Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 16 Mac 2011

Jawab Soklan Pa & Ma Mac 2011 yg belum diedit

Kalau ada la terbaca artikel dlm Pa Ma Mac 2011 (Berakhirnya Penantian 11 tahun) macam best je ayat2 nyer disusun (ye la Journalist dah edit) tapi dalam N3 nih ku kongsikan jawapan asalnya.. he he

Soalan dari 'KAWAN KU' itu:


1. Nama penuh suami, isteri, umur dan pekerjaan.
    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

2. Nama penuh anak dan tarikh lahir.
Ahmad Lutfi Ikram bin xxxxxxxxxxx (25 Ogos 2010)

3. Usia perkahwinan?
Tarikh kahwin : 20 Mei 1999 (Dapat anak tahun ke 11), tahun ni tahun ke 12

4. Adakah anda memang merancang anak sejak di awal perkahwinan?
Tidak pernah merancang, memang mahukan anak segera

5. Bilakah mula mendapat tahu mengenai masalah berkaitan peluang untuk mengandung?
Selepas 3 tahun berkahwin, rasa rugi masa.. tahun 2003 merujuk ke LPPKN, menurut Pakar, tiada masalah.. dinasihatkan tinggal bersama.. Hubby usaha mohon pertukaran ke KL berjaya tahun 2005.

6. Apakah jenis rawatan yang diterima, bila dilakukan serta di hospital mana?

i. Mula serius tahun 2007 di PPUKM, first time, selepas semua ujian kesuburan dibuat, dicadangkan ambil pil Clomide (tak berjaya juga walaupun sebanyak 3 kali pusingan haid).. November 2007 maklum pada Prof Zainul kena stop kejap sebab hubby dihantar bertugas ke Sudan

Ni la Prof Dr Zainul Rashid

ii. Hujung Februari 2009 mula semula : Jumpa Prof Zainul, terus dicadangkan IVF, tak mau buang masa dengan treatment lain seperti IUI sebab faktor umur dan usia perkahwinan

iii. Mac 2009, masa nak tandatangan ‘agreement’ sebelum prosedur amik telur Prof terus cadangkan prosedur yang dipanggil ICSI (refer lampiran yg disediakan) katanya untuk pastikan % persenyawaan tinggi. Berjaya amik 11 telur berkualiti, 8 berjaya disenyawakan, 3 hari kemudian, dipanggil untuk transfer, Prof maklumkan 5 embrio yang berjaya membentuk 8 sel yang berkualiti. Transfer 3 embrio, 2 lagi simpan

7. Boleh kongsi pengalaman sepanjang beberapa tahun tidak memiliki cahaya mata?

• Awal perkahwinan : Tinggal bersama bermula September 1999, 6 bulan bersama di Lumut

• Bermula tahun 2000 – 2004 : Married Bachelor (Hubby bertugas di MAWILLA 1, Kuantan dan TLDM Lumut) : Tak ikut hubby sebab nak keje.. Hubby support supaya bekerja

• 2003 : Pegi LPPKN : Tiada Masalah, dinasihatkan tinggal bersama

• 2005 : Hubby dapat bertukar ke KEMENTAH Kuala Lumpur

• 2007 : April – First time ke MAC, PPUKM, appointment dengan Prof Zainul – jalankan macam2 ujian kesuburan, kedua2 tak de masalah, awal diberi pil clomide sehingga 3 kali pusingan haid.. tak berjaya mengandung. September – Hubby dapat tahu kena gi MISI PBB di Sudan. Prof Zainul stop treatment sehingga balik.

• 2008 : Hubby bertugas di Sudan (UNMIS)

• 2009 : Februari : Sambung treatment ngan Prof Zainul melalui UKM Specialist Centre (malas tunggu giliran, lama sangat kalau ikut HUKM), Mac – sambung treatment di UKM Specialist Centre.. Macam2 prosedur kena ikut.. (penerangan berbentuk ilmiah seperti dilampirkan ye). April – Masa nak tandatangan ‘agreement’ amik telur dinasihatkan guna kaedah ‘ICSI’ untuk tingkatkan peluang persenyawaan, ikut ler.. Berjaya dapatkan 11 telur, berjaya disenyawakan 8, 5 berjaya menjadi embrio berkualiti, first time transfer 3 embrio (tak berjaya – haid lewat 14 hari), 2 embrio dibekukan

14 Disember – Second time transfer guna 2 freezing embrio (berjaya) tapi satu je jadi.

8. Bagaimana anda dan suami berhadapan dengan situasi tersebut?

Masa married bachelor tak terasa sangat, dah 2 tahun hidup sekali baru rasa tak boleh dok tunggu rezeki datang, kena usaha lebih dan ada sikit tertekan sebab sedara mara / adi beradik lain baru kawin terus dapat anak, orang keliling start tanya “Tak mau anak ke?”, “Tak usaha ke?”, “Sampai bila nak hidup berdua je?”... Soalan2 klise yang bukan dari ahli keluarga, tapi soalan2 daripada orang yang tak tau / tak faham keadaan kita.. Buat andaian macam2..
En Hubby : Bila ditanya soalan2 ‘cepu mas’ dia jawab ‘tak de rezeki lagi’, balik umah, mengomel orang itu cakap itu, orang ini cakap ini.. Hangin jugak la dia.. tapi depan saya je..
Saya : Senyum je.. (hati dalam sapa tau).. kekadang saya jawab juga.. Syukur, Tuhan bagi kami Honeymoon lama-lama..

9. Adakah sebarang usaha lain seperti rawatan tradisional dan sebagainya dilakukan?
Macam2 usaha....pantang ada yang bagitau orang ni boleh urut, pegi la berurut, sana sini, ikut nasihat makan macam2.. amalkan petua itu ini.. Pegi Tasik Dayang Bunting pun ada.. tapi Hubby kurang caya benda2 macam tu..

10. Bagaimana pula sokongan daripada pihak keluarga?
Alhamdulillah, ibu dan adik beradik dari kedua belah pihak masing2 sangat memahami dan memberi nasihat hanya bila nampak kita bersedia untuk berbincang masalah sahaja, mereka tidak pernah memulakan soalan2 ‘cepu mas’ kepada kami... Keluarga jugak la yang banyak memberi panduan, mendapatkan dan kongsi maklumat yang macam2 berkenaan kesuburan, prosedur itu ini, do and don’t sepanjang kami berusaha.

11. Boleh kongsi sebarang tip dengan pasangan lain yang masih tidak dikurniakan cahaya mata lagi.
• Kenali lebih dekat dan cuba fahami hati budi pasangan masing2 (kekuatan, kelemahan masing2), terima pasangan seadanya.. tapi sentiasa la usaha memperbaiki diri masing2..

• Jangan terganggu, jangan stress dengan soalan2 yang dirasakan sensitif .. (Kalau boleh kongsi perasaan dengan pasangan.. )

• Sentiasa pastikan diri sihat.. Untuk memastikan sepanjang berusaha mendapatkan zuriat , proses itu tak terganggu dek kerana masalah kesihatan kita.

• Untuk mengelakkan stress dan kebosanan, sibukkan diri dengan aktiviti yang kita minati.. Saya suka join aktiviti rekreasi dengan kengkawan, hubby pulak suka aktiviti di Gym (minat kami berdua memang tak sama langsung).. tetapi sesekali saya atau hubby join jugak aktiviti pasangan supaya masing2 paham minat masing2. dan bila berdua rumah, ada macam2 topik boleh kongsi bersama..

• Seboleh2nya dapatkan nasihat dan merujuk kepada Pakar, jika kewangan menjadi kekangan rujuk TAFF, bagi kakitangan kerajaan pulak, segala kos berkaitan ubatan ditanggung, hanya prosedur ditanggung sendiri..

• Muhasabah diri, berdoa, usaha, usaha, usaha, berdoa dan tawakkal.. Mungkin banyak hikmah disebalik ujian yang diberi.. ceeee wahhhh..

(Harap menjawab soklan.. kalau tak, ngko call la aku)

p/s : Kalau harap aku tulih sendirik artikel tu jadik cam gini la kot...

1 ulasan:

Nur-nba berkata...

Tahniah Kak..penantian untuk memiliki zuriat sendiri telah berakhir. Doakan Nur juga ye.. masih berdua lagi. :(

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit