SESAPA YANG RASA ADA MASA TU DAN NAK MEMBANTU KEMENTERIAN NI SILA LAH JAWAB SURVEY SEPERTI YANG DI 'LINK' KAN TU.. SENANG SANGAT PUN.. DAN SEKURANG2NYA MEMBANTU KEMENTERIAN NI MEMBUAT ATAU MEMPERBAIKI SESUATU DASAR..
NI DIA E-MEL NYE..
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
OPINION POLL BAHAGIAN DASAR, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, KPWKM sedang menjalankan 6 set opinion poll. Opinion poll ini telah dimulakan pada 17 Januari 2011 sempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-10 KPWKM. Hasil maklumbalas daripada opinion poll ini akan digunakan sebagai panduan untuk KPWKM melaksanakan sebarang dasar, program atau aktiviti setelah mengambil kira pandangan daripada stakeholder/masyarakat.
3. Sehubungan itu, saya memohon kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan untuk menjawab opinion poll berkenaan dengan mengklik pada link yang telah disediakan seperti berikut:
a) Teksi Untuk Wanita Yang Dipandu Oleh Wanita : https://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dGtQZE5VR0JTak5pR2w2VUdKakZsMUE6MQ
b) Pilihan TASKA Untuk Anak Anda : https://spreadsheets0.google.com/viewform?formkey=dDJFeGYyZ2FIWEUtZlVrRzlVT3FtUHc6MQ
c) Penjagaan Warga Emas : https://spreadsheets0.google.com/viewform?formkey=dFRISlVuQXU2X1pnMlZLWWRneWlpbnc6MQ
d) Tempoh Bantuan Kepada Penerima Bantuan JKM : https://spreadsheets0.google.com/viewform?formkey=dDhyVGpLN1BVcTRuaGtlS19QQTJNNGc6MQ
e) Akta Gangguan Seksual : https://spreadsheets0.google.com/viewform?formkey=dDJmbld1eWNXYU85eC1pZHNOaU0zWXc6MQ
f) Sistem Saringan Keselamatan : https://spreadsheets0.google.com/viewform?formkey=dEZuUTJaa05lTHBBZGJTMzM2U0FoUWc6MQ
4. Kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Nor Dalila Mazid
Penolong Setiausaha (Unit Perancangan dan Penyelidikan)
Bahagian Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Tel: 03-2690 4045
Fax:03-2698 5982
Emel: dalila@kpwkm.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan