Pengikut

SYAIR

Buang pemisah kongsi nikmat

Selasa, 17 Disember 2013

Bangsa Malaysia?

;) Ku kongsikan perasaan yang sama dengan penulis asalnya.. En Zulkifli Jamaasim

Kalian
bercita-cita mega
mengukir langit.

Mahu kalian
jadikan semua kami
suatu bangsa ...
Malaysia.

Allah berfirman lewat al-Hujurat ayat 13:
'Hai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan
dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal....'

Allah yang menjadikan
kita berbangsa-bangsa
bukan kita
yang menjadikan
kita berbangsa-bangsa.

Melayu itu bangsa
Cina itu bangsa
India itu bangsa
Inggeris itu bangsa
Malaysia itu negara
dan kita
berada di dalamnya.

Kalian
jangan memandai-mandai!

"SAYA BERBANGSA MELAYU TAPI SAYA RAKYAT MALAYSIA"

Tiada ulasan:

Ya Hanana

Kena tahu juger la sesikit