Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 13 Januari 2011

PENILAIAN PRESTASI

Cam dah lambat je wat N3 berkaitan tajuk ni.. tapi tak pe.. Kalau kat opis ni.. Bulan Januari baru start bagi markah kat staf..

Seperti biasa, tugas yang paling berat nak ditanggung oleh BOS KECIK ni ialah menilai prestasi staf (sebagai Pegawai Penilai Pertama).., walaupun ada baru ada 7 orang staf , tempoh seminggu yang diberi untuk memberi markah macam tak cukup.. Bukan senang beb.. Markah Prestasi ni la yang menentukan masa depan diorang, ye lah menda melibatkan kelayakan diorang untuk ANJAKAN GAJI, KENAIKAN PANGKAT paling tak pun merasa jugak la RM1000.00 untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.. kang BOS BESAR tanya APA ASAS nya ngko bagi TREND markah macam ni kat staf ngko nih.. nak menjawab lagi.. Tapi tak pe.. walau pun BOS KECIK ni tak berapa petah menjawab, BOS BESAR ku dah paham.. jawapannya akan ada dalam PAPER dan SLIDE Presentation time Meeting Pengurus2 Unit nanti..

Adoii mak aii.. kena amik masa.. kena tenang-tenang.. tak leh main letak je.. tak adil untuk diorang.. Nak bukak borang depa time keje, asik terganggu dengan macam-macam WAHYU soh buat itu, soh settle kan ini, attend meeting kat sana, soh DISCUSS kat sini.. Dah cuba bawak balik umah..  dua tiga hari ulang alik dalam keta, tak sempat jugak bagi markah.... Tengok borang pun idak..

Itu baru citer pemarkahan, belum citer perlu jumpa diorang untuk inform prestasi diorang.. Perlu ada asas kenapa kita bagi markah macam tu.. Kenapa tahun lepas kita bagi lebih , tahun ni kita bagi kurang.. nak soh diorang capai KPI SASARAN KERJA, NAK BUAT ROTATION TUGAS.. Apa ayat nak bagi diorang ada bermotivasi.. Tapi tak per.. Insya Allah, BOS KECIK ni sentiasa ada idea untuk mengGULA-GULAkan (beri INSENTIF la) depa

Naik lunyai Borang LNPT staf aku keje kan.. selak setiap satu rasanya dah lebih 10 kali

Yang pasti, ISNIN minggu depan mesti siap bagi markah, dan interview depa sorang2.. bincang dari hati ke hati.. Nak gi beli COKELAT ni.. sambil2 bincang dan basuh depa ni, boleh jugak hulur2 cokelat, tak lah depa STRESS... 

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit