Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 23 Disember 2010

SESI RE-FRESH APA2 YANG DAH BEKU

 HA HA HA.. PERSEDIAAN UNTUK SEBELUM HADIR KURSUS UNTUK PARA ISTERI PESERTA MAKTAB TURUS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA... YANG DISERTAI OLEH PEGAWAI-PEGAWAI TENTERA DARI TIGA (3) PERKHIDMATAN.. NAK REFRESH SEMULA.. LAMA SANGAT TAK AMBIK TAU HAL-HAL ASKAR NIH


PERBEZAAN PANGKAT-PANGKAT DALAM TIGA PERKHIDMATAN




SECARA RINGKASAN
PANGKAT PEGAWAI
LAIN-LAIN PANGKAT
AISEY.. CAMANA NAK BAGI CLEAR NIH.. NAIK JULING BIJIK MATA NENGOK NYE

Rabu, 15 Disember 2010

Flashback 4

KOLEKSI DARI HP
AHMAD LUTFI IKRAM



Flashback 3

Pesona Hubby yang baru (Bulan Februari yang lepas) 


Tinggal kenangan 'BERLIAN' Hubby

Asik masuk klinik je.. akhirnya terpaksa .. Let her go...

Flashback 2....

Kerastangan hantaran Perkahwinan Abg De (Jun 2011)

Bekas Gelang, Cincin dan Mas Kahwin
(bekas harta karun tu dummy je.. yang sebenar keluar hari betul2 nye)


Set Make-up

Set Towel

Handbag dan Kasut

Al-Quran dan Telekung
Laa.. macamana leh ter delete 4 lagi hasil kerastangan ku ni..

Dan ini
"
"
Hasil Bilik pengantin selepas puas brainstorming, bertekak, try & error kami tiga beradik (Abg De tak termasuk sebab ngko tengah sibuk honey moon)


Flashback 1..

Kerastangan sempena pertunangan Abg De Februari 2010 (Chinese New Year)

Kek Fondant (tempah)

Kotaknye saje hasil gubahan sendiri

Bekas Potpouri dan Cincin tunang


Kain Pasang


Bekas Buah-buahan

SAJE JE UPLOAD GAMBAR LAMA NI.. UNTUK SIMPANAN DAN RUJUKAN TUGASAN MASA DEPAN 

Selasa, 23 November 2010

Lutfi ku di katakan...

Mak Chik nyer : Betul la Along.. cuba tengok betul2...
Staf kite : Puan, kalau sy cakap jgn kecik ati yer.. sebijik...
Hubby : Ayang, kalau dia tido ngiring.. memang nampak cam dia ler..  tak caye.. cube banding..

"
"
"
"

"
"
"
"


Ini ker??.. comel aper (nak senangkan hati)...

tak nampak sama pun... Tang PIPI dia kot..

Jumaat, 19 November 2010

KENALKAN..

AHMAD LUTFI IKRAM

2 bulan 3 minggu

Cukup ni je dulu.. cuma untuk memenuhi permintaan kengkawan follower je

* Gambar di 'copy & paste' dari blog Mak Ngah dia.. Umi dia tak de masa lagi nak transfer gambar*

Khamis, 18 November 2010

..KORBAN..

Sempena Hari Raya Korban ni, sy nak catitkan sikit perihal korban yang berlaku sepanjang 2010 ni..


17 Nov : Raya korban berdua dengan anak kat umah - hubby tak dapat balik bercuti sebab berkursus di Lumut dan cuti sehari je, tak dapat balik Temerloh, Mak pun tak de (kat Mekah)..

2 Nov : Nak hantar mak ke Kompleks Tabung Haji, drive keta dengan anak je.. , hubby kat Lumut.. dah la tak dapat balik Temerloh hujung minggu tu untuk join Kenduri doa Selamat mak.. Sedey..

25 Okt : Dah start keje, hantar anak ke rumah pengasuh, sedih nak tinggalkan dia.. ye la.. selama 2 bulan tak pernah tinggalkan dia..

20 Sep : Hubby berkursus 3 bulan di Lumut sehingga 26 Dis 2010.. Masih dalam pantang.. patut berpantang di umah mak di Temerloh kena balik ke Ampang, berpantang sendiri sebab susah dan jauh Hubby nak berulang jengok anak isteri tiap-tiap minggu.. Berpantang sorang diri kat umah dengan jaga anak.. sedih sangat..

10 Sep : Beraya dalam berpantang, tengok je la orang makan sedap2, tak dapat bergerak ke mana2.. layan je la orang datang kat umah..

25 Ogos : Bersalin, terkorban la puasa lagi 15 hari.. ganti je la..

20 Jul : Seminggu berulang alik ke Hospital Angkatan Tentera Tengku Mizan kat Wangsa Maju, sebab temankan hubby, lututnya di 'operate' .

19 Jun : Kenduri adik di Temerloh.. kalau dah namanya Kakak Sulong, tambah lagi mak sorang je.. terpaksa berkorban cuti Rehat mengalahkan pengantin dek menguruskan semua hal2 kenduri ni mula dari hantaran sampai la hal2 katering dan tetamu.. Paling tak best.. duit poket pun terkorban sekali.. tak perasan pun.. niat sedekah la kan.. apa mau kira.. adik beradik

12 Jun : Kenduri kawin adik sebelah perempuan kat Alor Setar, hati punye la nak pegi tapi apakan daya, tak digalakkan berjalan jauh, tambah-tambah lagi susah nak dapat baby ni

2 Apr : Tak paham dengan Navy ni.. kenapa Hubby yang berkursus, wife pun terbabit sekali.. terpaksa korban cuti rehat semata2 wife peserta Kursus wajib hadir kursus 3 hari, kalau tak hadir, hubby tak lulus exam.. ceh..

8 Mac : Hubby kena lapor diri ke KDSI, Lumut, kursus selama 3 bulan.. Apa la nasib, 3 bulan pragnent dah kena tinggal.. 3 bulan lak tu.. dah la mabuk2 lagi masa tuh.. pegi a/ment doktor pun sorang2 la untuk 3 bulan ni..

14 Feb : Hari Adik bertunang, sume konvoi ke Taiping.. x dapat jalan jauh.. early stage pragnent.. tolong buat kan hantaran je..

Kesimpulannya : Harga KORBAN aku ni tak la hebat mana pun!!!

Selasa, 16 November 2010

25 OGOS 2010

23 Ogos : Check up minggu ke 38, Prof Zainul advise bersalin awal.. C-Sec.. tetapkan tarikh..

24 Ogos : Berfikir2 sama ada nak tukar plan.. tak mau C-Sec nak normal.. Call Prof.. tak digalakkan sebab Prof tak mau amik risiko.. 11 tahun tunggu katanya.. kalau bersalin normal, saya tak bole control risiko2 lain.. Kalau nak normal jugak.. kena sign borang.. Pikir punye pikir .. kalau doktor tak berani.. kenapa kita pandai2 nak amik risiko tu.. C-Sec je ler.. 12 tengah malam ni start pose..

25 Ogos :
8 pagi : dah sampai untuk check-in ke Wad Songket di UKMSC.. tukar 'uniform purple'.. bosan.. sorang2 kat dalam bilik.. tunggu hubby settlekan hal2 bayaran dan isi macam2 jenis borang.. angkat bag.. sian kat dia.. sume kena buat sorang2

9 pagi : Prof datang check-up sekali lagi dan jelaskan prosedur C-Sec dengan detail..

Lebih kurang 10 pagi : nurse datang untuk pasang 'drip'.. mak aii.. serah diri je la.. tahan je sakit kena cucuk drip.. pukul 10.30 pagi.. Biras, kak ipar (Along) dan anak sedara dah sampai.. ha ha ha.. diorang ingatkan dah selamat bersalin.. belum lagi la...

11.00 pagi : Perut dah lapar.. tanya nurse bila nak ke Ot.. katanya OT ada kes.. diorang utamakan kes kritikal.. kay la.. Hati dalam tuham je tahu.. berdebar2.. tapi sebab ramai yang datang temankan lupa sekejap ketakutan tu..

12.30 tengahari : Nurse datang untuk pasang 'urine bag' dan sedia ke OT.. masa ni tuhan je tahu perasaannye.. berdebar2.. tambah2 masa ditolak dari tingkat 7 ke tingkat 1 tu..

12.45 tgh : sampai kat bilik OT, hubby pegi tukar baju.. kita pulak 'induce' .. tak tau bila masa dia cucuk kat belakang tu.. tak rasa sakit pun.. tahu2 kaki dah kebas.. Tunggu Prof Zainul sampai je lagi ni.. sementara tu, macam2 la nurse2 tu pasang kat badan ni..

1.00 tgh : Prosedur pun mula.. hubby duduk kat sebelah kanan kepala.. Dia tengok semua prosedur, dari A - Z.. Hubby pun sibuk inform apa yang berlaku di sebalik kain hijau tu.. Dapat rasa apa yang dilakukan tapi tak rasa sakit langsung.. Prof bagi tau semua yang dia lakukan daripada 'insition' selapis demi selapis perut dipotong sampai la 'baby' dikeluarkan.. lebih kurang 1.15 tgh.. Sayang.. sebab terlalu kelam kabut hubby terlupa bawa kamera / hp untuk rakam kelahiran 'baby' kami.. tapi apa yang penting segala yang berlaku hubby nampak.. dia tahu banyaknye darah yang keluar dan betapa dalamnya luka yang perlu dijaga selepas ni untuk lahirkan 'pewaris' kami..

1.45 tgh : Luka dah siap dijahit.. Prof maklumkan selepas 6 jam, kesan bius akan hilang sikit2 dan akan sakit.. kalau tak tahan bagitau nurse untuk minta 'pain killer'.. Dihantar ke ICU untuk rehat setengah jam


2.15 ptg : On the way ke Wad Songket.. untuk pertama-tama kali.. diberi 'baby' untuk dipangku.. waaa... terharunye rasa.. anak sendiri.. Allhamdulillah..

Rabu, 1 September 2010

KDSI 1 - Dulu2 Wisma Kadet (Kisah kami bermula)


Setelah hampir 3 tahun tak menjejaki kaki ke Lumut, pertengahan Jun 2009 - dipelawa hubby untuk menemankan beliau (co-pilot : kalau drive sorang2 sure ngantuk) untuk mengambil Ujian Australian Language for.... (tak pasti) di KD Pelandok.. Sambil-sambil tu amik peluang melawat anak saudara hubby (intake 56) yang sedang menjalani latihan di KDSI 1 (era 90-an dikenali sebagai Wisma Kadet - formally known as a Block D..) dan mengambil peluang untuk mengimbau kenangan kami ketika menjalani latihan sebagai Pegawai Kadet (hubby : Kadet Intake 45 dan saya Kadet Palapes USM Intake 8)

Blok D
  • Inilah Blok yang pernah menjadi tempat penginapan bagi kadet-kadet Palapes yang menghadiri Annual Continous Training (ACT) setiap kali cuti semester (Rotu USM & UTM ) di era 90-an : ladies - ground floor, guys - first n second floor

  • Dimaklumkan kini Palapes hanya dilatih di Unit PSS di seluruh Malaysia, dan sekarang blok ini digunakan untuk SISKA-SISKA UPNM menghadiri latihan tahunan.

  • Kawasan depan pintu yang mengadap tiang lampu tu pulak; tempat kami rotu USM intake 8 n UTM intake 3 di taji (didenda) setiap malam selepas ROUND ataupun fire drill

  • biasanya kena "change parade", berpuluh-puluh set (star jump, squarde jump & push-up), lari pusing wisma kadet, heli, side / forward roll (ni guys la biasa kena), commando rest, spider, extra parade dan pelbagai lagi...

  • di blok ini jugak la boleh tersembang-sembang kosong ngan mamat baju kameja pink yang sengaja bertenggek kat quarter master wisma kadet ketika duty (jadi DCOD bersama seorang DCOD intake 45)..

  • sejak tu, ada je kengkawan sampaikan salam bagi pihak.. mmm.. layan.. kirim salam kat dia balik.. itu la skrip aku.. sape manusia nye tak penah ambil tahu.. janji jangan orang kata kita sombong.. ayat biasa di dengar : jangan berlagak pandai la.. sombong.. budak U la kata kan..

  • Yang pasti ketika itu, berbaris untuk sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, kawad hari Rabu (tak ingat namanya - tapi untuk Sekolah Pegawai la), prep hour, round dan duty, segala aktiviti kadet intake 45 perlu ikuti, kadet ROTU juga tiada pengecualian.. kalau SUBBY pick up ROTU USM buat salah ketika nak makan malam dan didenda, intake 45 juga tak boleh masuk dewan untuk makan....
Sementara menunggu anak saudara turun, kami berlegar-legar di ruang dewan makan di depan Blok Thana Division...tak banyak perubahan... kebanyakannya masih ditempat yang sama.. dan terpandang satu senarai ALASAN PEGAWAI DALAM LATIHAN (PDL) yang di framekan.. hu3x .. ini lah skima jawapan PDL dari dulu hingga kini untuk melepaskan diri dari didenda.. Teringin untuk mencatitkan ALASAN-ALASAN yang langsung tidak akan diterima oleh Instructor-instructor, SUBBY-SUBBY mahu pun PTI jika depa dapat pick-up ketika dalam baris atau latihan... sila jauhkan diri daripada menggunakan dialog-dialog di bawah kalau guna jugak bererti mencari nahas atau kita dah 'sabo' intake kita sendiri


  • Malas

  • Tidur lambat

  • bangun lambat

  • tak cukup rehat

  • panas tuan

  • aktiviti terlalu banyak

  • susah nak bangun awal

  • saya tak de duit

  • saya tak sengaja

  • sakit perut

  • saya memang tak boleh buat

  • entah saya pun tak tahu

  • saya tak boleh tidur lambat

  • saya ingatkan dia dah buat

  • saya tak perasan

  • saya tak tahu

  • tak tahu di mana

  • hari hujan tuan

  • banyak sangat kerja

  • tak cukup masa

  • kasut saya susah nak kilat

  • no excuse

  • baju saya tinggal sepasang

  • banyak sangat nak baca

  • saya tak yakin

  • saya tak boleh buat

  • kenapa asyik saya

  • tak pasti

  • tak sempat

  • penat

  • tak cukup masa

  • saya terlupa

  • mereka tak beritahu saya

  • bukan masalah saya

BLOK BARU 


Pandangan dari Blok bawah.. kawasan padang kawad dah di dirikan blok Pentadbiran dan Kelas KDSI serta 2 blok baru untuk penempatan Midshipment

  • antara blok di bawah dan blok di sebelah atas sana adalah laluan kami kadet ROTU untuk ke dewan makan, padang kawad dan court .. melalui blok Zain dan Thana division..

  • cukup menyampah kalau terpaksa melalui blok2 ni sorang2 terutama waktu 'duty'.. tension beb.. maklumla jarang nampak pompuan gamaknya .. ada 'wit - wit' mengiringi langkah.. tu yang rasa jalan atas awangan, tersadung la.. skrip biasa di dengar.. kadet!!!.. macam tu ke kau jalan kadet...

  • kali kedua 'duty' di ACT2 dah cerdik.. setiap kali terpaksa melalui blok-blok di atas tu minta tolong salah seorang DCOD Intake 45 turun dulu ke blok ROTU.. dapatla kawan.. ignore je bunyi2 yang menyakitkan telinga tu.. lepas satu masalah.. SUBBY pun tak kurang kalau bab-bab taji menaji ni.. aduh sakit betul kalau dia dapat pick-up kesilapan kita..

  • satu pagi sebelum sarapan depan dewan makan, selepas berbaris, nak cepat-cepat hand -over duty, seorang mamat memanggil.. eiii ni tak lain nak 'sabo' aku la ni.. saya nak gi hand over duty ni.. kejap ye.. terus ke quarter master, tulis report.. selamat, nak sarapan lak.. keluar je.. mamat tadi... mak aii lupa.. di sini lah bermulanya mengenali HUBBY
BERKENALAN DGN HUBBY
  • mamat ni terus tanya : malam ni boleh jumpa tak.. terus jawab, boleh.. tak de masalah.. mamat tu cakap, prep hour, bilik tayangan.. terus tanya dia.. awak ni division mana ye? Zain katanya.. ooo.. tak perasan.. saya biasa sembang ngan budak2 Thana je.. ngan geng2 blur jer.. dan... senyap...
  • nampak sangat gelisah tapi tak cakap apa... eh awak, saya nak breakfast ni.. dia jawab ok..
  • awak.. saya N.........M, ooo... ok... saya K....., saya tau katanya.. jumpa malam ni ye.. Ye la (dalam hati.. nak kena marah ngan Sea Brother aku..)
  • Terus jumpa ngan sea brother dan kengkawan maklumkan ada mat navy ni nak jumpa malam ni kat bilik tayangan .. ada ke patut depa kata bagus la.. hah.. biar betul.. takut la.. ngkorang gak kata mat navy ni boye..tak pe.. kitorang teman ngko.. janji tau.. ha.. janji..
  • prep hour.. buat-buat lupa.. sea brother pulak wat spoil.. woi, hang kata ada date kat bilik TV jom la.. ala.. nanti la.. hang jangan.. kan dah janji.. jom2 aku teman kan hang.. tak kan la kita 2 jer.. ajak kawan2 lain.. sea brother terus panggil kawan2 masuk bilik TV.. mana dia? sea brother tanya.. terus jawab entah (sebenarnya tak ingat muka pun.. pagi tadi gelap lagi tak sempat tengok muka mamat tu betul2).. tak datang kot.. jom la keluar (sebenarnya tak selesa.. aku sorang je pompuan)
  • Mamat tadi pun datang tegur.. hai katanya.. hoi aku berseloroh.. melawak konon.. awak kenal kan kawan2 saya satu USM.. C, Heng.. Pin..Dec..Piew, awak.. saya nak kenal awak, bukan kawan2 awak, kata mamat tu.. cepat2 sy jawab, kalau awak nak kenal saya, awak kena kenal kawan2 saya dulu.. sebab diorang ni memang jaga saya dan t..a (ladies muslim 2 jer dalam rotu navy masa tu) di penang.. ok la awak menang..
  • Aduh walau pun baru 10 minit berjumpa rasa macam dah 1 jam bersembang, lama betul rasanya.. sebab terperasaan banyak sangat mata-mata memandang..
  • tanya mamat tu.. camana awak tahu nama saya? kat name tag awak.. ooo.... sori.. nama awak sekali lagi?... mamat tu terus jawab masuk kali ni dah 5 kali bagitau nama saya ... eh... sori ye, saya baru jumpa awak 2 kali kan? tak .. 3 kali mamat tu tegaskan...sekali masa awak duty kat blok bawah.. awak tak ingat ke.. Eh.. awak ada duty dengan saya ke?!! tak.. jawab mamat tu.. tapi saya kan bersembang ngan awak malam tu.. Ya Allah.. ada ke aku sembang ngan dia ni.. spontan mamat ni tanya aku.. awak ni layan semua orang ke.. (binawe nye jantan) terus jawab, sesiapa saja yang bersembang dengan saya dengan sopan saya memang akan bersembang dengan orang tu... saya la yang tunjuk IC kat awak malam tu... la... mamat BAJU PINK tu... ha.. baru ingat.. eh.. awak kan yang nak approach kawan saya tu.. mamat tu terus jawab.. saja tanya soalan tu kat awak, kalau tak saya tak de modal nak sembang ngan awak.. la... citernya...
  • barulah rasa selesa bersembang dengan mamat ni sehingga habis waktu prep.... yang pasti sehingga hari terakhir ACT ke 2, langsung tak bertembung dgn mamat ni.. sampai balik tak ingat langsung mamat ni..
  • tapi ACT ke 2 ni aku terima 4 pucuk surat yang dikirimkan melalui sea brother.. dari 4 orang yang berlainan...
  • di saat ini lah aku mula belajar menerima kehadiran lelaki lebih dari istilah kawan dalam hidup aku..
Dewan makan yang mempertemukan aku dan HUBBY
Blok di belakang tu dari dulu sehingga kini pun masih digunakan sebagai Dewan Makan dan tempat Prep Hour kepada Kadet-kadet



KOMPLEKS RENANG TLDM LUMUT

 
kompleks kolam renang di pangkalan tldm


Di sini la tempat semua kadet menjalani latihan dan ujian renang.. tiada pengecualian walaupun kami hanya ROTU.... Ini adalah catitan berkenaan aku dan Kolam Renang ketika ACT di Lumut

  1. ACT pertama ; masa tu design swimming suit di pasaran memang sexy giler.. tak banyak pilihan, hanya kami berdua - ladies muslim (rotu la), kami beli swimming suit rekaan pelajar uitm, okay la janji bermula dari leher sehingga ke betis tertutup.. tapi bab gabungan color - suit tu memang failed!!! sehingga dipanggil oleh PTI kami "ULTRAMAN"... dari jauh dah nampak merah dan biru.. striking lak tu... kami dipecah kan kepada 3 group : pandai berenang, tak pandai berenang kayu, tak pandai berenang batu.. dan saya tergolong dalam group kayu.. senang diajar la tu....ACT 1 aku tak amik test pun, baru dapat skill.

  2. ACT kedua : dah tak malu pakai suit ULTRAMAN tu lagi, malahan 2 ladies dari intake 45 tu request belikan untuk mereka.. tension sebab sape2 yang tak lulus ujian renang pada ACT 1 tak leh shore leave (keluar bandar) walaupun dah Bravo Routine... EMA (early morning activity) kul 5.30 pagi dah berlari ke swimming pool, kawan2 yang lulus hanya training di wisma kadet jer.... kul 10.30 pagi - 12 tengahari swimming lagi.. (naik je dari kolam, badan sure berbelang), EA (evening activity) pun swimming jugak.. amik test tapi failed.. (i) kena terjun dari platform tingkat 2.. lepas..(tu pun sebab kena tolak ngan PTI) (ii) pas timbul ke permukaan dengan memakai overall kena berenang sejauh 75 meter - dalam 1 setengah laps (iii) apungkan diri untuk 30 saat, buka overall dari badan, biarkan overall tenggelam ke dasar kolam dan menyelam untuk dapat overall tadi... lepas.. (iv) dan terakhir berenang bersama-sama overall ke garisan penamat kolam... tapi 15 meter sebelum sampai aku dah minum air.. dah penat.. siap PTI sauk aku dengan galah.. maknanya ACT 2 aku failed ujian renang..

  3. ACT ketiga : dah ada JUNIOR beb.. malu la kalau junior pass swimming test .. lagi pun dah CHARLIE routine.. tolong la ... aku nak shore leave.. tapi untuk dapatkan 2 lap cukup melelahkan..berkat usaha gigih.. akhirnya lulus jugak ujian renang.. tapi yang tak bestnye.. sape2 yang dah lulus ujian renang, kena terjun platform 4 sebagai ceremony lulus renang... sampai tingkat 3 platform tu, lutut dah menggeletar.. di platform 4 tu... aku memang nekad tak mau terjun... tapi apa kan daya.. sesaat terleka.. PTI tolak aku ke bawah.. yang aku nampak kat seberang sana slogan "SEDIA BERKORBAN" di bangunan KD PELANDOK.... atau "SEDIA DIKORBANKAN"

  4. ACT seterusnya tiada masalah untuk aku shore leave..

  5. KINI : Kalau setakat swimming 10 lap dah tak de masalah.. cuma selepas ditauliahkan aku tak pernah mencuba untuk terjun walaupun dari tingkat 1 platform...

  6. Dan terperasan, selama berkawan dengan HUBBY, tak pernah sekali pun nampak hubby ke swimming pool ketika ROTU turun swimming walaupun ramai jugak geng hubby turun swimming time tu.. ada antaranya kena join sukan antara division..

Rabu, 18 Ogos 2010

Hari ni..

Hari ni : hari Rabu
Hari ni : 18 hb Ogos
Hari ni : Hari ke 8 umat Islam berpuasa
Hari ni : Hari ke 8 jugak aku dah berjaya berpuasa
Hari ni : dah 37 minggu 2 hari aku pragnant
Hari ni : menghitung hari..
Hari ni : Hubby amik test Australian English Language (menda ntah) kat MTD, Sungai Besi untuk melayakkannye ke Staf College.. dapat ke dia jawab nih!!!
Hari ni : Terpaksa la drive sendiri ke opis..
Hari ni : dah lah tak leh balik awal.. kena tunggu kul 5 jugak.. sah stuck dalam traffic jem..
Hari ni : Pikir camana nak BALIKKK AWALLLL niiiii????..
Hari ni : Sebenarnya hari ni BIRTHDAY aku... tu jer nak bagitau...

Selasa, 17 Ogos 2010

Tukar lagi..

Salam... dah berbulan tak hapdet blog ni.. tak de sempat nak bukak blog kat opis dan tak de mood nak menunggu broadband carik wave kat umah..

Tapi.. ntah macamana hari nih, bosan lak nak wat keje kat opis nih.. mood bulan pose dah mai... tunggu waktu rehat nak lari ke Sogo je nih...

Sambil-sambil jenguk blog-blog kengkawan alam maya, blogspot promote layout baru lak.. TUKAR LAGI... layout blog nih.. Catitan je sampai ari ni tak tukar-tukar lagik.. he he

Isnin, 10 Mei 2010

2008 - 2009 (CUTI2 DI GENTING HIGHLAND)

Cuti Pertama Hubby semasa bertugas di UNMIS (United Nation Mission In Sudan).. Waa.... Kurusnya Hubby ku ketika itu

Bercuti di Genting Highland..
Baru sampai Malaysia, 2 hari pas tu gi Genting

Sementara tunggu turn untuk check-in posing dulu la

Bergambar tepi tasik

Takut, tapi nak cuba jugak

Dah penat round satu Theme Park : Pulun game Out Door & In Door sampai Hadif tertido.. Nasib dia jenis tak mengamuk

Jumaat, 26 Mac 2010

Ooo.. Ini Rasanya..

Tidak seperti orang lain.. alam berbulan madu orang lain cukup sekadar sebulan dua paling lama pun 3 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata.. Kami berdua pulak, hanya setelah 10 tahun dan Mei ini, genap 11 tahun kami berumahtangga dan Insya Allah bulan September 2010 baru lah lengkap mencapai 'stage' mempunyai anak.. 11 tahun ni jugak la hanya mendengar, melihat dan bersama-sama cuba menyelami perasaan dan pengalaman kawan-kawan yang mengandung.. Ada best, ada yang macam tak best jer.. ada rasa cam 'seriau' je.. Ni pulak pengalaman aku melalui 16 minggu mengandung..



Minggu 1 - 2 : Melalui proses IVF, hubby start hantar dan ambik balik keje

Minggu 3 - 4 : Diberi MC leave.. tak boleh berlasak2.. dok umah seminggu, rasa boring giler.. tak leh buat keje umah.. Ujung minggu ke 4, baru rasa lain macam je badan ni

Minggu 5 - 6 : Sah 'pragnent'.. tak terasa sangat kesan mengandung, cuma rasa lemah longlai lepas abis keje

Minggu 7 - 8 : Dah start pahit & loya tekak, tapi tak lah sampai termuntah, pagi2 kena makan coklat dan epal je. Second check-up.. tetiba ada fibroid, tengok bulan ke 3 camana..

Minggu 9 - 11 : Waa... makin teruk penangan alah ni.. tak leh bau langsung makanan yang baru lepas masak.. tak le makan kat restoran, naik angin bila terbau jiran2 menumis.. kesimpulannya : kalau dok kat umah, time diorang masak, kena tutup tingkap, dok dalam bilik pasang air-cond.. kalu nak makan kirim ngan hubby, pastikan dah sejuk baru leh makan, minuman panas pun tak jalan..

Minggu 12 - 15 : Dah start drive sendiri, tukar kereta dengan adik (bawak Viva auto, nak elak stress pd abdomen.. WMA aku tu gear manual).. Start sunyi, hubby berkursus di Lumut selama 3 bulan, jd weekend husband.. Lembik waktu petang makin kurang (cam tau je, hubby tak de.. tapi masih tak leh bau masakan.. beli makanan pun kena tengok tempat).. Check up kali ketiga, fibroid dah sama besar ngan saiz baby.. risau semacam.. nasib baik ia kat luar kelongsong baby.. doa banyak2 supaya fibroid tak makin membesar.

Minggu 16 -18: Minggu2 yang sangat sibuk bagi urusan kerja, siapkan paper, mesyuarat MBJ, siapkan 7 paper lagi, meeting panel pembangunan sumber manusia pulak (psl APC, pasal anjakan gaji, pasal kenaikan pangkat, pasal pinjaman pelajaran, pasal pertukaran staf), siapkan paper lagi, meeting Jawatankuasa tatatertib pulak... dan akhirnya sekarang ni sibuk kena siapkan minit-minit mesyuarat tu.. (tak siap pun lagi)..

2-5 April ni kena amik cuti, kena gi Lumut.. untuk apa?..Ha ha, kena hadir kursus induksi yang disediakan oleh konduktor kursus Hubby untuk Isteri-isteri mereka.. Tajuk kursus hubby yang 3 bulan ni : Junior Officer Commanding Courses (Kursus Pegawai Memerintah Muda).. dan antara modulnya adalah Kursus Induksi bagi Isteri-isteri Bakal Pegawai Memerintah.. DIWAJIBKAN.. Sume kaum Suami diberi cuti 3 hari untuk jaga anak2 sementara isteri berkursus.. Penat tu beb..

Sabtu, 20 Februari 2010

Berkat Disiplin.. Alhamdulillah

  1. 14 Disember 2009 : Prosedur kali kedua IVF , kali ni transfer baki embrio yang tak digunakan dalam IVF pertama.. Berdoa sangat2 supaya 2 'freezed embrio' tu tak 'crystalised' (bahasa mudahnya - tak pecah) dalam proses 'thowing' tu (pemanasan).. Hari tu ada 3 pasangan senasib dengan aku menunggu giliran untuk proses ni (mudah cakap - tranfer telur2 yang disimpan la, sebab prosedur sebelum ni tak berjaya) dan nampaknya.. walaupun aku & hubby sampai paling lewat (dalam kul 9.00 pagi) tapi aku pulak orang pertama kena jalani prosedur tu.. Di dalam bilik prosedur, Embrilogist maklumkan, walaupun kami hanya ada 2 embrio saja tapi Alhamdulillah kedua2nya sempurna selepas 'dipanaskan', kerana itu saya jadi orang pertama yang menjalani proses transfer tu.. Kali ni hubby dapat tengok rupa2 embrio tu sebelum ditransfer ke dalam rahim aku sebab kali pertama dulu, hubby sibuk ke hulu ke hilir kena uruskan macam-macam kat luar.. dan kali ini jugak aku dapat lihat dengan jelas kedua2 embrio tu bergerak masuk dan melekat ke dinding rahim aku melalui monitor ultrasound.. tak seperti yang pertama.. (mungkin masa tu tak pandai tengok monitor kot).. Lepas prosedur.. seperti biasa sebelum balik dibekalkan Duphaston & Urogestorone yang perlu dimakan sepanjang 4 minggu pertama 3 kali sekali without failed.. kali ni aku tekad.. walau macammana pun aku tak leh CULAS bab2 makan ubat2 ni.. mungkin faktor CULAS ini lah yang membuatkan prosedur pertama dulu tak berjaya.. sebab apa??? Sebab tak DISIPLIN..
  2. 26 Disember 2009 : Yeay.. Aku berjaya melepasi 6 kali suntikan HcG dengan jayanya pada waktu yang sama je 2 kali seminggu.. jam 8.30 pagi dah terpacak klinik.. Doktor kat klinik panel pun dah kenal aku.. DISIPLIN nya aku.. Salah satu penambahbaikan yang aku dah buat antaranya adalah.. aku langsung tak drive kereta sekarang ni (ke mana-mana pun En Hubby antar dan ambik, kat opis lak kalau meeting kat luar, by hook or by crook nak jugak driver antar kan.. dah tak de krompomi..).. Aku lepaskan tugas2 kemas rumah kat En Hubby, walaupun tak berapa puas hati dengan hasil kerjanya.. Memang semua urusan keluar rumah aku kurangkan.. termasuk berjalan-jalan dan makan di tempat2 yang tak de larangan merokok.. Percaya tak sehingga tarikh aku disahkan mengandung, aku hanya keluar nek keta kul 7 pagi gi keje, nek keta sekali lagi waktu balik keje kul 5 petang.. pas tu dok kat umah sampai esok harinya.. Sabtu & Ahad dok kat umah je.. (Oooii mak.. ini bukan diri sebenar ku...).. Cara aku pun orang dah perasan berubah .. jalan lemah lembut semacam, tak macam selalu.. macam lipas kudung.. Dah tak heran join aktiviti-aktiviti kelab cam sukan dan aktiviti lasak.. Sakit ke tanya diorang.. aku jawab tak berapa sihat je.. bole ke cam tu?!!
  3. 7 Januari 2010 : Dah hampir 3 minggu selepas transfer... bermakna dah seminggu period aku lewat.. cuak jugak, kekadang terasa-rasa sengal2 macam nak period.. bila rasa sengal2 tu, terus cari tempat untuk melurus badan.. takut beb.. semua jenis stress kena elakkan.. Tapi terperasan, dua tiga hari ni.. lepas Asar menjelang Maghrib, mesti badan lemah giler.. terlepek je kat mana2 asal dapat baring sekejap..
  4. 10 Januari 2010 : Hubby dah terperasan perangai buruk aku.. tidur je lepas Solat Asar, pas tu liat sangat nak bangun Solat Maghrib, ditanyanya aku rasa macam mana.. tak tau nak cakap, bagitau Hubby rasa badan tak best sangat.. lemah semacam.., Balik dari Gym, Hubby terus singgah farmasi dibelinya 'pregnancy test'... pagi esoknya aku pun buat la test ni dan hasilnya seperti kat bawah;


  1. Seronok tengok hasilnya.. tapi tak leh seronok sangat, sebab tak pasti lagi.. ye la.. takut 'error result', maklumlah bukan dari kaedah yang original.. sekarang ni baru stage "Chemically Pregnancy"..
  2. 14 Januari 2010 : Cuak hati ni, Allah je yang tahu.. Sebaik jumpa Prof Zainul, terus ditanya sama ada dah buat Urine test kat umah ke belum.. kami pun tunjukkan hasilnya.. Ok, katanya, relax, jom kita wat Ultrasound.. Sebelum tu, Prof Zainul rasa perut, panas katanya.. doa banyak2 ye.. dan secara spontan Prof Zainul pegang & usap tangan aku.. bukan macam orang tua gatal ye.. tapi aku rasa macam sifat kebapa2an .. senyum.. tengok ni.. kat monitor ni.. Apa Prof tak nampak apa pun.. gelap je.. Ni.. jantung dia berdenyut.. Izam, mari sini.. cuba tengok ni.. nampak tak.. Hubby kata nampak.. dia senyum (la aku ke yang rabun).. Kita masukkan dua hari tu kan.. Ya..aku jawab.. Tapi ni satu je la.. Alhadulillah kata Prof.. tahniah Izam.. (ngan Izam je ke?!).. Hati aku berbunga2.. Syukur sangat.. Prof maklumkan.. kalau ikut perkiraan normal, usia kandungan ku dah 6 minggu, macam mana lak tu? rupa2nya kira dari hari pertama kita period..
  3. Sehingga hari ni, kandungan aku dah nak 12 minggu.. 4 minggu lagi untuk melepasi "Critical Stage" bagi orang yang mengandung macam aku nih.. dah lepas 16 minggu baru lah boleh lega sikit.. 22 Februari ni, check up kali ketiga.. tapi dah kena drive sendiri ke PPUKM dan seterusnya drive sendiri la ke opis.. tapi kena pandai adjust masa supaya tak stuck dalam jem.. elakkan stress.. Kenapa drive sendiri lak.. Hu hu hu.. Hubby kena gi kursus kat Lumut selama 3 bulan ... tak pe lah.. untuk pembangunan kerjaya Hubby.. SEDIA BERKORBAN lagiii..

Selasa, 16 Februari 2010

N3 Ke2 2010

Salam... Sori pd sume yg tinggalkan ulasan tapi tak dapat maklum balas.. Terima kasih, sume yang masih jenguk blog ni... banyak sangat citer nak kongsi, tapi tak tercatit lagi.. Naper yer?.. Sonok nak kongsi tapi tak leh hepi sgt sebab tak lepas critical stage lagi.. apa2 pun nak wat summary sikit.. untuk ingatan catitan akan datang..

  1. Berkat Disiplin.. Alhamdulillah.. Betul la.. kata orang, kalau nak berjaya tak kira lah apa pun sama ada dalam kerjaya atau apa pun.. mesti berusaha disusuli dengan disiplin
  2. Berdebar-debar dengan keputusan sebenar..
  3. Ooo.. ini rasanya.. tak bestnyer.. Apa2 pun ini lah nikmat Allah.
  4. Dah boleh ber tenet.. tapi tak leh lama-lama..
  5. Hubby 3 kursus di Lumut.. Alahai.. sapa nak gi kedai ni..

Kay.. tu jer dulu.. Salam..

Jumaat, 8 Januari 2010

1st N3 2010

N3 pertama tahun 2010 :
Setakat ni tak de apa yang best untuk dicatatkan.. sume nyer citer rutin..
1) Pasal Keje : biasalah di awal tahun, kejar staf untuk pulangkan borang SKT depa, kejar bos2 untuk bagi Markah prestasi untuk staf diorang..

2) Pasal Adik beradik : tumpang gembira la dengan penambahan ahli keluarga.. Angah, dapat baby Girl, Disember lepas (dah sepasang... ) : Adek (Adik ipar), pun dapat baby Girl, November lepas : Abang De, dah plan nak bertunang dan bernikah tahun ni..

3) Pasal Mak : Insya Allah kalau ada rezeki tahun ni gi Haji, terdekat ni nak gi jalan2 kat Sabah dengan Adik dia.. jelous nye.. kita sendiri tak penah gi Sabah..

4) Pasal Hubby : Ni bab yang tak best, ada ke dia bercita2 nak gi Misi lagi.. Misi kat Mindanao.. tak habih2 cari penyakit la Ayang nih.. Boleh dijawabnya, Kan ke Ayang kata best kalau dapat bermastautin kat 'Oversea'... Cepat2 jawab.. kat negeri 4 musim, bukannya negeri yang terkenal dengan taufan, gunung berapi dan perang.. Katanya lagi, kali ni boleh bawak family, tempat tinggal dan pembantu rumah disediakan, Elaun boleh tahan.. Oh tidak... nak gi sana??? sah2 la kena resign, hanya sebab nak dok kat Filipina1 tahun .. Pendapatan bertahun2 selepas itu mau cekau kat mana.. betul, rezeki ada di mana2, tapi kalau setakat nak makan gaji, dengan keadaan ekonomi yang tak menentu.. ada ke company yang offer kadar gaji yang sama dengan sekarang ni, makin kurang ada la kot.. Sekarang ni, berdoa-doa supaya tahun ni, Hubby dapat mengikuti Kursus di MTAT (Maktab Turus Angkatan Tentera kot..) .. kalau lulus, besar la harapan dan masa depan untuk dinaikkan pangkat ke Komander, pas tu Kapten, pas tu Panglima.. Aminnn...(sempat ke? sekarang pun dah 36 tahun, ada 20 tahun untuk service...)..

Tu je.. Citer2 ku seorang Wife Md Navy.. sume perkiraan.. banyaknye untuk Hubby.. diri sendiri?!!.. (Kalau masa depan Suami cerah, Insya Allah masa depan Isteri pun cerah la.., tu pun kalau tak de masalah rumahtangga.. mana tau bila pangkat dah besar nanti, taste Hubby pun berubah.. eeeiiii... Mintak simpang Malaikat 44)

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit