Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 29 Julai 2011

NaVy..TLDM

Terms yang WN dapat time join ROTU dolu2.. banyak!!! tapi dah tak ingat..

NAVY

N - Never
A - Always
V - Volunteer
Y - Yourself

TLDM (Tentera Laut Di Raja Malaysia)

T - Tengok
L - Lawa
D - Dalam
M - Melantung

atau

T - Tempat
L - Lawatan
D - Daerah
M - Manjung

PSS (Pasukan Simpanan Sukarela)

P - Pasukan
S - Suka
S - Suka

ada sape2 lagi boleh tambah??..

Selasa, 26 Julai 2011

Orang Yang Paling Berani

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?"
Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, wahai Amirul Mukminin."

Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar As-Siddiq. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa saja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."

"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah ?"

Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah diam saja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya."

Isnin, 25 Julai 2011

TUJUH JENIS PUASA SUNAT JADI AMALAN RASULULLAH s.a.w

Sempena menjelang RAMADHAN

BERTANYA seorang sahabat kepada Anas r.a mengenai puasa Nabi SAW. Jawab Anas: “Aku suka melihat Rasulullah SAW khususnya ketika beliau berbuka atau berpuasa. Hatta pada malam yang beliau habiskan sehingga fajar. Keadaan tidur Rasulullah SAW dan aku tidak pernah merasai kelembutan sutera yang hebat lebih daripada kelembutan tapak tangan Rasulullah SAW. Aku mencium bau hebat dari wangian kasturi, tetapi bau badan Rasulullah SAW lebih wangi dari itu. (Hadis Bukhari).

Berkata Syeikh Ibnu Hajar: “Bahawa keadaan Rasul SAW dalam menunaikan perkara sunat seperti puasa dan Qiamullail adalah berbeza. Kadang-kadang beliau berpuasa pada awal, pertengahan atau akhir bulan. Puasa sunat tidak tertakluk kepada waktu kecuali waktu yang ditegah. Baginda tidak berpuasa sepanjang tahun. Tidak pula berqiamullail sepanjang malam kerana bimbang akan menjadi kesulitan kepada umat akan datang. Jadi beliau berpuasa dan berbuka, tidur dan berqiamullail. (Fath 4/217).

Firman Allah: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang baik bagi mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan Rasulnya (al-Mumtahanah: 6).
 
Marilah kita melihat sepintas lalu mengenai hari dan munasabah tertentu ibadat puasa Nabi SAW.

Amalan Puasa Sunat
Hadis / Pendapat
(1) Puasa 6 hari pada 
      bulan Syawal
(i) Sabda Rasulullah SAW:

     “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun.” (Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah).

(ii) Ibnu Qudamah menyebut dalam kitabnya, Mughni riwayat Said dari Sauban r.a, berkata sabda Rasul SAW:

      “Sesiapa berpuasa Ramadan sebulan bersamaan sepuluh bulan dan puasa enam hari pada Syawal, maka sempurnalah setahun”. Ini bermakna satu kebajikan digandakan sepuluh dan enam hari dengan ganjaran enam puluh hari, Demikianlah dua belas bulan iaitu setahun.” (Mughni 3/173).


(iii) Imam Nawawi ketika mengulas hadis di atas berkata, 
“Ini adalah bukti jelas bagi Imam Syafie, Imam Ahmad dan Daud menjadi alasan menggalakkan kita berpuasa enam hari dalam bulan Syawal”. (Syarah Muslim 8/56).

(iv) Ulama berbeza pendapat mengenai puasa berturut-turut atau sebaliknya. Pengarang kitab Al Hidayah dan lain-lain menyarankan supaya dilakukan berturut-turut. Namun, Imam Abu Hanifah dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafie antaranya Abu Yusuf dan lain-lain mengatakan bahawa dipisahkan adalah lebih baik dan disunatkan kerana dapat membezakan dengan puasa penganut Kristian dan juga dapat meraikan kaum keluarga. (Maarif Sunan Syarah Tarmizi 6/121).

(2) Puasa Muharam
(i) Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:

     “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat lima waktu ialah solat malam”. (Muslim 1/474).

Waktu yang terbaik ialah pada 9 dan 10 hari bulan. Ia berlaku sepanjang Muharam dan 10 Muharam mempunyai hak khusus tersendiri.

(3) Puasa Hari-Hari Putih (pada 13,14 & 15 setiap bulan Islam)
(i) Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan dengan tiga perkara: Puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat Duha dan solat witir sebelum tidur (Hadis Bukhari).

(ii) Syekh Ruyani berpendapat bahawa berpuasa tiga hari setiap bulan adalah sunat dan lebih afdal jika bertepatan dengan hari-hari putih. Ia dinamakan hari-hari putih kerana keceriaan malamnya dengan pancaran bulan penuh. (AlMughni 3/177)

(iii) Dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah pada setiap bulan, tiga hari kerana satu kebajikan digandakan sepuluh kali ganda. Yang demikian itu seumpama kita berpuasa setahun.        (Hadis Bukhari, Muslim)

(iv) Dalam riwayat lain sabda Rasulullah SAW  bermaksud, “Sesiapa berpuasa Ramadan bersama tiga hari setiap bulan akan mendapat pertolongan pada hari yang sangat dahaga ia hari Mahsyar.
(4) Puasa Hari Arafah
      (pada 9 Zulhijjah)
(i) Dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Jawab Baginda:
    
    “Pengampunan dosa bagi tahun lalu dan tahun akan datang”. (Hadis Muslim 1/473).

Bagi berwukuf di Arafah pula kebanyakan ulama sepakat mengatakan bahawa mereka sunat berbuka puasa.

(ii) Imam Hanafi dan Maliki berpendapat  adalah makruh bagi jemaah haji yang berpuasa pada hari wukuf dan hari Tarwiyah (8 Zulhijjah).

(iii) Bagi Mazhab Syafie pula bagi penduduk Mekah yang berwukuf  pada siang hari, berpuasa adalah tidak digalakkan dan harus bagi yang berwukuf di sebelah malam. (Fiqh 4 Mazhab 1/505). Adapun puasa Arafah sudah diketahui umum bagi semua yang mengerjakan haji atau sebaliknya. (Fath 4/237).
(5) Puasa Hari Asyura
     (10 Muharam)
(i) Dari Abdullah bin Abbas r.a bahawa ketika Rasulullah SAW sampai ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi bertanya, “Apakah gerangan hari ini sehingga kamu berpuasa?”.  Maka mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang  besar di mana Musa diselamatkan dari kaumnya,  tenggelamnya Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa kerana mensyukuri dan kami berpuasa”. Selepas mendengar itu Nabi SAW pun bersabda, “Kami lebih utama berpuasa dari kamu dan Nabi SAW berpuasa dan menganjurkan kita berpuasa”.

(ii) Dalam riwayat Abu Qatadah r.a bahawa apabila Nabi SAW ditanya mengenai puasa Asyura beliau menjawab, “Mendapat keampunan setahun yang lampau”. (Hadis Muslim 1/459).

(iii) Dalam riwayat lain sabda Nabi SAW, “Puasalah hari kesembilan dan kesepuluh, janganlah kamu samakan dengan kaum Yahudi”.

(iv) Ada yang berkata, berpuasa 9 Zulhijjah sudah memadai kerana dosa dua tahun sudah terhapus.
Sheikh Abd Hamid berpendapat bahawa dosa adalah seperti ’air sungai yang mengalir’. Oleh itu, puasa dan taubat adalah ubat mujarab untuk dosa berkenaan. Ada dosa yang tidak diampun kecuali dengan puasa Asyura. Begitulah sebaliknya dan tiada yang mengetahuinya melainkan Allah SWT.
(6) Puasa Isnin dan    
     Khamis
(i) Dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa Isnin dan Khamis. Baginda menjawab: “Padanya aku dilahirkan dan padanya mula-mula diturunkan wahyu padaku. (HR Muslim 1/474).

(ii) Dalam riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”. (Hadis Tarmizi).

(iii) Dalam riwayat lain daripada sebahagian isteri baginda ada mengatakan bahawa Rasulullah SAW berpuasa 9 dan 10 Zulhijjah, tiga hari setiap bulan Islam serta Isnin dan Khamis pada setiap minggu. (Hadis Abu Daud).
(7) Puasa Nabi Daud AS
(i) Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada puasa yang lebih baik selain puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Hadis Bukhari).

(ii) Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. Dia juga tidur dan menggunakan satu pertiga malamnya saja untuk berqiamullail. (Hadis Nasai, Abu Daud).


Untuk makluman, semua puasa sunat berkenaan dilarang bagi yang bergelar isteri kecuali mendapat keizinan suami masing-masing kerana menunaikan hajat suami adalah wajib. Maka hukum syarak mengatakan hendaklah didahului yang wajib.

Sumber: Berita Harian

Sabtu, 23 Julai 2011

TLDM : Frotila Rondaan

Flotila Rondaan mengandungi:
- Skuadron Kapal serang laju (FAC G) Kelas Jerong- KD Jerong (3505), KD Todak (3506), KD Paus (3507), KD Yu (3508), KD Baung(3509), KD Pari (3510). 
Jenis Kapal Ronda Laju (Meriam)

- Skuadron NGPV (MEKO A-100) Kelas Kedah - KD Kedah (171), KD Pahang (172) KD Perak (173), KD Terengganu (174), KD Kelantan (175), KD Selangor (176 ).

Jenis Kapal Ronda . Ditauliah Pertama 5 Jun 2006 (Kedah) dan terakhir / 28 Dis 2010 (Selangor) : 
Krew 70+

Skuadron PV Generasi Baru Kelas Meko 100 yang sistemnya berkonsepkan fitted for but not with ini membolehkan beroperasi berterusan di laut dengan mengambil kira keselesaan anak-anak kapal menjadikan perolehan ini memberi impak positif dan menjadi pendorong kepada
TLDM memacu perjuangan dengan angkatan laut yang seimbang dan kredibel bagi menangani cabaran dan konflik semasa dan mendatang.

Pembinaan keseluruhan sebanyak enam buah platform yang dilengkapi dengan kelengkapan canggih dan termoden bukan sahaja memenuhi hasrat TLDM setakat ini malah menjanjikan kelancaran operasi maritim dan meletakkan kesiapsiagaan angkatan armada pada tahap kategori satu dan memberi impak semangat juang kepada perajurit dan usaha cegah rintang kepada pihak musuh yang sering mengintai dan mentafsir kelemahan pertahanan negara.

Inovasi tempatan yang mempunyai ciri-ciri serba boleh telah menekankan aspek ketahanan pengoperasian dan keselesaan menghuni warganya yang merupakan inovasi persediaan penempatan krew lelaki dan wanita (mixed gender crewing) secara langsung memberi gambaran bahawa perancangan masa depan
TLDM akan memberi peluang kepada pegawai dan lasykar wanita untuk bertugas di kapal dengan lebih serius.

Penempatan percubaan pegawai wanita di dalam skuadron ini telah membuktikan bahawa diskriminasi gender tidak berlaku dan wanita juga mampu digerakkan dan diberi peranan seiring dengan lelaki tanpa berkompromi dalam perkara agama dan tatasusila dan langkah ini amat bersesuaian dengan peranan masa kini TLDM.

Rabu, 20 Julai 2011

Penattttnyeerrr...

Orang lain pun penat jugak.. ingat ngko jer penat.. memuhasabahkan diri sendirik.. tapi nak tulih jugak kat entry ni untuk bacaan ketika tenang nanti..

Dah berminggu-minggu hujung minggu WN diganggu dengan tuntutan tugas dan persatuan yang dikatakan demi kebajikan tapi tak pasti la kebajikan sape yang perlu dijaga sekarang nih!

Lalui weekday yg sangat busy sebab handle pengurusan Majlis APC Agensi
25 - 26 Jun : Family day PPSM.. yeay Siput Sarawak dapat tempat ke 3 dari 4 kumpulan.. ha ha..  kat PD

30 Jun - 2 Julai : Penat tak habih lagi.. baru abis Majlis.. terus berangkut bawak anak ke PD lagik.. untuk berbengkel untuk meng update dan meng edit Manual Staf Agensi

4 Julai : 1/2 keje, 1/2 hari lagik bawak anak ke UKM Specialist Centre.. biasalah pemeriksaan rutin.. berdua ngan Lutfi je.. menggendong dia yang dah tak mau dok dlm stroller.. time paling down.. Lutfi dah tak mau di dukong.. (dah la berdua ngan dia je)..settle a/ment dan nak balik- bateri hp pun time tu kong.. sampai kat kaunter JOCKEY service.. ada note tulih sila call hp no XXXXXXXXX... hai la hai.. nak nangih!!!.. muka tak malu.. nampak Pak Guard mintak tolong   call kan JOCKEY.. dia kata tak de kredit.. nasib baik ada Chinese Girl yang kebetulan nak call JOCKEY tu.. dengan muka tak malu tumpang kat dia mintak bawak kan keta kita sekalik..

10 -12 Julai : Main tipu.. patutnya kena berangkat ke Kota Bharu la pulak... Meeting lagik!!.. tak leh nak tinggal Lutfi sebab dia nyusu badan time malam.. tapi mintak tolong kawan pegi.. apa2 hal WN tolong dari HQ.. penatnyerrr!!!.. Hubby pulak ada lawatan dari Isnin sampai Jumaat.. Sian kat Lutfi kena asik kena tinggal ngan abah dia je sejak dari lahir.. 

15 - 16 Julai : Hari cuti ku diganggu lagik oleh aktiviti BAKAT la pulak.. Sian kat Lutfi lagik... tinggal la pulak ngan Abah.. 2 hari tu

19 - 22 Julai : Sekali lagik Abah Lutfi kena wat lawatan luar..

22 Julai : WN kena mintak Cuti tanpa rekod.. untuk preparation FINAL Event Bakat lagik.. sebab esoknya Majlis BAKAT yang last!!! ha ha.. ce timbang ce pikir.. kat mana kebajikan yang dijaga.. anakku dah start terabai.. lantak la.. lalu je la.. sikit lagi... bulan Disember akan menjengah.. semua ni kena lalui.. Moga-moga Hubby dapat menghabiskan KURSUS ni dengan jayanya!!!..

Dengar citer lepas ni kena tinggal seminggu lagi.. Hubby kena gi sekitar SPRATLY..

Lepas raya... sebulan lagi ditinggal Hubby lagi.. hadiri Latihan di PUSTAKMAR Lumut.. 

Penattttt nyeerrrrr... lalui menda2 cenggini sensorang.. Tapi ALLAH tu ADIL kan... 

Ada ganjarannye kalau kita BERSABAR dan tak MENGELUH kan..

Huh huh.. tapi dah mengeluh dah ni!!!

Isnin, 18 Julai 2011

TLDM : Armada nya

Tunggak utama kewujudan sesebuah angkatan laut adalah armadanya. Sebuah armada yang lengkap kepada sesebuah negara adalah armada yang mengandungi komposisi aset permukaan/bawah pemukaan yang mencukupi dengan kelengkapan persenjataan, ekuipmen dan keanggotaan yang bersemangat juang yang tinggi dan terlatih.

Apatah lagi dengan sokongan organik yang mampu memberi gambaran awal sesuatu ancaman seperti ;
  • Airborne Early Warning And Control (AEW&C),
  • Helikopter ASW, penderia yang berkesan dan operator yang tahu manfaatkan kebolehan diri dan sistem secara optimum.

TLDM telah membahagikan aset-aset armada kepada beberapa flotila iaitu :
    1. Flotila Serang,
    2. Flotila Rondaan,
    3. Flotila Bantuan dan
    4. Flotila Latihan.

Flotila Serang mengandungi:

- Skuadron ke 22 Korvet Kelas Kasturi - KD Kasturi (25) dan KD Lekir(26) : 
Krew 128

Dalam usia yang mencecah 27 tahun, KD KASTURI kini sedang menjalani program pemanjangan hayat perkhidmatan atau Service Life Extension Program (SLEP) untuk memberi penyesuaian baru dalam perkhidmatan dan akan dikuti oleh KD LEKIR selepas ini. Peningkatan dan pengupayaan kepada sistem dan komponen dijangka akan memberikan satu kuasa tempur yang selari dengan keperluan terkini.
- Skuadron ke 23 Frigat Kelas Lekiu - KD Jebat (29) dan KD Lekiu (30). Ditauliah 9 Oktober 1999 (Lekiu)/ 20 November 1999 (Jebat) : Krew 145
- Skuadron ke 24 Mini Korvet Kelas Laksamana- KD Laksamana Hang Nadim (134), KD Laksamana Tun Abdul Jamil (135), KD Laksamana Mohammad Amin (136), dan KD Laksamana Tan Pusmah(137).
Ditauliah Julai 1997(134/135), Julai 1999(136/137) : Krew 47

- Skuadron Kapal serang laju (FAC M-1) Kelas Perdana- KD Perdana (3501), KD Serang (3502), KD Ganas (3503) dan KD Ganyang (3504).
- Skuadron Kapal serang laju (FAC M-2) Kelas Handalan- KD Handalan (3511), KD Perkasa (3512), KD Pendekar (3513) dan KD Gempita(3513).
-Skuadron Kapal Selam (Scorpene) Kelas Perdana Menteri- KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak : Krew 31

- Skuadron LCS.

Skuadron bayangan yang dijangka akan memulakan pembinaaan pada pertengahan 2012 ialah pembinaan 6 buah Littoral Combat Ship (LCS) yang dipersenjatai dengan lengkap akan dibina oleh syarikat tempatan iaitu Boustead Holdings Berhad yang menekankan kepada ciri-ciri halimunan(stealth).

Pemerhati-pemerhati pertahanan berpendapat dunia pertahanan maritim hari ini bertumpu kepada suatu rekaan yang sudah tentu bercirikan halimunan iaitu kombinasi rekabentuk aerodinamik yang tidak banyak menonjolkan struktur binaan yang bersudut tepat.

Sebahagian besar struktur dindingnya diperbuat daripada bahan komposit dari campuran kayu dan gentian kaca kerana bahan ini akan bertindak sebagai radar absorbent material (RAM) supaya tidak menghasilkan pantulan jitu oleh pancaran radar dari permukaan maupun udara.

Dengan ini akan memberi kelebihan taktikal yang menjadi elemen penting dalam sesuatu peperangan. Ciri-ciri lain yang agak terkini dari segi rekaannya ialah anjungan yang boleh memandang 360 darjah, menara bersepadu, serombong dan kedudukan persenjataan meriam skunder.

Jumaat, 15 Julai 2011

Nisfu Sya'aban

Lama simpan nota ni.. untuk rujukan sendiri.. dan hari ni nak kongsi sama-sama

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada 16 Julai 2011 (selepas maghrib pada hari 14 Sya'aban 1432H )

Oleh  itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 16 hb Julai  sebaik sahaja masuk waktu Maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib
   Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
   Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
   Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x

i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam &  mati di dalam
     iman &  pohonlah segala yang baik....
    
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

     Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (isnin)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:

1.     Malam Dimustajabkan Doa
2.     Malam Pembahagian Takdir
3.    
Malam Rahmat
4.     Malam Berkat
5.     Malam Pengampunan (Taubat)
6.     Malam Penebusan
7.     Malam Syafaat
8.     Malam Penulisan
9.     Malam Keagungan dan Kemuliaan
10.    Malam Rezeki
11.    Malam Hari Raya Para Malaikat
12.    Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau  orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Rabu, 13 Julai 2011

TLDM : Latihan dan Kerjasama

Untuk menjadikan TLDM sebagai sebuah pasukan yang kompeten dan berwibawa adalah satu perkara yang bukan mudah untuk dilaksanakan. Departmen Peperangan diberi tanggungjawab untuk membangun dan menyelia prosedur dan doktrin peperangan armada.

Penyediaan aset armada termasuk modal insan menjadi keutamaan yang tidak ada kompromi sebelum mereka boleh keluar beroperasi di laut lepas. Justeru untuk memastikan dua elemen utama ini berfungsi sepenuhnya beberapa siri aktiviti terlebih dahulu dilaksanakan seperti Latihan Pre Joining, Shakedown, Workup, Operational Readiness Evaluation, Pemeriksaan Tahunan dan lain-lain. Latihan Intra TLDM seperti OSTEX, PERANG PANGKOR, KERISMAS, JERONG EMAS, NAGA EMAS dan lain-lain adalah medan evaluasi bagi memastikan doktrin dan taktikal baharu peperangan diuji cuba keberkesanannya.

Latihan-latihan Bersama seperti ANGSA (TUDM), BELANGKAS (TDM), HALILINTAR (TUDM/TDM), PAHLAWAN (TUDM/TDM) dan lain-lain terus diberi keutamaan bagi memastikan ketiga-ketiga perkhidmatan ini boleh bekerjasama untuk memastikan ruang udara dan laut negara diberi pertahanan mapan.

Hubungan dan kerjasama dengan Tentera Laut negara-negera luar juga turut menjadi agenda penting TLDM dengan mengadakan pelbagai kombinasi latihan seperti EX- BERSAMA LIMA (FPDA), MALINDO JAYA , MALINDO DARSASA (Indonesia), MALAPURA (Singapura), THALAY LAUT (Thailand), HORNBILL (Brunei), PHIMAL (Filipina), CARAT, PENYU TRIDENT, PASKAL SEAL (US) dan banyak lagi diatur silih berganti saban tahun.



...mmm.. penah dengar hubby terlibat dalam latihan PANGKOR, KERISMAS dan CARAT je la setakat ni..

Isnin, 11 Julai 2011

TINGGALKAN KESAN TAU!!!

Berakhir sudah episod KEBIMBANGAN rakyat atas peristiwa yang diwar-warkan menganggugugat KESELAMATAN negara.. (pasti ke ni?)

WN sangat pasti apa yang dibimbangkan oleh Parti Pemerintah.. Apa yang sangat diinginkan oleh Parti Pembangkang.. tidak perlu la dibincangkan.. pasti ada nas-nas yang sangat bernas akan dikeluarkan oleh kedua-dua pihak untuk menegakkan pandangan masing-masing..

Ini pulak pandangan WN..

Perarakan sebenarnya!!! bukan perhimpunan.. kerana mereka melalui laluan-laluan utama di Segitiga KL untuk berhimpun ke Stadium Negara untuk berhimpun.. Berhimpun ialah berada di satu tempat tanpa perlu berkumpul dan berjalan beramai2.. macam Sambutan Hari Pekerja tu!!!

Adakah mereka pasti.. seramai puluhan ribu yang menyertai Perhimpunan ini benar-benar bersih hati mereka dan innocent untuk menuntut agenda mereka yang 8 itu? Cantik agenda itu..

Tapi adakah yang menganjurkan itu memastikan peserta-peserta yang mengikuti perhimpunan itu benar-benar bersih tingkah lakunya juga.. Adakah mereka pasti tidak akan ada yang menyertai perhimpunan ini walaupun 1% tidak akan ada yang berkelakuan EKSTREM..

Ini yang kita perlu elakkan.. makanya... terdengarlah mereka2 berkata..Tindakan Anggota Keselamatan yang menjalankan tugas mereka seperti menyekat laluan sebagai Anjing Kerajaan....(yang cakap tu Ahli keluarga ku juga.. huish.. tahan telinga.. Dia tak ingat ahli keluarganya juga kebanyakkan adalah yang berjawatan penting sebagai Anggota Keselamatan)

WN tak mau la bincang KESANnya dari segi EKONOMI, dari segi KESELAMATAN NEGARA, dari segi    kredibiliti KERAJAAN menangani masalah ini, pandangan MEDIA antarabangsa, KEPERCAYAAN negara luar (tu dia.. terlalu banyak kesannya.. nak jugak berarak).. Terlalu ilmiah.. tak pun.. perlu common sense je..

Tapi WN nampak kesannya kepada MORAL Anggota Keselamatan dan Keluarga mereka..Pernahkah yang merancang dan ikut aktiviti ini terfikir..

a) TINGGAL kan kesan tau.. pada hati mereka.. disebabkan Agenda sesetengah pihak.. makanya mereka terpaksa bertugas pada hari sepatutnya mereka tak bertugas..

b) TINGGAL kan kesan tau..Agenda sesetengah pihak .. makanya mereka terpaksa membatalkan janji2 mereka untuk bersama-sama keluarga.. tapi anak-anak kecil mereka tak paham tugas bapa mereka.. macammana mereka nak bagi anak mereka paham..

c) TINGGAL kan kesan tau.. Sepatutnya kena bertugas kat tempat redup pas tu berpanas-panas sepanjang tempoh berjaga-jaga tu..

d) TINGGAL kan kesan tau.. Kalau la ada yang EKSTREM dalam perhimpunan tu mengeluarkan ayat-ayat menyakitkan hati ANGGOTA KESELAMATAN yang bertugas pada hari tu.. buatnya hari tu dia baru je gaduh ngan bini dia.. dan tak dapat tahan kemarahan hatinya.. maka di LEPUK nya yang EKSTREM tu..

APA YANG AKAN JADI???

Tentunya.. KAWAN2 yang berhimpun itu akan rasa marah.. dan keluar lagi kata2 KESAT.. ada pulak yang akan bertindak konon2nya menyelamatkan kawan.. maka adalah yang bertindak untuk menegakkan yang BENAR.. maka MENJERIT-JERIT la mereka dengan tujuan memberi tahu rakan-rakan lain seorang AHLI mereka dipukul.. seperti kita ketahui.. satu berita yang betul diberitahu melalui beribu-beribu orang kepada PEMIMPIN perhimpunan.. sampainya dah jadi cerita lain.. ini kan kita belajar dalam TEORI apa ye.. lupa namaya..  itu kita tengok dari sudut yang berhimpun ..

JOM kita lihat dari sudut ANGGOTA KESELAMATAN..

Maka dipeganglah oleh Anggota yang MELEPUK itu oleh rakan sejawatnya.. dan rakan-rakan Anggota itu akan cuba meleraikan kawan2 yang kena LEPUK tu.. tapi mereka pun kena CACI juga.. ada pula yang mencabar-cabar kewibawaan mereka.. Anggota itu pula menggunakan PERISAI untuk memastikan Kumpulan itu tidak keluar dari kawasan yang digariskan.. tapi masih juga ditentang.. tiada jalan lain Ketua Anggota Keselamatan arahkan juga leraikan yang marah2 tu.. RAMAI tu bos.. nak wat camana? (agaknye la kan depa tanya..).. Pancut air.. Pili bomba jauh.. Pukul ngan belati karang depa kata kita mencederakan depa... Terpaksa la kita PEDIHKAN mata depa tu je jalan terbaik kot.... 

CE TELITI .. KAN DAH MACAM2 PERSEPSI ORANG..

a) Yang tengok secara LIFE..  JAHATnya Anggota Keselamatan tu.. diorang berarak je.. nak ke sampaikan memorandum tu.. kenapa sampai tembak2 gas nih?

b) Yang tengok media MAINSTREAM.. ye ke.. Anggota Keselamatan terpaksa melepaskan #$%&+! untuk meleraikan... ke.. Memang depa saja nak try test skill depa kat orang AWAM..

c) Yang tengok media ALTERNATIF.. Memang saje depa lepaskan.. kan ke si @##(@!!#(@ yang suruh..

DAH HABIS BERTUGAS.. BALIK RUMAH,,

a) Anak tanya.. Ayah-ayah kawan cakap keja ayah ni macam &^%%$$@.. ikut je..

b) Bini cakap.. Betul ke bang kejadian tu sebab ANGGOTA Keselamatan tu buat macam *$&^^Q

c) Jiran lak buat pernyataan negatif tanpa tahu KAWAN kat sebelah ni terlibat sekali

d) Gi kedai makan.. tengok orang baca Sotkabar.. terpampang lak peristiwa semalam

d) Gi surau... Alaaaa... ngapa bole gi tersilap tempat lak ni... Citer pasal ni lagik!!!

TOLONG LA.. CUBA PIKIR PERASAAN MEREKA SEBELUM MEMBUAT PERNYATAAN YANG   MACAM-MACAM.. MEREKA MELAKUKAN DEMI NEGARA

DAH TENTU MEREKA INI HAK NEGARA!!! KALAU TAK MEREKA TAK DIBERIKAN PERKATAAN "... DI RAJA MALAYSIA"

Khamis, 7 Julai 2011

Orang Anggap...

Orang anggap.. jadi bini askar ni..

1) selalu kena tinggal.. pada hal jadi bini businessman pun selalu kena tinggal, jd bini pilot komersil pun selalu kena tinggal, jd bini sailor lagi la berbulan2 kena tinggal, jd bini pegawai awam (IT)  lain pun selalu kena tinggal.. tengok nature of work la

2) dapat gaji suami.. memang pun la.. 10% dari basic gaji suami je bukan dari semua emolumen yang dia dapat.. ye la kan.. selalu buat2 lupa bagi duit kat bini.. nak mintak kang segan.. baik buat cam ni..

3) ngko kawin ngan keje dia sekali.. mana-mana pun sama la... kena la paham.. kalau kawin ngan doktor.. ngko kena paham asik on call 24 hr.. kalo polis lak.. makanya rutin kejenya 4 jam keje 4 jam rehat sambung balik keje 4 jam.. kalo site engineer.. asik gi site je la jawabnya.. outstation je.. kalau org IT dok la terperap kat bilik sejuk tenung server..businessman pulak asik la meeting ngan network2 nya.. cari bisnes!!

4) Laki Pang'5' Bini Pang'6'... ini anggapan orang Other Rank. tak tau la .. tak dok kat tempat tu lagi.. sebenarnya atas kesedaran diri memasing.. Kena sedar diri.. kemudahan yang diberi oleh Perkhidmatan ATM adalah untuk kemudahan /keperluan sang sokmi untuk bekerja.. apa pulak kita soh Driver antar anak gi sekolah, gi market.. keta kan dah menjalar kat umah.. gi la sendiri.. Elaun Maid pun ada.. gajikan je la Maid.. 'Batman' yang dibagi tu untuk memudahkan urusan pakaian uniform si sokmi.. ye la soh bini buat kang.. berkecah ngan anak2 salah pasang aksesori yang bermacam-macam tu kan ke susah..Jgn ngko soh 'iron' dress kita lak.. antar je la Dry Clean..

5) Yang agak pasti.. Bini Pegawai dalam perkhidmatan lain tak de kot dijemput untuk raikan Kenaikan Pangkat Sokmi dia.. tapi dalam Askar ada Upacara pakai Pangkat.. Bini diberi penghormatan pakaikan pangkat baru Sokmi dia...

Selasa, 5 Julai 2011

Apa Korang Rasa??!!!

Ini adalah kisah benar, hal itu terjadi pada seorang lelaki, kakitangan yang bekerja di tingkat 40 Menara KLCC. Pada malam itu (Jumaat malam), ia bekerja lebih masa dan terpaksa pulang sendiri sekitar tengah malam.... Tidak ada sesiapa lagi di dalam bangunan tesebut, selain daripada pengawal keselamatan yang membuat rondaan malam dan keadaan cukup gelap di tingkat itu.

Dia menuju ke lif dan menekan butang ke bawah. Tak lama kemudian pintu lif terbuka. Tiada sesiapa pun di dalam. Dia masuk dan kemudian, menekan "G" untuk tingkat bawah. Entah kenapa, lif tersebut tidak turun ke bawah tetapi naik ke atas. Dia cuba untuk menekan butang turun tetapi ia terus juga naik.


Ketika sampai di tingkat 88, tingkat yang paling tinggi lif itu berhenti! Pintu terbuka, dan kemudian, seorang wanita yang misteri sangat cantik, dengan rambut hitam panjang mengurai dan berpakaian serba putih, tersenyum manis padanya sambil melangkah memasuki lif. Bau yang teramat wangi mula menyelinap ke seluruh lif tersebut...

Lelaki itu bertanya-tanya siapakah gerangan gadis itu, kerana dia tidak pernah melihatnya sejak dia bekerja di menara tersebut. Dia bertanya pada diri sendiri... siapakah dia, dan mengapa dia belum pulang ketika hampir tengah malam, tidak selamat bagi wanita sendirian larut malam begini. Dia ingin bertanya, tapi kerana malu, dia hanya berdiam diri.

Dalam keheningan, lif turun perlahan dari lantai satu ke yang lain ... 77... 76... 75... 48... 47... 46... 35... 34... 29... tiba-tiba di tingkat 13, lampu-lampu di dalam lif terpadam dan lif tiba-tiba terhenti.

Dalam kegelapan itu... Dia menekan butang kecemasan... Menunggu ... Tetapi tidak ada apa yang terjadi. Tiba-tiba, bau yang tadinya begitu wangi bertukar menjadi sangat busuk... Hingga dia terasa hendak muntah tetapi ditahannya... Hatinya berdebar... Jantungnya berdegup kencang, peluh dingin mula membasahi tubuhnya, dia tidak boleh bernafas... dan dalam keadaan itu, dia mulai berdoa dan berusaha menenangkan diri, cuba bernafas secara normal walaupun tangannya menutup hidungnya... Sementara itu bergerak ke belakang perlahan.

Kemudian, lampu menyala.

Tiba-tiba, wanita itu! Yang berada di belakangnya tertawa menakutkan  he he he he he he.... dan berkata ...............

"Maaf, saya terkentut, siang tadi saya makan banyak telur.... Awak tidak marah kan???!!!

p/s : Kalau korang ada di tempat DIA..korang rasa camaner?
       Tak tau la bebudak opis ni dapat dari mana citer ni.. yang pasti sampai kat e-mel WN

Ahad, 3 Julai 2011

TLDM : Pasukan Khusus

Pasukan Khas Laut (PASKAL)
Adalah di antara aset elit TLDM yang sudah mencipta nama sebaris dengan pasukan khusus negara-negara maju berdasarkan penglibatan dan keberjayaan mereka di dalam operasi-operasi domestik dan juga di peringkat antarabangsa sejak penubuhannya lagi.

Kejayaan terbaru adalah kejayaan tim ini menumpas dan menawan sekumpulan lanun yang telah menawan sebuah kapal dagang Malaysia MT Bunga Laurel kira-kira 300 batu nautika Timur negara Oman dalam Operasi Fajar yang dilaksanakan sejak 21 Jun 2009 bagi memberi perlindungan kepada kapal-kapal dagang milik MISC dan yang berkepentingan kepada negara semasa melalui perairan Teluk Aden dari dirampas lanun.

KD PANGLIMA HITAM adalah sebuah pusat pentadbiran dan operasi pasukan ini di mana pentadbiran dan operasi rutin adalah diletakkan di bawah naungan Markas Armada manakala operasi khas akan dilaksanakan dengan perintah Panglima Tentera Laut.

Sebuah pangkalan hadapan iaitu KD SEMPORNA adalah penempatan khusus pasukan ini terletak di Sabah Timur bagi memantau aktiviti-aktiviti yang memerlukan tindakan pantas untuk menanganinya.

Simulator
Sejajar dengan perkembangan, penambahan dan pemodenan aset tempur dan aset sokongan, TLDM turut merencanakan sesuatu untuk pemantapan wacana ilmu modal insan yang mengoperasikan aset dan peralatan supaya menghasilkan satu input yang membanggakan negara dalam permainan olah perang di samudera.

Justeru penyediaan simulator-simulator yang yang menjurus kepada sesuatu tugas yang berasaskan cogan Float, Fight and Move (Terapong, Berperang dan Bergerak).

Cogan ini jika ditafsirkan akan mencakupi semua aspek kemahiran teknikal, taktikal dan semangat juang warganya. Penyediaan penyelaku-penyelaku seumpama ini memberi impak yang sama seperti berlatih di platform sebenar malah menjimatkan masa dan wang ringgit.

TANGKAS adalah Penyelaku Kawalan Kerosakan (DCFF) adalah satu konsep latihan amali dalam konteks kawalan kerosakan dan mencegah kebakaran di dalam kapal. Pendedahan di dalam modiul yang direka khas yang menyerupai keadaan sebenar di dalam sesebuah kapal dan pelaku bertindak mengikut prosedur yang digariskan untuk menentukan kapal tidak mengalami kebocoran dan memadam kebakaran dan terus terapung untuk berperang walaupun mengalami kerosakan-kerosakan fizikal.

Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ;

  • Damage Control Training Unit (DCTU) yang direkabentuk menyerupai satu keratan badan kapal dengan tujuan untuk memberi latihan dan pendedahan mengenai kebocoran kapal. Dipertingkat dari sistem konvensional yang membolehkan struktur DCTU ini dibuaikan ke kiri dan ke kanan menyamai roll di laut sebenar.
  • Fire Fighting Control Unit (FFTU) pula direkabentuk menyerupai satu kompartmen kapal yang akan mengalami kebakaran minyak. Pelatih akan mendapat pendedahan menggunakan alat pemadam api yang betul dalam usaha memadam kebakaran di dalam kapal.

PUSTAKMAR (Pusat Taktikal Marin) dibangunkan dengan sokongan sistem simulasi yang sistemetik dan mesra pengguna bagi mengasah minda, kemahiran dan membentuk kerjasama taktikal dalam konteks Aksi Informasi dan Organisasi (AIO) kepada tim AIO.

Biasanya pemain-pemain akan menghabiskan beberapa hari di Pusat ini untuk latihan olah perang secara simulasi sebelum keluar ke laut melakukan aksi-aksi di medan dalam waktu sebenar.

Ship Handling adalah satu gerak kerja yang sangat penting untuk menentukan pergerakan kapal (manouever) lancar, selamat dan menepati keperluan taktikal jika berada dalam suasana pelayaran biasa, latihan atau perang.

WASPADA ialah Penyelaku Anjungan (Bridge Handling) bagi menyedia dan melatih Tim Panduarah di anjungan yang disimulasikan sebagai sebuah kapal telah dibangunkan pada tahun 2003 dengan pembangunan perisian software dan hardware oleh ECS Simulator STN ATLAS Electronic adalah kesinambungan kepada skim latihan asas dan lanjutan (teori dan amali) kepada pelaut dari kalangan pegawai eksekutif, anggota Navigasi (JTP), Komunikasi, Kelasi dan Kejuruteraan dalam konteks pemanduarahan (manouevering) yang sebelum ini telah disempurnakan di fakulti masing-masing dan nilai tambah dalam kerjasama berpasukan tim panduarah.

Jumaat, 1 Julai 2011

Seth Tan dan Al-Quran ?!!

 Tajuk.. tak de kena mengena ngan citer NORA ELENA yang tayang kat TV tu yer!!!
Cuma teringat2 kat watak SETH TAN tu.. Marah giler kat watak tu.. memang giler SETAN rupa nyer si SETH TAN tu.. Okay masuk catitan sebenar..

Kongsi2 kan yer!!!.. JANGAN  simpan sorang2 sbb dengar cakap SETAN

  1. Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa sajatengok je..
  2. Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
  3. Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
  4. Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
  5. Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………

Teruskan membaca Al-Quran dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke .

Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “JANGAN SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung ???!”
 
Sumber : saharuddin-abdullah.blogspot.com

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit