Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

;)
Entree terakhir sebelum bercuti raya
Sila lah tatap kad raya yang WN hasilkan dalam sekejapan ekoran untuk menghilangkan rasa kebosanan menunggu waktu pulang bekerja sebab kengkawan opis kebanyakannya dah bercuti


Kepada semua penyinggah2 blog ini WN ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf selama WN berada di dunia maya ini..

Mohon maaf andainya ada entree2 yang mengguris perasaan mana2 pihak

Mohon maaf andainya ada Ulasan2 yang selalunya tidak dibalas.. sebab WN ni jenis tak pandai memanjangkan cerita

Mohon maaf andainya WN ada meninggalkan Ulasan2 yang pedih di blog2 korang

Mohon maaf atas segala-galanya atas perkara-perkara yang tidak tersebut dalam mana-mana perkara di atas.

Ooo.. lupa pulak.. nak 'RIAK' sikit nih.. (Hu hu.. nak jugak tergolong dalam kumpulan manusia yang di ibaratkan Syirik kecil - mintak dijauhkan la.. tak tau nak guna perkataan apa yang benarnya)

Bulan Puasa nih.. WN telah berjaya untuk mengurangkan amalan membazir yang selalunya kita tak sedar akan berlaku di bulan ramadhan. Perkara2 itu adalah seperti berikut;
  1. menjauhkan diri dari menghadiri aktiviti membeli belah di Pasar Ramadhan.. Makan masakan rumah je.. walaupun hanya 1 atau 2 hidangan je sempat tersedia (itu pun setelah bersilat, tai chi dan kun tow bagai nak rak.. tak masuk lagi berlumba2 dijalan raya nak mengelak jammed). Tiada istilah berbuka dengan HIDANGAN BELI (lauk tunjuk2) yer.. 2 atau 3 kali jer hubby belikan kuih2 dari pasar ramadhan.. tu pun sebab ada tetamu kat rumah
  2. tidak berhabis beratus-ratus ringgit untuk membeli kuih raya dari kengkawan opis.. tak sangka sungguh!!!.. tak sampai pun RM100.. jangan tahun2 lepas.. paling CIKAI RM300..
  3. Tidak menjadi pengunjung tegar SOGO dan Jalan TAR.. Rasa2nya baru 2 kali keluar ke sana time REHAT.. 
  4. Dan telah memadamkan niat untuk membeli set langsir dan bed sheet baru untuk tahun ini... hu hu hu
Dan pada Hari Raya kali ini jugak adalah;
  1. Dapat beraya panjang kat sebelah WN sebab sebelah Hubby sume beraya panjang keluarga sebelah MERTUA mereka
  2. Kali pertama dapat berkumpul dengan kesemua 4 adik beradik kami pada Hari Raya Pertama nanti
  3. Tapi pada Hubby terpaksa kembali bertugas pada Hari Raya KETIGA.. Dan hubby akan tinggalkan kami berdua di rumah MAK WN.. Hari Jumaat barulah berjumpa semula.. Sian jugak dia balik sensorang.. tapi nanti keboringan pulak tinggal sensorang kat umah.. jiran2 balik kampung..
  4. Dan pada tarikh HARI RAYA pertama tahun 2012 ini.. adalah tarikh HARI LAHIR penulis blog nih!!!.. 
  5. Dan pada bulan HARI RAYA ni jugak, kami adik beradik akan ambik kesempatan ni untuk buat kenduri doa selamat + tahlil sempena hari kelahiran WN, Sepupu WN, Dhia Dini (anak adik ketiga WN) dan Ahmad Lutfi Ikram..
Dah tentu penat.. Kakak Sulung la katakan.. Depa dah bertanya2 menu2 hidangan untuk raya pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.. dah pastinya kami yang pompuan nih kuar masuk dapor je la keje nya... Haiii.. tak kering2 la lengan baju Achik ni nanti...

Penutup N3.. ingat nak buat N3 pendek.. tapi dah jadi Karangan pulak kan?!

Sekali lagi WN ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.. Berhati-hati di jalan raya, dan beringat2 menjamu selera.. Jangan habis raya nanti nyesal berat badan naik bagai di pam2 dan macam2 penyakit datang menyinggah.. ASSALAMMUALAIKUM..

3 ulasan:

Dr K berkata...

Salam Aidilfiri buat WN sekeluarga ya..Saya pun nak pohon kemaafan..

- Dan awal2 lagi, saya pun nak ucapkan Happy Birthday yag jatuh pada 1 Syawal..hehehe..sama macam adik saya, 19 Ogos.

- Tahun depan boleh la beli langsir baru..ekekeke

Unknown berkata...

Selamat Hari Raya WN... hati hati di jalan raya

Ismail aka Pak Mail berkata...

Salam WN,

Sempena menyambut bulan Syawal saya ucapkan 'Minal aidin wal faidzin'.

Semuga riang selalu di samping suami dan anak tercinta.

Sekiranya pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya.

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit