Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 27 April 2012

Sape Cakap Gaji Tentera Besar 2

;) Ekoran N3 terdahulu terpopular dari blog nih..

Mari kita sama2 tenung gaji permulaan mereka2 yg dilantik di dalam
Klasifikasi Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (Z) dikeluarkan oleh PP JPA
dalam Skim SSM yang ditambahbaik tahun 2012 pulak..

tak beza banyak pun dengan skim perkhidmatan yang lain jika dibandingkan dengan keperluan untuk sedia bertugas 24/7 yang ditanggung oleh mereka2 ini..






Rabu, 25 April 2012

TAK SEMENGGAH!!!

Sekembali dari mesyuarat di Ipoh pada 13 April 2012
Buka pintu umah..
TAAA DAAA!!!!!
Tak terkata apa.. Tapi maintain senyum!!! Terus pergi peluk & cium kedua2 yang tersayang
Walaupun dalam hati terdetik
"Alaaa haaiii... Anak Umi.. Baju lain suar lain.. 
Taraf Living hall dah tukar bilik tido.. plus makan minum pun kat situ.."
Tak pe2.. Thanx Ayang sebab jaga makan pakai Lutfi.. dah cukup baik la tu!!!

Jumaat, 20 April 2012

Mesyuarat di Ipoh, Minum Petang di Istana Iskandariah

11 - 13 April 2012 - Ni la tempatnya kami bermesyuarat..
11 April sehingga 1.30 pagi..
12 April seawal 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari tapi melerek-lerek sehingga 1.15 tengahari
penat kepala hotak ku.. selaku urusetia dan pencatit minit..
depa bincang, depa bahas, depa kuar bilik meeting tanda protes.. sedap je depa nih
tapi aku????!!!.. pening kepala.. mencatit.. lost topic.. tanya Pengerusi.. untuk catatan keputusan dibuat
boleh dia cakap.. seperti kita bincangkan tadi lah!!!.. HAMPEH!!!..
Sah2 la kena dengar recorder semula..

Agenda seterusnya dianjurkan oleh Pejabat Negeri Perak..
kata mereka last minute baru dapat idea untuk membawa kami ke sini..
pada petang 11 April yang bersejarah.. 
pihak Istana memberi kelulusan kepada kami untuk melawat sekitar 
Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak

Pada petang 12 April.. kami berempat yang Urus dan Setia ini langsung tak berkesempatan untuk 'lunch' sebelum bertolak ke Kuala Kangsar.. beli je makanan ringan di kedai dalam Hotel tersebut

dan kami sampai di kawasan Istana pada 2.30 petang
pandangan dari luar Istana

 Diperkarangan istana

Yang tak sedap dengar.. kata-kata dari ahli2 mesyuarat yang rata2nya kumpulan pengurusan tertinggi menyatakan kepada kami selaku Urusetia HQ yang Urusetia Pejabat Perak tidak sepatutnya menyediakan aktiviti bersifat 'ROMBONGAN BUDAK SEKOLAH'
tetapi kami sekadar berdiam tidak menyampaikan apa2 pun.. takut tersinggung.. 
takut hilang rasa seronok Urusetia Perak melayan kami.. 
mereka berpenat lelah turun naik Pejabat SUK dan Istana tiada pula yang ingin menghargai..

 kami dibawa ke Balai Rong..
tempat berlakunya Acara2 Rasmi Istana seperti
Hari Keputeraan, Pertabalan, Perkahwinan dan juga Penganugerahan Darjah / Pingat Kebesaran Negeri

Ni la tempat penerima pingat duduk berjam-jam tunggu giliran disematkan darjah kebesaran
tapi jangan tanya  la seperti tak penat kah pingang dan tak kematu kah punggung mereka..
jawapannya..
kami dah cuba..
tak mungkin.. sungguh empuk kerusi ini.. 
ha ha.. tak dapat pingat.. duduk je la..
Nak tunggu dapat pingat.. ermmm.. pikir sendirik la..
adakah Aku benar-benar seorang Rakyat yang menyumbang bakti..

Tuuu dia.. barisan peserta rombongan yang seronok merakam kenangan di Istana Iskandariah
yang berkata belakang itu juga lah 'over excited' 

Punya lama WN tenung
apakah ayat yang ditulis di atas singgahsana itu..
sampai ari ni tak sempat belek lagi..

bersama mereka yang 'cerah bintang'

Urusetia Pejabat Perak

Merasa juga kami dengan Jamuan Minum Petang di Dewan Santapan
Hidangan ringkas kata 'Pegawai Istana'
tapi bagi kami.. sungguh istimewa
memang istimewa.. dilayan oleh Pekerja Istana..
walaupun kami datang tanpa sebarang persediaan dan tiada protokol istana pun!!

Sedap sangat kuih nya:
Kuih Tapak Gajah (known as Kuih Kemboja atau Kuih Bakar
kuih Cok' Badak.. memang sangat ori
dan jugak Agar2 Santan.. 
Bak kata bos.. kalo dah nama makan kat dalam istana plus 'peghok' pulak tu
Air sejuk pun rasa manih!!!.. Perli apa bos aku nih!!!


Sebelum mencedok Mee Goreng basah.. sempat lagi snap cap kat pinggan Istana nih! 


Kuih Tapak Gajah (known as Kuih Kemboja atau Kuih Bakar
cukup rasa telur, lemak santan, pandan dan adunannya waa... 
kalau ter 'pregnant' dan termengidam kuih bakar Istana Iskandariah..
satu keroje teman nak menulih surat minta kebenaran makan kuih dari dapor istana.. hu3x

tu dia.. sembunyi2 kami snap gambar pinggan.. 
Istana guna pinggan mangkuk cap Naritake...
sempat jugak selak hi3x.. Peghok sungguh kami..

Pandangan Hadapan Dewan Santapan dari tempat kami makan..

Ini pula di Galeri Sultan Azlan Shah..
Tapak Istana yang lama

dihiasi dengan  produk 'trademark' negeri Perak..
..Labu Sayong..

On d way balik.. singgah kejap di kilang Labu Sayong.. memang murah 
kalo beli kat tempat lain tak merasalah harga seperti itu

sekadar snap photo.. WN tak berniat langsung untuk membeli

sebab Anakanda ku masih tak mengerti ayat ini..
"JANGAN USIK NANTI PECAH!!!"

tak pasal2 Anakanda ku menangih nanti
tapi WN beli kan juga sedikit cenderahati untuk anak buah yang tinggal di opis

Sampai di hotel dan Balik ke bilik bernombor ini pada pukul 10.30 malam
selepas selesai makan malam dan jalan2 di Gerbang Malam di Ipoh

 Selesaikan semua urusan peribadi
terus meluruskan badan di atas katil... dan malas lagi ke sana ke mari
tapi tak pe..
semua suis ada di kepala katil.. control la dr situ je.. 
dan tido.. tak mau pikir apa2.. esok pagi sambung mesyuarat lagi..

gambar kenangan.. kami sebagai Urusetia
Mesyuarat Koordinasi Negeri

Rabu, 18 April 2012

Anak Jantan

Isnin, 16 April 2012

cancel bermesyuarat di P.Pangkor

Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor
ha ha.. tinggal impian je
tak jadi bermesyuarat di situ

Sempat juga 'snap' photo2 dari jeti pada hari 'ricky' lokasi
Pandangan dari Jeti Lumut

Cantik sangat..

kedai cenderahati

Ada hikmahnya.. last minute tukar lokasi mesyuarat ke Ipoh, Perak pada 11-13 April lepas..
Tentu hati tak keruan bermesyuarat di P.Pangkor
takut Tsunami melanda..
Dari tingkat 3, di bilik Pusing, Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh juga terasa 'kepeningan' nya ekoran gegaran di Acheh..

Jumaat, 13 April 2012

Harga keringat untuk makan

;)

ni la persoalan orang yang suka makan spt WN..
Makan untuk bekerja?!
atau
Makan untuk dikerjakan?!
atau 
Kerja untuk makan
atau
Ciri2 kerja untuk makan makanan seperti dijadual..
arrrgh!!!



Rabu, 11 April 2012

Terserlah ciri2 kelelakiannya

Waaahh.. macho nye anak Umi.. hi hi puji anak sendirik.. jangan marah!!!

Isnin, 9 April 2012

Lewat adalah Tidak berdiplin kah?

;) Jom kita nyanyi dulu - Lagu Punch Card.. Sudirman

Dulu biasa lewat tapi kini kena cepat 
(lirik ni kena di twist kan supaya kena dgn problem WN)
Bangun mesti awal tak de masa nak berkhayal
Masuk bilik mandi, capai tuala, berus gigi
Siram serba ringkas semua kerja kena pantas

pakai apa saje yang tercapai oleh tangan
di hadapan cermin jangan lagi nak berkhayal
bersolek ala kadar asal kemas boleh saja
bukan nak melaram kita cuma nak bekerja

Punch card.. ooo cepat 4x

di jalanraya ramai orang berpusu-pusu
ingin ke pejabat ikut tepat pada waktu
makan tengahari bila saja sampai waktu
selesai bekerja kita empat suku
(sekarang kul 5.00 petang)

Punch card.. ooo cepat 4x


Rasa-rasanya sejak dari Januari sehingga Mac 2012 ni, 'punch card' saya penuh dengan ketikan dakwat merah kerana kelewatan ke pejabat..

Sudah menjadi rutin untuk kuli batak seperti saya berjumpa dengan orang atasan nya untuk meminta 'initial' mereka kalau dalam kad itu terdapat 3 atau lebih ketika berdakwat merah

ni gambar 'google'
cantik je kad orang nih.. tak de pun dihiasi dakwat merah

Tapi masalah sangat la kepada saya.. sebab kelewatan saya bukan sekadar melebihi 4 atau 5 kali.. rasa-rasanya.. selang sehari.. haiya!!! segan la nak minta initial.. bukan lewat 5 ke 10 minit.. kadang2 melebihi 1/2 jam..

Kalau WN cakap pada Hubby.. dia jawab :

'Nampak sangat tak berdisiplin..'.. CV memang cam tu.. Askar tak yah punch2 kan kad pun tapi tetap sampai opis sebelum kul 8.00..Tengok je la saya..  saya akan pastikan keluar dari Umah dalam pukul 6.15 paling2 lambat pun 6.40 pagi.. Ayang?!.. heh pukul 7.00 pun masih pusing2 dalam umah lagi..

Chitt!!! Cakap bole la..

Ada ke dia pikir.. meninggalkan Achik sorang2 mengendalikan anak yang sedang belajar mengada2 itu sebenar satu perkara yang memerlukan kesabaran yang tersaaangaaat lah tinggi?

Pernah kah Hubby terpikir.. kerenah2 anak yang perlu dilayan.. dikatakan pula oleh Hubby yang WN manja kan anak sangat!!!.. Hish!!! Kalu menjawab ni.. mahu jadi perdebatan pagi2 buta.. tak mau tak mau.. swing mood aku kat opis nanti..

Cakap senangla..

Penah dia pikir.. dia terpaksa hadapi perkara2 ini sensorang setiap kali sebelum keluar bekerja..

Contoh :
1) Seboleh2nya memang WN kuar dari umah dalam 6.45 pagi.. sebab untuk pastikan ianya selalu berlaku sekarang ni agak mustahil.. kalau lebih awal dari itu mungkin WN tak sanggup sebab:

- Gelap sangat lagi nak turun ke parking sensorang dengan segala macam mak nenek kat tangan dan mendukung anak

- Sian jugak kat Pengasuh.. dia dah cakap dia bukak umah kul 7.00 pagi sebab pagi2 lepas Solat Subuh, dia baca Quran sekejap.. tak kan la Achik nak mintak pendekkan masa membaca Quran kan?.. dah lah menjaga anak kita melebihi 10 jam sehari kan?..

2) seperti masalah terkini..  di mana anakanda ku dah tersangat liat bangun pagi.. (sebab pada malam nya tido lewat - dimasukkan dalam buaian - dah tido 10 minit sekadar hilangkan ngantuk - dan terjegil bijik mata sampai kul 12 - 1 tengah malam).. tak cukup tido..

3) Kalo mood okay.. selesai masalah.. tukarkan diapers, bagi susu, pakai kan kasut.. jom turun ke bawah.. kalau mood swing ke laut.. satu hal la pulak memujuk rayu.. untuk ku tukarkan diapers, pakaikan kasut pun dah jadi action drama.. belum lagi untuk berjalan ke lift turun ke parking kereta.. Atau jika kurang tahap kesabaran.. maka Ku hangkat saje anak bertuah yang beratnya 3 kg melebihi kampit beras besar itu walaupun meronta2 sepanjang ke parking.. dengan kunci rumah, kunci kereta, kad akses, handbag segala mak nenek.. bayangkan.. berjurai2 peluh JANTAN dan BETINA turun di bawah ketiakku ini..

4) Tak de masalah bangun pagi.. masalah juga kadang2nya apabila dah elok siap2 kuar umah.. dah 'terbuang yang besar pulak'.. udah satu keje masuk balik umah.. mengganti apa yang patut diganti.. drama jugak nih.. pakaian ku basah.. tak pun berkejaran memakaikan diapers dan pakaian anakanda..

Satu perkara la yang WN mintak sangat kepada majikan..

Satu je pengharapan WN kepada majikan ku.. heh heh..

Boleh tak...?..!.. - Lewat hadir ke pejabat kerana masalah bergaduh dengan Anak di keluarkan dari KATEGORI kurang berdisiplin? Tak yah bagi saya SURAT PERINGATAN banyak2 kali.. Letih nak draf surat tunjuk sebab yang mana sebabnya tak leh diterimapakai pun!!!

Maka jawapan majikan  : Nak datang keje lewat-lewat.. Bukak company sendirik lah!!!

Jumaat, 6 April 2012

Siaran tertunda - aktiviti Long Weekend Februari ari tu

Sambungan dari sini
Di I-City

Sesak dgn manusia
Lutfi pulak sibuk nak jalan sendirik..
Huih tak berani Achik.. hilang pulak nanti di balik Pepohonan Lampu 


Semua kedai makan - full house
Penat mendukung Lutfi yang asik menggelejang nak turun


Semua permainan terpaksa Que panjang
Sementara tu Uwo Lutfi suap cucu-cucunya dengan jajan2 yg dibawa dari rumah


Dalam Cruise Putrajaya - Minah & Autie Arab yang sejak dari menunggu di jeti sampai sepanjang dalam Cruise asik2 bergambar ngan Lutfi.... Cam Retis pulak
tu belum gelagat Lutfi berlagak fofular..
Say Hai, Melambai2 dan bersalaman semua penumpang dalam Cruise..
Kami malu2 alah di buatnya..

Dari belakang Cruise


Kepten kapal pulak yang bertanya 
"Tak nak bergambar ngan saya ke?.."

So.. amik la jugak bersama beliau dan tourist guide kat belakang tu

Rabu, 4 April 2012

Fly fly


Usaha si anak bujang Umi memakai baju sendiri telah berjaya
(Boleh la.. baju besar.. ce sarung baju senderik.. sure tak lepas)
Aksi.. fly fly away.. hi hi

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit