Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Khamis, 31 Januari 2013

Luahan hati

;)


Engkau memijak kaki ini
Tenang engkau berkata
“Terpijak!”

Bertembung kita lagi
engkau menyinggul bahu ini
selamba engkau berkata,
“Terlanggar!”

Engkau mengasak
di warung mi
terdorong tubuh ini
ke belakang si gadis 
di depan
“Huh!” si gadis membengis.

Mulut ini
memang bersuara
“Hati-hati lain kali...”
tetapi hati ini
mencelakakan engkau.

Esok engkau ada lagi
aku menyimpan kaki
menguncup bahu
menghindar diri
tiga
tidak akan kujadikan
empat.

Laju engkau
berjalan
ke sisi jalan
kanan tidak engkau lihat
kiri tidak engkau pandang.

Seorang anak 
seusia engkau
berlari ke sisi
menarik tanganmu
menerawangkan tangannya
kiri kanan, kanan kiri
bising mengucap
terima kasih, terima kasih
hingga selamat kalian
tiba di seberang.

Aku ini, rupa-rupanya
hanya melihat
yang menimpa
diri sendiri
tidak melihat
yang menimpa
diri insan lain

Jumaat, 18 Januari 2013

Masa kita dan Masa Ibubapa kita

;)
Petikan dari Blog Biras WN

WN meminati penulisan beliau.. mungkin kerana beliau seorang Editor Bahasa Melayu.. nukilannya sangat cantik.. barisan ayatnya tersusun... tidak seperti blogger seperti WN... tatabahasa macam hampeh...

Berkongsi rasa hati beliau tentang kita dengan ibubapa..


MASA ISTIMEWA KITA MASA ISTIMEWA IBU BAPA KITA

APABILA kita diberi masa, jagailah masa itu dengan selayaknya dan dengan sebaik-baiknya kerana akan tiba suatu masa nanti kita tidak mempunyai masa dan kesempatan tersebut lagi. Pada masa itu kelak, kita langsung tidak berpeluang untuk berpatah balik kerana masa itu telah menjadi sejarah; masa itu telah menjadi kenang-kenangan.
                                                               
Ibu bapa sebenarnya sebahagian daripada masa kita. Mereka telah lama mendepani sepak terajang kehidupan sebelum kita ada. Dengan sifat Rahman dan Rahim Allah, Dia mengurniai kita kepada ibu dan bapa kita – sebagai zat yang menyukakan dan yang lebih besar daripada itu adalah sebagai amanah untuk dilaksanakan dengan sepatutnya.

Masa itu, kita tidak tahu apa-apa – kita akan menangis kehausan atau kelaparan jika ibu kita tidak menyuapkan susu atau makanan kepada kita. Kita akan terbiar kedinginan jika ibu atau sekali-sekala bapa kita tidak membedung kita. Kita akan terus bergelumang kencing dan tahi jika ibu atau bapa kita tidak menyucikan najis-najis itu daripada menggelumangi kita.

Masa itu, walaupun kita ini zat yang menyukakan mereka, sebenarnya kita sebahagian daripada beban yang ditanggung oleh ibu bapa kita. Mental mereka perlu diangkat ke tahap maksimum demi kita. Mereka tidak berupaya untuk bangun solat tahajud, tetapi berupaya untuk melawan kantuk bagi menyusukan kita pada waktu-waktu dinihari.

Masa itu masa istimewa kita. Kitalah raja yang tidak boleh dihadap. Kehendak semula jadi dan kehendak hakiki kita sebagai bayi terpenuhi semuanya. Ibu bapa kita berasa sangat bersalah dan sangat berdosa apabila mereka tidak memenuhi kehendak semula jadi dan kehendak hakiki kita itu. Mereka bersedia untuk berkorban jiwa demi membesarkan dan “menghidupkan” kita.

Kita kemudiannya membesar dengan segala keistimewaan – berakal dan bijaksana, berkat makan minum yang diatur oleh ibu bapa kita semasa kita bayi dahulu. Kalau kita tidak cerdik dan menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran, setidak-tidaknya kita masih dikurniai akal untuk membedakan yang baik dengan yang buruk, yang kotor dengan yang murni.

Bagaimanakah dengan masa istimewa ibu bapa kita? Bagaimanakah kita memanfaatkan masa yang ada sekarang, mengorbankan masa yang ada sekarang untuk melayan insan-insan istimewa itu? Masihkah kita berhelah dan beralasan untuk pulang menziarahi mereka? Masihkah kita menanti dan mencari-cari waktu lapang untuk menjengah mereka yang menanti kita penuh rindu?

Untuk kita, masa itu emas, tetapi kita lupa bahawa ibu bapa kita “lebih emas” daripada masa. Seperti yang dikatakan pada awal tadi, mereka itu sebahagian daripada masa kita. Kita harus memperuntukkan masa dalam kehidupan harian kita untuk ibu bapa kita – berkirim surat, berhubung melalui telefon, menziarahinya setiap minggu atau setiap bulan, dll.

Bapa kita harus kita sayangi dengan sepenuh hati, sepenuh jiwa, sepenuh raga kita kerana tiada mereka tiadalah kita. Tiada mereka, siapalah kita. Tanpa pengorbanan mereka, kita tidak akan menjadi siapa-siapa. Kita mungkin diserahkan kepada orang lain untuk menjadi anak angkat orang lain, tetapi itulah ketentuan Allah Yang Maha Mengetahui apa-apa yang lebih baik untuk kita.

Masa untuk kita hidup sangat singkat. Masa untuk kita membalas jasa ibu bapa kita lebih singkat lagi sedangkan ibu bapa kita melalui masa yang panjang untuk membesarkan kita. Masa istimewa untuk ibu bapa kita sepanjang masa. Baik kita terhadap mereka, baiklah balasan yang diterima mereka di alam abadi kelak. Apabila tiba giliran kita ke sana, kebaikan itu bermanfaat kepada kita.

PERINGATAN KEPADA ANAK-ANAK
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir penyusuannya), dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” [14]
[Surah Luqman]

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan (engkau) supaya engkau tidak menyembah melainkan Dia semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (dengan sebarang perkataan kasar) meskipun (dengan) perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi berkatalah kepada mereka (dengan) perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [23] Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): ‘Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil’. [24] Tuhan kamu lebih tahu akan apa-apa yang ada di dalam hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintah-Nya, maka sesungguhnya dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.” [25]
[al-Isra’, ayat 23-25]

“Pembalasan bagi setiap dosa akan ditangguhkan sampai hari kiamat kelak, kecuali (dosa) menderhakai ibu atau bapa. Maka sesungguhnya Allah akan menyegerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia.”
[Riwayat Hakim]

“Seorang lelaki datang mengadu kepada Nabi Muhammad SAW katanya, ‘Sesungguhnya ayahku telah merampas hartaku’. Nabi berkata, ‘Dirimu dan hartamu adalah milik ayahmu, anak-anak kamu adalah hasil usaha kamu yang terbaik. Oleh itu, kamu berhak memakan harta mereka.”
[Riwayat Ibnu Majah]

 “Aku bertanya Nabi Muhammad SAW, ‘Apakah amal yang paling disukai oleh Allah?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Solat dalam waktunya’. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa lagi?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Kemudian berlaku ihsan kepada kedua-dua ibu bapa’. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa lagi?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Berjihad fi sabilillah’.
[Riwayat al-Bukhari]

“Keredhoan Allah terletak pada keredhoan ibu bapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”
[Riwayat al-Tirmidzi]

Rabu, 16 Januari 2013

Personaliti mengikut jenis darah

;)
B vs O


WN : Sempoi, fleksibel, sederhana, jujur, berterus terang, kreatif, sosial , berdikari, suka buat kerja dengan cara sendiri (7/8 betul kot..)

Hubby : Sabar, kuat cemburu, setia, ego, ingin jadi ketua dalam kumpulan, yakin, kuat berusaha, serius, tekanan (7/8 betul daripada mata hati WN lah!!)

Isnin, 14 Januari 2013

Tuan.. Hamba..

;)

Nak kongsi puisi nukilan Sang Editor a.k.a Biras WN.. / Papa Lutfi..

Yang ada pada kita digelar hamba
Yang ada pada mereka digelar tuan
Yang berlaku pada kita diperhamba
Yang dilakukan kepada mereka dipertuan

Suara kita didengar di balik cawan
Dilempar seperti mereka menghayun bola golf ke awan
Jasa kita dihargai waktu diperlukan
Untuk kemudiannya kita dinyahkan
Tatkala mereka bergelumang beban.

Membuang lebih senang daripada berkongsi susah
Menyimpan terasa membebankan
Beban bukan tanda kasih sayang
Membuang didakwa tanda penghargaan.

Mereka selamat, kita mulai sekarang terpaksa berjimat
Kesedihan mereka pada kata-kata
Kesedihan kita memang ketara di muka
Jangan menangis, kawan
Kerana rezeki bukan di tangan tuan
Tetapi bermula di tangan hamba


* jarang lihat dia meninggi suara.. tapi selalu terkesima dengan kata-katanya*

Jumaat, 11 Januari 2013

Jointforce - J4

sumber dari sini

Apa tu?..

JOINTFORCE : Singkatan kepada Markas Angkatan Bersama (Markas AB).. tempat bertugas hubby sekarang sehingga 20 Januari 2013 sahaja.. dalam pada tu Hubby terlibat sebagai sekretariat eksesais spt CARAT, COBRA GOLD.. Selepas ini akan hubby ditugaskan di Bahagian Perolehan, MINDEF kalau tak silap..

Dan-dan tu jugak rasa nak catitkan sedikit sebanyak maklumat tempat hubby ditugaskan selama setahun,.. Yang benarnya.. lama juga tempoh hubby berada di dalam Markas AB secara on-off kalo dihitung-hitung..

sebab pada tahun2 berikut adalah seperti;

tahun 2005 : ditukarkan ke J3 dan beliau ditugaskan di dalam Misi Bantuan Kemanusiaan di Acheh (terkena time student2 Indo bakar Bendera Malaysia pulak tu ).. ada juga terlibat dengan eksesais PAHLAWAN, MALINDO..

tahun 2007 : beliau menghadiri Kursus Pemerhati PBB selama 3 bulan di PD

tahun 2008 : bertugas sebagai Pegawai Pemerhati PBB di Sudan (UNMIS)

PERANAN MARKAS ANGKATAN BERSAMA

Sebagai Operational Level Command yang bertanggungjawab merancang dan melaksana semua Operasi Bersama (Joint Operation), Operasi yang berkemungkinan menjadi bersama (Potentially Joint), Operasi Gabungan (Combined) dan Multinational seperti operasi keamanan di bawah piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

FUNGSI  - TUGAS MARKAS ANGKATAN BERSAMA


  1. Sebagai sebuah Operational HQ bertanggungjawab memerintah, mengawal dan mengurus Assigned Forces bagi melaksankan operasi bersama/gabungan.
  2. Merancang dan melaksanakan Forces Integration Exercises untuk Assigned Forces bagi tujuan penyediaan pelaksanaan operasi bersama/gabungan.
  3. Mewujudkan 'situational awareness' untuk kepentingan operasi bersama/gabungan
  4. Menggubal dan mengemaskini doktrin dan Standing Operation Prosedure (SOP) peperangan bersama/gabungan
  5. Merancang dan melaksana semua eksesais bersama, eksesais dua hala dan pelbagai hala
  6. Mengatur gerak dan mentadbir semua anggota tentera yang melaksanakan tugas di bawah piagam PBB.
PERANAN BAHAGIAN/CAWANGAN J4 

Bertindak sebagai penasihat kepada Panglima Angkatan Bersama (PAB) dalam perkara-perkara berkaitan dengan bantuan logistik untuk operasi dan eksesais bersama/gabungan

Bahagian ini memerlukan tugasan perjawatan yang mengkoordinasi dengan Markas Logistik perkhidmata yang diketuai oleh Pegawai berpangkat Mejar Jeneral / Brigedier Jeneral atau setaraf. Keseimbangan pangkat sangat penting demi kelancaran tugas.


Bantuan logistik yang efisyen adalah merupakan tunggak kejayaan dalam sesuatu operasi dan eksesais yang dilaksanakan, oleh itu AKS J4 mestilah seorang yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang logistik.

Peperangan masa kini sering menampilkan sistem persenjataan yang canggih dan cara dukungan logistik yang mantap yang mana semua ini perlu diterajui oleh seorang pegawai kanan yang berkebolehan.

Dasar-dasar operasi dan eksesais bersama/gabungan yang sedia ada perlu diperkemaskan selari dengan pelan kontinjensi pertahanan diperingkat ATM yang melibatkan ketiga-tiga Perkhidmatan serta Agensi luar ATM yang diterajui oleh AKS J4.

Penglibatan ATM di dalam misi PBB dan bantuan bencana alam di luar negara memerlukan AKS J4 meneliti setiap aspek seperti peralatan, kelulusan pergerakan anggota samada melalui pesawat atau kapal ATM, keperluan dan pembelian peralatan untuk beroperasi dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

Operasi bersama sering kali memerlukan penambahan aset-aset dalam aspek pembangunan keupayaan. Justeru, AKS J4 selaku penasihat dan AJK Bertindak dapat memberi justifikasi ke atas perolehan aset-aset yang dibeli.


FUNGSI J4


  1. Merangka dan merancang bantuan logistik untuk operasi dan eksesais yang melibatkan penyediaan bantuan material dan peralatan serta pengangkutan dan pergerakan.
  2. Memantau dan menasihati dalam penyediaan pelan-pelan kontinjensi ATM termasuk rancangan kesiapsiagaan yang melibatkan perkara logistik.
  3. Memantau dan menasihati dalam merancang dan menyelaras pergerakan dan pengangkutan Darat, Laut dan Udara di dalam dan di luar negara untuk operasi dan eksesais bersama/gabungan.
  4. Menganggotai dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang melibatkan perkara operasi dan eksesais bersama/gabungan.
(time2 eksesais ni, selalu la dengar hubby wat keje2 seperti di atas.. gelaran Leftenan Komander.. pada mata wifw mat navy ni adalah jawatan yang SERBA SALAH kedudukannya ;p.. ye la kat.. selalunya kena settlekan keje2 basic spt di jawatan Leftenan.. pada masa yang sama kena buat juga melaksanakan tugasan seperti di jawatan Komander.. sebab tu jawatannya dinamakan Leftenan Komander.. he heh)

Sekarang.. hubby sedang sibuk menyediakan Nota Serah Tugas sebelum ke tempat baru.. Moga ditempat baru ini.. beliau dapat menimba pengetahuan dan pengalaman sebagai Pegawai Tadbir yang mengendalikan proses kerja Perolehan.

Dalam erti kata lain.. bertugas macam Pegawai Tadbir di Jabatan / Agensi Awam.. cumanya masih pakai Uniform dan mengendalikan kontrak / tender utk perkhidmatan / alatan ATM.. dah dengar2 citer .. banyak dugaannya.. tapi pada WN.. pokok pangkalnya bagaimana soft skill kita mengendalikan manusia2 yang macam2 kerenah dan juga pandai-pandai la menjaga HATI sendiri dan HATI orang lain.. Moga2 hubby sentiasa tenang dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran tugasan yang mendatang.. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN..


Rabu, 9 Januari 2013

Pilih satu je..

Dah lama tau kata2 beliau.. zaman awal2 bekerja dulu
tapi ada pulak yang 'share' kat FB..
Ha.. ha.. salah satu perkara di bawah ni memang kena kat batang hidung sendiri

;
hai yo.. pedas ooo..

Ahad, 6 Januari 2013

Merajuk la konon..

2 thn 4 bulan.. dh pandai merajuk2.. Umi nk tengok lama kamu tahan tak nk tegur Umi

Khamis, 3 Januari 2013

Pemandangan baru

Bersiaran dari belakang 'work station' yg baru..
Tingkat 24, PWTC..
keluasan tempat keje yg kecik skit dr opis lama - ulasan kengkawan : tu la.. nape x byr sewa.. rasakan.. dr kondo down gred ke apartment je la.. miahaha :-D.. gelak jahat kat WN

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit