Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 27 Oktober 2011

MBJ : Mesyuarat Budak-budak Jahat...

19 - 21 Oktober 2011 - Sibuk sebagai Urusetia (Yang tak setia sememangnya!!!) Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di tempat kerja. Mesyuarat ni wajib dijalankan di mana-mana agensi kerajaan terutamanya yang menggunapakai Skim Perkhidmatan Persekutuan..

Mesti dijalankan 4 kali setahun dan setiap kalinya perlukan minit serta isu/usul j dihantar ke JPA untuk pemantauan.

Tujuan Mesyuarat dijalankan supaya ada 'check and balance' antara staf dan pengurusan agensi terhadapsu2 pentabiran, perkhidmatan staf, kebajikan dan lain-lain selagi tak menyentuh peribadi sesorang, dasar agensi dan undang2 yang berkuatkuasa.

Tak siapa di kalangan kami Urusetia dan Wakil Staf seronok 100% kalo handle dan attend meeting ni.. Walaupun hampir setiap kalinya meeting, kami bawak keluar jauh dari pejabat ke Hotel2 paling busuk pun 4 bintang.

Tapi jgn pikir bukan2 ye.. Tujuannya.. supaya mereka tidak diganggu dengan bos2 di pejabat.. Contoh kalo buat di bilik mesyuarat Pejabat.. pastinya.. mereka2 ini akan sentiasa 'on call' oleh bos mereka untuk menyiapkan / memenuhi tugasan mereka.. tak dapek la depa mengeluarkan asas-asas yang bernas..

Tanggapan tak best daripada yang bukan Wakil Staf dan biasanya Staf atas pagar ni.. MBJ ni adalah Mesyuarat Budak-budak Jahat.. asik carik kesilapan orang..

Tapi mereka2 ni lupa, kebanyakan KEMUDAHAN yang diterima datang daripada Isu / Usul yang dibawa ke MBJ ni..

Rasa2nya Badan Berkanun lain tak de la bagi banyak kemudahan seperti di Agensi kami contoh:

1) Kemudahan Klinik / Hospital Panel kepada semua staf termasuk kontrak dan sambilan.. Kalo tak de Klinik Panel.. Duit Rawatan boleh 'claim'.. Kalo keje Cikgu.. tak de duit gi la Klinik / Hospital Kerajaan.. Mahal belanjanya ni.. bil-bil daripada klinik / hospital yang ditanggung Agensi hampir RM35K jugak la setiap bulan ..

2) Staf dilindungi insuran percuma (Personel Accident / Kematian dan Kemasukan ke Wad di mana-mana hospital berbayar ) secara Automatik sebaik melapor diri sebagai staf ..

3) Peluang melanjutkan pelajaran kepada semua peringkat staf : siap boleh 'convert' ke biasiswa lagik kalo capai CGPA 3.0 - 3.7 - ikut level la.. (Ni nak bangga sikit - Kerajaan baru umum untuk Bajet 2012 : Tapi kami dah start sejak tahun 2005)

4) Boleh Claim bil telefon - bagi staf2 yang jalankan tugas Penguatkuasaan dan Kumpulan P&P

5) Pakaian Korporat setiap 3 tahun - bukan ceykai2 nyer blazer / jacket beb.. kami mintak jugak Butik Stylized Mens Ware kat Grand Season tingkat 1 tu jahit kan.. bajet RM350 /staf.. 10 tahun keja kat sini WN dah ada 4 lai blazer/jacket.. memang klass.. gi Meeting kat Putrajaya tak sape tau blazer WN tu blazer ISSUE je.. hi hi

6) Tak masuk bab kebajikan anak2 staf lagik.. siap panggil Penceramah Motivasi dan Solat Hajat setiap kali  nak masuk Musim Exam.. Lagi bangga kami siap canang kat Perhimpunan pagi kalo ada di kalangan anak2 depa dapat 'Straight A' termasuk yang pegi belajar kat Rusia - ramai jugak dah.. bakal2 Doktor tu.. bukan doktor Falsafah ye!!

7) Walaupun sampai sekarang ni, Kementerian masih tak mau (approve) bagi Agensi kami 'Bangunan Sendiri' dah dekat 20 tahun menyewa.. kami adakan juga Gym, Karaoke dan Studio untuk staf di HQ.. KL kan stress.. gi la ngko melalak ke, angkat berat ke.. time rehat, after opis hour atau Sabtu Ahad

8) Satu lagi!!! Semua staf layak tuntut RM1,500 kalau dia / isterinya bersalin di Hospital Swasta.. Okay la kan.. kalo kena bayar RM3000.. 1/2 tanggungan company dah bayarkan!!!

Cuma bagi WN yang tak best.. Bila Urusetia pakai 2 TOPI :

Bila kumpul Usul / Isu : Pakai Topi Staf - kena la timbang isu /usul perlu dibawa, isu mengarut, isu direject.. Wakil staf lain akan tanya nak pakai 'ASAS APA" untuk mintak itu mintak ini.. (Macam rakyat jugak asik mintak je.. ada depa kira nak guna bajet mana.. berapa banyak kos perlu ditampung,  tak pernah pikir dari mana pendapatan Agensi.. dah 4 tahun bajet defisit.. macam Malaysia jugak la ni).. eeiii.. dah dekat2 ke arah sembang politik ni

Tiba masa bincang / ulasan / time Mesyuarat ngan Kumpulan Pengurusan Tertinggi: Pakai Topi Pengurusan - Ni paling tak best.. belum lagi Bos masuk Telinga Achik dah paneh!!!.. Biasala.. macam Politik jugak..

Ada Sayap Kiri ada Sayap Kanan.. Sayap kiri Yang depa nampak salah kat Pengurusan je.. tambah2 time 'Structuring'.. mula la kuar isu Pengurusan tak sensitif isu staf.. Isu pengurusan  pilih kasih.. Isu nape tak naik-naik pangkat..

Terpaksa jugak Achik mengeluarkan hujah2 berdasarkan prosedur, Pekeliling Perbendaharaan la.. Perkhidmatan la.. MBJ ini ada Perlembagaan nya.. tapi kebanyakan Wakil Staf tak penah pun abih baca Perlembagaan tu setiap kali dilantik.. Ace redah je!!!.. bila Urusetia reject isu.. mula la kata kita jaga kepentingan sendirik..

Sayap kanan lain pulak halnya.. PANDAIIII Sangat2.. Men iye kan / kebanyakannya sokong.. biasanya berlapik skit la cakap2nya.. last-last cuba nak korek maklumat itu ini.. mana la tau kan mana-mana buah  boleh di jolok.. mana2 lobang boleh ditutup.. Lagi HAMPEH orang cam ni!!!..

Lepas la sudah melayan Wakil Staf daripada semua kumpulan Perkhidmatan dari Kumpulan Gred Rendah sampai la yang Tertinggi.. Macam-macam cerdik ada.. Cerdik orang Gred rendah boleh jugak la dilengang lenggok kan.. Cerdik orang Gred Tinggi tersangat la susah nak melagukannya.. tak sama Rthymm.. WN ni Alternatif + Generasi X .. mereka ni masih nak bawak lagu Pop Hail Amir..

Minit telah edar dan e-mel kepada semua staf.. pas ni... untuk 2 minggu ni keje WN tenung PC.. sediakan Paper2 hasil isu / usul MBJ ke Mesyuarat JPT.. untuk BENEFIT staf lagi la antaranya:

1) Anugerah Setia kepada staf (Dulu untuk 10 tahun je, nak tambah lagi satu kepada staf berkhidmat 20 tahun lak.. Lumayan jugak habuan nye.. kalau LULUS!!!!)

2) Upgrade Pemeriksaan Kesihatan kepada staf berumur 40 tahun ke atas... Kalau Kerajaan sekali dalam perkhidmatan.. kami buat 1 + 3 (45, 50 dan sebelum bersara) kepada semua staf tetap dan kontrak juga!!

lain2 tu.. dah tak larat nak citer..

Nak siapkan keje lain lak dah pas nih!!!..

Bekerja ke arah memastikan staf mengisi borang SKT di Sistem HRMIS + Mesyuarat JPT + Eksesais Kenaikan Pangkat + Re-structuring + JGN LUPA WEIII... Nak bagi Imbuhan Tahunan staf, Pertukaran Skim Perkhidmatan, pergerakan Gaji, Opsyen - Ni kerja Hakiki dan Operasi ngko!!!

p/s : Bekerla ngko sebaiknye sebelum ngko dikerjakan ;p

3 ulasan:

LYAfrina berkata...

huhuhu...


ade mesyuarat budak2 jahat...
hihi

Tanpa Nama berkata...

Arwah ayah saya dulu merupakan salah seorang pengurusan tertinggi di agensi puan.. memang selalu dia akan sakit kepala di hujung tahun.. paling arwah risau bila kena present depan lembaga pengarah.. Alhamdulillah agensi masih kekal cemerlang.. tumpang bangga walaupun dia sudah tiada..

aamz

Mak Su berkata...

sekali imbas, maksu suka dgn gym, pemeriksaan kesihatan, kebajikan utk anak2 staf. ada kerja kosong tak? maksu leh edit edit , keja angkat talipon pun boleh :)

p/s: ada orang aniaya keluarga maksu.... maksu akan cari dia!!

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit