan baru terpikir nak wat n3 ni). Tapi premis ni makin maju la pulak...

Asas pertimbangan kami adalah merujuk kepada beberapa perkara seperti berikut; (e cehh.. wat ayat cam sedia paper untuk mesyuarat la pulak ;-b
  1. Sikap perkauman yang disemai oleh pemilik frachise itu sendiri dan;
  2. Tiada pekerja Islam di dalam premis perniagaan tersebut
  3. Kerana perkara 2 di atas, timbul kekeliruan dengan status 'halal' ke atas penyediaan hidangan.
Adalah dicadangkan kepada semua penggemar kopi di Kopitiam tersebut supaya beralih ke Kopitiam milik Bumiputera (Melayu Islam). Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang keraguan dalam status halal hidangan yang disediakan di Kopitiam-kopitiam.
Kat bawah ni adalah tulisan emel yang di forward kan kepada mailbox kami :
Assalamualaikum,
Saya dan rakan2 sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan bincang hal business. Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee. Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di lokasi strategik. Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise tersebut adalah ;

"KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM UNTUK BERNIAGA"


Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita. Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak kerajaan dan sering dituntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia. Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu.

Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White Coffee. Nasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetapi mereka Anti Islam..
Fikir-fikir lah.. Salam
" Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana "
* petikan diterima dari seorang teman.
Sekarang ni kami dah jumpa kopitiam dekat ngan umah kami, pemiliknya bumiputera.. ok sangat2 premis ni, ID deko cantik.. kopi2 nye rasa macam tok-tok dan wan-wan kat kampung yang bancuh (bole cakap kopi Melayu la), ada roti kukus (ni best - tingat mak nye roti kukus, dulu mana ada roti Gardenia seminggu pun boleh makan lagi, jadi untuk tak membazir kena kukus roti 'babu' tu bagi lembut).. Nama tempat tu : "BUGIS STREET KOPITIAM"... Lokasi : Pandan Indah... semalam baru je buka pose kat sini.. Buffet Ramadhan RM35/pax...yang best :- ada BBQ Kambing, Ayam & Seafood, makanan tak la sebanyak pilihan di hotel.. yang tak best:-.. buka pose, banyak mana sangat boleh makan???... kalau jenis makan sikit tak yah la amik buffet, order ala cart je...

Jumaat, 30 Oktober 2009

Dah bersawang

Dua tiga minggu ni, mood "Vitamin M" untuk up date blog dah datang.. tapi masih rajin berjalan2 ke blog rakan2.. Kesian lap top & printer kami... rasa2 nye dah seinci habuk hinggap.. agak nye dah bersawang pun.. Kalau sebulan lepas berebut lap top sebab bawak balik keje opis ke rumah.. pas raya ni masing2 dah penat.. siap kan keje di opis.. balik umah.. REHATTTT.. tak mau tengok lap top lagi.. kalau hubby penuh kan xtvt di GYM.. Aku lak gila nengok macam2 program TV.. Lupa kan jap ber FB, ber bloging dan segala2 berkaitan dengan ber tenet2 ni.. hakikat sebenar, bukan dah tak minat.. tapi HANGIN SATU BADAN bila coverage internet asik lembab giler (kena tukar broad band ke WIMAX dah kot..).. boring la beb.. buang masa, tertunggu2... N3 ni pun terpaksa guna kemudahan opis.. (wei.. lepas waktu opis la)... Tak pe la... pas ni kena tunggu semangat baru datang supaya rajin nak wat N3 baru..










Selasa, 6 Oktober 2009

CATITAN HARI RAYA

Raya Pertama di Philadelsia Villa Resort.. he he he


Seronok Hubby tahun ni.. Siang2 dah buat ayat pertanyaan yang lebih kurang agak menyengalkan “Ayang, tahun ni kita raya kat Philadelsia kan?”.. Ala.. camana dia ingat ni… Ye ke? Bukan ke raya tahun lepas kita beraya kat sana.. konon nak buat-buat lupa.. Tak la.. katanya.. Kan ke tahun lepas kita raya kat Shah Alam dan PJ je lepas balik dari Temerloh..

Ala.. tak best la cam ni.. Hati ni berbelah bagi.. Mak inform tahun ni sume mak dan pak saudara balik ke Temerloh termasuk Angah (juga turn Temerloh tahun ni..) Nampaknya raya ke 3 nanti beraya di Temerloh dah tak de orang la.. Sume dah balik ke sebelah pasangan masing2..

Nat buat cam na.. dah perjanjian sebelum kawin ikut giliran.. Bercinta sungguh kalau kena raya kat kampung Hubby.. bukan apa.. maklum la nak balik ke rumah yang dah lama tak berpenghuni.. (Mak dan Ayah Hubby dah meninggal 5 tahun lepas).. balik pun 2 tahun sekali.. Banyak belanjanye.. Kena upah orang kemas kawasan umah.. Bab mengemas memang tak leh amik mudah la.. kena bersih dari dalam rumah sampai la rumput2 kat kawasan sekeliling..


Kampung Hubby ni memang la aman.. jauh dari kesesakan bandar.. udaranya sangat nyaman.. hijau je mata memandang, kawasan bukit2.. rumah2 nya penghuninya kat lereng2 bukit, kalau tak de water heater kat umah, alamat nye.. mandi pagi mesti 'skip' punye.. sejuk giler.. tapi tak bestnya jauh dari pekan.. pekannye pun pekan koboi.. kul 8 malam masuk umah je la.. lagi pun dah start sejuk.. Tu la sebabnya Hubby jarang balik ke sini, kecuali jika sume ahli keluarganya ada.. banyak la sikit agendanya..


18 September : Ingat nak keje hari ni.. tukar plan, amik cuti.. shopping barang2 runcit untuk keperluan kat villa sana (cam gi bercuti la.. gi umah kosong semata2..).. Sampai je kat kampung, sume dah sampai, tengah siap2 juadah buka puasa.. Lepas buka, sama2 solat jemaah dan tarawih.. ye la, masjid atau surau teramat lah jauh dari sini.. Agenda selepas jemaah, melayan anak buah main bunga api & mercun.. sakan.. maklum la jauh dari kawasan pihak berkuasa..


19 September : Dari pagi sampai malam, yang perempuan sibuk sediakan bahan2 hidangan untuk raya esok dan yang lelaki sibuk dengan acara bakar membakar sampah2 di sekeliling umah tapi tak sampai setengah hari dah melepek, tak leh suruh apa pun... Kami yang perempuan boleh siap masak untuk berbuka puasa dan hidangan raya (Soto, kuah kacang dan rendang).. penatnya.. Allah je tahu.. pukul 1.30 pagi baru selesai.. esok 5.00 pagi kena bangun.. nak masak air panas untuk mandi..


20 September : Hari Raya Pertama.. lepas Subuh, siap2 kan baju2 raya untuk para suami dan anak2, pas tu siapkan makanan sebelum gi sembahyang raya.. 7.30 dah keluar dari villa untuk ke Masjid.. kena keluar awal takut masjid penuh.. pukul 8.15 dah sampai masjid.. 8.30 start Solat Sunat Aidilfitri dan balik ke rumah makan, beraya dan bergambar sesama ipar2, biras dan anak2 saudara.. 11.00 pagi : Keluar mengunjungi pusara Mak & Amah terus beraya ke rumah adik beradik Arwah Mak dan Abah Hubby (dah tak ramai lagi yang tinggal di sini..) masing2 dah berhijrah keluar.. Sempat beraya dalam 4 - 5 buah rumah...Malam.. turn kami tunggu sedara mara datang ke rumah..


21 September : Hari Raya Kedua.. awal pagi siap kan sarapan pagi.. kemas2 umah.. cuci periuk belanga.. maklum la nak tinggal kan umah ni lagi.. sayu la pulak.. kalau umur panjang, berkumpul lagi tahun 2011.. itu pun kalau umah ni tak menyembah bumi dek kerana dimakan anai-anai.. Sampai KL lewat petang.. Lepas maghrib bertolak ke Temerloh, rumah keluarga ku pula.. Sampai dah malam.. terus ke rumah Atok.. ramai dah balik ke sebelah Mertua..


22 September : Hari Raya Ketiga.. Jadi 'anchor' kat umah Mak.. siapkan hidangan untuk BBQ malam nanti.. Menu.. Ayam panggang, steak, lamp (ni okay.. dah marinated, korang grill sendiri la).. black papper gravy, whipped potato, fruit salad, kek coklat, coleslaw & baked macarony (kerja yang remeh.. dari pagi sampai maghrib).. Malam.. acara makan2.. kul 12 tgh malam, acara basuh pinggan mangkuk dan periuk belanga..


23 September : Hari Raya Keempat.. kena gi umah family sebelah Arwah Abah.. ada acara Sepupu (Anak Dara Mok De) dirisik.. Risik punye risik.. keluarga sebelah lelakinya juga berasal dari tempat yang sama dengan Hubby.. ahh elok tu.. esok time raya kita buat giliran sama.. baru ada geng kat sana..


24 September : Hari Raya Kelima.. Bangun pagi2 terus gi Kg Bangau, Temerloh.. gi cari ikan Patin fresh dari sangkar Sungai Semantan, 1 kg = RM14, tawar nye tawar dapat RM12.. wah banyak kurangnya tu.. ni la untung bawak Mak.. Kami beli 7 ekor (lebih kurang 5 kg).. siap siang lagi.. balik umah terus kami masak ikan ni dengan masakan 'trade mark' orang Kampar.. Masak "Ompok".. untuk dibawak balik ke rumah kami di Ampang.. untuk makan2 adik beradik Hubby malam ni (diorang suka sangat masak ompok ni).. Lepas makan tengahari... terus bawak balik seperiuk besar Masak Ompok Ikan Patin (mak pesan lagi.. ngko jgn lupa bawak balik periuk mak tu nanti.. tu la satu-satu nye periuk mak yang besar).. Pertama kalinya semua Adik-beradik Hubby dapat berkumpul pada satu-satu masa.. bangga rasanya.. sebab Ikan Patin dari Temerloh.. semua nya sanggup datang ke Apartment kami yang kecik tu.. terpaksa berhimpit2 kat ruang tamu & ruang makan..(Walaupun family Hubby family kecil.. dikumpulkan semua - baru 18 orang).. fuh!!! penat nyer...


26 September : Hari Raya Keenam (Jumaat).. malas nye nak keje.. terus apply cuti on line.. EL.. kepenatan.. layan keletah 2 orang anak dara Adik (adik Hubby).. Acara kemas mengemas dapur la pulak..


27 September : Hari Raya Ketujuh (Sabtu).. Open House kat rumah Kak Lang (Kakak Hubby) di Shah Alam.. Kena pergi cepat.. kalau tak rugi ooo.. best nyer menu hari ni.. lain dari yang lain.. tak de ketupat rendang ye.. 2 ekor kambing panggang dengan 'mint' dressing, serta bahan2 kebabnya dan jugak Nasi Briani & Cheese Cake.. makan sesungguh2 nya.. Malam jangan citer la.. pasang la 'air-cond' tahap maksimum..


28 September : Hari Raya Kelapan (Ahad).. Huwaaa... ingat nak rehat.. esok dah nak kerja.. Tapi apakan daya.. Kawan Hubby nak datang beraya... Nak hidang apa ni?!!!.. Kuih raya je ke? Tak kan la.. Okay la.. Cakap kat Hubby, Ayang soh kawan2 Ayang datang malam ni.. pas tu panggil jiran2 kita nih.. sekali lalu je... penat pun sekali je.. Okay setuju katanya.. nak masak apa?.. Apa lagi yang paling senang la.. Laksa dan puding... Syukur ada periuk Mak ari tu.. guna untuk masak kuah laksa.. layan tetamu sampai kul 12 malam.. Penat sangat.. Biar je pinggan mangkuk, periuk belanga kat dapur.. mandi2, terus tertido..


29 September : Isnin.. 5.30 pagi, siap2 nak keje.. Malas nye nak bangun.. malas nye nak gi keje.. tolong la.. Gi dapur, nak sambung keje yang ditinggalkan semalam.. Senyum.. eii.. seronoknye.. terus ke bilik.. Hug & Kiss Hubby.. Ayang bangun, dah Subuh ni.. mmm.. ye la ngantuk ni.. Tima kasih Ayang.. Kul berapa tido? Siap moop lantai, kemas umah & basuh pinggan lagi.. Kul 3 katanya.. Beribu2 lemon tima kasih Ayang.. Sayang Ayang.. ;b

Selasa, 15 September 2009

BUAT-BUAT BUSY..

Tinggal 3 hari je lagi nak start cuti.. dalam minggu ni jugak la macam-macam kena buat.. Ohh.. boss!! tak leh ke tangguh je keje2 ni sampai habis raya.. Sekarang kan "Mood Raya".. Paksa la camana pun.. tak kuar idea la.. mana nak sedia minit MBJ, minit J/K Tatatertib, masa ni jugak la nak sedia bajet 2010, meeting itu ini.. tengok meja ku, tak tau mana satu nak pegang.. dah tak macam meja orang.. tengok bawah meja ku, tengok kabinet ku.... Nanti la.. lepas raya baru kemas..



Meja yang berselerak.. Saje jer.. Nak tunjuk busy atau buat2 busy

Tak sempat nak asingkan dokumen2 untuk difailkan (tapi tak pe.. ni bukan dokumen sulit)
Lantak la.. dokumen dalam kabinet pun dah penuh.. dok la korang kat atas tu ye..


Dok diam mengadap PC jer.. ada pula soalan2 yang prihatin.. U / Puan busy ker??? Tak lah.. buat-buat busy jer (dalam hati - dah nampak lagi mau tanya). Tak cukup tangan, rasa nak je bawak kaki naik atas meja nih ..
Tanya diorang - Nape?!! ya la.. dah dua tiga hari tak round tempat / join kitorang / bertenggek (biasa 10 minit sebelum rehat atau sebelum balik jenguk2 jugak bebudak nye tempat join nyembang ke, tanya problem ker).. He he.. tau.. korang rindu ngan suara bos / geng korang kan?!!!

Khamis, 3 September 2009

Mangsa2 Kebakaran.... NGERI

Rutin biasa, awal pagi mesti check e-mail.. biasalah mana tau ada task urgent dari GM... Sambil-sambil tuh tengok e-mel dari kengkawan... antaranya seperti tajuk N3 nih.. Sapa hantar e-mel nih.. Mmm my colleague.. Oitt!! colleague betul ke jadi kat tempat kita semalam?? Laa.. kan semalam aku ngan ko.. tak perasan ke kejadian tuh!! Tak perasan la... Memang ngko ni jenis tak prihatin katanya..
Simpati kat mangsa2 yang terlibat, macam mana lah nak sambut raya tak lama lagi.. Siap attached photo di hari kejadian.. daripada tajuk photo tuh memang mengerikan dan menyayat hati, bergelimpangan, tergolek, ada yang tinggal daging, hangus, kemerahan dan terkulai kaki tangan. Katanya lagi kalau lemah semangat jangan bukak attachement tuh.. Tapi hati nak tengok jugak, walaupun penakut tengok benda-benda ngeri nih.. tengok sipi-sipi pun tak pe lah.. tak tahan kang, tutup je la attachment tuh.. dan..
Betul ke nak tengok nih?!!
"

"
"

"

"

"

"

"

"

"
Kuat ke semangat aku nih?!!
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Ala... nak tengok jugak.. nak tau jugak tahap ke ngeri an tuh..
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Betul!!! Aku nih jenis kuat semangat, aku nak tengok....
"
"
"
"
"
"

"
"
"

"
Nak tengok!!!!.. nekad nih... aku bukak attachment nih!!!!
"
"

"
"
"
"
"
"
"
"
Jeng.. jeng.. jeng... aku bukak.. Ya Allah!!!!!
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Ini lah gambar-gambar ngeri mangsa-mangsa kebakaran tuh...
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Chiiiittt!!!!...Hampeh nyer kawan, siap ngko.. ngko tengok la nanti, aeiiiii !!! ada jugak yang terkorban ni nanti..buang masa aku jer..
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Tergolek
Tinggal Daging

Terkulai

Kemerahan

Hangus


Bergelimpangan


Menyayat Hati

Oitt!!.. ngko jangan harap aku tumpangkan ngko balik hari ni.. mengenakan kawan tak hengat!!!


Rabu, 19 Ogos 2009

CITER KUIH RAYA

Seminggu nak pose ni, dah 3 hari, masuk hari ni.. ramai kengkawan datang kat meja dengan pelbagai sample kuih raya dan kerepek. Ikut plan tahun ni tak nak amik kuih raya banyak2 (nak buat sendirik la konon) tapi "tak daya nak nolak" kengkawan punye hasrat.. Bayangkan dalam masa 3 hari sy dah 'commited' hampir RM300 untuk kuih raya je.. Ye la.. kalau beli 1 untuk rumah sendiri, kena beli 1 untuk kampung dan 1 lagi untuk kampung Hubby.. (dah jadi 3.. membazir ke tu?!! Bukan.. ini tanda Prihatin).. Adoiii la haiiii... Ada dengar2 citer tak.. kot2 tahun ni dapat BONUS ke.. kalau tak de BONUS pun wang SAGUHATI untuk kakitangan kerajaan ker..??? Kengkawan doa2 la Najib bentang BAJET awal bulan 9.. mana tau, dapat la sikit sebelum raya ni..

Isnin, 17 Ogos 2009

NICKNAME

Kali ni nak kenalkan pada sume watak2/nickname yang terkenal di kalangan kengkawan & Senior2 Hubby di TLDM Lumut... Sebut je 'nick name' ni, tergambar di kepala masing2 siapa orangnya.. Mula-mula berkawan ngan Hubby dan datang ke Blok Muka Head, Wisma Samudera.. setakat sebut nama Hubby kat orang2 kat Wisma tu, memang ramai yang 'confuse dan blur je' .. kebetulan 2 - 3 orang kat sana namanya hampir sama ngan Hubby.. jadi kena guna panggilan seperti kat bawah ni;-)
Ni la gelaran untuk hubby : BERUANG (time berkawan dulu dia cukup sensitif kalau bagi kad-kad ucapan berunsur 'teddy bear')
Pandai kengkawan Hubby bagi 'nick name' ni.. rasanya memang sesuai dengan pembawakan Hubby : Muka garang je, dengan badan yang besar tinggi, perwatakan pulak.. cam jinak2 je, 'cute-cute', tapi kalau mengamuk/marah - siap la ngkorang.. Ada jugak yg panggil "BALAU" - sebab cerah sangat banding ngan kengkawan lain, dan ada yang panggil "Q BALL' - tak tau kenapa.. tapi bola tu warna putih jugak..
Dan kat bawah ni pulak nick name kengkawan dia.. rasa macam kat ZOO Mini.. jom.. mari sama-sama kita belajar "mengenal haiwan-haiwan yang ada di TLDM Lumut"
Ada yang dipanggil '...(nama).. BADAK' : Badan dia cam "BODY BUILDER"
"...(nama).. KODOK" : sesuai ngan perwatakan.. 2 alam.. maklum la PASKAL

Minta maaf, gambar di bawah tidak bermaksud untuk menghina sesiapa jauh sekali untuk tidak sensitif dengan mana-mana kaum di Malaysia ye..

'...(nama)... B**I) : sebab dia ni 'gemuk pendek' dan suka menyondol (terlanggar - sebab tak pandang) orang


"...(nama).. SAWA" : Ni best.. kenal sangat dengan orang ni.. memang patut dipanggil SAWA, kalau boleh makan pun nak makan sambil baring..



"...(nama)..CIPAN" : tak tau la kenapa dipanggil cam tu

Bagi warga Navy semua ni perkara biasa dan memudah kan diorang mengenalpasti sesorang tu.. Mmm ada lagi 'nick name' kengkawan hubby yang tidak berkaitan ngan haiwan contoh : '... (nama)..BATAK', '..(nama)..KICAP' dan '..(nama)..MANJUNG'

Jumaat, 14 Ogos 2009

ZAMAN SEKOLAH ANAK ASKAR

Teringat kepada ex-roommate yang juga coursemate dan satu intake ketika study dulu.. Bukan pasal beliau tapi anaknya.. Kawan sy ni jodohnya macam sy jugak.. Kawin ngan pegawai Navy.. dan rezekinya lebih baik daripada sy sebab dah ada 2 girls yang comei sangat2… dan sy sampai hari ni (10 tahun kawin) masih sibuk ‘berhoneymoon’ je.. (tak de rezeki..).. Umur yang sulung dah 7 tahun (dah sekolah)..

Sejak masing2 dah 10 tahun berumahtangga, rasanya baru 4 kali berjumpa dengannya.. kenapa?? Sebab pasangan kami masing2 bertugas di tempat berlainan. Menurutnya selama 10 tahun kawin, beliau telah berpindah sebanyak 6 kali (purata = 1 ½ tahun di satu-satu kem).. Nasib baik full time housewife.. (patut pun sebab hubby nya ‘seaman’).. Yang dirisaukan kini adalah persekolahan anak2nya..

Bukan apa.. dalam tempoh tak sampai ½ tahun girl2 bersekolah di KL, dia terpaksa berpindah sekolah ke Lumut kerana Abah nya ditransfer ke sana… Setelah beberapa lama, beliau terperasan, cara belajar anaknya berubah.. dah tak de kerja sekolah dibawa balik ke rumah… aman dan damai.. (tidak seperti di KL.. kerja sekolah berlambak2).. bila ditanya, kata girl2 ni.. dia suka sangat sekolah kat sini (Sri Manjung), cikgu tak banyak bagi keje sekolah pun.. siapkan keje cepat2 boleh main katanya.. Kawan sy mula cuak.. Apa lagi, esok terus ke pejabat sekolah dan tanya Guru Besar.. setelah diselidik, anaknya telah diletakkan dalam kelas kategori lemah.. Beliau terus ke Pejabat Pendidikan Daerah mohon pertukaran sekolah anaknya kepada sekolah di Sri Manjung yang setaraf dengan Sekolah ketika anaknya di KL (sekolah Wawasan)

Cerita anak kawan sy tu.. sy terima sebagai perkara biasa.. apa yang boleh sy nasihatkan kepadanya supaya lepas ini kena fikir masak-masak untuk mengikut Hubbynya berpindah lagi.. Nampak cam tak de perasaan je kan?!! Demi kestabilan dan kekonsistenan tahap pembelajaran anak2.. Cerita anak kawan sy ni akan menuju nasib yang sama dengan cerita sy sebagai ANAK ASKAR masa kecik2 dulu; Kat bawah ni adalah my schools history with chronology nye sekali :

1) TADIKA 1 : Tak ingat nama tapi di Kangkar, JB
TADIKA 2 : Tak ingat nama tapi dalam Kem Tentera di PD.. sedih tak dapat Sijil sekolah
TADIKA dan buat persembahan (saya patutnya jadi BUNGA MATAHARI)

2) DARJAH 1 : Sehingga separuh penggal ke 2, bersekolah di SRK Kangkar, JB (ingat lagi makan nasi dalam dulang masa sambut Maulud Nabi) Kemudian bertukar ke SRK Pangkalan TLDM Lumut (tahun 1981) – sy kira murid terawal sekolah ni sebab Pangkalan TLDM, Lumut baru dibuka pada 1979 (Darjah 1 Merah – kelas nombor 1), Darjah 2 – (2 Biru – turun ke kelas no 2, he he he..)

3) DARJAH 3 : Bertukar ke SRK Pangkalan TUDM Kuantan, dapat kelas no 5 – 3T (dia kira S, R, K, P, T, U, D, M), jauh ke belakang kan.. apa lagi.. Darjah 3 ni, tiap kali peksa penggal conquer nombor 1 je la… Darjah 4 dan 5 dok kat kelas no 1 la (4S & 5S) tapi tak dpt la kekalkan kegemilangan.. main dapat no 20 – 25 je..

4) DARJAH 5 : Penggal ke 2 darjah 5 pulak, Abah kena tukar ke KL, saya pulak di hantar ke SRK Selayang Baru, Selangor (menyewa tak dapat dok dalam kem tentera)… Citer ni lagi best.. Cikgu hantar ke kelas 5G, kelas kedua akhir (kira S, E, L, A, Y, A1, N, G, B).. Minggu pertama sy di kelas ni, seronok sangat.. tak de kerja sekolah (kat sekolah lama.. pukul 12 tengah malam masih tengah siapkan keja sekolah maklumlah nak Penilaian Darjah 5). Masuk sebulan kat kelas 5G, sy mengadu kat mak boring dok dalam kelas ni sebab macam belajar kat Darjah 2, tak belajar yang sepatutnya, sy bagitau mak kawan kat sebelah asik meniru je.. dan akhirnya terperasan, kebanyakan kawan sekelas tak pandai membaca pun!!!..

Akhirnya mak pun pergi ke Pejabat Sekolah berjumpa Guru Besar untuk mendapatkan keterangan sebenar (orang dulu-dulu.. mana percaya cakap anak.. ) Mak kemudian mintak Guru Besar tukarkan saya ke kelas yang lebih setaraf dengan kemampuan saya… Baru la ditukarkan ke kelas 5L (kelas no 3).. Kat kelas ni dah start wat ulangkaji soalan2 tahun lepas.. nasib baik dapat catch up, memandangkan kat Kuantan dulu dah banyak juga belajar…Penilaian Darjah 5, sy dapat 4A 1B.. peperiksaan akhir tahun dapat no 7..

Darjah 6 naik ke kelas 6E.. main dapat nombor 5 - 10 je.. (terperasan.. sy ni tak termasuk dalam golongan 'Brilliant' but quite 'Intellingent'.. Ni cikgu sy yg bagitau kat mak.. Maksudnya kalau maleh belajar memang tak kan pandai la.. kena usaha jugak.. tak macam 'cousin2' yang lain.. dikatakan ada otak yg 'photographic memory'.. dengar & pandang je dah masuk dalam otak.. Cthnya cousin aku yang sorang ni.. monteng sekolah je kejenye.. ntah camana kena 'brain wash' ngan mak bapak dia, study betul2 dalam 30 hari.. hasilnya SPM 7A1 tu..

Stop kat sini dulu..Nak tengok "NUR KASIH".. nanti citer masa kat sekolah menengah lak..

Isnin, 10 Ogos 2009

ULANG TAHUN dan HARI LAHIR FAMILY


Bestnyer, kalau dapat birthday card / suprise present dari hubby...

Bulan Ogos ni umur saya akan bertambah setahun lagi, bermakna tempoh saya berada di dunia ini pula semakin berkurangan.. Hakikat yang perlu diingati supaya saya tidak leka dengan urusan dunia sahaja kan..

Alamak aii, dalam pada itu saya kena ingat bukan saya seorang je menyambut hari lahir pada 18 Ogos ni… Along Hubby pun sama.. jadi saya tak boleh la buat-buat lupa, kena cari ‘something’ gak untuk Along.. Saya pun anak sulung, juga dipanggil Along

Ok.. ni panggilan-panggilan di dalam keluarga saya untuk rujukan;

a) Along (saya la tu)
b) Angah (adik lelaki 1)
c) Abang De(adik lelaki 2)
d) Nisa (adik bungsu)

Dalam keluarga saya secara kebetulan, ramai di antara kami yang berkongsi tarikh lahir atau berkongsi bulan lahir yang sama.. senang nak ingat , tapi parah gak kalau masuk bab ‘present atau birthday card’..

1) Arwah Abah berkongsi tarikh lahir dengan Arwah Abah Mertua : 15 Oktober, bersama 2 orang anak saudara sebelah hubby , manakala Angah pulak pada 1 Oktober (kira Oktober la paling ramai sambut ulang tahun)

2) Mak pula berkongsi tarikh lahir dengan Menantu Perempuannya (Isteri Angah) : 11 April dan adik bungsu saya, si Nisa pada 9 April (2 hari sebelum tu)

3) Saya (Along) berkongsi tarikh lahir dengan Kakak Ipar saya (juga dipanggil Along) : 18 Ogos, dan seorang daripada sepupu saya lahir pada 19 Ogos.. (kena ingat dia ni, dia tinggal bersama Mak sejak 6 tahun lepas)

4) Abang De lahir pada 25 November, Hubby pula selang sehari iaitu pada 26 November..

Suprise present dari hubby?!!.. Sepanjang berkawan, bercinta dan sampai la sekarang dah 10 tahun berkahwin.. Tak pernah dapat pun... Dah paham sangat-sangat dengan Hubby ni, susah sangat nak ingat hari-hari penting kami (hari lahir sendiri pun lupa... tu nak wat camana).. jadi, janganla nak kecik-kecik hati ngan dia..

Hubby cakap kalau nak present kena bagi tau.. Pas tu gi beli sama-sama ngan dia.. Memang tak mengecewakan.. Dapat la apa yang dihajatkan... Yang tak bestnya.. tak de lah istilah 'suprise'... Ikut je la... Kalau merajuk, diri sendiri yang rugi kan...

SAMBUT PUASA & HARI LAHIR

Hari ni, kami di opis organised Kenduri kecil-kecilan sempena menyambut Bulan Ramadhan dan sambutan hari lahir untuk staf yang lahir pada bulan Ogos..

Biasanya kami buat jamuan hari jadi selang 3 bulan (untuk 3 bulan nyer sambutan la contoh Januari, Februari dan Mac), tapi kali ni bagi sesiapa yang lahir bulan Ogos tahun kira bertuah la sebab tak kongsi dengan bulan-bulan yang lain (termasuk la saya.. he he)..

Murah lak rezeki kali ni, sebab dapat 3 kek yang di sponsor oleh kengkawan dan caterer.. tengok la...


Ini lah photo2 pembuka bicara catitan kali ni...
Kek-kek hari jadi yang di sponsor..

Kek yang meriah ni di sponsor untuk yang hari lahirnya 2 Ogos (anak buah kat bilik operator)


Kek Coklat ni lak dibuat khas untuk yang hari lahirnya 13 Ogos


Kek Coklat Strawberi ni lak khas untuk penulis blog ni la... lahir pada 18 Ogos
Kengkawan & Staf yang ikut seronok dan sibuk nak potong kek orang lain nye birthday!!!! (nak bergambar jer lebih ni..)

Hidangan makan tengahari (ikan asam pedas, ayam masak kicap, kerabu taugeh+sotong, sambal udang, ulam2an, sambal belacan, buah2an tempatan dan air sirap = RM8.00 satu kepala... Murah tak???)



'Door gift' yang dah menjadi amalan bahagian PPSM untuk diberikan kepada sesapa je yang dijemput hadir ke kenduri kecil-kecilan kami .. kali ni kami bagi Wafer Munchys.. biasanya Apple Fuji.. tak sempat gi Pasar Chow Kit
Ni la Hadiah Birthday untuk tahun ni (dah up-grade sikit.. jumlah kutipan dan sumbangan dah banyak sikit, tahun lepas masing2 dapat 'mug' je).

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit