Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Rabu, 15 Februari 2012

Aktiviti Hujung MInggu Tanpa Suami di Sisi


Tajuk!!!!.. gila skema.. betul ke tatabahasanya itu?
Ditinggalkan Sang Suami di kala bulan Februari 2012 yang mempunyai banyak 'Public Holiday'..
Nak buat apa dok kat umah mengingatkan orang nan jauh..
Tiada perancangan.. REDAH jer..

Kronologi Aktiviti kami :

1 Februari (Rabu) - Cuti Hari Wilayah (Hantar Hubby ke MINDEF - berkumpul di sana sebelum ke air port untuk bertugas dalam EXERCISE GOLD COBRA 12 di Korat, Thailand) - dok umah sebab esok keje

4 Februari (Sabtu) - Petang.. jalan2 cari jalan ke TBS (Terminal Bandar Tasik Selatan)... then jalan2 dalam TBS tu.. perak sungguh WN.. betul seperti cerita oleh kengkawan.. macam air port.. cuma kat balai pelepasan bukan pegawai imegresen tapi polis.. Tujuan : Lawatan sambil belajar (ricky jalan la dan familiar kan diri dengan keadaan TBS) sebab sebelum subuh 9 Feb ke park keta kat TBS sebelum berangkat ke Opis Johor.. Meeting.. 

5 Februari (Ahad) - Ke Putrajaya.. Ingat nak tengok Perarakan Maulidur Rasul.. tapi sampai sana pun dah kul 10.30 pagi kot.. biasa lah kalau dah ada "HAND BAG" besar perlu dikendong.. (Lutfi la tu).. Akhirnya kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya kerana perarakan tu dah tamat.. Oleh kerana dah kebas jari2 kakiku.. berhenti sekejap depan Masjid Putrajaya terus terpikir nak try naik Cruise Tasik.. apa lagi.. 

Maka terbanglah duit tiket sejumlah RM45 (harga promosi) untuk tiga orang.. untuk 20 ke 30 minit pelayaran.. eh ceh!!! di bawa sekitar tasik dengan melalui bawah 5 jambatan utama di Putrajaya..

Lutfi dan Mak Chik

Suka sgt photo ni

Petang tu pulak terus ke Klang.. untuk Makan2 di Kedai Seafood yang popular di Klang tajaan Angah seterusnya bermalam di rumah Angah (adik ke dua WN)...

6 Februari (Isnin) - Selepas breakfast Nasik Lemak buatan sendirik (puas giler.. ) time Lutfi dan kupu2 nya yang lain bermain2 di halaman rumah siap berendam hampir 1 jam... (Umah lutfi kan ke tak de kawasan tanah!!!)

Lepas zohor.. Nak gi pantai.. Angah cadangkan ke Pantai Morib (Marin Emphiteather Morib).. sebelum tu makan tengahari di Nasi Ayam Banting.. Suka tengok Lutfi berlari2 sambil hairan tengok Layang2.. Belon buih sabun.. ramai budak2.. berpeluh dan comot anakku itu..

Malam - ke I City.. mungkin sebab cuti panjang.. terlalu ramai orang.. padat sangat.. nak lepaskan Lutfi pun tak senang hati.. walau pun Lutfi meronta2 minta dilepaskan..  Lutfi kepenatan.. tido dalam keta sampai 9.30 pagi

7 Februari (Selasa) - Cuti Thaipusam.. Breakfast di luar .. packing.. terus balik Ampang.. itu pun sampai umah hampir Asar.. sebab.. MRR2 sesak.. campur menyinggah untuk Lunch bagai.. Sampai umah.. biasalah bersiap2 pakaian untuk seminggu kerja..

9 Februari (Khamis) - 4.30 pagi kuar umah ke TBS (biasa la.. Hubby tak de.. kena la pandai membawa diri).. park keta kat TBS.. sunyi sepi parking TBS tu.. park la kat sebelah opis Polis Bantuan.. tapi murah sangat RM3 sehari.. jalan sikit menuruni bridge ke Stesen ERL.. (nasib rakan sekerja dh sampai).. Amik tiket KLIA Transit - RM26.50 sehala ke KLIA jam 5.40 pagi.. sampai KLIA - 6.10 pg dan terus check in.. Minum2 utk panaskan badan.. Solat Subuh terus ke Pintu A3.. ngam2 soi.. terus je nek flight.. kul 7.30pg berlepas.. 

8.30 pg sampai Air port Senai.. Driver Opis Johor dah stand by.. terus bawak sarapan.. 9.30 pagi meeting di Opis Johor.. 

Kul 12.00 appointment ngan sales person di Pulai Spring Resort.. Lunch di sana.. 2.00 petang terus ke JPO (Johor Premium Outlet).. ni agenda sendirik je.. Bos nak tengok sgt kemurahan barang2 berjenama tu.. Murah la pada bos.. tetapi tidak kepada kami.. kami beli coklat je la.. 

Kul 4.00 ke Le Granduer Hotel.. indah kabar dari rupa.. cis!! terus pangkah dari list kami.. tapi dapat juga minum petang dengan beberapa potong kek yang lebih sedap dari SR... 6.00 petang ke Senai Airport.. 6.30 petang berlepas sampai KLIA kul 7.30 terus amik ERL sampai TBS kul 8.00 mlm.. amik kereta sampai rumah ku di Ampang kul 8.30 malam.. 

padat Agenda WN pada 9 Februari tuh.. 
KUAR UMAH NGAN BULAN SAMPAI UMAH PUN NGAN BULAN
Malam dah kebulur.. nasib mak ada.. terus makan je.. MANDI.. layan anak.. Anak tido Umi pun terus Tido.. kul berapa tak pasti..

11 - 12 Februari (sabtu ahad) - Balik Temerloh.. tujuan - hantar Mak di samping mengambil Surat Tawaran Mak Chik Lutfi utk melanjutkan pelajarannya ke peringkat Sarjana la pulak.. Nasib Nisa nak ikut balik ke Ampang (sebab nak settle kan macam dokumen.. walaupun tidak menjaga Lutfi di siang hari sekurang2nya di malam hari WN ada teman.. in case Lutfi tak sihat ke apa ke kan?..

18 Februari nanti Hubby dah sampai Malaysia.. hrmmm.. giliran WN pulak out station pada 22 - 24 Feb nanti.. dan juga 29 Feb nanti.. 

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit