Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 17 Julai 2009

JULAI 2009...

Bulan ni padat dengan pelbagai macam tugasan pejabat.. Macam-macam kena handle dan settle.. maklumla.. Rakan sejawatan “CUTI BERSALIN” maka kerja mu kerja ku jua la nampaknya… Macam gila kuasa gamaknya.. hal-hal pentadbiran aku, hal-hal perkhidmatan pun aku…

1 – 2 Julai : Jadi Urusetia Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Kementerian Kerja Raya… pastikan semua staf yang dipilih hadir raptai, staf protokol kenal sapa yang nak diiring, make sure check dah settle.. sijil-sijil dah tandatangan.. terperasan pihak KKR tersalah eja nama staf.. tebalkan muka amik signature Datuk kat pintu dewan.. nasib baik Datuk jenis tak berprotokol sangat.

3 Julai : Kelam-kabut dengan persiapan Mesyuarat Koordinasi Negeri.. Yang jadi nak marah tu tinggal sehari nak mesyuarat, orang yang ‘present paper’ masih tak hantar material kat kami… last minute baru nak hantar paper itu ini, esok masa meeting salahkan anak-anak buah ku tertinggal itu dan ini.. ye la sapa nak ngaku salah kan.. lebih-lebih lagi depan Datuk KE..

5 – 6 Julai : Mesyuarat Kordinasi Negeri… perlaksanaan ok la.. ada pegawai lain back-up kat dalam mesyuarat, ada sikit slack, anak buah maklumkan makanan yang disediakan ‘caterer’ melantung hangit rasanya.. Kalau bab makan ni memang sensitive.. mau 3 tahun cerita Bahagian PPSM sediakan makanan tak sedap jadi topik utama.. Maklum kat staf gantung service ‘caterer’ ni ½ tahun.. biar dia rasa.. Kita percaya kat dia.. dia buat taik lak…

7 Julai : Wa.. rasa nak jelmakan badan ni kepada beberapa orang… macam “Dragon Ball” tu.. seorang handle masalah pentadbiran, seorang handle perlaksanaan N11 yang dijumudkan, seorang prepare untuk compile dan ud-date papers untuk mesyuarat Panel Sumber Manusia dan seorang lagi compile papers untuk mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.

8 Julai : Hari mesyuarat Panel Sumber Manusia dan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.. mula dari pukul 8.30 pagi – 6.30 petang barulah mesyuarat ditangguhkan.. aduh!!! Sebagai urusetia, sabar ajelah dengan permintaan yang tetiba je (sebelum mesyuarat dah siapkan segala dokumen-dokumen yang diminta – hari mesyuarat minta dokumen lain pulak). Itu bab keje.. bab nak jaga makan depa pun macam-macam ada masalah.. dah siapkan Nasi briayani minta makan kat Season Café, dah siapkan “Undertaking Letter” untuk Café kat bawah nak makan Nasi Briayani pulak.. nasib baik tak let go kan Nasi tu budak-budak Pantry..

9 – 10 Julai : Kena hadir kursus “Pengurusan Majlis” lak.. dah la banyak keje tertangguh, baru settle satu perkara, kena tinggalkan keje untuk 2 hari.. Cikgu lak tak bagi jawab hp dalam kelas. Memang tak sempat nak ber ‘sms’ langsung ngan staf kat opis..

13 – 14 Julai : Masuk je keje handle mesyuarat tergempar dengan semua ahli jawatankuasa Majlis APC.. macam-macam nak kena settlekan.. Selasa lak kena uruskan hal-hal berkaitan Konvensyen KMK Kementerian Kerja Raya.

15 Julai : Pagi kena siapkan slide presentation untuk taklimat Juruteknik2 baru yang akan melapor diri esok. Petang pulak, akulah urusetia temuduga, aku jugak la salah seorang panel temuduga. Paling tak best, pengerusi panel punye la detail… setiap seorang calon amik masa dekat 1 jam .. ngantuk giler.. dah tu terpaksa sambung minggu depan untuk calon-calon yang tak sempat ditemuduga..

16 – 17 Julai : Urusan pelantikan, lapor diri, taklimat dan penempatan Juruteknik yang baru dilantik.. Kesian jugak kat diorang ni.. datang dari serata negeri di Malaysia, berkumpul di HQ, dapat tahu penempatan hari tu jugak… lepas tu terus kena hantar Kursus Induksi 5 hari, balik kursus kena terus melapor diri ke pejabat Negeri CIDB masing-masing..

22 – 24 Julai : Rehersal 22 Julai, 23 Julai MAJLIS APC, lagi 5 hari.. Ya ALLAH!!! Ku mohon sangat majlis ni berjalan lancar tanpa kecacatan, Amin..,. 24 Julai lak jadi urusetia & panel temuduga untuk staf di Unit CIMP... pas tu, nak cuti!!!! Rasanya bermula akhir Jun sampai sekarang, sibuknya tahap kritikal la..

4 ulasan:

Unknown berkata...

walau bz cmane pun..kesihatan jgn lupa jaga ye...

13may berkata...

mak aiii....byknya keja ...kena makan maajun byk2 nih...tambah tenaga :D

Cikgu Ibrahim berkata...

Jangan main-main boleh demam dan masuk wad dengan kerja yang sangat banyak ni.

wifemdnavy berkata...

Ena, 13 May dan Cikgu Ibrahim : Memang dah demam pun, tapi dah makan 'food supplement' banyak2, pas tu bawak gi jogging.. keluarkan segala toksid dalam badan.. demam pun tak la sampai terlantar..

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit