Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 14 April 2011

AKU YANG BERSALAH

Daripada 'inbox' e-mel yang lama tersimpan... Bacaan ringan untuk kelegaan sementara kerana 'workload' yang tetiba je bertambah2...

Walaupun citer nie dah lama tp kesannyer tetap membekas..kadang2 tgh solat jemaah aku boleh senyum sorang2...sah ke solat aku ???

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.


Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.


Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.


Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam

9 ulasan:

lina berkata...

zira -akak gelak samapi member kat office pun ikut sama gelak...teringat gelagat alia ketika solat terawih kat masjid...iman baca surah slow2 alia pi baca surah tu kuat2 sampai kalah suara pak imam...malu betul masa tu muka merah padan menahan malu. Lepas solat semua org tanya anak saper...umur berapa tahun nasib la umur masa tu 5 thn jer ...

NoorZ berkata...

hehe lucu la sis

Mieja berkata...

haha...lawaknyeee....

wifemdnavy berkata...

Kak Lina, NoorZ, Asmiza : Huihhh.. ni bole jd peringatan kat diri sendiri time bawak anak ke surau.. Bebudak skrg bukan paham main signal2 nih.

Mak Su berkata...

tak senonoh bebeno ler budak tu ;)

Lee berkata...

Hello, I was at Mak Su's place noticed your profile pic of the sailing ship.
I have always loved the sea and sailing ships. They're beautiful.
I love your header pic too. Your hubby a naval man....good for him.
Have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

KakD berkata...

hahahahaaha sian vontot nyer berbirat, padahal nak buat baik je pun kan kan hahahahahaaa

saharul berkata...

moralnya, latih anak adab bersolat dulu.....

Ctnurkhijah berkata...

hehehe...

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit