Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 31 Oktober 2011

Satu, Dua, Tiga..

Aaa.. uuu... ieee... taaa!!! maksudnya One, two, three.... jump!!!!.. dah jadi ayat utama Lutfi time dia nak ngajak Umi dan Abah bergurau ngan dia laa..

Biasanya time lepak2 ngan Lutfi mesti bawak dia nyanyi lagu Wheel on the bus, Twinkle2 Little Star dan Satu2 Saya Sayang Ibu..

Semalam sebab sibuk.. biarkan aje Abah dan Lutfi main2 kat depan TV.. Umi tengok dan dengar dari dapor je.. Dari dapor Umi soh Abah bawak Lutfi nyanyi2.. sebab Lutfi dah start boring main gasak2 ngan Abahnye..

Ayang nyanyi lagu Satu2 saya sayang ibu tu.. Lutfi suka lagu tu.. Dan Abah pun nyanyi..

Adalah perkataan satu, dua, tiga tu.. tapi lain liriknya.. Best jugak lagu ni, macam biasa dengar.. tapi tak tahu sapa yang nyanyi dan tajuk nye.. Liriknye lebih kurang cam ni:

SATU.. KASIH NAN ABADI
TIADA TANDINGI
DIA YANG SATU

DUA.. SAYANG BERPANJANGAN
MEMBAWA KE SYURGA
KASIHNYA IBU..

TIGA.. LAPAR DAN DAHAGA
RELA BERPAYAHAN
SETIANYA AYAH

EMPAT.. MUDAH KAU KETEMU
PERHATI SELALU
BEZA ANTARA
KASIH DAN KEKASIH..

Diam si Lutfi dengar.. mungkin sedap & 'catchy' lagu ni.. Soh la Hubby sambung lagi katanya tak ingat..
dan Umi tak de masa nak 'google' lagi..

Ada sapa2 tahu lirik penuh lagu ni ke?

Khamis, 27 Oktober 2011

MBJ : Mesyuarat Budak-budak Jahat...

19 - 21 Oktober 2011 - Sibuk sebagai Urusetia (Yang tak setia sememangnya!!!) Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di tempat kerja. Mesyuarat ni wajib dijalankan di mana-mana agensi kerajaan terutamanya yang menggunapakai Skim Perkhidmatan Persekutuan..

Mesti dijalankan 4 kali setahun dan setiap kalinya perlukan minit serta isu/usul j dihantar ke JPA untuk pemantauan.

Tujuan Mesyuarat dijalankan supaya ada 'check and balance' antara staf dan pengurusan agensi terhadapsu2 pentabiran, perkhidmatan staf, kebajikan dan lain-lain selagi tak menyentuh peribadi sesorang, dasar agensi dan undang2 yang berkuatkuasa.

Tak siapa di kalangan kami Urusetia dan Wakil Staf seronok 100% kalo handle dan attend meeting ni.. Walaupun hampir setiap kalinya meeting, kami bawak keluar jauh dari pejabat ke Hotel2 paling busuk pun 4 bintang.

Tapi jgn pikir bukan2 ye.. Tujuannya.. supaya mereka tidak diganggu dengan bos2 di pejabat.. Contoh kalo buat di bilik mesyuarat Pejabat.. pastinya.. mereka2 ini akan sentiasa 'on call' oleh bos mereka untuk menyiapkan / memenuhi tugasan mereka.. tak dapek la depa mengeluarkan asas-asas yang bernas..

Tanggapan tak best daripada yang bukan Wakil Staf dan biasanya Staf atas pagar ni.. MBJ ni adalah Mesyuarat Budak-budak Jahat.. asik carik kesilapan orang..

Tapi mereka2 ni lupa, kebanyakan KEMUDAHAN yang diterima datang daripada Isu / Usul yang dibawa ke MBJ ni..

Rasa2nya Badan Berkanun lain tak de la bagi banyak kemudahan seperti di Agensi kami contoh:

1) Kemudahan Klinik / Hospital Panel kepada semua staf termasuk kontrak dan sambilan.. Kalo tak de Klinik Panel.. Duit Rawatan boleh 'claim'.. Kalo keje Cikgu.. tak de duit gi la Klinik / Hospital Kerajaan.. Mahal belanjanya ni.. bil-bil daripada klinik / hospital yang ditanggung Agensi hampir RM35K jugak la setiap bulan ..

2) Staf dilindungi insuran percuma (Personel Accident / Kematian dan Kemasukan ke Wad di mana-mana hospital berbayar ) secara Automatik sebaik melapor diri sebagai staf ..

3) Peluang melanjutkan pelajaran kepada semua peringkat staf : siap boleh 'convert' ke biasiswa lagik kalo capai CGPA 3.0 - 3.7 - ikut level la.. (Ni nak bangga sikit - Kerajaan baru umum untuk Bajet 2012 : Tapi kami dah start sejak tahun 2005)

4) Boleh Claim bil telefon - bagi staf2 yang jalankan tugas Penguatkuasaan dan Kumpulan P&P

5) Pakaian Korporat setiap 3 tahun - bukan ceykai2 nyer blazer / jacket beb.. kami mintak jugak Butik Stylized Mens Ware kat Grand Season tingkat 1 tu jahit kan.. bajet RM350 /staf.. 10 tahun keja kat sini WN dah ada 4 lai blazer/jacket.. memang klass.. gi Meeting kat Putrajaya tak sape tau blazer WN tu blazer ISSUE je.. hi hi

6) Tak masuk bab kebajikan anak2 staf lagik.. siap panggil Penceramah Motivasi dan Solat Hajat setiap kali  nak masuk Musim Exam.. Lagi bangga kami siap canang kat Perhimpunan pagi kalo ada di kalangan anak2 depa dapat 'Straight A' termasuk yang pegi belajar kat Rusia - ramai jugak dah.. bakal2 Doktor tu.. bukan doktor Falsafah ye!!

7) Walaupun sampai sekarang ni, Kementerian masih tak mau (approve) bagi Agensi kami 'Bangunan Sendiri' dah dekat 20 tahun menyewa.. kami adakan juga Gym, Karaoke dan Studio untuk staf di HQ.. KL kan stress.. gi la ngko melalak ke, angkat berat ke.. time rehat, after opis hour atau Sabtu Ahad

8) Satu lagi!!! Semua staf layak tuntut RM1,500 kalau dia / isterinya bersalin di Hospital Swasta.. Okay la kan.. kalo kena bayar RM3000.. 1/2 tanggungan company dah bayarkan!!!

Cuma bagi WN yang tak best.. Bila Urusetia pakai 2 TOPI :

Bila kumpul Usul / Isu : Pakai Topi Staf - kena la timbang isu /usul perlu dibawa, isu mengarut, isu direject.. Wakil staf lain akan tanya nak pakai 'ASAS APA" untuk mintak itu mintak ini.. (Macam rakyat jugak asik mintak je.. ada depa kira nak guna bajet mana.. berapa banyak kos perlu ditampung,  tak pernah pikir dari mana pendapatan Agensi.. dah 4 tahun bajet defisit.. macam Malaysia jugak la ni).. eeiii.. dah dekat2 ke arah sembang politik ni

Tiba masa bincang / ulasan / time Mesyuarat ngan Kumpulan Pengurusan Tertinggi: Pakai Topi Pengurusan - Ni paling tak best.. belum lagi Bos masuk Telinga Achik dah paneh!!!.. Biasala.. macam Politik jugak..

Ada Sayap Kiri ada Sayap Kanan.. Sayap kiri Yang depa nampak salah kat Pengurusan je.. tambah2 time 'Structuring'.. mula la kuar isu Pengurusan tak sensitif isu staf.. Isu pengurusan  pilih kasih.. Isu nape tak naik-naik pangkat..

Terpaksa jugak Achik mengeluarkan hujah2 berdasarkan prosedur, Pekeliling Perbendaharaan la.. Perkhidmatan la.. MBJ ini ada Perlembagaan nya.. tapi kebanyakan Wakil Staf tak penah pun abih baca Perlembagaan tu setiap kali dilantik.. Ace redah je!!!.. bila Urusetia reject isu.. mula la kata kita jaga kepentingan sendirik..

Sayap kanan lain pulak halnya.. PANDAIIII Sangat2.. Men iye kan / kebanyakannya sokong.. biasanya berlapik skit la cakap2nya.. last-last cuba nak korek maklumat itu ini.. mana la tau kan mana-mana buah  boleh di jolok.. mana2 lobang boleh ditutup.. Lagi HAMPEH orang cam ni!!!..

Lepas la sudah melayan Wakil Staf daripada semua kumpulan Perkhidmatan dari Kumpulan Gred Rendah sampai la yang Tertinggi.. Macam-macam cerdik ada.. Cerdik orang Gred rendah boleh jugak la dilengang lenggok kan.. Cerdik orang Gred Tinggi tersangat la susah nak melagukannya.. tak sama Rthymm.. WN ni Alternatif + Generasi X .. mereka ni masih nak bawak lagu Pop Hail Amir..

Minit telah edar dan e-mel kepada semua staf.. pas ni... untuk 2 minggu ni keje WN tenung PC.. sediakan Paper2 hasil isu / usul MBJ ke Mesyuarat JPT.. untuk BENEFIT staf lagi la antaranya:

1) Anugerah Setia kepada staf (Dulu untuk 10 tahun je, nak tambah lagi satu kepada staf berkhidmat 20 tahun lak.. Lumayan jugak habuan nye.. kalau LULUS!!!!)

2) Upgrade Pemeriksaan Kesihatan kepada staf berumur 40 tahun ke atas... Kalau Kerajaan sekali dalam perkhidmatan.. kami buat 1 + 3 (45, 50 dan sebelum bersara) kepada semua staf tetap dan kontrak juga!!

lain2 tu.. dah tak larat nak citer..

Nak siapkan keje lain lak dah pas nih!!!..

Bekerja ke arah memastikan staf mengisi borang SKT di Sistem HRMIS + Mesyuarat JPT + Eksesais Kenaikan Pangkat + Re-structuring + JGN LUPA WEIII... Nak bagi Imbuhan Tahunan staf, Pertukaran Skim Perkhidmatan, pergerakan Gaji, Opsyen - Ni kerja Hakiki dan Operasi ngko!!!

p/s : Bekerla ngko sebaiknye sebelum ngko dikerjakan ;p

Isnin, 17 Oktober 2011

Suku ke 4 tahun 2011

laa.. camana boleh ter publish ni?!!!.. Baru perasan...

tajuk tertulis awal n3 : 4/4 2011.. orang tak paham kot.. tajuk baru seperti di atas..

Aiyah.. sudah leyteh ohh... asik kena tinggal tak sudah-sudah.. asik jd weekday single mother sejak awal tahun.. tambah lagi asik keje tak sudah-sudah.. bila bole CUTI ni.. (ngko jgn harap ye.. Cuti Rehat ngko dah abis.. sebab?.. Cuti dihabiskan jaga anak demam + sakit)

Dah masuk suku ke 4 tahun ni.. keje rutin dah tentu banyak ujung tahun ni..
tambah keje baru yang GOMEN dah umum... BAJET 2012 nye penangan.. (ada la part sukanya... tapi part parah tu yang banyak buat WN yang wat keje GAJI dan PERKHIDMATAN ni..)

Tengah set kepala otak campur set work force ..

WN ada 8 staf.. sume la tu termasuk WN sebagai Pegawai Tadbir nak settle kan..

1) Bonus 1/2 gaji staf (700 staf ooo).. dok tunggu pekeliling tak kuar2 lagi..
2) TPG staf bulan Januari - 200 staf
3) Dok pikir camana pelaksanaan pertukaran skim SSM - SBPA .. tu sah2 kena brainstorming ngan staf jugak sebelum wat taklimat ke staf lain.. paling2 seminggu jugak sesi AMBIK PAHAM plus SILAP PAHAM
4) Pas tu pasti kena ligan staf untuk hantar borang OPSYEN..
5) Oooo ye.. Opsyen Bersara Wajib camana pulak ye?
5) Pas tu sah2 kena buat pelarasan gaji untuk 700 staf lagi wooo... Wooit.. parah ujung tahun ni..

Bila Pekeliling JPA nak settle ni?!!! Imbuhan dah tentu kena bayar sebelum 18 Disember.. Opsyen SSM ke SBPA dah tentu mesti settle sebelum Januari.. ni berapa hari punye keja ni woooiii..

Kata Perbendaharaan nak wat Sistem SAGA.. tapi tak settle2 lagik..  terpaksa manual lagi la Kew 8 kami..

APA LAGIK.. KORANG OVER TIME LA SABTU AHAD YE NANTI.. KESIAN KAT DEPA (TAK PE BOS TEMANKAN.. KORANG BELI JE BEKPES UTK GENG KITA YE.. TAK PE BOSS LEH CLAIM HI HI)

 .. . LEBATLA REZEKI UJUNG TAHUN KORANG NANTI..

ACHIK???.. TAK PE LA.. BERLAPANG DADA JE.. ADA BONUSNYE DI SANA..

Jumaat, 14 Oktober 2011

.. LAMA TUKAR BARU...

Green color tukar Purple Color
Masih kekalkan Gambar Header yg lama.. Tapi upgrade sesikit..
POYOooo jer..

Rabu, 12 Oktober 2011

Apa Rahsia nye?

Akak.. lepas beranak ni makin lama tengok makin cerah la.. (makkkk aiiiii kembang kempis hidung ku.... susah nak dengar orang puji ni!!!).. Orang dok cakap kalo beranak kecik ni ramai yang nampak tak bermaya.. tapi Akak ni ke hulu ke hilir cam tak penat2 je (dok pikir... perlu ke mengeluh?!!!.. Kita kan nak cari rezeki Halal.. ngan kawan2 rapat je la WN berseloroh cakap PENAT! lebih2 lagi kalo jaga anak sorang2 sebab HUBBY selalu outstation) tapi Siyes.. dah ramai orang tegur dan tanya Apa Rahsianya??!!

WN jawab.. Kalo bagitau BUKAN lah RAHSIA namanya.. Hi hi.. WN agak kalo la WN ni bukan pegawai depa mahu diorang lepuk mulut ku..sebab penyataan SENGAL ni..

Memang WN jenis tak pakai make-up.. Muka ku pegi keje selalunya NAKED sesangat.. paling2 pun sapu Compact Powder dan calit skit Lipstick..

WN sendirik tak tahu mana satu yang RAHSIAnya..

Mungkin kombinasi pemakanan dan cara hidup kita kot...

Time pantang Hubby belikan ni..
katanya.. untuk tambah darah..

dan ini.. ganti set Herba2 Bersalin tu
bagusnya yang dua ni.. badan jadi panas je.. tak perlu telan banyak2 pil rempah

sejak Lutfi umur 6 bulan WN minum ni..

gambar google
Tujuan : Nak tambah susu badan + kurangkan kulit kering (mungkin jugak sebab baby menyusu)
Hasil : Bertenaga.. susu bdn okay la banyak.. sampai hari ni.. Lutfi bf je time malam
Sebulan minum ni dah ada orang tegur .. kulit nampak bersih..

gambar google
Tapi WN guna ni jugak sejak habis pantang.... set siang je la

Ada jugak tanya .. macamana WN maintain body..
Ini susah skit nak jawab..
yang penting jaga makan.. plus rajin keluarkan peluh (tapi sampai hari ni tak penah lagi jogging)
dan faktor pemangkin yang lain iaitu WN guna produk Alken ni jugak...

ramai kata mahal.. tapi WN kata berbaloi.. lepas pakai ni.. 
baju korporat ku yang everlasting tu masih boleh pakai.. eee ceee wahhh
Body Cutting macam sebelum mengandung.. cuma kat dada tu membesar jugak.. mungkin baby masih bf lagi kot.. yang penting tak kendur hi hi

Ini lah RAHSIA ku yang tak ku citerkan abis2 pada bebudak opis
Tapi boleh pulak WN catitkan kat blog nih..
Nape yer?
Sebab yang baca blog ni bukannya kenal WN...
jadi tak de sangat la unsur2 RIAK kot!!!... Yer ke?
Cuma berkongsi pengalaman je..

Jumaat, 7 Oktober 2011

PJJ : Perhubungan Jarak Jauh

PJJ dalam hidup WN ada banyak pengertian..

Time sekolah : Perhubungan Jarak Jauh dengan Mak dan Abah.. Time ni abah kena bertukar ke Pasir Gudang.. Tahun 1993.. Time tu WN nak amik STPM dan Angah nak amik SPM.. tak susah2 bertukar sekolah dan bekejar Silibus pelajaran.. kami 2 beradik sepakat tinggal kat Temerloh dan Abah Mak, Abg De dan Nisa pindah ke Pasir Gudang.. ujung minggu mereka balik Temerloh.. Terpikir, gaji Abah time tu Seribu lebih sikit je.. tapi cukup je berulang alik Temerloh - Pasir Gudang.., Sewa Umah kat PG tu mahal (RM450 dah time tu)... Belanja sekolah maintain RM1 sorg.. (setiap hari 40 spend kalo2 tertinggal bas sekolah..).. Makan2 Abah tinggalkan RM100 sebulan.. pandai2 kami jimat2 dalam 4 minggu tu.... Time tu talian TELEKOM punye la mahal... RM3.50 seminit.. call Mak Abah kalo betul2 penting je..

Time kat Universiti : Perhubungan Jarak dengan Mak dan Abah... dan Mr BF jugak

Call mak dan abah pun catu2.. sebab panggilan dari Penang ke Pasir Gudang - RM6.00 seminit.. Kalu dapat call tu terus cakap Agenda utama..  call Mak dan Abah sebab nk inform:

1) Bagitau Mak dan Abah : 'Duit dah nak habis sangat2.." .. tu pun kalo dah tinggal RM50 je dalam tangan.. biasanya dah ujung2 semester la..

2) Inform nak balik Pasir Gudang... atau balik kampung (Temerloh).. dapat la diorang agak2 kul berapa sepatutnya anak depa sampai.. tak pernah pun mintak Abah jemput kat Bus Station (kalau nasib baik.. diorang datang jemput la.. selamat duit)  walaupun sampai kul 4 atau 5 pagi.. pandai2 la carik Taxi.. (time tu tak de la pulak takut Pakcik Taxi bawak lari anak dara ke apa.. Kalo nasib baik lagi.. Depa dah siap2 belikan tiket untuk balik ke Penang pulak.. time tu tiket JB - Penang dalam RM38 - RM45 (tengok jenis bas la..).. Jimat duit..

3) Nak inform tarikh exam.. kih kih.. bukan apa.. mintak doakan anak dia boleh jawab dengan tenang dan lulus.. (biasanya doa depa kan makbul).. Selalu mak cakap kat WN.. kalo tak usaha jangan harap Lulus Cemerlang.. he he

Guna ni la.. Public Phone..
yang popular zaman tu
Gambar Google
Sebelum call Mak dan Abah biasanya terpikir nak call Mr BF.. tapi semua tu hanya terjadi lepas call Mak dan Abah je sebab :

1) Nak spend cakap lebih lama ngan mak dan abah la.. dan
2) Guna duit lebih untuk call Mr BF.. dulu mana ada HP yg leh SMS bagai... FB, twitter langsung tak wujud.. Lagi pun call Mr BF lebih murah sebab dekat je.. Penang - Lumut.. RM2 lebih je... dan pilih waktu jugak.. tengah2 malam (lepas kul 12.. pegi ke Stadium Hoki kat gate Bukit Jambul, USM.. nek la motor sensorang.. gila masi nih tak ingat langsung bahaya ke apa.. ikut sangat hati muda).. Bukan apa.. ramai sangat tunggu giliran kat blok.. siap ada yang 'Return Call' lagik

atau yang ini juga

3) Atau guna Public Phone seperti kat gambar atas dengan Kad Fon yang Mr BF bagi tiap2 bulan.. (RM50 dan ++ kalo tak cukup).. yang dihantar melalui alat PJJ yang ini juga..

gambar google jugak ni

Terima kasih Mr Posmen.. sebab tak penah nak amik Fon Kad dalam surat tu walaupun harganya RM100.. he he
4) Dan kadang2 kalo dah abis duit dan Kad Fon utk berhubungan dan nak 'bergayut' lama2 ngan Mr BF.. terpaksa jugak la WN menjadi 'penggodam' Public Fon.. janji dapat cakap lebih lama la... Kalo dulu.. Surat dari Mr BF akan sampat ke Pejabat Desasiswa 2 atau 3 kali seminggu.. tapi WN akan 'reply' balik sebulan sekali.. he he.. kumpul.. dan jawab semua soklan selama sebulan... (duit setem dan kertas surat mahal jugak time tu).. akhirnya Mr BF fed-up dan bagi Kad Fon soh call seminggu sekali

Perhubungan Jarak Jauh Time bekerja dan bertunang

Langsung tak de masa nak menulis Surat dan pegi carik pondok Telefon tiap2 minggu.. sebab keje Shif.. (time tu keja jd Supervisor Kilang).. niat hati.. keja kuat simpan duit nak wat kenduri kawin dan simpan untuk lepas kawin je.. (sebab takut pas kawin tak leh keje dah... ye la persediaan mental.. kawin askar nih susah nak keje..asik transfer je..)...

gambar google - sebijik sama ngan telefon rumah tahun 90-an

Hanya guna telefon rumah (ikut giliran pulak tu.. satu rumah 10 org.. semuanya ada BF kan..). Mahal ohhh.. spend sampai RM200 lebih sebulan sebab bergayut.. Lama2 cakap ngan Mr Tunang kejap2 je.. Dah tak mau Mr Tunang sponsor duit bill.. konon2 dah ada duit sendirik.. Sampai satu ketika Mr Tunang dah cuak dengan WN kenapa dah maleh call.. tu yang tercepat kawin tu.. (janji bertunang 1 tahun... baru 3 bulan bertunang.. mak dan abah Tunang dah bagi duit belanja utk wat kenduri cepat.. jadi bertunang hanya 6 bulan).. he he..

Selama kami bertunang pun, kami hanya berjumpa 2 kali.. first : time lepas bertunang la.. dolu2 nye majlis tunang.. mana ada orang lelakinya sama2 ngan majlis tu.. diorang ada pun sebab nk tunjuk jalan je kat rombongan ptunangan tu.. tu pun seb baik.. Mak dan Abah nye bagi jumpa kejap sebelum balik.. Second : nak balik kenduri kawin.. alasan : sebab nak tolong bawakkan barang2 (bunga telur dan baju2 kawin..) takkan nak naik bas kot.. itu pun paneh tinga kena lecture ngan Mak dan Abah.. dengan ayat2.. kalo orang nampak kan tak elok bla bla bla...

Perhubungan Jarak Jauh Time dah kawin 
Kawin time tu.. Hubby tengah bertugas di Pusat Pertahanan Udara (PPU), TLDM.. antara unit yang barisan depan Pertahanan jugak la.. tak best.. balik pun bawak Uniform.. Stand by kalo kena panggil.. Time ni tengah bising kes kat Spratly rasanye la..

3 bulan pertama.. masih bekerja di Penang.. 2 kali sebulan berjumpa Hubby naik Penang atau WN ke Lumut.. kemudiannya dapat keje kat Manjung.. 6 bulan je.. pas tu tahun 2000 - Hubby transfer ke MAWILLA Kuantan.. dan ketika ini hanya Hubby guna HP.. mahal yuran bulanan je dah RM80.. panggilan tak kira lagik..

cam ni la lebih kurang ghopenyer.. 

Sehingga la tahun 2004.. rasa2 lepas tahun 2005 baru lah macam2 pakej pre-paid dan post paid yg murah ditawarkan.. dan boleh kita zaman ni guna phone utk bagi tau macam2 perkara (mak nenek) rutin harian kat pasangan kita.. kalo Hubby tak call sehari kat HP kita time keje pun dh rasa tak best!!!.. Kenapa ye? 

Tahun 2008 : Hubby bertugas sebagai Pegawai Pemerhati UNMIS.. PJJ kami hanya melalui ni... Telefon satelit.. tak tau rupa sebenar camana.. tapi dia call WN 3 hari sekali.. ikut giliran, keadaan sekeliling dan cuaca..

gambar google.. ghope sebenar tak tahu

Disebabkan beliau Logistik Opiser.. dapek la dio conquer fon ni.. sebab niat tak baik.. fon ni terhilang.. maka Hubby kena ganti balik USD3000... padan muka!!!

Dah habis Kursus MTAT ni kalo Hubby kena tukar keluar dari KL.. terpaksa la WN dan Hubby up-grade alat PJJ kami kan!!... patut beli HP Sambung Galaxy ke.. atau I-Pad je ker... Hrmmm..

Rabu, 5 Oktober 2011

Tak de Citer la..

Tak pernah WN wat N3 bab masak2 kan@.. tp sebab dh tak sempat menaip N3 plus dh byk pula yg terlupa.. makanye ku hidangkan masakan ringkas tp sgt disukai oleh Lutfi..

Tauhu Jepun (Tauhu telur) goreng ngan Sos Tiram dan Cendawan Rumput.. (Ala... cendawan panjang2 tu..)


gambar kelabu asap sebab guna HP lama.. tunggu masa Lutfi rosakkan aje lagik!!! Sayang nk tukar kalo tak de reason yg kukuh... he he

Ahad, 2 Oktober 2011

Yang Pertama untuk Lutfi

Huish!!! dah abih Syawal baru dapat wat n3 raya..
Gambar pun ihsan hp BIRAS.. 

Yang Pertama untuk Lutfi
Iaitu :
1. Pakaikan Baju Melayu Pertama untuk Lutfi
2. SambutUlang tahun pertama untuk Lutfi (belated je pun.. saje suka2 ngan anak2 sedara yg lain)
3. Balik dan tido di Kampung Abah yang Pertama untuk Lutfi
4. Tampat Collect duit Raya yang Pertama untuk Lutfi
dan yang bestnya
5. Sebab Lutfi jugaklah Pertama kalinya semua Adik beradik Abah akhirnya berkumpul di Kolo Pilah setelah 10 tahun salah seorangnya tak pernah dapat bersama..
Alhamdulillah.. Syukur 
(Lembut juga hati suaminya!!!.. kerana anak2nya nak beraya ngan Lutfi jugak)




















Sume gambar cam kalut je kan!!!.. 

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit