Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Isnin, 7 Oktober 2013

Kuala Terengganu 23 - 26 Sept 2013

;)

23 - 26 September 2013 adalah tarikh Hubby berseminar di Kuala Terengganu. Dia minta saya ambil cuti.. Katanya dia dapat bilik Single.. dan hampir seminggu di sana.. Rindu kat Lutfi nanti (dalam hati.. Lutfi je?.. ) Bawak mak ngan Nisa boleh? Saya tanya.. Boleh.. tapi tak pe bersempit2.. No problem.. bukan nak duduk dalam bilik.. Bilik tempat tido je.. then tanya Hubby.. Ayang ok ke?.. Tak pe.. dh tentu2 pagi petang malam berseminar.. balik bilik nak tido dan mandi je.. Kesimpulannya tiada isu bilik sempit dan tak selesa..

22 hb Sept - Bergerak dari KL ke Temerloh.. jemput Mak.. dan sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 8.00 malam.. bermalam di Sumai Hotel.. selesa la.. pilih apartment 2 bilik.. Gambar? Tak de.. lupa..

23 hb Sept - 12 tghari : Check in di Grand Puteri Hotel Terengganu.. betul2 tengah bandar.. Dapat bilik single.. (Katil saiz King).. Tapi tak de dan tiada disediakan extra bed walau pun kita nak bayar.. Ha3x.. apa lagi.. Hubby kena tido bawah la nampak nya.. Bantal tak de masalah.. banyak.. tapi alas badan ngan towel dulu.. Sambil2 tu jam3 petang : Unformal meeting ngan bos CIDB Terengganu.. berkenaan arrangement next meeting november nanti.. Nisa temankan.. OTW balik sesat juga la kami.. singgah Pasar Tani.. 

Teruja beli makanan kat Pasar Tani tu.. ni makanan yang saya teringat saya beli.. Nisa punya menu tak tanya harga pun.. (Kuih pau - RM1.00 rasanya la.. Apam balik, Chicken wing..)

Cempedak Goreng - 5 biji RM1.00 (KL - 2biji RM1.00 kan!!!).. 
Sata - 3 biji RM1.00 
Kuih Akok yang sgt lembut dan lemak - 4 biji RM2.00 
Pulut panggang - 5 biji RM1.00

gila mewah makan weh!!!.. RM20 dapat cover 5 perut orang dewasa dengan macam2 makanan sampai tak ingat nak snap gambar.. 

Makan malam lagi.. dah tentu free.. tajaan penganjur.. Steamboat dan Chinese Fried Rice di Grand Puteri.. Tapi dah tak terasa keenakannya sebab kekenyangan makan makanan pasar tani petang tadi

Sebelum check in di Grand Puteri.. Kami hantar Hubby dulu, then jalan2 cari tempat buat perahu tradisional yang terkenal tu.. diorang maklum kan sekarang tak de projek buat kapal besar..
ni je perahu paling besar sekarang ni



 Bawah jambatan.. diorang sedang menyiapkan perahu2 untuk Cruise Tasik Putrajaya

 Perahu Dondang Sayang


 layan kan je Lutfi.. katanya nak naik bot

 Si Lutfi tak paham2 dengan penjelasan Makchik Nisa 

 Kenapa boat ni tak duduk kat laut

 fed-up Makchik Nisa menjawab perahu tu tak siap lagi

Ada lima buah yang kecik dan 2 buah perahu saiz sederhana


Keesokkan harinya 24 Sept - kami bersarapan pagi di Gerai Kak Pah, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.. Spesial kat situ.. Nasi Dagang.. pergh!!! memang best.. Lutfi makan Nasi Dagang ngan kuah Gulai ikan tongkol.. tak pedas katanya.. Sambal nasi lemak kat Kuala Terengganu pun best.. Nasi Lemak Sambal Ikan Aya.. 

Lutfi dengan Uwo

Sementara tunggu order..

lasaknya bukan main..

memang tak sempat pun nak snap gambar nasi dagang ke apa..

Agenda hari kedua kami teruskan ke Pasar Payang.. memang dah sedia fizikal dan mental untuk menangani kelasakan Lutfi.. Ku biarkan sahaja Nisa dan Mak yang mencari barang idaman.. baju kelawar, kain batik, keropok dan buah tangan

Manakala saya, hanya berkejar-kejar dengan Lutfi.. tempat sempit cuma Alhamdulillah tak sesak.. maklumla awal lagi dan bukan musim cuti sekolah.. menjelang 11.30 pagi.. separuh blouse dah basah dek berpeluh
Cuma belikan Lutfi - T-Shirt spiderman, Rotan halus (ha3x.. utk gertak Lutfi supaya jgn nakal) Soft toy - Spiderman.. Barang saya?.. Tak de.. Simpan time meeting November nanti.. Aman skit.. shopping ngan kengkawan.. dh aimed kedai.. nanti terus je ke sana..

Makan tengahari 22 Sept - skipped
Kami nak gi Kg Menggabang Telipot nak carik Gerai Pok Nik untuk meng ICT.. kecewa.. Gerai Pok Nik tutup setiap Selasa

Terus ke lokasi ICT kedua terkenal.. Seberang Takir.. dekat ngan Airport.. Juga sangat tenang.. tak ramai orang.. ditanya.. mereka menjawab.. orang tok kelik kije lagi Dik.. wahh!!!.. dengan amannya kami membeli dan makan Ikan Celop Tepung dan segala2nya yang dicelup tepung fresh, panas2.. Tamaknye kami hanya ber(3 + 1 kecik)
Memang best.. bab mengambik makanan.. 5 ekor ikan kembong, 2 potong pari (besar - 2 tapak tangan ku), 3 piring sotong, 3 piring udang, 2 piring cempedak, 1 piring keropok, 1 nasi goreng cina, 4 gelas air kelapa .. dah akhirnya kebanyakannya lauk2 tu kami bawak balik.. kekenyangan.. hanya RM64.. then paksa Hubby abis kan semua makanan tu hu3x..

Makan malam - BBQ : tanggungan empunya seminar.. di Sumai Hotel.. Lutfi dan Abah pergi dulu.. naik bas TLDM.. Kami menyusul kemudian.. hanya memenuhi jemputan.. dah sangat kenyang la beb dengan menu ICT petang tadi..

24 hb Sept 2013 - Hari yang pendek sangat.. sebab Hubby mintak bawak kereta gi servis.. apa lagi pagi2 kami terus makan kat restoran yang berdekatan.. Roti canai je.. Agenda hari ni nak gi Taman Tamadun Islam.. bukan nak tengok monumen tu.. tapi nak bawak Lutfi naik bot.. hampir kecewa.. sebab budak kaunter bot dah penuh sebab banyak rombongan dah booking..


Seperti biasa.. si Makchik Nisa adalah orang yang sangat susah untuk berpuas hati.. Bagi memenuhi hajat Lutfi (he heh sebenarnya hati dia pun menggeletik nak naik bot tu).. Nisa cari jalan jugak supaya dapat naik bot.. Dia bawak kami ke kaunter urusan bot dan minta selitkan kami 3 dewasa dan 1 kecik je kat mana2 bot.. Lepas tu dia soh Lutfi berdoa moga hajat Lutfi tercapai.. Lutfi pun dengan lurusnya tadah tangan ikut skrip doa Umi.. Ya Allah.. bagi lah peluang Lutfi naik bot tu.. ha3x.. dalam 5 minit.. kami terus dipanggil utk ke jeti dan naik bot kumpulan Sekolah TASKA ha3x.. maka tercapailah hasrat Lutfi dan Makchik yang benarnya..

Lutfi seronok sangat


Sibuk tanya - ada crocodile ke.. ada tiger shark tak



Anak bujang Umi

Pemandangan Monumen Tamadun Islam dari Muara Sungai




Dah start nak melasak


1 tghari - 5 petang kami di Proton Service Centre.. tapi okay la.. sangat selesa.. ada ruang menunggu seperti di rumah.. layan TV.. surau pun besar.. Lutfi pun sibuk main lego.. tak la bosan sementara menunggu..

Petang - beli Nasi Ayam yang sangat sedap di Pantai Batu Buruk.. service pun sangat cekap dan pantas.. lebih cekap dari crew KFC wa cakap.. Kami tapaw je.. dah kepenatan.. 

6.00 petang.. layan juga kehendak Lutfi.. berenang2 la kami di Swimming Pool Hotel.. first time jumpa.. swimming pool lelaki dan perempuan diasingkan.. dan first time juga jumpa.. airnya masin.. mati2 ingat Lutfi tipu kami.. tapi yang bestnya.. mata kami tak pedih walaupun tak pakai goggles

Malam.. dah tak ke mana2.. tengok TV je.. kul 10.. dah lapar pulak.. apa lagi ROOM SERVICE je la.. Time bila Abah Lutfi balik bilik pun tak de sape pun yang sedar.. sume dah tertido..

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit