N3 pertama tahun 2010 :
Setakat ni tak de apa yang best untuk dicatatkan.. sume nyer citer rutin..
1) Pasal Keje : biasalah di awal tahun, kejar staf untuk pulangkan borang SKT depa, kejar bos2 untuk bagi Markah prestasi untuk staf diorang..
2) Pasal Adik beradik : tumpang gembira la dengan penambahan ahli keluarga.. Angah, dapat baby Girl, Disember lepas (dah sepasang... ) : Adek (Adik ipar), pun dapat baby Girl, November lepas : Abang De, dah plan nak bertunang dan bernikah tahun ni..
3) Pasal Mak : Insya Allah kalau ada rezeki tahun ni gi Haji, terdekat ni nak gi jalan2 kat Sabah dengan Adik dia.. jelous nye.. kita sendiri tak penah gi Sabah..
4) Pasal Hubby : Ni bab yang tak best, ada ke dia bercita2 nak gi Misi lagi.. Misi kat Mindanao.. tak habih2 cari penyakit la Ayang nih.. Boleh dijawabnya, Kan ke Ayang kata best kalau dapat bermastautin kat 'Oversea'... Cepat2 jawab.. kat negeri 4 musim, bukannya negeri yang terkenal dengan taufan, gunung berapi dan perang.. Katanya lagi, kali ni boleh bawak family, tempat tinggal dan pembantu rumah disediakan, Elaun boleh tahan.. Oh tidak... nak gi sana??? sah2 la kena resign, hanya sebab nak dok kat Filipina1 tahun .. Pendapatan bertahun2 selepas itu mau cekau kat mana.. betul, rezeki ada di mana2, tapi kalau setakat nak makan gaji, dengan keadaan ekonomi yang tak menentu.. ada ke company yang offer kadar gaji yang sama dengan sekarang ni, makin kurang ada la kot.. Sekarang ni, berdoa-doa supaya tahun ni, Hubby dapat mengikuti Kursus di MTAT (Maktab Turus Angkatan Tentera kot..) .. kalau lulus, besar la harapan dan masa depan untuk dinaikkan pangkat ke Komander, pas tu Kapten, pas tu Panglima.. Aminnn...(sempat ke? sekarang pun dah 36 tahun, ada 20 tahun untuk service...)..
Tu je.. Citer2 ku seorang Wife Md Navy.. sume perkiraan.. banyaknye untuk Hubby.. diri sendiri?!!.. (Kalau masa depan Suami cerah, Insya Allah masa depan Isteri pun cerah la.., tu pun kalau tak de masalah rumahtangga.. mana tau bila pangkat dah besar nanti, taste Hubby pun berubah.. eeeiiii... Mintak simpang Malaikat 44)