Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Ahad, 5 Februari 2012

MAULIDUR RASUL…. APA KITA NAK BUAT?

;) Untuk bacaan sendiri..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah azzawajalla kerana kita dilahirkan di kalangan umat Nabi s.a.w. yang mana para ambia alaihimus solatuwas salam termasuk rasul ulul azmi mencemburui kita. Semua nabi ulul azmi berdoa meminta kpd Allah s.w.t. untuk agar dilantik menjadi Nabi penutup ( khataman nabiyin ) @ sekurang-kurangnya menjadi umat kepada Nabi penutup iaitu umat Nabi s.a.w. kerana keistimewaan yg dikurniakan kepada umat ini.

Betapa besarnya pengorbanan Nabi penutup yg juga penghulu kpd semua para nabi & rasul. Mengenang kembali susah payah Baginda s.a.w. menyeru manusia dari mengabdikan diri kpd sesama makluk kepada mengabdikan diri kpd Allah s.w.t. yang esa, mengeluarkan manusia dari zulumat kepada cahaya iman, membawa manusia dari kehidupan dunia yg sempit kpd kehidupan akhirat yg luas, dari kecintaan dunia yg sementara kpd kecintaan akhirat yang kekal abadi.

Nabi s.a.w. dicaci, digelar al majnun ( orang gila ), dipulau, diletakkan najis unta semasa sujud solat di hadapan Baitullahil Haram, dijerut, dibaling dgn batu sejauh 7km ketika pulang dari berdakwah kpd pembesar dan Bani Thaqif di Taif hingga kasut baginda digenangi darah Baginda yang mulia, malah cuba dibunuh, namun begitu Nabi s.a.w. tetap mendoakan kebaikan dan hidayah untuk umatnya.

Sayangnya Nabi s.a.w. kpd kita tidak dapat digambarkan dgn kata-kata. Bagaimana Baginda s.a.w. menangis dikala tidur yg tidak nyenyak mengenangkan umat yang disayangi hingga tapak tangan kanan Baginda s.a.w. bertakung air mata Baginda. Di akhir hayat Baginda s.a.w. ucapan yang diucapkan ....umatku, umatku, wanita, wanita, solah, solah! Bagindalah manusia pertama yg akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan ucapan yg sama keluar dari lidah Baginda yang mulia... umatku, umatku!

Kita tibalah masa hari kelahiran Baginda s.a.w. Walaupun Baginda s.a.w., para sahabat radhiallahuanhum ajmain dan para tabiin tidak menyambut hari kelahiran Baginda s.a.w. tetapi kita pada hari ini menyambutnya dgn berselawat dan sebagainya.


ADAB ADAP MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Semasa menyambut maulidur rasul s.a.w. ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian :

1.         NIAT – betulkan niat kita.
Marilah kita betulkan niat, tujuan dan maksud kita hadir dalam perarakan atau sambutan Maulidur Rasul s.a.w. Niat kita ialah untuk memuliakan Baginda s.a.w. dan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. bukan kerana maksud untuk mendapatkan manfaat kebendaan dan tujuan yang lain.


2.            JAGA SOLAT FARDHU
Semasa kita menyertai sambutan Maulidur Rasul s.a.w. pastikan kita tidak meninggalkan solat-solat fardhu pada waktu tersebut seperti Solat Subuh & Zuhur. Tunaikan secara berjemaah di tempat azan dikumandangkan kerana inilah cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w kepada kita ( sunanul huda ). Baginda s.a.w. pasti dan pasti akan bersedih dan berdukacita yang teramat sangat bila mengetahui umatnya mencuaikan solat fardhu walaupun pada ketika itu umatnya sedang menyambut hari kelahirannya Baginda s.a.w.

3.       BERSELAWAT DENGAN PENUH TAWAJUH
Berselawat dengan penuh tawajuh merendahkan diri kpd Allah s.w.t pencipta kita. Orang yang banyak berselawat ke atas Baginda s.a.w. dengan ikhlas, insyaAllah Taala akan bersama Baginda s.a.w. di akhirat kelak.

4.         KENANGKAN JASA, PENGORBANAN DAN FIKIR RISAU BAGINDA TERHADAP UMAT.
Baginda s.a.w. telah habiskan seluruh kehidupan Baginda untuk selamatkan seluruh umat ini dari kebinasaan sehingga Baginda fikir bagaimana bayi terakhir yg lahir sebelum Hari Qiamat dapat beriman dgn Allah s.w.t.

Mudah-mudahkan Allah s.w.t memberi kita hidayah dan taufik untuk menjadi umat yang berusaha menghidupkan sunnah Baginda ( sirah, surah & sarirah ). Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah Baginda s.a.w. di zaman kerosakan umat maka Allah s.w.t akan mengurniakan kepadanya 100 pahala mati shahid.

Wallahu Taala A’lam.

12 Rabiul Awal 1433H
( 05 Februari 2012 )

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit