BAKAT
Sejarah secara ringkas Badan kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) yang kita semua mesti tahu Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) telah wujud sejak zaman kolonial dengan nama ‘family club’ (kelab keluarga). Sejajar dengan perkembangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maka Kelab Keluarga disusun struktur organisasinya pada 1 jun 1976 dan dibahagikan kepada 3 komponen perkhidmatan iaitu :
1. Persatuan Isteri-Isteri Tentera Darat (PERISAD)
2. Persatuan Isteri-Isteri Tentera Laut (PERISTELA)
3. Persatuan Isteri-Isteri Tentera Udara (PERISTU)
Memandangkan kesemua persatuan ini dibawah satu badan maka pada 1 Oktober 1979 ketiga-tiga persatuan digabungkan menjadi satu badan organisasi dinamakan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT). Bagi membezakan setiap perkhidmatan maka diakhir perkataan diletakkan BAKAT – (darat, laut atau udara)
Cogan kata BAKAT:”Bersama Berbakti” (Together we serve)
Objektif utama :Memberi khidmat kebajikan kepada keluarga
LOGO BAKAT
- Lambang Angkatan Tentera. Lambang menunjukkan BAKAT adalah sebuah pertubuhan/organisasi dalam Angkatan Tentera.
- Warna Latar Belakang. Warna ini menunjukkan Angkatan Tentera meliputi BAKAT dari ketiga-tiga perkhidmatan
- Wajah Wanita Berlatarbelakangkan Perajurit. Menerangkan BAKAT adalah sebuah pertubuhan wanita yang mempunyai pertalian rapat dengan pejuan di tengah medan, sementara para isteri sentiasa teguh di belakang menjaga kebahagiaan rumah tangga. kedua-duanya menuju satu haluan iaitu untuk berbakti kepada Negara
- Bunga Padi Kekuningan. Melambangkan suasana aman, kesejahteraan dan kemuafakatan
LAGU BAKAT
Kami ahli BAKAT Tentera
Badan kebajikan keluarga
Bersatu kami semua
Membela isteri tentera
Mari bersama berbakti
Beri semangat pada suami
Berjiwa penuh berani
Membela ibu pertiwi
Berjuang kami tanpa senjata
Semoga kami berjaya
Keadilan tercipta
Sama-sama bahagia
Tujuan BAKAT mulia
Membuat amal sentiasa
Bersama membela bangsa
Negara maju jaya
(tapi melodinya aku tak pernah dengar pun)
Begitulah info ringkas berkenaan BAKAT yang dapat aku google.. Harap depa tak tanya aku lebih2.. Moga-moga BAKAT akan terus kekal dalam meningkatkan lagi kebajikan keluarga tentera… (ni tak tau la.. ikut keadaan politik semasa dan politik tentera tu sendirik)..
2 ulasan:
salam azira - kak lina dh tag zira utk join contest sila rajin kan diri ekkk
Assalammualaikum. Saya dari syarikat outloud stuidos. Sedang melakukan research untuk sebuah drama bersiri tentang kehidupan isteri2 anggota tentera. Boleh saya tahu dimana untuk perolehi maklumat tentang perkara diatas? Jika tidak keberatan, boleh emailkan kepada saya, lilmooiz15@yahoo.com. terima kasih
Catat Ulasan