Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 9 April 2012

Lewat adalah Tidak berdiplin kah?

;) Jom kita nyanyi dulu - Lagu Punch Card.. Sudirman

Dulu biasa lewat tapi kini kena cepat 
(lirik ni kena di twist kan supaya kena dgn problem WN)
Bangun mesti awal tak de masa nak berkhayal
Masuk bilik mandi, capai tuala, berus gigi
Siram serba ringkas semua kerja kena pantas

pakai apa saje yang tercapai oleh tangan
di hadapan cermin jangan lagi nak berkhayal
bersolek ala kadar asal kemas boleh saja
bukan nak melaram kita cuma nak bekerja

Punch card.. ooo cepat 4x

di jalanraya ramai orang berpusu-pusu
ingin ke pejabat ikut tepat pada waktu
makan tengahari bila saja sampai waktu
selesai bekerja kita empat suku
(sekarang kul 5.00 petang)

Punch card.. ooo cepat 4x


Rasa-rasanya sejak dari Januari sehingga Mac 2012 ni, 'punch card' saya penuh dengan ketikan dakwat merah kerana kelewatan ke pejabat..

Sudah menjadi rutin untuk kuli batak seperti saya berjumpa dengan orang atasan nya untuk meminta 'initial' mereka kalau dalam kad itu terdapat 3 atau lebih ketika berdakwat merah

ni gambar 'google'
cantik je kad orang nih.. tak de pun dihiasi dakwat merah

Tapi masalah sangat la kepada saya.. sebab kelewatan saya bukan sekadar melebihi 4 atau 5 kali.. rasa-rasanya.. selang sehari.. haiya!!! segan la nak minta initial.. bukan lewat 5 ke 10 minit.. kadang2 melebihi 1/2 jam..

Kalau WN cakap pada Hubby.. dia jawab :

'Nampak sangat tak berdisiplin..'.. CV memang cam tu.. Askar tak yah punch2 kan kad pun tapi tetap sampai opis sebelum kul 8.00..Tengok je la saya..  saya akan pastikan keluar dari Umah dalam pukul 6.15 paling2 lambat pun 6.40 pagi.. Ayang?!.. heh pukul 7.00 pun masih pusing2 dalam umah lagi..

Chitt!!! Cakap bole la..

Ada ke dia pikir.. meninggalkan Achik sorang2 mengendalikan anak yang sedang belajar mengada2 itu sebenar satu perkara yang memerlukan kesabaran yang tersaaangaaat lah tinggi?

Pernah kah Hubby terpikir.. kerenah2 anak yang perlu dilayan.. dikatakan pula oleh Hubby yang WN manja kan anak sangat!!!.. Hish!!! Kalu menjawab ni.. mahu jadi perdebatan pagi2 buta.. tak mau tak mau.. swing mood aku kat opis nanti..

Cakap senangla..

Penah dia pikir.. dia terpaksa hadapi perkara2 ini sensorang setiap kali sebelum keluar bekerja..

Contoh :
1) Seboleh2nya memang WN kuar dari umah dalam 6.45 pagi.. sebab untuk pastikan ianya selalu berlaku sekarang ni agak mustahil.. kalau lebih awal dari itu mungkin WN tak sanggup sebab:

- Gelap sangat lagi nak turun ke parking sensorang dengan segala macam mak nenek kat tangan dan mendukung anak

- Sian jugak kat Pengasuh.. dia dah cakap dia bukak umah kul 7.00 pagi sebab pagi2 lepas Solat Subuh, dia baca Quran sekejap.. tak kan la Achik nak mintak pendekkan masa membaca Quran kan?.. dah lah menjaga anak kita melebihi 10 jam sehari kan?..

2) seperti masalah terkini..  di mana anakanda ku dah tersangat liat bangun pagi.. (sebab pada malam nya tido lewat - dimasukkan dalam buaian - dah tido 10 minit sekadar hilangkan ngantuk - dan terjegil bijik mata sampai kul 12 - 1 tengah malam).. tak cukup tido..

3) Kalo mood okay.. selesai masalah.. tukarkan diapers, bagi susu, pakai kan kasut.. jom turun ke bawah.. kalau mood swing ke laut.. satu hal la pulak memujuk rayu.. untuk ku tukarkan diapers, pakaikan kasut pun dah jadi action drama.. belum lagi untuk berjalan ke lift turun ke parking kereta.. Atau jika kurang tahap kesabaran.. maka Ku hangkat saje anak bertuah yang beratnya 3 kg melebihi kampit beras besar itu walaupun meronta2 sepanjang ke parking.. dengan kunci rumah, kunci kereta, kad akses, handbag segala mak nenek.. bayangkan.. berjurai2 peluh JANTAN dan BETINA turun di bawah ketiakku ini..

4) Tak de masalah bangun pagi.. masalah juga kadang2nya apabila dah elok siap2 kuar umah.. dah 'terbuang yang besar pulak'.. udah satu keje masuk balik umah.. mengganti apa yang patut diganti.. drama jugak nih.. pakaian ku basah.. tak pun berkejaran memakaikan diapers dan pakaian anakanda..

Satu perkara la yang WN mintak sangat kepada majikan..

Satu je pengharapan WN kepada majikan ku.. heh heh..

Boleh tak...?..!.. - Lewat hadir ke pejabat kerana masalah bergaduh dengan Anak di keluarkan dari KATEGORI kurang berdisiplin? Tak yah bagi saya SURAT PERINGATAN banyak2 kali.. Letih nak draf surat tunjuk sebab yang mana sebabnya tak leh diterimapakai pun!!!

Maka jawapan majikan  : Nak datang keje lewat-lewat.. Bukak company sendirik lah!!!

3 ulasan:

ღ cik faye ღ berkata...

kalau ada modal, moral support & business idea nak meniaga buat, why not kan kak? bukak company bagi mata boss terbeliak besar hehe.

Ryehanna berkata...

hahaha.. dilema mak pepagi camni la kot.

nasibaik teman dah xkeroje! hihihi... eh tp dl pn jrg lmbt... ku mmg jns awal pg kerja n sekolah. :p

puan tria yuzi berkata...

ala kak, bukan sbb tak berdispilin...tapi sbb byk sgt mak nenek nak kene handle mcm akak cakap tula...
saya pun selalu kene gelak dgn husband saya sbb sokmo punch kad merah...hahahahhaha

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit