Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 16 Disember 2009

CITER CITA-CITA

Dah 3 ari dok relaks kat umah.., 4 more days to go.. cuti!!!! (mc).. asik orang je cuti bersalin, tahun ni turn kita pulak yer..yeay.. sampai habis mc aku amik untuk merealisasikan impian kami berdua mempunyai zuriat..(Apa da.. hal2 rezeki Allah nak bagi pun ber dengki aku nih.. Astaghfirullah... busuk betul hati ku..).. Hari Isnin prosedur.. pas tu Prof Zainul bagi MC seminggu...yeay...

Nak catitkan sikit citer cita-cita kami adik beradik untuk memuhasabahkan diri sendiri.. Abah penah sebut.. dalam hidup ni tak pe berdengki untuk benda-benda yang baik.. dapatkan segala yang kita nak dengan apa cara pun tapi cara yang baik.. kalau dah usaha, tak dapat jugak.. Kita mesti berlapang dada..

Seumur hidup ni kebanyakan cita-cita Insya-Allah berjaya dicapai.. tapi banyak jugak tak tercapai.. Seumur hidup ini tak pernah bercita-cita besar.. Cita-cita saya ketika di usia remaja (sekolah menengah la).. Dapat kerja lebih baik daripada Arwah Abah, dapat beli kereta lebih baik daripada kereta Abah, dapat beli rumah lebih besar daripada rumah Abah.. tu jer.. (sampai Abah cakap, kami semua nampak gaya nya tak de la jadi Orang2 Besar..) Memang betul.. kelakar bila ingat zaman tu.. bila Abah tanya setiap anaknya dah besar nak jadi apa? Jawapan Anak-anak Abah tak de satu pun boleh dibanggakan..:


  • Along (saya lah tu..) : Tak tau la Abah.. yang penting nak masuk U.. tak nak orang cakap Mak Abah tak sekolah tinggi, tu la sebabnya anak2 semua tak pandai.... dapat keje jadi pegawai, dapat suami macam Abah, keje makan gaji, pangkat tinggi sikit dari Abah, dapat anak2 macam anak2 Abah.. Okay kan bah.... (Abah cakap.. belajar betul2.. kalau tak lulus peksa.. abah kawin kan Along).. Oh tidak... tak nak jadi macam Mak.. umur 18 tahun dah anak satu..(masa tu la.. he he.. sebab tak de boipren lagik)'... akhirnya belum grad lagi.. dah ada orang hantar tanda.. sapa lagi Hubby kita la.. Mak Abah cakap tunggu grad dulu baru leh nikah.. he he..
  • Angah : Saya nak jadi Orang Senang (ye la orang senang macam mana.. Abah tanya..).. Semuanya senang.. senang dapat keje, senang sekolah, senang hidup, senang cari bini, senang buat loan, senang bayar utang...
(Abah senyum dan geleng kepala.. kalau berdebat dgn Angah memang Abah surrender.. kalau dilayan.. jiran kiri kanan mesti dengar punye.. tapi ini lah kelebihan keluarga kami.. Abah dan Mak ajar kami berkongsi pandangan dalam topik2 yang diutarakan tak kira waktu .. contoh masa tengok tv.. boleh bertelagah pasal teknik orang buat filem.. macam terrer dan selalunya mengaku terrer,.. dan hasilnya.. kami semua.. he he.. kami tak pandai merajuk.. tak puas hati? cakap je la.. dan dalam keje saya.. saya aplikasikan kepandaian saya ni kepada anak2 buah saya.. cakap omputih.. 'brainstorming')
  • Abg De (masa ni dia kecik lagik.. dalam 8 ke 9 tahun la) : Adik nak jadik macam Abah.. semua orang datang carik.. best kan!!! (mungkin maksud dia.. jd Penyelia la.. jd orang rujukan.. Abah dulu Penyelia Lori-lori Minyak Sawit Felda ...) Laaaa.. Kalau nak jadi macam Abah tak payah sekolah tinggi2.. Ada ke patut Adik jawab.. Adik sekolah tinggi la Abah.. Kelas Adik kat tingkat 3.. tinggi tu.. (berguling2 kami gelak bila dengar jawapan dia)
  • Nisa (yang bungsu.. masa tu dia baru 5 -6 tahun) : Yang sorang ni lagi best.. ada ke dia jawab.. Nisa nak sekolah macam Along, kat Oversea.. (Penang.. Along dia la ajar nih).. duduk jauh2 .. boleh tiap2 bulan Abah masuk kan duit (ini kes ikut dan tengok Abah dia gi transfer duit la tu).. Arwah Abah cakap kat Nisa.. Nisa tak payah sekolah lama-lama.. jgn duduk jauh2,.... (masa ni punye la jeles kat dia.. ada ke Abah soh jgn sekolah lama2, masa tu ingatkan Abah cakap Nisa sekolah sampai SPM jer.... tapi sekarang dah paham, maksud di sebaliknya.. sebab Mak sekarang tinggal sorang...) Insya Allah, sebelum umur 22 tahun Nisa akan dapat Sarjana Muda.. tak seperti kami bertiga.. merangkak2 ke menara gading.. umur 24 tahun baru 'grad'..
TERHARU GILER.. bila Mak cakap.. dia bangga ada anak-anak macam kami.. sebab kami semua 'dapat pakai topi empat segi'.. kami dah buktikan.. kami tak bengap macam yang dikatakan oleh ipar2 nya dulu... [Mak dan Abah kawin saudara dekat (dua pupu), jodoh keluarga.. Mak orang rumah je (tak macam biras2 dia yang lain.. semuanya keje)]..
Sekarang ni masa kami pulak nak balas JASA mereka berdua...

Jumaat, 11 Disember 2009

Tak Fokus

Dua tiga minggu nih, byk citer nak dikongsikan, tapi tak sempat nak up date blog, sebab tak leh fokus.. tak tau nak mula dari mana.. masa banyak habis berjalan2 kat blog kengkawan.. tengok layout blogger cecantik, dan-dan rasa nak tuko layout.. belajar cecara tukar layout amik masa jugak.. tengok blog2 lain ada 'gadget2' yang menarik.. dan-dan nak tambah gadget juga kat blog ku.. Jadi satu catatan pun tak siap..

Status keje kat pejabat pun sama.. tak leh nak fokus satu-satu.. semua nak usik.. end of day.. satu benda pun tak siap.. Biasalah dah ujung tahun.. semua benda nak kena settlekan.. Dengan tugas2 uruskan Konvensyen KMK la (dah settle), Urus kan Hari Inovasi KKR (dah settle),tugas2 uruskan Mesyuarat MBJ (mesyuarat dah settle, minit mesyuarat dan tindakan kena buat), pencalonan staf untuk Anugerah Darjah Kebesaran - Dua negeri sedang menunggu, uruskan kemasukan Rekod Peribadi & Profil Perkhidmatan Staf dalam HRMIS - tak leh wat main ni, KPI Datuk KSU, Penilaian Prestasi pun kena start uruskan, Cuti dan GCR staf kena re-check dan settle sebelum tahun baru... waaaaa... mana satu nak cekup nih????

Tak termasuk personal life lagi.. Lepas raya, bajet lari sebab keta rosak, amik keta baru.. Hubby masuk sepital Pantai.. sebab "Slip disc - betul ke ejaan nye nih".. duit lagi.. Diri sendiri pulak.. bulan lepas dah selesai satu prosedur - cuti seminggu (byk la keje menimbun).. minggu depan prosedur kali kedua untuk transfer embrio (moga ada lah rezeki).... cuma kali ni tak mau mengharap.. kalau tak menjadi tak de la trauma sangat macam yang first time dulu (enam bulan lepas).. Tapi hati dalam sape la yang tahu kan.. tapi tak leh fokus jugak.. dalam kepala ni menimbun planning camana nak settle kan keje kat opis..

Fokus.. yang penting.. plan camana nak fokus..

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit